ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Monday, January 19, 2009

rahsia bulan kelahiran..

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik
p/s : kajilah diri anda sendiri. bagi aku dan diriku, sebahagian kajian tentang bulan kelahiran diatas amat kene dengan aku dan diriku..mungkin kita tak perlu percaya 100%..info diatas hanya sekadar info..terpulang pada pendirian masing2 k..daa..

Saturday, January 17, 2009

when the girls cry..

If a girl cries in front of u,
It means that she couldnt take it anymore.

If u take her hand,
she would stay with u for the rest of ur life.

If u let her go, she couldnt go back to
being herself anymore.

A gurl won’t cry easily,
except in front of the person whom she
loves the most,
she becomes weak.

A gurl wont cry easily,
only when she love u the most,
she put down her ego.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please hold her hands firmly,
coz she’s the one who is willing to stay
with u 4 for the rest of ur life.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please dont give her up,
maybe bcoz of ur decision,
u ruin her life.

When she cry rite in front of u,
When she cry bcoz of u,
Look into her eyes,
Can u see n feel the pain n hurt she’s
feeling?

Think….

Which other gurl have cried with pure sincerity,
In front of u,
And bcoz of u?
She cries not because she is weak,
She cries not bcoz she wants sympathy or pity,

She cries,
Because crying silently is no longer possible,
the pain, hurt n agony have bcome too big a
burden to be kept inside.

Guys,
Think about it,
If a gurl cry her heart out to u,
And all because of u,
Its time to look back on wat u have done,
Only u will know the answer to it.
Do consider it,
Coz one day,
It may b too late for regrets,
It may b too late to say “im sorry”.
think about it.

“Appreciate and love those around u so that u’ll
never regret when it is too late..”

wajarkah?

aku dan diriku hanyalah manusia..
dicipta sebagai khalifah di bumi bertuah ini..
menerajui perjalanan kehidupan..
berbekalkan iman senipis kulit bawang..

namun wajarkah aku dan diriku dihukum..
kerana kesalahan mencuba..
dalam usaha menimba pengalaman..
sebagai ilmu di masa hadapan..

aku tak minta dipilih..
jauh sekali menawarkan diri..
namun aku akur menerima amanat..
amanat yang kukira landasan pengalaman buatku..

aku dan diriku sudah berusaha..
berusaha dan terus berusaha..
walaupun aku sedar sukar sekali untuk memuaskan hati sesiapa sahaja..
namun aku tetap pasrah..

aku telah lakukan yang terbaik..
terhabis kemampuan aku..
kekurangan yang kelihatan adalah pengalamanku..
namun itulah yang telah aku lakukan..
demi bebanan yang bernama amanat..

usahlah aku dihukum..
berilah aku peluang..
menebus kembali kelemahan..
demi sebuah pengalaman..

Thursday, January 15, 2009

nyum..nyum..nyum..

having lunch with grilled black pepper chicken is so something amazing..hehe..look!! it's look so tasty..wow..know what?? i having this at secret recipe in the mines, selangor...hehe..try it!!

what about choc strawberry cake?? a very great combination..hehe..really enjoy it bro!! with some ice lemon tea..hehe..fuh..luxurious lunch..like five star hotel..hahaha..

Tuesday, January 13, 2009

fikirkan sejenak


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

pesta tepong kembali lagi

13 jan is nana's birthday..one of the members of "gang kotak beracun"..hehe..so, kitorang plan nak kenekan die sebelum jam 12 mlm..n lebih tepat lagi lepas kitorang habis kelas pukul 10 malam..haha..baik punyer plan..habis je kelas..kitorang serang nana ngan beberapa beg air..haha..basah die..dh mcm kene mandi ujan je aku tengok..ngeh3..pastu sampai je kat kolej, kitorang baling tepong lak..haha..ingat kene air je ke?? mn boleh..tepong tu wajib..bagi putih cikit..padan muka die..tu la..sape suruh lari masa kitorang kenekan budak2 yg len??kan da kene terok..haha..ms die nangis, kitorang dh cuak semacam jek..tp xpe..die menangis terharu tu..sadis!!!

