ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

kita

senyum itu mudah
semudah a b c
mudah bukan?
tapi mudah itu bukan sekadar mudah
pening?

hidup ini mudah
semudah 1 2 3
cukup mudah
ikut jalannya ikut arahannya

tapi kenapa kita terpesong
susahkan yang mudah
ikut telunjuk hawa nafsu
beraja syaitan bertahtakan iblis

kita punya akal
logiknya pemikiran sedalam lautan
mencipta teori jauh dari jangkauan
punca terjatuh lembah kegelapan

--------------------------------------------------------------------------------


kita adalah kita. kenapa kita perlu dengar cakap mereka?

--------------------------------------------------------------------------------

Thursday, August 18, 2011

berbuka bersama rakan seOfis

hello pekerja-pekerja sekalian.

ehem. kerja tu kerja jugak. buka puasa jangan lupa. sesekali berbuka dengan rakan-rakan ofis pon layan jugak kan. cakap banyak tak guna. jom layan.

see? ni semua jejaka-jejaka ribena. kehkehkeh.

makan time. dah baca doa ke belom nih.

himpunan warga TMIS 209. sikit jer?

we love u ols. geli geli geli.

nampak periuk berasap tu?? pergh, marvelous!

ramai tak?

so dah puas tengok pic? kehkehkeh. sila jangan jeles. tengok atas meja tu. bertimbun-timbun makanan. kental beb nak habiskan. paling takleh blah ada budak tu ambik aiskrim setengah jam lagi nak berbuka. sesuai sangat. sampai waktu berbuka, cair dah aiskrim tu. hirup je lah yer. owh okay. lupa nak bagitau tempat ni kat mana.

lokasi : restoran steamboat Flaming, Sunway. (sebelah sunway pyramid)
tarikh : selasa 16 ogos 2011.

ni semua rakan-rakan ofis dan juga ex rakan ofis. kehkehkeh. cayalah korang. terbaik!! nanti hangout lagi yok. muah3. boleh??

Sunday, May 15, 2011

| selamat tinggal |

hello baby.

err..maksud aku hello boys and girls.

now aku dah tak tahu bape lama aku tak update diz blog. phew. lama giler kot. kesian readers aku. ceh perasan ada readers. haha.

oh ya.aku now dah tak bergelar student lagi. nice but..but..but..sedih woo..tinggalkan kawan-kawan. hukhukhuk. and masa lepas final paper pon aku tak sempat join diorang semua having fun kat Port Dickson sebab aku ada hal penting. sedihnya. mesti best diorang. dapat spent time masa together-gether.

now aku permanently duk umah sewa area Kota Damansara. alamatnya..err..err..tak perlu gitau kot. privacy. i'm sorry bak kata Amir MaharajaLawak. kihkihkih.

Selamat tinggal Kolej Canselor. selamat tinggal Galeri Usahawan Canselor. selamat tinggat Fakulti Sains omputer & Teknologi Maklumat. selamat tinggal Universiti Putra Malaysia. selamat tinggal kenangan.

ok dah. tu je nak cite. sejak dua menjak ni mood nak update blog kureng sikit lor. apa cerita?? haih~

Wednesday, April 27, 2011

| kawan or sahabat? |

hello boys and gurls.

buat semua readers blog aku, aku nak ucapkan selamat berjaya dan selamat berkawan sampai bila-bila kat korang. bagi aku, korang semua adalah kawan aku. tak kisah la kita berkawan kat alam maya je, korang tetap dianggap kawan. okay aku tawu agak skema. tak terasa. tak terasa. by the way, aku buat skema-skema ni bukan apa, sebab aku nak bercerita pasal kawan dan sahabat hari ni.

korang mesti pernah dengar pasal kawan dan sahabat kan. familiar sangat kan. but but but, korang tahu ke bezakan kawan dengan sahabat? aku bet tak ramai yang tahu kan. guess what, kawan and sahabat is a different thing.

KAWAN
kawan tu semua orang ada. even yang jenis terperap dalam bilik pun ada kawan. and and and..kawan ni ada macam-macam jenis. kawan setia, kawan tika duka, kawan tika suka, kawan penikam belakang, kawan set pelengkap, kawan peneman and macam-macam lagi. terpulang la korang nak jadi kawan yang macam mana pun. u choose! in fact, aku pun ada ramai sangat kawan. ramai sampai kadang-kadang aku tak boleh nak ingat siapa kawan-kawan aku. punyalah ramai. maklumlah popular la katakan. ehem.

