ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, August 17, 2011

mercun

hello peeps. err..i mean hello boys and girls.

puasa semua? alhamdulillah. dah masuk puasa ke 17 kan. means dah makin dekat nak raya. pasaraya pon dah start buat jualan mega dah ni. suri-suri rumah pon dah berkira-kira nak keluar shopping raya. baju-baju raya pon dah siap 4 5 pasang dah ni. lampu kelip-kelip sama pelita pon dah makin megah bernyala-nyala. lagu raya pon dah terjerit-jerit dalam radio. yang paling penting lelaki-lelaki sekarang ni tengah pening kepala sebab bini-bini depa semua sibuk nak duit nak buat shopping raya. petanda awal Ramadhan bakal melabuhkan tirai la tu.

okay enuff. setahun sekali kan. apa ade hal lah!

but but but. yg paling penting ni, puasa puasa jugak. raya pon raya jugak. tapi kalau sampai putus 2 3 jari main mercun tu apa cerita pulak bai? ish korang nih. main mercun apa kebenda sampai putus jari tu? la ni camner nak kumpul duit raya nanti? nasib la kau!

*tak mau lah upload pic orang putus jari. ngeri den.

so sekarang ni camner? salah siapa? salah mak ayah? salah diri sendiri? salah penjual mercun? atau salah jiran tetangga sebab tak larang diorang main mercun?

mungkin salah mercun tu la kot. siapa suruh meletup kat jari ye dak? kehkehkeh.

********************************
KENANGAN

dulu-dulu masa kecik-kecik lagi. aku pon selalu jugak main mercun time puasa. tapi steady jer. kenal mercun naga? mercun telur naga ke hape ntah nama dia aku lupa dah. mercun tu dulu aku main, letak kat lastik then hidupkan sumbunya pastu lastik kat pokok. pergh! bila meletup kat pokok tu siap warna-warni beb. ceria jer. budak-budak sekarang? ada ke baling atas tanah. tak advanture langsung.
-mercun telor naga-

mercun ketupat pulak. apa barang bai baling atas tanah pastu lari laju2. cis. tak berkembang betol minda. aku dulu baling dalam perigi, paling koman pon letak dlm tong yg tertutup. sekali meletup, hambik kau! satu kampung la bergegar. siap orang-orang kampung sebelah lawan lak tu. dum dam dum. berasap je dengar. barulah jantan beb. kehkehkeh.

mercun bola tu takyah cite la beb. modified bagi besar sikit. lepas tu baling dalam perigi ke, tong ke..apa-apa jelah bekas tertutup. fuh! marvelous. awesome kata org puteh!

tak ada pulak jari aku putus ke hape. jangan kata putus, luka sikit pon tak ada. aku pelik ni budak-budak sekarang main mercun sampai putus jari. kau genggam mercun sampai meletup ke hape nih.

********************************
budak-budak main mercun depan tingkat rumah aku sekarang ni. agak-agak perlu tak aku turunkan ilmi untuk diorang ni semua? ish.

notaMercun : aksi-aksi merbahaya yg aku cerita tu sila jangan tiru yer. penulis tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kecelakaan yg berlaku akibat tidakan yg tidak profesional tersebut. harap maklum~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...