well..after masing2 bersihkan diri sebab kene tempias tepong tu..kitorang turun selebret besday nana kat cafe..xde la meriah pon..juz bagi adiah je..kami dah x mmpu nana..ptptn masuk banyak sangat..haha..hm..nak tau?? ms die bukak adiah kn..ade la adiah dari sape ntah..x buang tanda harga pon..kantoi jek..haha..adoyai..kan da malu..ha..camner nak cover?? terpampang tanda harga tu..RM????..haha..malu3..

but overall..nana spoting...die nangis td sebab terharu tu..kami mtk maaf banyak2 k..bila ko bahagia,kami turut bahagia..(kata ikwan)..hehe..betol tu..bila ko happy..aku pon happy..kami semua tumpang happy..majulah geng kotak beracun..


Sunday, January 11, 2009

kami dan diri kami

ntah mn silapnyer korang nie..riang semacam je..huhu.. 1,2,3..lompat..apek, jg depan ada longkang..lompat! lompat! lompat apek lompat!!

no komen! jnji korang bahagia k..hehe..berbahagia la korang ngan lompatan tu..

hehe..jgn marah ek..aku xnak lompat2 nie..aku nak kontrol macho jek kat sini..tgk emy tu..berbaju ungu la..haha..minat ungu ke??



futsal dan penyokongnyer

semalam (sabtu 10 jan) dan arini (11 jan) aku g support team futsal interkolej..aku jd penyokong setia la kononnyer..huhu..alah, team wanita yg men..mmg la jd penyokong setia kn..haha..semalam aku jd jurufoto utk futsal tu..so dpt la merit lebey..haha..gile merit la katakan..eh, aku rs x salah kalo aku ckp sume yg join aktiviti kolej sbb nak kejar merit..cume beberapa makhluk pelik je yg xnk join sbb..alah, org pelik..bese la..

hm..back to the story..kitorang kalah la..team KC men 3 game tau..seri, 1-0, 2-0..mcm dah dirancang lak..but anyway diorang men ok la..not bad..but maybe x byk lthn..last minit baru sibuk cari pemain..so, xpe la..at least saingan sengit gak la..team KC x berenti menyerang..tp apakn daya..xde rezeki.. tapi ms last game td, aku mmg sakit ati ngn penyokong ntah dari team mn..mcm budak2..bukan dtg nak sikong, tapi nak downkan team org len..mcm budak2 darjah 6..langsung xde ciri2 pelajar ipta..muka mcm educated..tp ntah mn silapnyer..wayar putus tang mn pon x tau..haha..kira sebahagian makhluk pelik gak la tu.. well..buat team KC..korang is the best..walaupon kite x menang, tp korang bermain ngan cukup baik..terutama goalie korang..mmg best!! korang mmg best!! berdaya saing..chaiyok2 KC!!

ni sebahagian shot yg sempat dirakam..nampak muke pemain kami yg kepenatan dan penyokong yang kepoyosan dan jurugambar yg agak macho tu?? hehe..jgn marah ye..

introducing..goalie team KC yg amat berwibawa..hehe..sekali die berdiri dpn gol..terus tertutup gol tu..xde ruang langsung..hehe..maap cikin..jgn amek ati ea..ko mmg terbaik..fit!!caya ah!!

wajah penyokong + pemain yang menaikkan semarak canselorian..terbaik!!!! aku sayang kamu..hidup futsal wanita KC!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 08, 2009

rahsia hatiku

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya
hanya Kau yang mengetahui rahsia di hatiku

