ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Friday, April 30, 2010

| ah kalau dah namanya manusia - redah ajalah! |

mata aku menjeling-jeling manja ke luar tingkap.
melihat warga blok sebelah mengangkut barang-barang mereka masuk ke bonet kereta.
dan berlalu pergi meninggalkan kolej.
oh.
selamat bercuti.
melompat-lompat gumbira kerana tersadai di kolej tercinta ini.
oh ini bukan cerita sebenar.
-
-
-
-
-

kau tahu apa itu konflik dalaman.
bagaimana berlaku.
kenapa berlaku.
bilamana ia berlaku.
kekadang kita sering mempertikaikan kelemahan dan juga kehebatan orang lain.
ah manusia.
sering tak pernah berpuas hati dengan apa yang sudah dianugerahkan.
meh sini aku pijak-pijak jari kaki kau.
hohO~

pernah tak kita terfikir. siapa kita untuk menilai seseorang. siapa kita untuk membenci seseorang. oh kau walau kau anak dato' sekalipun, kau tetap manusia yang tak kan pernah sempurna. nyanyi lagu sempurna sambil geletek pinggang sendiri.boleh? kita selalu je nak kondem orang lain. nak jatuhkan orang lain. tapi persoalannya kita ni layak ke untuk buat semua tu? pelik kan perangai manusia ni.
bilalah Melayu nak maju kalau menda2 camni keep happend.
pelik.
tenung lantai dan buat-buat muka sugu tanda prihatin.
eh eh.aku pon manusia kan.
hohO~

cotcetcotcet : hidup ini singkat.ayuh berparti.eh?

| jauh berjalan besarlah biji mata kau.eh? |

29 april 2010.
terkedek-kedek menuju ke One Utama (baca : OU).
it's shopping time.
when i'm wearing Bata, everybody thought that i'm wearing Prada.
boleh?
hohO~

gedik kan.
goyang-goyang punggung macam shin chan sambil kenyit-kenyit mata kat mak cik cleaner.
punyalah jauh nak shopping.
padahal kat kawasan aku ni bersepah bergelimpangan shopping complex.
nasib baik la naik kereta.
credit to Abu sponsor myVi.
dan credit to myself as a driver.
penat oke.
meredah kesesakan nafas.
eh eh kesesakan lalulintas.

point sebenar saje je nak g OU tu.
bak kata org yang tak berapa nak muda.
jauh berjalan luas pemandangan.
agaknya kalau jauh berjalan mata jadi lagi besar so leh lihat lebih banyak pemandangan.
tak paham?
ah..peduli apa aku.
hohO~

gila besar shopping complex ni.sape yang gedik ajak aku kesini? sila bangun dan lompat bintang tiga belas kali.penat yang amat lah!

cotcetcotcet : hari ini aku demam.nasib baik tak berapa demam sangat.eh still demam ok! tak paham? peduli ape aku.eh eh.baru selesai gunting rambut.smart.hohO~

Thursday, April 29, 2010

| dua cubaan gagal -perlukan kuasa yang berpengaruh ke? |

campakkan helmet ke lantai.
menangis teriak hentak-hentak kaki.
boleh?
hohO~

tensen sangat.
nak kuar tengok bola tapi takleh.
sila buat-buat muka kagum dengan mata hampir terkeluar bila terbaca aku nak kuar tengok bola.
tapi pakgad (baca : pengawal keselamatan) tak bagi keluar.
oh damn lah kau wahai pakgad yang langsung tak hensem.gemuk lak tuh.

cubaan pertama untuk keluar.
dengan menaiki kereta sambil berdoa penuh pengharapan dapat keluar dengan mudah.
muka penuh konfiden tahap dewa nih.
sekali pakgad tak bagi keluar daa.
'korang nih sape? staff ke student ke? felo ke?'
'kami student bang'
'hah! tawu pon.dah pkul bape sakrg nih.'
pergh.sesedap kalian je sounds kitorang kan.
yelah.kami ni students je kan.
takpe.
satu je aku nak tanya.
besar sangat ke gaji kalian.
eh.
besar sangat ke gaji korang yang sampai nak kerek nak mampos tuh??!!