SAHABAT
but sahabat hanya ada satu kategori. sahabat! sebab sahabat ialah someone yg boleh susah senang bersama dengan kita, org yg boleh bantu kita bila kita susah, orang yang boleh berkongsi masalah dia dengan kita, orang yang sangat caring pasal kita, orang yang menangis bila kita menangis dan orang yang gembira bila kita gembira. itu sahabat. sahabat tak kan tikam belakang sahabat dia. sebab bagi dia, sahabat itu tinggi nilainya.

enough. well, korang dah dapat bezakan antara sahabat dgn kawan? but but but tu semua hanya pada pandangan aku la. lagipun, ramai je yang berpandangan sama dengan aku. so how about u guys?

now aku dah sampai ke sem terakhir di UPM and tgh final exam dah pon. ada lagi 2 minggu je lagi aku kat UPM ni. pastu masing-masing dah bawak haluan sendiri. sedih3. tapi hati mau kental beb, masa depan kena jugak kejar. hikhikhik. and and and, excited ni nak gitau...aku dapat ramai sangat sahabat selama aku berada kat UPM ni. ha. SAHABAT okay. bukan sekadar kawan biasa. diorang sangat special. kalau korang baca apa yg aku post ni, aku just nak korang tahu yg aku sangat sayangkan korang. sebab korang SAHABAT aku.

sebahagian dari SAHABAT aku.

okay okay aku dah rasa macam lain je ni. sebab entri macam sangat skema dan ada macam entri gaids-gadis pulak. adeyh!! tak macho ah gini bai.

oh lupa pulak. korang-korang yg ada pandangan pasal kawan vs sahabat sila-sila la komen yer. aku nak jugak tahu pandangan korang. sharing is caring right?

Thursday, April 14, 2011

| kelas terakhir di UPM |

hello teenagers!

woi woi woi. dengar sini semua orang-orang kampung blogger. aku ada berita baik nak habaq mai.

aku berjaya menghabiskan kelas terakhir di UPM. hoyeah! sekarang semua dah jadi ex-classmate aku jer. wawawa. gonna miss u guys!!

now fokus FYP dan final exam lak. luckily 2 paper je exam kali ni. gila kentang!!

info :

-kelas terakhir ialah Virtual Reality.

-masa : 8 am-9 am.

-pensyarah : Dr Azrul.

lepas ni tak dapat dah nak merasa ponteng-ponteng kelas. hukhukhuk.
lepas ni tak dapat dah nak datang lambat ke kelas.
lepas ni kena bangun pagi-pagi lak nak gi keje.
lepas ni takder dah nak lepak-lepak ngn kekawan kat cafe sementara tunggu next kelas.
lepas ni takder dah last minit punya perangai nak siapkan assignment.
lepas ni takder dah nak tiru kawan punyer assignment.
lepas ni takder curi-curi online dalam kelas.
oh! mesti rindu giler nak buat perkara-perkara lagha ni nanti.
ehem!

Tuesday, February 22, 2011

| MMMR 2011 - yang terakhir kot. |

hello boys and gurls. miss u damn much. boleh?

okay. petang nih tak nak cakap banyak. nak kongsi gambar-gambar MMMR aku hari tu. kalo nak tengok, tengok je okay. taknak tengok, apa boleh buat. tengok jugak! kihkihkih.

tu dia poster.
Majlis Makan Malam Rasmi (MMMR)
Kolej Canselor, UPM
tempat : Hotel Pan Pacific, KLIA
tarikh : 20 Februari 2011
tema : Medieva Elegance
"hadirmu satu inspirasi, pergimu mencurah bakti."

majlis ni sebenarnya untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yg bakal bergraduat tahun ni. insyaAllah aku diantara satu pelajar tersebut. sedih siot nak tinggalkan kolej ni dan UPM. kawan-kawan sini best. understanding dan sangat open. kutuk caci maki pon tak ada hal punya. kawan-kawan, janji ya kita kawan sampai bila-bila..:)

jom tengok pic kami lak.

see? elegance ke tak? ha! tak? okay.

ehem, kalau nak tengok pic-pic lain. sila la ke facebook aku ya. hehe.

malas nak cakap banyak, let pic tell you everything. woha!

Wednesday, December 22, 2010

| bingit lah! |

hola. selamat hari rabu boys and gurls. now cuaca agak mendung sikit. jap lagi hujan lah tu. dah nampak kilat memancar-mancar. now aku masih lagi di UPM tercinta. dalam proses wat final year project katanya. tapi haram! satu jadah haram pon tak buat lagi. proposal aku percaya masih lagi tergantung cantik depan bilik supervisor kitorang. mana ntah perginya supervisor tuh. bercuti kot. takkan pergi haji x balik-balik agi. pelik. shopping sakan ke hape kat Mekah nun.

