ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Monday, July 05, 2010

| happy birthday to yanie |

ayo. dah 3 hari berlalu.aku tak buat lagi post khas utk adik aku nih. birthday dia 2 Julai lepas. isk3.maklumlah internet connection tak ada so tak dapet la den nak promote kau kat sini. haha. okay hari ni aku nak wat post hari jadi khas untuk dia. sebelum tu jom nyanyi ramai-ramai 'happy birthday to you (2x)..happy birthday to you yanie..happy birthday to you..'. adeyh! suara masing-masing sumbang haram betol. pitching lari. tak masuk emosi betul. hohO~ jom tengok empunya diri.

ya itu dia empunya diri. err..bukan yang baju oren tu. tu bonda aku. oh i miss her so much! adik aku yang baju putih tu. chubby2 sikit. kang sebut gemuk kang ada lak aku kene sepak berulang kali. mklumalh aku ni kecik jer senang-senang je dia buli aku. sob sob sob. ops kantoi.haha. okay nama dia Nurul Fadzliyanie Mohd Razif berumur 18 tahun. so dia sambut hari lahir yg ke-18 la ari tu. SELAMAT PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.amin~ sekarang dia study kat Kolej Polytech Mara kat Ampang dalam jurusan TESL (teaching english as a second language). budak ni hebat dari aku nih. UPSR 5A, PMR 8A. hoh! wakil negeri Terengganu dalam sukan memanah. pemegang biasiswa Petronas. gila orang hebat-hebat je dapt biasiswa tu. dan aku sangat jeles!!! sekolah kat TEPCES (terengganu premier chukai elit school). tapi masa SPM dia tak bape sihat dan sibuk sangat ngan sukan. pastu result pun jatuh sikit.haha.padan muka..jahat aku kan.

ha.itulah adik aku. adik bongsu kesayangan keluarga.hohO~ cakap je ape nak, sumer dia dpt. termasuk la aku sekali. kalau dia nak mende tu, nak taknak aku kena bagi gak. kang dia kuar statement " alah ngan adik beradik pon nak berkira". diam terus aku.celaka. yela.sorang je kan adik pempuan.layankan je la.

notaHujungKaki : hadiah tak beli lagi.mati aku!

| wajah baru..oyeah oyeah suka! |

Salam Isnin semua. ehem ehem ini Isnin terakhir di JKKN Selangor. minggu akhir praktikal. seronot oyeah oyeah. boleh? sebenarnya macam-macam rasa dalam hati nih. wah teringat kembali ayat-ayat celaka zaman dulu 'muka bapak ganas tapi dalam hati ada taman!'. hoh.sial betol statement. okay lupakan kisah tu. sedih ni sebab da nak pisah ngan kawan-kawan kat sini. best tu lepak2 gurau2 makan2 sepak2 ngan diorang. pastu malam-malam gi disco. okay itu tipu, sekadar nak grandkan diri.hahahaha. celaka.

saya tak mahu menangis disini. sekian!

woi woi woi.tak nampak ke header baru kat atas tu? nampak tak blog aku yang bertukar wajah nih? canteekkkkk tak kekawan? haha.seronok mengubahsuai blog tempat mencaci maki nih. eh maksud aku tempat luahan perasaan la. sebab ada rakan blogger yang sarankan tukar design blog asyik wajah sama je. macam orang jugak la kan kalo lama tak grooming muka mesti macam semak samun penuh misai jambang janggut bagai silap-silap tak macam orang dah.haha. tu kalo lelaki la kan. kalo perempuan lak errr korang bayangkan la sendiri. kang over-over kang kena maki lak.. hohO~

sebagai kenangan, aku lampirkan pic blog lama aku. rindu kat blog lama aku. chewah! poyo je baru beberapa jam tukar design.

selamat tinggal kenangan. poyo!

letih nak decorate design baru. siapa ada idea sila kemukakan disini. ganjarannya ciuman peribadi. boleh? matilah aku nak muntah jap. aaaaaaaa....

