ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Sunday, October 17, 2010

| konvokesyen ke 34 UPM |

selesai sudah Majlis Konvokesyen ke34 UPM pada 13 oktober 2010. dan aku sangat jeles tahap gaban tengok wajah ceria senior-senior yg bergraduat. seyes aku jeles yg amat. pastu tengok diorang peluk peluk mak ayah. terharu seh. happy la kot dapat segulung ijazah. aku pon tak sabar sabar nak grad. mesti mak abah aku bangga giler. aku nak suh semua sedara mara datang time konvo aku nanti.

aku dan kawan-kawan turut datang memeriahkan senior-senior yg bergraduat. TAHNIAH aku ucapkan.

tapi yg kelakarnya. orang lain yg konvo, orang lain yg bergambar lebih-lebih. haih~ gila betol. senget tak senget sangat la kan. jom tengok sikit kami yg senget nih.





see? aku tak cakap bohong kan. pelik betol. orang lain yg konvo, orang lain yg bergambar sakan siap terlentang terkangkang bagai duk posing. isk3. termasuk la aku sekali. by the way, mereka ni sumer termasuk aku ialah final year student yg akan konvo tahun hadapan. InsyaAllah. doakan kami yer. hehe.

senior TESL. congrats!! ingat kami selalu k.

okay cukup. sebenarnya banyak lagi gambar kami yg perasan artis duk posing posing sakan. haha. lantak.

notaKonvo : sempat hadiahkan sejambak bunga dan patung teddy bear kat sorang senior tu. hope dia simpan hadiah aku tu baik baik. hehehe. kalau rindu aku, sila peluk teddy tu ya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...