cubaan kedua untuk keluar.
menaiki motosikal dan meredah laluan rahsia tanpa melalui sekatan pakgad.
gigih nih nak keluar tengok bola.
sekali ada pakgad jaga kat pintu rahsia tu.
bingai betol lah korang nih.
boleh tak korang duk je kat umah malam-malam nih.
bagi kami keluar dengan aman!

kesimpulannya, kedua-dua cubaan gagal.
diulangi.
G.A.G.A.L
sila gelak ramai-ramai sambil garu tapak kaki sendiri.

nak taknak.
duduk je dalam bilik.
pura-pura study walaupun exam dah habis!

lepas ni kena pasang skandal dengan orang-orang atasan universiti.
pastu mohon stiker pegawai.
senang kalau nak keluar.
gelak-gelak jahat dalam hati dan keluarkan tanduk palsu dalam beg.
hohO~


cotcetcotcet : aku bukanlah fanatik bola.saje je gedik-gedik nak kuar.leh sedut angin malam kan.lepak-lepak kedai mamak.saje je nak ikut.aku tengok bola? oh sila buat muka pelik macam orang kena tenyeh sambal belacan kat perut.

Wednesday, April 28, 2010

| sampul surat dan lipas - gelilah weh. |

"seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita itu terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak berasa sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari bengkak pada lidah wanita itu semakin membesar. Dengan rasa tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor itu menasihatkan wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita itu. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu. Kesimpulannya, terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya." - kisah benar yang diceritakan dalam berita CNN.

ayo.

ngeri pulak aku dengar.

muntah kuning campur coklat sekejap.

gila loya tekak aku.

nasib baiklah aku tak pernah jilat pelekat sampul surat tu.

eh.pelekat sampul duit raya camner lak ek?


eh.
kalian jangan jilat tau pelekat sampul surat tu.
geli.geli.geli.
weekkkkkkkkkkkssss.
oh.
muntah ingin keluar lagi.

[gila geli aku tengok menatang nih]

cotcetcotcet : geli.lipas? aku tengok pon dah geli.inikan pulak menetas dlm mulut.mau aku pose setahun kalo camtu.boleh?

| debaran semakin terasa - bukan majlis anugerahlah! |

tak diam duduk dah aku.
kejap bangun.kejap duduk.
terlentang.
hayun-hayun kaki ke atas.
kejap meniarap goyang-goyang punggung.
hari-hari nyanyi lagu Universitiku tercinta.
sambil pintal-pintal rambut sendiri.
boleh?
hohO~

masa untuk latihan industri berada disekitar sudut.
oh.
terasa getaran asmara.
eh eh.bukan!
terasa getaran dan debaran.
dub dab dub dab.
adeyh.

jabatan kebudayaan dan keseniaan negara.
shah alam.
tugasan misteri : pembangunan sistem.
mampus lah aku.
menari-nari tarian kontemporari lah aku nanti.
tak pun tarian hiphop.
hohO~


ada sesiapa sudi gantikan tempat aku tak?
nanti aku belanja KFC snack plate.
hohO~
eh.
tolong menolong amalan mulia kan.
marilah sama-sama beramal ibadah.
boleh?

meroyan sebentar.

cotcetcotcet : mengemas-ngemas barang dalam bilik.haih~ kenapa barang-barang aku makin banyak lak nih.siapa yang tambah barang-barang aku nih hah!! perlukah aku iklankan : sesiapa yang sudi mengemas bilik and barang-barang aku nih, aku hadiahkan satu ciuman di pipi.boleh? oh.ingin muntah hijau kuning-kuning sebaldi dua.hoHO~

| saat aku |

saat aku kesepian.
hiburkanlah aku dengan suaramu.
saat aku kesakitan.
ubatilah aku dengan rasa kasih sayangmu.
saat aku dalam kesesatan.
pimpinlah aku dengan doamu.
saat aku mati.
janganlah kau mandikan aku dengan airmatamu.
saat aku dikuburkan.
kuburkanlah aku dihatimu.

