ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Tuesday, October 26, 2010

| simptom orang sibuk study |

final exam dah dekat. minggu ni is the minggu last kuliah. which means is minggu ni adalah minggu lecturer menurunkan tips-tips yg sangat berguna sebelum exam. tips tak tips sangat la. lebih pada spot punya soalan. sape yg tak datang minggu ni memang rugi ah. eh eh tapi aku dah ponteng seharian hari ni. wat cuti sendiri. lantak~ tips tu sumer leh tanya kawan-kawan. hohO~

dah dekat nak exam ni. mesti orang sibuk study kan. macam-macam gaya. so aku nak bawak korang tengok contoh-contoh org yg sibuk study. tak tahu la cuak ke, nebes ke, takut ke, buang tebiat ke. hanya empunya diri je yg tawu. keh3.. lets cikedout!

1) membaca tnpa menghiraukan sekeliling. yg kepoh tetibe jd sgt pendiam. yg pendiam apatah lagi. cam mayat hidup jek.

2) kelajuan membaca sangat tinggi. risau tak sempat nak cover semua. faham ke x, tu belakang kira.

3) turun kafe pon kena fikir 4 5 kali. takut buang masa. kalau turun pun, bungkus je. silap silap kirim kat kawan jek. makan sambil pegang nota.

4) baru sibuk nak semayang full. tak pernah tinggal. doa macam-macam.

5) masa tidur pun mulut terkumat kamit macam tengah baca nota. silap silap letak nota kat sebelah bantal kononnya leh serap terus ilmu.

6) tak ada dah borak-borak pasal bola ke, gosip artis ke, kisah kancil ngn buaya ke. asyik borak pasal pelajaran jek. sampaikan nak berak pon, leh berbual ngn orang sebelah pasal pelajaran.

7) kalau yg kapel lak, main mesej sikit-sikit jek. pendek-pendek. xde masa nak fikir panjang-panjang. topup rm5 leh tahan sampai sebulan.

8) terperap je dlm bilik, study. dah tak ada budaya melepak bilik orang, merayau kat bawah, kuar tengok wayang, men bola petang-petang.

9) nak kuar buang sampah pon terbawak pen.

10) stok megi berbungkus-bungkus dalam bilik. jimat masa katanya nak ke kafe. makan megi jek. kalau budak nerd yg tak makan megi lak, ada la makan biskut hup seng cicah milo. roti lak jangan cite ah, dah prepare awal-awal.

11) serba salah nak bukak facebook. membazir masa. kalau bukak, konpom buku offline terus. so nak taknak kena lupakan facebook sampai habis exam. masa ni memang menguji diri sendiri betol. yelah, nak cek facebook lagi, formspring lagi, blog lagi.

12) time ni la baru nampak dia bukak buku tebal. yang takleh blah, siap ada kamus tu atas meja. selama ni kalau tak faham pun, tak adanya nak bukak kamus bagai nih.

13) gelisah semacam je. asyik asyik tengok jam je. tak cukup jam dinding, jam tangan jam laptop sampaikan jam bilik sebelah pon dia nak tengok.

14) stok nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua ada lah. nak stay up katanya!

15) meja bersepah giler dengan notanya, dengan higlighternya, pen biru merah hitam kelabu taik anjing. 1 rim kertas A4 pon tak cukup. buku semua memang terbukak. macam bilik saintis dah gayanya.

16) status kat facebook masa nih memang poyo giler. 'maaf, sibuk study'. 'doakan saya.' macam-macam lagi la. kalau bukak ym pun, asyik status busy je memanjang. silap silap invisible je. senang tak ada orang kacau.

17) muka blur je sebab otak dah full. kadang-kadang cakap sorang-sorang. rambut serabai, janggut ngn misai dah macam duk gua setahun. makan pun sorang-sorang je. kang kalo mkn ramai-ramai buang masa lak. sibuk berborak je nanti.

18) sampai satu tahap nak rebus semua nota-nota. pastu minum air rebusan tu. entah ajaran mana ntah dia dapat.

okay. cukup kot nak bantu korang kenali orang-orang yg tgh stress kan. tapi aku tak camtu, aku steady jer. carry mark pon tinggi jer. so nak takut ape. ceh gila poyo. tapi seyes, aku tak ada sampai giler camtu. kadang-kadang esok exam, malam ni aku bantai gi main boling. nak study tak ada mood katanya. lantak.

then yg paling pasti. masing-masing sibuk menyesal kenapalah aku tak study awal2. kenapalah aku tak fokus masa kuliah. kenapalah. kenapalah. bla bla bla. then, sibuk tanam azam baru. sem depan tak nak stusy last minit. nak fokus dlm kuliah. padahal setiap sem duk tanam azam camtu. bila ntah nak berubah. dah sampai final sem pon still cmtu gak. aku? er..tak. aku tak cmtu. aku steady jer.

[kredit abg Google]

notaStudyLastMinit : tak sabar nak habiskan sem ni. dan masuk final sem. oh!

3 comments:

ekha said...

no 4 tu best...

wANieYZ said...

yg last 2 xley blah..memang seme org nk buat..klu boley la..hehehehe

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

oit!
like ur entry lah!
mmg simptom org stdy larhh~


btw..

do folow me k?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...