ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Tuesday, October 19, 2010

| cincin untuk lelaki |

cincin bukan hanya untuk pempuan okay. lelaki pun ada yg pakai cincin untuk lebih bergaya. dan aku sangat suka lelaki yg pakai cincin. nampak cool jek. eh eh bukan bermakna aku minat lelaki okay! lantak~ orang kata, cincin ni melambangkan gaya hidup seorang jejaka selain dari menyerlahkan ketrampilan jejaka itu sendiri. wah! gitu bersemangat aku mengutarakan fakta. entah betul entahkan tidak. wahaha.

tak kisah la cincin tu mahal atau murah. yang penting rekabentuk dan bahan buatan cincin itu sendiri. eh korang perasan tak mostly cincin lelaki direka lebih besar dan berbentuk empat segi. bagi lelaki moden, cincin bersalut platinum rasanya paling sesuai dan nampak sangat bergaya. kan? kan? kan? sebab? kerana cincin platinum tidak terlalu berkilau dan bebas digayakan terutama lelaki muslim. faham?

ni ada sedikit info dan tips on how to pilih cincin untuk lelaki. bagi mana-mana pempuan yang tak sabar-sabar nak kawin sampaikan sanggup masuk merisik atau meminang si jejaka tu, leh tengok panduan ni. kihkihkih.

1. dapat membezakan bentuk cincin yg hendak dipilih samada ia bersesuaian dgn karektor diri atau tidak.

2. tidak terpengaruh dgn rekabentuk yg mungkin tidak sesuai pd jari jejaka.

3. tidak semua jari sesuai menggayakan sesetengah bentuk cincin seperti jari halus dan kurus tidak digalakkan memakai cincin besar kerana nampak tak seimbang!

4. selidik kesesuaian warna dan kesesuaian bentuk dengan jari jejaka.

5. melakukan tinjauan di beberapa kedai bagi mendapatkan idea cincin terkini.

6. jgn tergesa-gesa membeli cincin yg kononnya nampak hebat dan bergaya.

7. pilih beberapa bentuk dan cuba satu persatu satu. cuba dan terus mencuba.

8. jika perlu, minta pandangan jurujual. pastikan jurujual tersebut tahu mengenai cincin yg dijual.

9. pastikan cincin tersebut tidak terlalu longgar tau tidak terlalu ketat.

10. tidak salah bersabar semata-mata utk mndapatkan cincin yg berkenan dihati.


notaCincin : pernah kecewa hingga aku lontarkan dua bentuk cincin couple yg aku tempah kedalam mangkuk tandas tanpa belas kasihan.


2 comments:

::ienafazlyna:: said...

la apesal lempar..lenkali xnak bg kat sini..hahahha

syusye said...

kn da rugi...
lenkali simpan la..
mane la taw kalo couple balik..
da ade cincin.. jimat wooo...he he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...