riez : gusar dan bimbang andai sesuatu menimpaku sebelum sempat aku menyatakan sayangku padamu.


| siapa sudi uruskan aku? |

eh.
tajuk sesuatu sangat kan.
meh sini kau.
aku tarik-tarik bulu mata kau.
pandai-pandai je.
aku bukan buat iklan mencari binilah.
sila baca dahulu ya!
oh.
hoho~

ah.
rindu.
saat tak payah fikir apa-apa yang susah.
pergi sekolah.
balik sekolah.
siapkan homework.
main.
jangan tengok tv melebihi pukul 10 malam.
oh.
semuanya parent yang tentukan.
kan seronok.
makan minum mak siapkan.
kain baju kau mak yang basuhkan.
sampai tertonggeng-tonggeng la orang tua kau tu kan.

sekarang nih.
makan kene cari sendiri.
nak minum lagilah.
kene bancuh sendiri.
kain baju sendiri punyer basuh ye.
aku jentik telinga capang kau tu kang!
takder sape nak kejutkan kau bangun pagi-pagi.
pandai-pandailah jam loceng kau tu melalak.
oh.
semuanya sendiri.

ah rindunya.

riez : semuanya kau kene settlekan sendiri ye hencik ridzwan.jangan nak gedik-gedik manja.malu! err..ada sesiapa yang boleh buatkan saya air milo x? pliz....hohO~

Tuesday, April 27, 2010

| belek-belek hasil tangkapan - eh rindunya kat kalian |

eh.
lupakan mood serius.
isu sedih-sedih sila campakkan ke atas jalan raya.
biar lumat lunyai digilis Kia Forte.
oh.
itu kereta kegemaranku.
cantik siot!!

sebentar tadi saja gatal-gatal ibu jari kaki.
menyelongkar gambar-gambar lama.
pastu terserempak lak gambar masa kat matrik dulu.
Kolej Matrikulasi Johor.
oh.
rindu tahap dewa kat kalian.
happening.
sentiasa buat aku ingin menari-nari zapin d tengah padang bola.
sila percaya.
hohO~


memperkenalkan Geng Sipot Sedot srroot-srroot.

[me with dayah]
sila jangan kontroversikan ye.
aku tak suka publisiti murahan.
no komen.
oh.
terasa diva bak artis.
hohO~

[fahmi dato' nordin dan dillah]
kontroversi atau tidak.
sila tanya empunya diri.
kahwin nanti sila jemput aku ya.
kad wangi sahaja diterima.
terima kasot!

[aekbar, dayah dan dillah]
suka snap pic sendiri korang nih.
kamera hp aku lak tuh.
adeyh!

[dayah. dillah dan yan]
sweet gurls.
charlie angles?
mungkin.
sila isi borang utk sebarang urusan perkenalan.
hohO~

[pojie]
ini dia.
ahli kumpulan geng telinga capang.
hohO~
kau ingat kau pakai tudung kau leh sorok telinga kau?
oh.
aku salah satu ahlinya kumpulan itu.
sila gelak sampai gatal ketiak.

bapak ah giler rindu kat korang.
eh bukan bapak aku yang rindu.
aku nih.
haih~
eh.
bila kita nak jumpa kumpul ramai-ramai makan nasi lemak kerang?
eh.
makan angin lah!
rindu sampai nak masuk jejak kasih kat TV.
boleh?

riez : rindukan gelak ketawa kalian.hidup ini singkat.semoga ukhuwah kita terjalin hingga akhir hayat.

