ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Sunday, October 25, 2009

::: siapa Hawaku :::

kadang-kadang aku terfikir sendirian..aku Adam..siapa Hawaku?

aku adalah imam dan engkau adalah makmum ....
aku adalah ketua dan engkau adalah pengikutku
benar kata ku .... maka benarlah kamu ...
jika lalai aku ... maka lalailah kamu
aku sudah tentu punya kelebihan akal ... hanya ada satu nafsu
sedangkan kau... bernafsu seribu ... hanya satu akal
akan ku jadi imam dalam setiap solat mu
agar kau dapat mengaminkan setiap doa ku agar kelak luas syurga mu
akan aku kejutkan kau untuk bertahajud bersama
agar nanti diberkati ya Rabbi..
akan aku kenalkaan kau pada pada majlis-majlis agama
pasti akan aku ajarilah engkau Yassin dan memahami al-Quran
bersama mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat penuh Barakah
aku cuma ingin mencari di mana rusuk ku
mungkin tidak secerdik Aisyah Humairah Rasulullah
tidak perlu setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah
atau sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah,
apatah lagi sekuat iman umpama taatnya Sumayyah,
seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah,
dan seteguh Na’ilah al-Farashiyah yang tegar
walau tangan bermandi darah membela Khalifah Allah..

kerana aku tahu..
seindah hiasan adalah wanita solehah..
moga aku perolehi hiasan terindah dalam hidupku ...
tapi sehingga kini aku tertanya ... SIAPA HAWA ku ?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...