srooot srooot. sadis sangat bila kena flu nih. actually baru baik demam. tinggal selsema je. shit. suara sengal. kalo karok ni sure sedap. serak serak basah gitu. Ramli Sarip pon menangis la kalau dengar. kihkihkih. sebut pasal karok nih, ada la hamba Allah tu dah la menumpang kat blok kami. siap bawak mic ngan speaker, diorang boleh bantai karok dalam blok tak kira waktu. memekak kot. kalau suara sedap, aku nak la jugak tunjuk double thumbs up kat depan diorang. nih suara haram. sumbang yg amat, pecah koyak rabak terus. pitching lari. high note low note hancuss. hampir-hampir nak gi tunjuk double middle finger depan diorang. well, aku kan baik. tak boleh wat camtu. nape nak rosakkan imej wat menda-menda camtu kan. dengar je la suara diorang yang lite lite je tu. lantak lah. lagi kuat diorang melalak, lagi kuar aku pulas volume speaker aku. biar bergegar bilik nih dengan lagu-lagu Maher Zain. aman! kihkihkih.

cuti ada lagi 2 minggu lebih kurang. dah nak masuk sem baru. my very last sem! yeay. tak sabar nak abes belajar, nak kerja. nak pegang duit sendiri. yezza.

ehem. tinggal lebih kurang 9 hari lagi nak masuk tahun baru. so aku nak cakap satu je la. toksah nak berangan bagai nak pasang azam tahun baru kalau azam tahun lepas satu haram pon hangpa tak buat. bullshit azam bagai. *tak terasa. tak terasa.

okay. selesai sesi melalut.

notaLalut : tahniah para penyanyi karoke jamban blok murni.. hujan sudah mula menampakkan bayangnya. rintik-rintik sebagai permulaan, lebat jua pada akhirnya. tahniah!

Thursday, December 09, 2010

| kita dan EGO |

hai. ye selamat hari khamis malam jumaat. gitu. gatal kan. kehkehkeh. aku agak bosan sebenarnya. yelah. masa terluang banyak dibazirkan begitu jer. oh! sangat syaitan perangai kan. ya! hanya syaitan yang suka membazir. err..aku manusia. eh. ha! yela kan. aku manusia. tapi, ah abaikan!

post kali ni aku nak cerita pasal hubungan antara lelaki dan perempuan. kadang-kadang dah macam Dr Love dah aku ni kan. ya. sikit-sikit cerita pasal cinta. eh jap. Dr Love tu kalo tukar dR Love, chomey je kan.

*ampun dR Rozmey. kehkehkeh.

aku nak bawak korang selami satu perasaan yang wujud dalam hubungan lelaki n perempuan nih. or dalam erti kata lain dalam couple nih. ha. cuba teka. cuba teka. ya! EGO. bila lelaki nak makan kat kedai mamak sebab ada tayangan bola Malaysia lwn ManU tapi gadis nak makan kat kedai Kak Leha sebab ada tayangan cite Korea 'Autumn in My Heart'. dua-dua taknak kalah. last-last gaduh, masam-masam muka. balik rumah je penyudahnya. makan kat rumah. selang beberapa jam, hati dah mula merindu meratap bagai. nak mesej, tapi sebab EGO punya pasal. sanggup merindu.

orang kata lelaki amat tinggi egonya. hoh?! ye ker. aku nafikan sama sekali. sebab apa? okay kalo ko kata lelaki tu ego, kenapa kau still taknak kalah dengan lelaki? kau expect lelaki akan sentiasa cair dengan rayuan rengekan ratapan sanubari kau? come on gurls! lelaki n perempuan ada ego masing-masing. lagi hebat ego perempuan.


bagi aku la kan. ego lelaki tak seharusnya jadi satu persoalan atau jadi satu isu. yelah, kami lelaki. dalam Islam sendiri ada menyatakan lelaki adalah ketua keluarga. anggap je lah ego lelaki tu adalah satu kelebihan lelaki. err..bukan kelebihan tapi lebih kepada satu ciri-ciri atau satu kelainan yang lelaki harus ada untuk terajui satu perhubungan. lelaki macam aku bila dah sayang sangat kat perempuan, sedaya upaya kitorang cuba untuk turunkan ego kitorang. tapi kitorang TAK BOLEH buang ego tu sebab ego tu yg membezakan lelaki dan perempuan.

bayangkan ego langsung tak wujud. lelaki sentiasa bawakkan handbag perempuan. lelaki sentiasa makan kat hotel-hotel or restoran-restoran besar bila keluar dating. lelaki akan mula lupakan bola sepak. lelaki akan mula menurut semua kata-kata pasangannya. dan banyak lagi akibatnya. ya! semuanya sebab lelaki akan buat apa saja demi cinta hatinya. betol. aku setuju sangat.

so, dalam couple we suppose hargai sifat ego tu sendiri sebab ego tu la yang menjadikan hubungan lebih menarik dan mencabar. betul. takkan kita sentiasa nak hubungan yang lancar tanpa ada masalah langsung sedangkan masalah tu yg akan buat hubungan kita jadi lebih menarik dan matang. sape setuju sila angkat tangan! haha.

aku suka jadi lelaki eo sebab aku nak uji sejauh mana cinta pasangan aku tu. kihkihkih.

notaEgo : yamaha Ego bukan faktor kelainan lelaki dan perempuan. harap maklum!