Monday, April 26, 2010

| rasa teruk di pagi hari |

selamat pagi.
gigih ni aku bangun awal.
time kuliah pun x bangun seawal ini.
*tak boleh tidor sebenarnya.
puas aku hentak-hentak kepala kat dinding.
nyanyi lagu rock sambil berangan jadi ramli sarip.
berlari kat floor untuk penatkan diri.
tapi tak boleh tidor jugak.
somebody help me!
oh.
hohO~

eh.aku nak tanya.
sekadar pertanyaan ok.
kau pernah tak rasa sakit bila kecewa?
sakit bila rasa diri dipermainkan?
tak kisah la dipermainkan bf/gf or sape2 je.
bukan main masak-masaklah!
hohO~

kenapa kita sering dikhianati sedangkan kita tak pernah mengkhianati.
kata orang la kan.
what u give u get back.
bukan aku kata.
tapi betul ke.
kita tak buat pon kite dapat gak mnde tu.
hah!
dah tak valid la bidalan tu kan.
mungkin versi aku betul.
u'll never get what have u done.
oh.
frustrated.

*mengarut di pagi hari.
ini hakikat ok!

riez : emosi sangat tak stabil.adakah berdiam diri adalah jalan terbaik.atau menghilangkan diri boleh membantu? hidup ini memang tak pernah adil.

Sunday, April 25, 2010

| segmen serius - kisah pemungkir janji |

perhatian.
pesanan dari penaja.
entri ini adalah bernada serius.
sebarang gelak ketawa dihentikan buat sementara waktu.
terima kasih.

janji.
mudah kan org buat janji.
aku sayang padamu selamanya.
oh.
semudah abc, alif ba ta, 123.
cukup mudah!
aku janji kau tetap aku sayang walaupun aku ada dia.
aku janji aku tak akan pernah abaikan kau walaupun aku dan dia kembali berkawan.
oh.
what the fuck!
marilah kita sama-sama bina hidup.
jom kita merancang masa depan kita bersama.

tetiba rasa jijik sebab bersetuju untuk berjanji bersama.
kan?
itulah manusia.
mudah sangat tabur janji.
tabur harapan palsu.
permainkan perasaan orang lain.
manusia oh manusia.

aku pelik.
kenapa berjanji kalau tak sanggup tepati.
kau ingat janji itu satu permainan?
main masak-masak barangkali?
main pondok-pondok ke?
damn!

macam mana kalau dia tuntut apa yg kau dah janji?
macam mana kalau janji itu menghantui kau?
macam mana kalau sebab janji itu hidup kau tak bahagia?
kau sanggup?

tunggu dan lihat.

*janji yang dihighlightkan adalah contoh sahaja*

riez : tersentap dengan perjanjian bodoh yang pernah dijalinkan bersama.terlanjur berjanji, beranilah tanggung.semua janji kau akan aku tuntut.walau nyawa aku jd korban.kau pernah menangis dan kau akan terus menangis.ini janji aku.

| jom campakkan helmet tanda kita sudah merdeka - eh praktikal berada disekitar sudut |

hey.
ayuh goyang-goyang punggung.
menari ikut rentak.
yeah!
oh.
gila meroyankah?
hohO~

apa khabar kalian.
sihat harapnya.
siapa tak sihat sila angkat jari telunjuk.
dan menangis sedu sedan.
eh.
mode : happy.
nak lompat-lompat atas katil sambil makan chipsmore.
boleh?


gila kau!
final exam aku dah abes la.
diulangi.
FINAL EXAM DAH HABIS!!
pagi td paper last.
oh.
merdeka!
jerit kuat-kuat sambil campakkan helmet ke atas.
duh.
seyes happy.
bagaikan dunia ini ana yang punya.


cuti seminggu.
dan bersedia untuk ke praktikal.
oh.
saya bakal ke alam pekerjaankah?
berangan.
kau ada setahun lagi ok!
fokus-fokus~

riez : sedih sebab tak dapat balik.ada masalah yang harus diberi keutamaan.maafkan daku bonda.lain kali saya balik ok? janji~

*eh.ada yang kata blog aku nih seperti blog 'adik-adik'.eh.maksud aku cara penulisan aku ni gaya orang lembut2.apakah? siapa boleh komen? perlukah aku menukar cara penulisan?
menggaru-garu kepala belah kiri arah ikut jam.


