ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, December 01, 2010

| kenangan MRSM |

pejam celik tido bangun kencing berak sedar-sedar dah hampir 3 tahun aku melabuhkan punggung berada kat UPM ni. sekarang dah nak masuk sem akhir dah pon. dan sem 5 dah selamat aku lalui dengan jayanya. eh eh belum. result belum keluar agi lah. damn! sekarang aku cuti semester but then aku still berada kat UPM tercinta sebab nak siapkan final year project (fyp) kononnya. proposal pon tak siap agi nih. hoyeah!

sempena aku dah nak habis belajar nih, aku nak bawak korang mengimbau kenangan zaman-zaman sekolah dulu la kan. tiba-tiba malam malam camni nak menggamit kenangan masa lalu lak. haih~ layankan je lah yea. woha! aku nak story sikit masa zaman-zaman aku baru nak masuk sekolah menengah dulu la.

once upon a time, ceh macam story fairy tale lak kan. konon-konon cinderellah tertinggal kasut kaca la. blah!

aku ingat lagi dulu masa nak masuk sekolah berasrama penuh, aku ingat lagi nama sekolah tu. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang. masa tu happy giler ah. konon-konon dekat ngan kampung la kan. leh balik tiap-tiap minggu jugak la katanya. hoh?! masa mula-mula sampai tu, pergh aku serius kaget ala-ala jakun kejap la. gila besar sekolah tu. lepas daftar, kitorang kena kumpul kat dewa sebab ada taklimat sikit. beselah setakat ucapan selamat datang tu, pastu ayat-ayat klise 'kami berbangga dengan kedatangan anda ke sekolah kami'. huh! acap kali aku dengar statement camtu. kihkihkih. lepas habis ucapan tu kami pun balik la bilik.

masa kat bilik, mak ayah aku tolong la apa yang patot. kemaskan katil, kain baju letak dlm loker. cam manja sikit masa tu kan. lantak ah. pedulikan apa orang nak kata. aku ada mak bapak kot. kihkihkih. masa tu aku rasa cam aku sorang je yg bawak beg besar gedabak. agaknya masa tu aku angkut semua kain baju yang ada kat umah kot. ala-ala lari dari rumah gitu. ampun mak. hoho. pas siap semua, mak ayah aku pon nak blah la kan. padahal masa tu ramai lagi mak ayah orang lain yang tak balik agi. biarlah, mak aku suh berdikari sikit katanya. kenal-kenal ngan kawan tu. nanti duk sama-sama jangan nak gaduh lak. yelah mak. yelah. ish. aku ni budak baik lah. mana ada gaduh2 nih.

aku hantar mak ayah aku depan surau, lepas salam peluk cium semua mak ayah aku pun blah. bila dah tak nampak batang hidung diorang, aku pon slow-slow la kan nak naik bilik. masa tu macam ada air mata nak keluar je, konon-konon sayu la kan. tapi aku kental beb, anak jantan la katakan. kesat air mata laju-laju, buat muka selamba. konon-konon gangster la. ceh!! naik bilik, tinggal budak-budak bilik aku je. mak ayah diorang dah blah gak kot. aku pun lemparkan senyuman, masa tu rasa cam hensem giler ah. nasib baik budak bilik aku jantan semua kan. sia-sia je senyuman terbaik yang aku bagi tadi. takpe, maintain senyum. pastu mula la berkenalan bagai kan.

'hai. saya *****. awak?'

yang takleh blah ni ada yg terus tanya result UPSR. hello! kalau dah masuk MRSM tu, of coz la result au 5A. lagi mau tanya! ish. tapi sebab aku budak baik, aku jawab je dengan sopan, 'saya dapat 5A je.'. gitu!

siang tu okay lagi r. masa aku dah nak tidur malam tu, aku dah start feeling perkara yang pelik-pelik. sekali aku dengar betul betul. ceh! bunyi orang duk sedut hingus baik punya! rupa-rupanya semua pakat duk nangis rindu mak ayah. ish. tak kental ah korang ni. cam nak sepak-sepak je sekor-sekor. siang tadi muka sekor-sekor punyalah gengster, riak takbur pun ada. macam-macam! aku ni tergelak sorang-sorang bawah dalam selimut. kihkihkih. aku tak nangis okay!!

hah. tu la cite aku masa mula-mula masuk sekolah asrama penuh dulu. rindu ah zaman sekolah dulu. tapi kan, bila aku ingat-ingat balik cam ada yang tak kena je ngan memori zaman sekolah nih. puas aku selidik. puas jugak la aku hentuk kepala kat dinding nak tahu kenangan sebenar. rasa-rasa cam dah betul nih. tiba-tiba aku teringat,


shit! aku mana pernah masuk MRSM. aku sekolah menengah harian biasa je kot. oh, salah cerita lak.

konon-konon sedang menggamit kenangan lama. ceh!


notaMRSM : kihkihkih.sekali salah cerita daaaa.

p/s : aku sure korang pun pernah nangis-nangis masa first time jauh dari mak ayah kan. jngan nak tipu.

p/s/s : first time aku belajar jauh dari mak ayah aku masa masuk Kolej Matrikulasi Johor la kot. tapi aku tak nangis okay! jiwa kental~

p/s/s/s : aku gembira bila dengar kawan aku gembira kerja kat tempat baru. semoga dia selalu success!! amin~

2 comments:

Anonymous said...

org nangis tu sbb umur 13tahun.. ko dah masuk 18tahun br tinggal mak bapak klu nangis gak mmg wajib hempok ngan kulit durian lah. haha..

tapi aku pun pelik dgn cite ko, bkn sbb msuk MRSM tu, tp yg tang 5A tu.. huhu.. cam gampang gak cite ko kan.. nway, p siapkan proposal ade softcopy kat ikhwan..

nuranne said...

Salam ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...