ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Monday, January 03, 2011

| Karam Singh Walia dan Melayu |

gud evening ladies and gentleman.

hari ni first day sem baru. which means ala-ala kembali ke sekolah gitu. but aku tak ada kelas hari ni and aku berjaya menjeleskan orang lain dengan bangun seawal jam 12 tengahari. hebat kan. for your information, sem ni aku just ambik 2 subjek je. dan kelas aku pun selasa rabu and khamis je. rabu kelas petang, and khamis kelas pagi. so kalau kelas pagi khamis tu drag ke pagi rabu, means aku kelas hari selasa dan rabu sahaja. best siot. akan dicadangkan ke budak kelas-kelas. maknanya aku akan cuti khamis sampai isnin. gila heaven! indahnya dunia.

okay. isu hangat sekarang. err..hangat kat pesbuk je kot. aku pun hangat jugak la nak tengok. isu KARAM SINGH WALIA DIUGUT. [klik sini]

well, fine aku pun agak marah bila tahu karam singh tu kutuk melayu. and dia buat kutukan tu masa dia time mabuk. aku tak tahu sangat apa yang dia kutuk, but based on video tu macam teruk jugak la kutukan dia kan. or they all just saje je nak hangatkan cerita so that org akan cakap Melayu ni sangat menjaga nama baik. orang panggil so-called nationalist ke hape. lebih kurang la. tapi sedar tak mereka-mereka yang agak extreme tu?

pada pendapat aku, kita ni bangsa Melayu. bangsa penuh dengan adab dan tatasusila. penuh dengan kehormatan. sekali diorang buat camtu, aku dah tak rasa Melayu dipandang dengan adab ketimurannya tapi Melayu bakal dikenali sebagai bangsa yang ganas. Nauzubillah. ye Karam Singh Walia dah mengutuk Melayu, tapi kita sebagai bangsa berTAMADUN jangan la memburukkan lagi keadaan. gertak orang lain camtu kat tempat public, is that what we called ADAB? hello. wake up guys!

aku bukan membela Karam Singh, but aku membela Melayu itu sendiri. banyak lagi medium lain yang boleh kita guna untuk buat Karam Singh minta maaf. Malaysia ada undang-undang sendiri. why not just report kat polis then saman or suh dia minta maaf secara terbuka di media massa. kan lebih baik camtu. takyah kecoh-kecoh. kita Melayu beb. kecoh-kecoh ni bukan cara kita. dia dipaksa minta maaf, ok fine. dia minta maaf smpai melutut-lutut. but, ikhlas ke dia minta maaf dengan cara paksaan tu? ikhlas ke? fikirkan la.

takkan kita nak jadi bangsa yg suka menuduh menuding jari kan. entah-entah yg sibuk kecoh-kecoh tu pun bukan bersemangat Melayu sangat, tapi saje nak tunjuk dia prihatin. ops~

dah-dah la tu duk sebarkan video camtu. tak manis la orang luar tengok. tak malu ke? Melayu menyebarkan video yg mencemarkan Melayu itu sendiri. jangan tengok satu side je, kita tengok jugak side yang lain ye. kata orang, blind spot tu penting jugak diambil kira. okay? chill~

notaMelayu : just pandangan BudakLelaki je. kalau salah, betulkan. kalau betul, ambil buat peringatan. sama-sama la kita perbetulkan diri. insyaAllah.

p/s :

  • isu laser dah tak berapa nak hangat dah. baguslah. mereka dh memalukan bangsa mereka sendiri. sibuk sangat orang duk laser pemain dia. last-last? sendiri mau ingat der~
  • isu Freemason, Illuminati and so on dah kurang sikit. baguslah. cukup-cukupla tu. sedih aku tengok. amal ibadat tak banyak mana, menyebarkan menda yg tak betul je lebih. ibadat sunat katanya. hoh?!
  • oh lupa. Happy Belated Birthday to Mohd Ikhwanul Hafiz. my coursemate, collegemate, uni-mate. hoho. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama ehem-ehem. bila ntah nak kenalkan kat kitorang.

2 comments:

Amiriz said...

kononnya mereka lah "pembela" bangsa melayu.

Amir Izzat said...

salam. mereka berlagak kononya hero la..nak bela konon! haktuiihhh(ludah kahak ijau)hehe..

ak tak tahu lah apa yg akan org lain fikir bila tgk video ni..yg pasti aku akan cakap..Melayu itu tak bertamadun.... hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...