Friday, April 23, 2010

| 'lepak'ing di putrajaya - bila terasa sangat bosan |

aku bosan! bosan! dengan sikapmu..
eh.dangdut amelina lak.
amelina kn yang nyanyi lagu tu?
entah.
hohO~

weh.
seyes malam tadi aku dilanda hujan badai.
eh bukan!
dilanda kebosanan melampau.
aku rasa nak menari-nari balet je kat foyer blok aku nih.
eh.
lalu merancang satu rancangan yang tak diduga.
melarikan diri ke Putrajaya.
melihat keindahan Putrajaya di waktu malam.
cantik siot!!

aku g ngan faizal rosli pemilik kereta..
rizaimi chucky teman sebilik yang comey..(apakah??)
dan amiriz far-far away..haha
4 jejaka idaman..
keluar berparti di Putrajaya.
it's a gay out nite!!
eh.
choy!!
jalan-jalan oke~
dan ini buktinya.
sila cemburu ok!




harharhar...
siapa cemburu sila angkat kaki.
dan jerit kuar-kuat.
kalian tersangat hensem!!
oh.aku melampau ke?
tak kn?
hohO~

gambar x banyak.
pengcahayaan gelap.
x sesuai sgt..
*maklumlah bukan pro..;p

riez : skrg dah x bosan.eh.patotnyer aku keluar dating.tapi dia demam lak.kesian.get well soon bebeh! miss u a lot.ok aku kembali bosan!

Thursday, April 22, 2010

| hapuskan air matamu..motif? cantik ke kau? |

aku ronda-ronda kat kawasan setinggan aku tadi.
eh.
ronda-ronda laman blog kwn aku tadi.
terjumpa satu kisah sedih.
si gadis berpisah dengan si jejaka.
namun kini perpisahan yang terjadi.dugaan yang menimpa diri ini.
eh.
aku bukan suruh nyanyi lah!
tahulah suara sedap bak kentut anak kambing cirit-birit.
hohO~

al kisah.
si gadis berpisah sebab si jejaka menangis bila satu masalah menimpa si jejaka.
oh.
bodohnya reason kau.

lantaklah kau nak berpisah kan.
ade aku kisah?
*tetiba mood azwan ali.
aku cuma pelik + hairan + menyampah.

kau ingat jantan ni tak boleh menangis meraung bagai?
hurm.
tak boleh?
eh.
apahal kau.
aku rasa ok jer.
lantaklah jantan tu nak menangis meratap meraung bagai pun.

nak kata tak macho?
nak kata x gentleman?
nak kata bapak buruk hina gila?
nak kata jambu sangat kalau jantan menangis?
apa lagi kau nak kata?
katalah.
aku nak dengar.

eh kau.
mai sini sat.
aku nak tanya.
cantik sangat ke muka kau tu nak kata jantan ni macam-macam?
eh.
adakah aku merepek lagi?
tidak.
ini lumrah kan kan kan.

riez : pelik.hal kecil pun nak gaduh sampai putus urat jari kaki.eh.dulu masa nak sangat kat jantan tu, leh lak kau tahan kan.tu mesti dah ada jantan lain tu.x sabar-sabar nak clash kan.hinalah kau!

| praktikal - eh? aku hanya berehat seminggu? |

malam-malam syahdu ni.
aku gigih menyelak-nyelak kalendar.
mengira hari nak gaji lah!
tanya lak.
oh.sorry.
aku masih pelajar yang masih digantung tak bertali.
eh.bukan.
bergantung kat mak bapak.
dan jugak PTPTPU.
jerit-jerit kau luar jendela sambil posing ala-ala tyra banks.
boleh?
hohO~

kerepek dalam balang ni merepek lagi.
kau sihat kah kerepek?
eh.
ok.serius.
aku sedang mengira hari.
ala-ala lagu menghitung hari gitu.
eh aku lupa la camner lagu tu.
boleh?

