ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Tuesday, April 13, 2010

.: PERHATIAN!! soalan bocor untuk semua :.

aku bukan lah pentingkan diri sendiri sangat..
aku memang suka berkongsi dengan kalian..
berkongsi boleh mnegeratkan silaturahim kan?
insyaAllah..
disini aku ada satu perkara untuk dikongsi bersama kalian..
soalan-soalan bocor ketika ditemu ramah..

1) siapa Tuhan kamu..
2) apa kiblat kamu..
3) apa agama kamu..
4) apa pegangan kamu..
5) apa pegangan kamu..
6) siapa nabi kamu..
7) apa kitab kamu..
8) siapa saudara kamu..

nah..soalan yang senang kan..kalian study la soalan-soalan ni..kalau tak dapat jawab..Nauzubillah..tak tergambar akibatnya..kalau gagal, bukanlah sampai menjatuhkan pointer korang yang tersangat gempak tu..tapi lebih teruk dari tu..ish! seram sejuk aku nak bagitahu..aku yakin ramai yang tahu mengenai soalan-soalan bocor ni..tapi berapa ramai yang bersedia dengan soalan-soalan ini? bersama kita renungkan~

pelik masih ada yang mementingkan pangkat dan keturunan dalam berkawan mahupun berkahwin..masa korang mati nanti, ada ke ditanya soalan camni..

apa jawatan kamu di ofis?
berapa besar rumah kamu?
berapa banyak duit simpanan kamu?
apa keturunan kamu?

Wallahualam..

p/s : kawan-kawan. sila study soalan-soalan ini yer.sama-sama kita bersedia..:)

.ridzwan razif.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...