Tuesday, November 09, 2010

| mereka layak bergelar kawan! |

kami akan kawan. sampai hujung nyawa. kami tetap kawan. okay muktamad!



<----- nama dia Siti Aisah. dia tua. so dia leh dikategorikan sebagai kakak. and dia MPP UPM. hoho~ dia best. sebab dia matang and sometimes kelakar.







yang ni pulak Munirah. budak terengganu. bila dia cakap dialek terengganu, seyes aku macam terpinga-pinga sikit. pakwe dia encem. kehkehkeh. dia sangat baik. suka kawan
ngan dia taw! ------>






<----- yang macam kembar munirah ni pulak Norashikin. dia ni jenis yang selalu happy jer. kena kutuk kaw-kaw pon dia still senyum, memang kental ah minah nih. and dia sangat baik. sekarang dia wat bisnes choc moist cake. sedap!






hohoho..yang ni pulak Azrina. kami panggil dia Acik. huhu..cam comey je kan. dia ni pon taraf kakak gak kot. and dia kapel ngan senior sains komputer. dalam diam merancang nak kawin dah. nampaknya kami makan nasik minyak dia dulu nanti. ----->








<----- ehem ehem. yang ni cinta hati aku lah. eh eh tak. yang ni rumet aku. Rizaimi. budak kecik yang selalu gak kena buli. tapi kalau dia yg membuli, memang haru!






ni dia master multimedia. Ikhwanul. taraf abang ni. tapi perangai macam adik. hoh?! huhu..tak ada lak pic dia mcm pic-pic atas. aku upload pic ni je k. dia ni duk kat umah aku jer. tapi sebelum masuk upm, sumpah aku tak kenal dia nih!


and ada beberapa lagi kawan baik aku sepanjang kat sini. contohnya,

1) faizal ---> kawan masa kat matrik dulu. kitorang panggil abu. tang mana nama dia abu pon aku tak tahu.

2) mardiana ---> budak kampung aku jugak ni. huhu. kami panggil nana. dia kapel ngan Mr R. kehkehkeh. nanti nak kawin jangan lupa jemput ya!

3) dan yang lain-lain. tak tersebut. kang kalo tertinggal nama, ada lak yang sentap. so aku tegaskan kat sini, orang semua adalah kawan aku. serapat mana pun kita, sejauh mana pun kita..kita akan tetap kawan. kawan sampai mati. amin~



mana boleh gambar diorang jer. gambar aku pun kena ada jugak. lagipun, ni kan blog aku. lantak~

notaUntukKawan : selalu sangat kawan tikam kawan. tapi tak apa, tikaman tu tak masuk dalam sangat kan. still boleh sembuh. cuma ambik masa je.

p/s : semua semua semua ni kawan aku kat UPM. satu course ngan aku. Sains Komputer pengkhususan Multimedia. semua dah semester 5. insyaAllah next sem final sem la. and grad!!! hope kami kawan sampai bila-bila.

p/s/s : oh lupa nak ucap. selamat menduduki peperiksaan akhir terutama buat kawan-kawan sekolej, sekursus, seuniversiti dan sedunia. hohoho.. do ur best okay!

| final exam semester 5 |


peperiksaan akhir semester 5.
bachelor sains komputer (multimedia)
universiti putra malaysia.

salam 1 Malaysia. hoho. gila skema! oit oit oit. haaaa..gitu. baru la santai lenggang kak timah sikit petang-petang ni. first of all, sorry to my blog because lama i tak rajinkan diri hapdet. eh bukan i malas ya. cuma i kadang-kadang terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi. biasalah manusia, sering mengejar kehidupan duniawi. menangis! to all my followers, i mtk maaf okay. sebenarnya i saje je buat uols tertunggu-tunggu hapdet dari i. hoho~ macam diva lak kanz.

*okay cukup. sebelum dicop gila psiko.

well. sekarang aku di minggu final exam. yahuuuu... gembira seh. aku syak aku dah cukup persediaan kot. tu la pasal happy semacam jer. bukan hape, tak nak la jadi cam orang lain tu kan. masuk je minggu exam, gelabah. masuk je minggu exam, stress. hey come on. chill la bro. aku rasa la kan korang ni kena menuntut ilmu cool and steady dari aku nih. rilek ah. exam je kot. bukan gi perang kat Palestin pon.

