ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, November 17, 2010

| jangan kecewakan orang yg mencintai kamu |

agak-agak time raya ni wat entry cintan cintun sikit okay tak? bukan hape, malas la nak wat entry pasal lembu kena korban. sedih tengok lembu tu. dah la kena sembelih, pastu kena siat-siat dagingnya. ouch. kesian. but itu la namanya pengorbanan kan. sejahtera lah kau di sana nanti hencik lembu. amin. eh eh. berbalik pada entry cinta konon-kononnya tadi. ada sorang hamba Allah ni duk hantar email kat aku. jangan kecewakan orang yang mencintai kamu. aku rasa macam dah pernah baca kat pesbuk ari tu. tapi tak per, aku nak jugak kongsi-kongsi ngan pembaca sekalian. hohoho.

1) orang yg mncintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2) walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. baginya yg penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3) orang mncintai kamu selalu menerima apa jua keadaanmu, berbanding org yg kamu cintai. belum tentu dia akan menerima kamu, silap-silap dia mahu kamu yg berubah untuk dia.

4) orang yg mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yg kamu lalui sepanjang hari, dia ingin tahu kegiatan kamu. ini bukan mengongkong, cuma dia caring mengenai kamu.

5) SMS 'selamat pagi', 'selamat tidur', 'take care' dan lain-lain sentiasa menjadi amalannya walaupun dia tidak membalas SMS itu kerana baginya itulah caranya dia menyatakan cintanya, dengan cara yang berbeza.

6) orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang terlalu berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

7) orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu dihatinya. berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu sendiri musnahkannya? pasti kamu lupa, tapi bukan orang yang mencintaimu.

8) orang yang mencintaimu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu. sehingga kamu menjadi bingung. sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

9) orang yang mencintaimu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

10) jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. dia sentiasa menunggu kamu.

11) orang yang mencintaimu tak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta-ronta ingin mengetahui, kerana dia tak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.

12) orang yang mencintaimu kadang-kadang merindukanmu dan melakukan hal-hal yang membuta kamu pening kepala. namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukanya lagi.

so agak-agak ada tak orang yang buat macam tu kat kau? kalau ada, jangan persiakan dirinya sebab kau akan menyesal bila dia mula melangkah pergi. lebih teruk jika dia pergi dan tak kembali. renung-renungkan dan selamat bercinta. hohoho~

notaCintaKamu : semua-semua alasan kat atas tu macam betul je kan. aku pun pernah terjebak dalam kes-kes camtu. tapi..... biarlah. biar aku je yang rasa.

p/s : damn i luv you.

p/s/s : cinta aku kuat dan susah runtuh. tolong sempurnakan cinta ini.

p/s/s/s : sekarang mampu senyum..:)

2 comments:

Anep™ said...

macam org putus cinta jer

1)Buncit Itu Seksi, Buncitkah Korang?
2)10 Cara Korang Boleh Rosakkan Kepala otak Korang Sendiri!

bella said...

i love you too.ehh salah !! i love HIM too.tapiii.owhh my crushh =( *oke.bukan anda*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...