Tuesday, January 06, 2009

kuliah yang sangat menarik

pertanian dan manusia..huh..kuliah nie sangat menarik..kami diberi pendedahan mengenai asas pertanian..mmg menarik..pertanian bukan setakat tau pegang cangkul je..tp banyak lagi perkara disebalik pertanian yang kami x tau..hehe..sampai tersengguk2 kami menhayati kuliah tu..ngeh3..ngantuk yang amat..tapi kerana kuliah yang amat menarik, kami gagahkan juga diri mendengar kuliah yang diberikan..hehe..sambil berbual2 ngan orang sebelah..sambil menulis sajak di atas sekeping kertas..sambil sambungkan mp4 player ke telinga..kami menghayati kuliah pertanian dan manusia nie..haha..

ayat-ayat cinta

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan Malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahmannirrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah: Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah: Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquataillahbillah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah: Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sunday, January 04, 2009

merentas kampus 08/09 upm

aku dan diriku baru je balik dari kejohanan merentas campus o8/09 tu..huh..mmg merentas campus betol..serata ceruk kampus kitorang lalu..nasib bek x g kat kolej 10 tu..kalo x, leh jd merentas kampus perdana..huhu..pastu sume pitam..haha..

sebenarnyer aku berbelah bg nk g ke x lari2 nie..aku mmg dah nekad xnak g tau..mmg xnk..tp ntah nawaitu ape ntah..terdetik lak pg td nak g..huhu..g je la..serah diri..leh gak jln2 pusing kampus..tp serius aku x lari pon..jln2 je..lari kejap2 je..aku ni dah la x fit..fat pon x..huhu..cpt semput..nak je aku berlakon pengsan td..leh naik ambulan yg ber-aircond tu..haha..seronok..tp walau ape pon..aku berjaya gak hbskan larian..eh3..bukan larian..jalanan la..huhu..jalanan??
ah lantak la..yg penting aku berjalan..ngeh3..

bagi nyawa..bagi nyawa..adoyai..hbs sume nyawa simpanan aku..semput yg amat..kaki ni da longgar hbs nie..kalo tarik gerenti lerai..ngeh3..korg jgn tarik2 kaki aku tau..huhu..penatnyer..bygkan la 7.5 kilometer..mak datuk..kalo jln kaki dari kolej aku nie, dah leh smpai the mines nie..huhu..pmpuan best la..5.3 kilometer jek..dekat je tu..sekangkang anak kera baru lahir je tu..kitorang yg laki nie kene lari sekangkang gajah la..hakhak..penat3..dah la berbukit bukau..time turun bukit laju je..time naik, huh...mcm kapcai buruk..krek..krek..krek..pom!!!

gambar nie aku capture lepas hbs larian...aku mmg hebat..dpt no 16 kot..sesuai ngn no peserta aku..hehe..hebat x?? kagum la tu..baru korang tau sape aku..ha..aku atlit tau..16 dari belakang..:)

Saturday, January 03, 2009

looser is looser..

aku kalah..aku kalah..aku dan diriku kalah dow..aku baru balik dari men badminton ngn kwn2..peh kalah..xde menang satu pon..mmg kalah terok nie..haha..malu3..tapi bak kate murni, juz play for fun...haha..adoyai..tp bg aku la kn, dah alang2 men bek menang terus..huhu..xpe2..nnti leh cube lg kn..mgkin sbb court basah td..tu yg kalah teruk tu..haha..alasan klise..ngeh3..

skrg badminton dah jd mcm permainan wajib kitorang..tiap2 petang men..leh jd wakil kolej nie..bertambah2 la merit kitorang nnti..leh stay kolej smpai graduate..huhu..walaupon ade kwn kitorang tu 'kurang kurus' cikit tp die mmpu bermain dgn baik..dahsyat giler..tnpa segan silu dow..korang mmg sporting hbs la..power..kalah pemain handalan..aku yg kurus ni pon x selincah diorang..ngeh3..agaknyer kat kampong diorang selalu men badminton nie ngn sepupu sepapat diorang kot..huhu..