9/11 - animasi komputer
11/11 - pemampatan data
12/11 - pentadbiran pengembangan
13/11 - pendigitan audio tampak
20/11 - etika dalam perkomputeran
21/11 - penerbitan digital

tadi aku dah settlekan paper animasi. senyum je aku jawab paper. muka yakin giler lah. memang saje je nak psiko orang-orang sebelah. semalam study pon tak de la sampai tak tidur. siap layan facebook and chatting kat ym agi. orang kampung cakap 'dah cukup terer la tu'. gitu la lebih kurang. aku ingat nak jawab paper tadi sambil bersiul-siul sikit. bagi ceria. tapi bila memikirkan kesian orang-orang yang stress nak jawab soalan exam tu, aku diam je la. terpaksa aku bersiul dalam hati je. lantak~ next paper khamis. paper yg boleh membunuh pointer aku tuh. but, still chill like always. hohoho~ aku bukan hape. tak nak tambah bilangan orang-orang stress. nanti aku nampak tua. boleh? kehkehkeh.

but even aku di minggu final exam pon, dun u worry my sweet heart. aku akan sentiasa hapdet blog ya. sayang blog aku! er...er..er..sayang followers jugak..kehkehkeh.

notaFinalExam : lepas exam bantai tidur sampai mata bengkak. konon ganti stay up malam tadi. padahal malam tadi elok je membuta. ish. memang student yang cemerlang kan.

p/s : betul ke orang sukar menerima pendapat dari orang yang lebih muda? kononnya tak matang. oh pehlis lah.

p/s/s : aku mula rasa gelabah dan tak tenteram bila si dia berbicara tentang cinta. shit!

p/s/s/s : bila terkenangkan semua yang berlaku, aku bersyukur aku dikurniakan tahap kesabaran yang sangat tinggi.

p/s/s/s/s : bila tengok dia dan dia bermesra, serius aku tersangat sentap. tapi aku tak mampu buat apa-apa. tengok je la. semoga kau bahagia kawan!

Tuesday, October 26, 2010

| simptom orang sibuk study |

final exam dah dekat. minggu ni is the minggu last kuliah. which means is minggu ni adalah minggu lecturer menurunkan tips-tips yg sangat berguna sebelum exam. tips tak tips sangat la. lebih pada spot punya soalan. sape yg tak datang minggu ni memang rugi ah. eh eh tapi aku dah ponteng seharian hari ni. wat cuti sendiri. lantak~ tips tu sumer leh tanya kawan-kawan. hohO~

dah dekat nak exam ni. mesti orang sibuk study kan. macam-macam gaya. so aku nak bawak korang tengok contoh-contoh org yg sibuk study. tak tahu la cuak ke, nebes ke, takut ke, buang tebiat ke. hanya empunya diri je yg tawu. keh3.. lets cikedout!

1) membaca tnpa menghiraukan sekeliling. yg kepoh tetibe jd sgt pendiam. yg pendiam apatah lagi. cam mayat hidup jek.

2) kelajuan membaca sangat tinggi. risau tak sempat nak cover semua. faham ke x, tu belakang kira.

3) turun kafe pon kena fikir 4 5 kali. takut buang masa. kalau turun pun, bungkus je. silap silap kirim kat kawan jek. makan sambil pegang nota.

4) baru sibuk nak semayang full. tak pernah tinggal. doa macam-macam.

5) masa tidur pun mulut terkumat kamit macam tengah baca nota. silap silap letak nota kat sebelah bantal kononnya leh serap terus ilmu.

6) tak ada dah borak-borak pasal bola ke, gosip artis ke, kisah kancil ngn buaya ke. asyik borak pasal pelajaran jek. sampaikan nak berak pon, leh berbual ngn orang sebelah pasal pelajaran.

7) kalau yg kapel lak, main mesej sikit-sikit jek. pendek-pendek. xde masa nak fikir panjang-panjang. topup rm5 leh tahan sampai sebulan.

8) terperap je dlm bilik, study. dah tak ada budaya melepak bilik orang, merayau kat bawah, kuar tengok wayang, men bola petang-petang.

9) nak kuar buang sampah pon terbawak pen.

10) stok megi berbungkus-bungkus dalam bilik. jimat masa katanya nak ke kafe. makan megi jek. kalau budak nerd yg tak makan megi lak, ada la makan biskut hup seng cicah milo. roti lak jangan cite ah, dah prepare awal-awal.

11) serba salah nak bukak facebook. membazir masa. kalau bukak, konpom buku offline terus. so nak taknak kena lupakan facebook sampai habis exam. masa ni memang menguji diri sendiri betol. yelah, nak cek facebook lagi, formspring lagi, blog lagi.

12) time ni la baru nampak dia bukak buku tebal. yang takleh blah, siap ada kamus tu atas meja. selama ni kalau tak faham pun, tak adanya nak bukak kamus bagai nih.

