ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Thursday, April 08, 2010

.: kita sentiasa menangkan diri..cuba sesekali kita jadi diri dia :.

sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang bercerita..
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan seorang kawan..
kerana dia juga seorang manusia..
pastinya punya rasa takut..
punya rasa sedih..gembira dan kecewa..
dia juga punyai kelemahan..
dan perlukan kawan sebagai sumber kekuatan..
jadikanlah kita kawannya itu..
seringkali kita melihatnya ketawa..
tapi sedarkah kita kisah sedih disebalik gelak ketawanya..
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangka..
disebalik senyumannya itu..
mungkin banyak kisah sedih yang ingin diluahkan..
disebalik ketenangannya..
mungkin ada tersimpan seribu kekalutan..
kita tidak pernah tahu..
tapi jika kita cuba jadi seorang sahabat seperti dia..
kita akan tahu..

.ridzwan razif.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...