Friday, January 02, 2009

pengaturcaraan komputer II

aku dan diriku baru je balik dari kelas pengaturcaraan komputer II..hehe..my first class utk subjek nie..2 jam tu..dah la dari pukul 3 hingga 5..jumaat lak tu..adoyai..tensen betol..today kitorang just review java sem lepas jek..tapi tu pon masok dlm kuliah gak..chapter 1 la tu..bkn revise saje2 jek..haha..but overall ok la..lecturer pon ok gak..mcm our previous lecturer..hehe..yg lepas aku dan diriku dpt B je..yang ni hrp2 dpt la A or A- ke..hehe..kire azam tahun baru la nie..haha..korang sume, selamat memeningkan kepala lagi yer..hehe..jgn bimbang, master kite ade..hehe..sape lagi kalo bukan emi..haha..

selamat la korang


ni la muka2 yang kene baling tepong td..haha..td kitorang sambut besday 4 kwn kami nie..ikwan muni aisah n ajaq..diorang sporting giler..x kisah pon walaupon bdn putih ngn tepong..mcm mat saleh terlebih putih..haha..dua kilo tepong kami import spesel utk korang..mintak ampon maaf la ye..rawatan terbaik utk cerahkan kulit..xyah g spa pon..ngeh3.. korang..selamat ari jadi ye..semoga panjang umur n dimurahkan rezeki..sori la hadiah yg aku bg x seberapa..ptptn x dpt lg r..hehe..sori la ajaq n aisah..aku x sempat nak sediakan adiah utk korang..tp walau ape pon..semoga korang happy2 selalu k..


ceh!! aku ingatkan besday people je yg kene tepong..tapi sekali diorang ngamuk..sume kene tepong..mmg pesta tepong betol..x cukup 2 kilo tepong tu..mmg best..korg mmg happening la..best!! aku akan sentiasa merindui saat bahagia kite nie..yg paling teruk cikin la..org first yg kene..padahal bukan desday die pon..haha..sian ko cikin..mmg selalu dibuli..sabar ye..jadikan kenangan kite bersama k..nasib bek lepas tu ujan..so mesti dah ilang tepong2 yang 'bergelimpangan' kat tgh padang tu..huhu..xde la kotor sgt..sekaligus menghilangkan bahan bukti..haha.. kenangan manis kite akan sentiasa terpahat di hati aku dan diriku..terima kasih kalian..

Thursday, January 01, 2009

tahun baru datang lagi

selamat menyambut tahun baru 2009..
dimana detik korang countdown tahun baru kali nie..
aku dan diriku sambut tahun baru dalam bilik jer..bersama2 dengan khayalanku dan impianku..haha..aku tak pernah menyambut tahun baru mcm orang lain..pergi ke sambutan tahun baru di bandar2 besar..ntah lah..aku tak berminat langsung bersesak di tengah2 lautan manusia..sesetengah orang aku kate takder life tapi tu la aku..kalo aku suke, aku buat..kalo tak, sori la..ngeh3..mungkin sudah terbiasa dengan didikan ayah bonda, aku lali dengan perkara sebegini..

happy new year 2009


10..9..8..7..6..5..4..3..2..1..hepi new year..maka berduyun2 la manusia memasang hajat..memasang azam baru..masing2 sibuk menukar personaliti baru..maklumlah, tahun baru nie nak la berubah jadi manusia baru..ngeh3..tak kurang yang memasang azam baru..walaupon azam yang sama dah dibuat masa tahun baru yang lalu..tapi diorang buat jugak tahun nie..sebab sepanjang tahun lalu x pernah berusaha untuk mencapai azam tersebut..haha..sama la ngan aku..kepada yang dah berjaya capai azam tahun lepas, segulung tahniah aku ucapkan..leh la continue ngan azam seterusnya tahun nie..kepada yang gagal, tahun nie diharap memberi sinar perubahan untuk korang..termasuk la aku dan diriku..hehe..

buat yang mengenali diri ini..aku dan diriku mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2009 dan juga awal muharram yang aku kira masih lagi dirasai sekarang..semoga dengan kehadiran tahun baru kali ini membawa bersama sinar untuk kita semua dalam usaha merubah arus perjalanan kehidupan..amin..SELAMAT TAHUN BARU 2009 & SEMOGA SUKSES!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...