13) gelisah semacam je. asyik asyik tengok jam je. tak cukup jam dinding, jam tangan jam laptop sampaikan jam bilik sebelah pon dia nak tengok.

14) stok nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua ada lah. nak stay up katanya!

15) meja bersepah giler dengan notanya, dengan higlighternya, pen biru merah hitam kelabu taik anjing. 1 rim kertas A4 pon tak cukup. buku semua memang terbukak. macam bilik saintis dah gayanya.

16) status kat facebook masa nih memang poyo giler. 'maaf, sibuk study'. 'doakan saya.' macam-macam lagi la. kalau bukak ym pun, asyik status busy je memanjang. silap silap invisible je. senang tak ada orang kacau.

17) muka blur je sebab otak dah full. kadang-kadang cakap sorang-sorang. rambut serabai, janggut ngn misai dah macam duk gua setahun. makan pun sorang-sorang je. kang kalo mkn ramai-ramai buang masa lak. sibuk berborak je nanti.

18) sampai satu tahap nak rebus semua nota-nota. pastu minum air rebusan tu. entah ajaran mana ntah dia dapat.

okay. cukup kot nak bantu korang kenali orang-orang yg tgh stress kan. tapi aku tak camtu, aku steady jer. carry mark pon tinggi jer. so nak takut ape. ceh gila poyo. tapi seyes, aku tak ada sampai giler camtu. kadang-kadang esok exam, malam ni aku bantai gi main boling. nak study tak ada mood katanya. lantak.

then yg paling pasti. masing-masing sibuk menyesal kenapalah aku tak study awal2. kenapalah aku tak fokus masa kuliah. kenapalah. kenapalah. bla bla bla. then, sibuk tanam azam baru. sem depan tak nak stusy last minit. nak fokus dlm kuliah. padahal setiap sem duk tanam azam camtu. bila ntah nak berubah. dah sampai final sem pon still cmtu gak. aku? er..tak. aku tak cmtu. aku steady jer.

[kredit abg Google]

notaStudyLastMinit : tak sabar nak habiskan sem ni. dan masuk final sem. oh!

Tuesday, October 19, 2010

| cincin untuk lelaki |

cincin bukan hanya untuk pempuan okay. lelaki pun ada yg pakai cincin untuk lebih bergaya. dan aku sangat suka lelaki yg pakai cincin. nampak cool jek. eh eh bukan bermakna aku minat lelaki okay! lantak~ orang kata, cincin ni melambangkan gaya hidup seorang jejaka selain dari menyerlahkan ketrampilan jejaka itu sendiri. wah! gitu bersemangat aku mengutarakan fakta. entah betul entahkan tidak. wahaha.

tak kisah la cincin tu mahal atau murah. yang penting rekabentuk dan bahan buatan cincin itu sendiri. eh korang perasan tak mostly cincin lelaki direka lebih besar dan berbentuk empat segi. bagi lelaki moden, cincin bersalut platinum rasanya paling sesuai dan nampak sangat bergaya. kan? kan? kan? sebab? kerana cincin platinum tidak terlalu berkilau dan bebas digayakan terutama lelaki muslim. faham?

ni ada sedikit info dan tips on how to pilih cincin untuk lelaki. bagi mana-mana pempuan yang tak sabar-sabar nak kawin sampaikan sanggup masuk merisik atau meminang si jejaka tu, leh tengok panduan ni. kihkihkih.

1. dapat membezakan bentuk cincin yg hendak dipilih samada ia bersesuaian dgn karektor diri atau tidak.

2. tidak terpengaruh dgn rekabentuk yg mungkin tidak sesuai pd jari jejaka.

3. tidak semua jari sesuai menggayakan sesetengah bentuk cincin seperti jari halus dan kurus tidak digalakkan memakai cincin besar kerana nampak tak seimbang!

4. selidik kesesuaian warna dan kesesuaian bentuk dengan jari jejaka.

5. melakukan tinjauan di beberapa kedai bagi mendapatkan idea cincin terkini.

6. jgn tergesa-gesa membeli cincin yg kononnya nampak hebat dan bergaya.

7. pilih beberapa bentuk dan cuba satu persatu satu. cuba dan terus mencuba.

8. jika perlu, minta pandangan jurujual. pastikan jurujual tersebut tahu mengenai cincin yg dijual.

9. pastikan cincin tersebut tidak terlalu longgar tau tidak terlalu ketat.

10. tidak salah bersabar semata-mata utk mndapatkan cincin yg berkenan dihati.


notaCincin : pernah kecewa hingga aku lontarkan dua bentuk cincin couple yg aku tempah kedalam mangkuk tandas tanpa belas kasihan.