paper final exam tinggal lagi satu.
kalkulus.
kalolulus = kalkulus.
harap maklum.
oh. paper tu sangat kejam.
dengkikan aku.
eh.kau boleh tak jgn bg soalan susah tahap makan KFC ngan jiran sebelah?

habis paper.
cuti seminggu.
oh.sempat ni nak makan angin kat Melbourne.
eh.duit ni macam segan nak keluar.
*sengal~

lepas cuti.
praktikal.
oh.aku tergedik gedik mahu praktikal sekarang.
hati riang berbunga-bunga.
cepatlah masa!
tepuk-tepuk tangan sambil gigit selimut.
mengantuk sebenarnya.

riez : cuti seminggu.praktikal 2 bulan.oh.aku ingin jadi gila.boleh?


Wednesday, April 21, 2010

| bersedia atau tidak, bolos saja soalan itu - eh? kantoi? |

yeay!
lompat-lompat keriangan ala-ala menang oskar gitu.
terima kasih.
terima kasih kepada yg menyokong.
eh?
hohO~
berangan atas pentas lak.

happy.
kenapa?
yalah! aku dapat anugerah jejaka tertampan.
oh. sila muntah hijau kekuningan sekarang.
ok.kali ini serius.
gembira sebab dah lepas paper computer graphic.
*sigh.
it's really killin' me okay~

eh.
cerita menarik.
satu gadis kantoi meniru..(ops! terdedah jantina si pelaku.)..
akhirnya disuruh keluar.
kau ni pun satu.
nak meniru tapi tak pandai.
kertas kau bawak tu besar gedabak bak anak badak lah!
sah-sah la kantoi.
tepuk tangan ramai-ramai sambil makan kuaci.
kelakar okay~
eh.
jahat betul aku.
aku menangis terbahak-bahak mengenangkan nasib kau yang kantoi meniru.
bulih?
eh.
lain kali meh sini pakcik yang tampan nih nak ajar.
meniru pon nak kena ada taktik tau x?!
nak kena cubit perut?
oh.sengal~


riez : kelakar lah! patutlah markah kau gempak gila-gila meroyan. rupa-rupanya ada bangkai udang galah sebalik mi kari. oh.dulu aku sangat kagum.sekarang tidak lagi.aku ingin gelak-gelak sampai putus urat kaki.bulih? oh.kau kelakar.betul.aku serius~

| mengarut pagi - aku makin gila? |

huarghhhhh....
nganga mulut luas-luas..
bila tengok cermin..yaAllah..buruknya..
eh.bukan aku.
ni ha sebelah aku ni ha.
buruknya.
hohO~

ngantok siot..
tapi memikirkan tahap sipot sedot paper esok susah mcm masak tomyam..
aku gagahkan diri yang lembik nih untuk study..
eh. kau kenapa?
yela2.aku lembik!
ayo~

sempat aku meniduri diri sebentar tadi..
senyum.
meniduri?
hohO.
diri sendiri ok?
full stop.
ah aku makin gila.

penunjuk waktu (baca : jam) menunjukkan pkul 4 pagi..
alahai..lambatnya masa berlalu.
aku dah x sabar-sabar cik timah ni nak jawab exam 8.30 pagi kang.
eh timah.laki kau si kassim sihat?
merepek!

ridzwan razif.
sila sambung study + stado skrg.
pelissssssss...
*damn!

riez : puas tido.bangun.tdo balik.bila nak study? oklah.esok sebelum masuk dewan exam.bulih?
*mode : melayan musik-muzik slow..ah seperti ingin terbang ke awan biru.eh gelap! hari belum cerah~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...