okay meh aku cerita sikit la pasal header aku tu. nampak tak muka aku yang sangat hensem comel tersenyum manis tu? itu lambang 'ini blog aku'. siapa yang masuk kesini mesti nampak muka aku dulu then diorang tawu empunya blog ni hensem ke tak. wahahahaha. gilalah market melonjak-lonjak lepas nih. nampak mata yang sangat comel tu? terima kasih Inner Shine. okay aku tipu lagi. mata tu memang camtu. tak ada makan apa-apa suppliment food okay. itu sebagai simbol aku sentiasa melihat sekeliling untuk mencari idea menulis entry. sila percaya 100% itu adalah mata tulen aku ya! okay apa lagi ek. yang statement 'aku kan terus hadir walaupun dikhianati berulang kali' tu lak maknanya 'suka hati akulah nak letak apa pun!!' hohO~

sekian. selamat jelajah blog aku ya! puji banyak komen sikit yer.hohO~

notaHujungKaki : under maintainance.

Thursday, July 01, 2010

| Julai & cinta. err..motif??!! |

JULAI is bulan tujuh.bulan tujuh is JULAI.okay aku merepek.eh 1 Julai dah? ayo maknanya ada lagi 9 hari lagi aku bertungkus lumus berpeluh-peluh bangun pagi-pagi gi ofis.eh gila hebat sampai berpeluh-peluh bangun pagi.hohO~ sila jangan percaya bulat-bulat ya.err.petak-petak pun jangan.faham? gud.big clap for you.huhu.pangg!! diam~
-
-
-
-
siapa percaya cinta? ala, cinta yg gitu-gitu tu.haha.cinta tu wujud ke tak sebenarnya.ayo.mesti ramai yang cakap cinta tu memang indah nikmat lazat sedap macam-macam lah.semua indah-indah belaka sampaikan kentut pun bau wangi bak minyak wangi jenama Polo Sport.gila hebat.aku memang tabik spring lah.lepas ni silalah kentut dalam botol lepas tu peram.msti wangi gila kan.bodoh.

jap nak muntah ni.ke toilet dulu.


okay lega.kita sambung balik.best ke cinta-cinta nih.bagi aku la kan, cinta ni tak bawa apa-apa maksud pun.kadang-kadang aku malas nak fikir tentang cinta.tak dapat apa-apa pun.nothing! kadang-kadang rasa disakiti lebih banyak dari rasa dicintai.itu ke yg dinamakan cinta?ayo! nak lempang je sekor-sekor taw x?! hidup dalam single but not available lagi best kot.leh kawan dengan semua orang tanpa ada yang makan hati dan merana meratap meraung bagai.kan hebat.jadi sahabat sejati.best3! cinta? sila tolak ketepi.syiuhh!!! main jauh-jauh. apa kata kau gi main pondok-pondok kat sana jangan dekat ngan aku.boleh?

woman are meant to be loved not to be understood but man are meant to be understood rather than to be loved. hah! see? lelaki hanya minta difahamai bukan lebih kepada dicintai.nak cinta lebih-lebih ni, ayo..tak seronok lah.nak jiwang-jiwang sayang rindu cinta bagai.kadang-kadang boleh la.tapi kalo hari-hari duk ucap menda yang sama, ish..muntah berguni-guni jugak lah.sape nak settlekan muntah-muntah tu sumer? kau? tau pun tak nak! tu la beza lelaki dan wanita, lelaki ni bila cinta dia tak suka sangat tunjuk semua tu.cukuplah sekadar caring dan ada utk wanita tu bila wanita tu perlukan dia.tapi wanita ni lak bila cinta, ayo hari-hari nak ucap 'i love u' 'i miss u'.ish.jelek lah! kalau muntah depan muka kang, terasa hati lak.tahan je lah ye belalang.dush!

cukup.jangan hina wanita.cukup!

eh aku ada hina wanita ker.mana ada lah.ini cuma info.perbandingan.wanita adalah hiasan buat lelaki.siapa lelaki tanpa wanita kan.betul.betul.betul. hah? lantak korang lah! malas nak layan~

notaHujungKaki : bila aku berbicara tentang cinta? apa maknanya? ah! tak ada maknanya.blah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...