Sunday, October 17, 2010

| konvokesyen ke 34 UPM |

selesai sudah Majlis Konvokesyen ke34 UPM pada 13 oktober 2010. dan aku sangat jeles tahap gaban tengok wajah ceria senior-senior yg bergraduat. seyes aku jeles yg amat. pastu tengok diorang peluk peluk mak ayah. terharu seh. happy la kot dapat segulung ijazah. aku pon tak sabar sabar nak grad. mesti mak abah aku bangga giler. aku nak suh semua sedara mara datang time konvo aku nanti.

aku dan kawan-kawan turut datang memeriahkan senior-senior yg bergraduat. TAHNIAH aku ucapkan.

tapi yg kelakarnya. orang lain yg konvo, orang lain yg bergambar lebih-lebih. haih~ gila betol. senget tak senget sangat la kan. jom tengok sikit kami yg senget nih.





see? aku tak cakap bohong kan. pelik betol. orang lain yg konvo, orang lain yg bergambar sakan siap terlentang terkangkang bagai duk posing. isk3. termasuk la aku sekali. by the way, mereka ni sumer termasuk aku ialah final year student yg akan konvo tahun hadapan. InsyaAllah. doakan kami yer. hehe.

senior TESL. congrats!! ingat kami selalu k.

okay cukup. sebenarnya banyak lagi gambar kami yg perasan artis duk posing posing sakan. haha. lantak.

notaKonvo : sempat hadiahkan sejambak bunga dan patung teddy bear kat sorang senior tu. hope dia simpan hadiah aku tu baik baik. hehehe. kalau rindu aku, sila peluk teddy tu ya!

Thursday, October 14, 2010

| perempuan yg gagal bagi aku versi 2 |

dalam dunia ni ada pelbagai jenis wanita yg kadang-kadang membuatkan lelaki hot n spicy macam aku rasa meluat dan kalau boleh sepak terajang sekali pun cukup lah. aku pun sometimes anti jugak wanita camni. cam poyo je kan sebut wanita. cam skema sgt. okaylah kita guna pempuan je. wah! nampak ganas gitu. betina pon okay gak kan?! jom tengok jenis pempuan yg mungkin buat aku rasa nak jadi gay seumur hidup! ops statement~ lantak. nope. aku bukan gay. noktah!

Ego tinggi melangit. --->pempuan jenis camni memang mintak disepak-sepak. ego tu kan milik lelaki. dah tu nanti kalau kau ego gila-gila kau bajet lelaki nak ikut cakap korang la? hell no! pempuan jenis ni memang susah nk mintak maaf even dah terang lagi bersuluh dia yg salah. tapi dia nak jugak salahkan lelaki. yelah cik adik comey. kau je lah yg betul. silap haribulan kau yg aku tinggalkan. sedikit info untuk pempuan, perkataan maaf mampu buatkan hati panas lelaki cair meleleh-leleh. paham?

Queen Control --->pempuan yg suka mengawal ni biasanya jenis yang gedik-gedik sikit. jenis yg kononnya tersangat matang dan nak kawal pergerakan boypren dia. pergh! ingat boypren hang tu baby ke nak kawal-kawal. taw la kau panggil boypren kau tu 'baby'. very the gedik gitu. ye mengawal tu penting, takut boypren kau sangkut ntah nagn betina mana lak nanti kan. tp jangan over ye sayang?! kami as lelaki matang berasa sedikit rimas dengan sikap queen control anda.

Hot n Spicy --->ya! aku suka sangat tengok pempuan yg seksi n hot. bila jalan, punggung berhayun-hayun mantap gitu. pastu melenggang-lenggok. hoih! seronok la jugak mata memandang. tp sekadar pandang okay. bagi membuktikan aku lelaki normal lah katakan. it's like 'don't blame a man for being a man!'. tapi kalau nak buat awek, berfikir 18 belas ratus kali jugak aku. hish! memang lah nampak cool je bila ada awek hot. last-last aku sama jadi hot. pastu asyik bertenggek atas katil je ngn pempuan tu. apa nak jadi??? say no! pempuan seksi, maaf. aku tidak berminat menanggung dosa kau!

Permaisuri ambil tahta Raja --->pempuan jenis ni ialah pempuan yg suka memerintah. wah dia punya perintah. lebih dari lelaki. suh bukak pintu la, suh datang jemput la, suh watkan assignment la, suh basuh kain baju la. ni for sure jenis pemalas. kalau dah jenis pemalas, ada orang ke nak wat bini? kalau ada gak yg nak wat bini, konpom dua tiga bulan lagi dapat madu. padan muka.

so. tu dia pendapat aku. anda dibahagian mana?

pempuan oh pempuan. kalau nak cari lelaki baik, ubahlah diri anda. kalau nak lelaki yg setia, jangan la mencabar kelelakian kami. kalau kelelakian yg 'tu' tak apa! kami memang suka. oh!

Tuesday, October 12, 2010

| malam kebudayaan pesta konvo |

tadi aku gedik-gedik saje-saje la buang masa g Bukit Ekspo, UPM sebab ade pesta konvo kan. dan yg paling best giler tu, malam ni ada persembahan kebudayaan, makanya harus lah aku pergi untuk membudayakan seni persembahan tanah air kita kan. padahal kebosanan kat bilik. so, berangkatlah ke sana berlima. kolej aku wat persembahan pembukaan dengan 4 lagu secara akustik dan live band. serius bez giler2. meremang jugak la bulu-bulu yg ada kan. lantak. aku layan je. malam-malam dengan bulu meremang adalah satu perasaan yg sukar digambarkan dengan kata-kata taw. aku syak, dingin malam tu yg buat perasaan tu jadi best sangat. cuba siang-siang hari tengok, mau berpeluh-peluh jugak duk tengah padang tu.

cuma satu je la tak bape nak cantik sangat. MC atau master of ceremony tu. orang putih duk panggil pengacara majlis la lebih kurang. hampes betol mc. serius thumbs down aku bagi kau! hello. event konvokesyen kot. entah mc tadika mana ntah kau upah tu kan. nasib baik mc yg sorang lagi tu okay la walaupun light-light aje. ah lantaklah. aku nak tengok persembahan je. yg penting wakil kolej aku wat persembahan gempak giler kan. phewwitttt.. rasa macam nak naik atas pentas bagi bunga barang sekuntum dua. tapi memandangkan aku golongan genius, takkan la aku nak jatuhkan air muka camtu je kan. aku bagi flying kiss je tadi. dalam hati.

wakil kolej aku yang buat persembahan tadi tu menang tempat ketiga irama akustika semalam. bangga siot! korang memang seyes gempak! tabik springgg~

pesta konvo sampai 13 oktober. sekarang 12 oktober. lagi dua hari la. tapi aku tak sempat pon nak meraikan kawan aku yg berkonvo. aku syak kesibukan duniawi yg buat aku alpa nak selebret kawan-kawan aku konvo kot. haih~

KEPADA SEMUA SENIOR-SENIOR DAN KAWAN-KAWAN YG BERKONVO, SELAMAT BERGRADUAT DAN SEMOGA SUKSES SELALU. KAMULAH JUARA!

ok tak ucapan aku. ikhlas okay.

pagi tadi selesai paper terakhir untuk ujian 2 sem 5 bebudak multimedia batch 08/11. hohoho. senang jek paper tu. tak der la killer mana pon. aku syak aku dah cukup terer dan bersedia untuk ke final nih kot. agak-agak kalo sem ni pointer naik giler-giler, aku nak belanja kawan-kawan lah. amin~ tadi dapat result test pemampatan data. rasa nak melompat-lompat jugak la. naik mendadak kot. happy. baru ah aku mampu tersenyum gitu.haha. nantikan je la final nanti. sape-sape yg cakap aku takleh buat tu? sila tutup mulut anda sekarang. muktamad!

esok ada hari konvo someone. aku harus hadir meraikannya! kang majuk muncung sepuluh ratus lak.


notaSikit : petang tadi tidur mimpikan kampung halaman, celik-celik je masih berada di kolej tercinta. shit!

notaSikitSikit : petang tadi pas bangun tidur, aku g sokong team kolej lawan bola sepak. sila percaya. alasan, sebab kebosanan di bilik.

notaSikitSikitSikit : air ikan dah tukar. barulah ceria sikit dia berenang-renang. ngada!

Saturday, October 09, 2010

| tips untuk bengangkan roomate anda |

134 blok murni.
roomate : amy chucky.


tu dia rumet kesayangan aku. aku sayang dia tapi dia tak sayang aku. hangin betol aku. kan. aku ingat nak advertised kat mudah.my la. rumet terbuang untuk dijual. agak-agak laku ke tak. laku kot. kalo tak laku, kita wat lelong. bukak harga murah-murah jek.

*ampun rumet. gurau-gurau jek*

okay. ni aku ada beberapa tips nak kongsi cmner nak buat rumet kita gila dan meroyan. hehe. nakal sesekali kan. bagi rumet tension giler-giler. kenangan tu nanti. keh3..

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


selamat mencuba!


gila kan tips nih. serius gila. so siapa-siapa yg kebosanan di hari minggu ni, silalah cuba. sebarang kemalangan jiwa yg berlaku adalah tanggungjawab sendiri ya. kihkihkih.


*amy, aku dah upload gambar ko kat sini. tergedik-gedik sangat nak suh aku masukkan gambar ko kan. hah! ambik! ok tak kalo gambar ni. nampak manja gitu kan. matilah~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...