
ouch!
Wednesday, April 27, 2011
| kawan or sahabat? |

Wednesday, April 20, 2011
| jawapan utk 10 sebab perempuan tak respek lelaki |
orait.tengahari ni aku nak bagi satu post utk menjawab satu artikel..err..satu notes kt FB. aku terjumpa notes ni so aku nak jawab balik.
10 SEBAB PEREMPUAN TAK RESPEK LELAKI.
1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.
2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.
3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.
4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.
5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.
6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.
7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.
8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..
9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.
10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.
p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu

wah! baik punya tuduhan dia bagi.ni aku nak kowtim balik. cool beb.
1) lelaki mintak pegang tangan, normal la beb. kalo u tu pegang kuat pegangan agama, nape u bagi pegang tangan u? kalau u kena tinggal, u jugak yg meratap bagai kan? semua salah. pastu lepas bg pegang, u pulak yg lebih2. nak peluk2 la. bila lelaki tu say bye2 sbb u tak bagi pegang tangan, dah la. yg u terhegeh2 lagi tu nape? kan LELAKI NI MEMANG GATAL. gi la cari lelaki yang tak GATAL. beb, yg pakai kopiah tu belum tentu tak GATAL.
2) wai wait wait. what the hell u cuba nak bagitau ni? u nak bagitau yg u tak harap boyfi u dtg jemput pon? hello. bila LELAKI ni tak dtg jemput u, u merajok tarik muncung sepuluh inci. apa ni? u nak ape sebenarnyer? bila LELAKI tak belanja u or beli hadiah utk u, u kata LELAKI tak romantik la. pelik la u ni. u nak ke naik LRT, or komuter or bas bila kuar dating? LELAKI TAK BOLEH HARAP ni kesian taknak u susah payah taw tak?!
3) jap jap jap. sepanjang i naik monorail ke lrt ke komuter ke, i tak prnah nampak lagi golongan u bagi tempat duduk kat perempuan pregnant or makcik-makcik tua. never!! so? LELAKI YANG TAK BERTIMBANGRASA or U PON 2X5?
4) u ingat i ni tak menyampah tengok golongan u hisap rokok? muka berlagak gila bila hisap rokok. u ingat i suka? u, ajal maut tu di tgn Tuhan. Abah i hisap rokok dari muda, smpai sekarang hisap lagi. mak i tak jd janda awal pon. kalau nak mati, tak yah isap rokok pon leh mati la der. lagi 1, u taw x. i ni hisap rokok sebab tensen bila u tu perangan cam haram. asyik nek menaang jek. LELAKI YG TAK PEKA ni tensen u taw x?
5) hello. berapa kerat sangat golongan u yg jenis tak kisah boyfi die tak ada kereta? kalau i bwk kereta mak bapak i pon, lama-lama nnti kereta tu jd hak milik i jugak. so apa masalahnyer? u nak ke dating dlm keadaan panas dan berhujan? nak? LELAKI YG PERASAN ni jugak jd penyelamat u kan.
6) mencarut? hello. u lagi kuat mencarut. u ingat bila u kumpul ramai-ramai, pastu gosip-gosip pasal lelaki, u nampak cool? kalau golongan u terkenal dengan gosip, golongan i terkenal dengan mencarut. so what the deal? win-win situation okay! eh golongan u pon ada jugak yg mencarut. sama je. so? u guys rasa cool la? LELAKI YG TAK BERADAB katanya. u pon sama. PEREMPUAN TAK ADA ADAB!
7) eleh eleh. yg u tu asyik ponteng sembahyang kononnya sebab uzur tu ape cer? takkan hari-hari uzur kot u. agak-agak la nak membohong pon. sekurang-kurangnya kalau lelaki tu liat g masjid, nampak la dia camner kn. kalau u? dh la memang golongan u tak wajib ke masjid, lagi susah i nak detect u sembahyang ke tak. ha, ape cerita ni? LELAKI YG TAK BOLEH BUAT SUAMI ni nak jugak perempuan yg BOLEH BIMBING LELAKI TU JADI SUAMI YG BAIK. kalu u pon hanyut, habis la kita. takkan semua nak harap lelaki.
8) yg u publish pic-pic camtu tu nape? ambik gambar depan cermin dengan mulut muncung. motif? seyes i tak nampak pon mana cunnya. geli okay. cuba la try ambik pic yg natural je. i suka natural look je okay. macam i punya Lisa Surihani tu ha. kan comel camtu. tak perlu seksi-seksi pon kan? LELAKI YG TAK CERMIN DIRI ni sekurang-kurangnya tak publish pic annoying camtu. u tu cermin diri ke sebelum publish pic camtu? ehem.
9) perempuan merajuk, lelaki taknak pujuk. apa jadi? last-last lelaki pujuk jugak tau. tak nak u merajuk lama-lama. tapi bila i merajuk, ada u pujuk? ada? pastu u tuduh i yag diam taknak cakap dengan u lak. u pernah fikir naper i taknak cakap dengan u? LELAKI YG EGO ni nak jugak la kena pujuk bila merajuk. asyik i je yg pujuk u, letih la woi.
10) i tak pernah rasa pon i hensem bila i hisap rokok. u suka sangat kan buat tuduhan melulu. u memang anti-lelaki ke? bab meludah merata-rata tu, i kan hisap rokok. sometimes air liur rasa tak best, so kena ludah keluar. tak sempat nak pergi toilet. lagipon, i ludah bukan kat dalam shopping complex pon. LELAKI PENGOTOR ni buat benda-benda tu semua ada sebab. ingat habit i ke ludah-ludah ni? hello. i pon ada rasa malu jugak. pernah i ludah depan orang ramai?? pernah??
p/s : ni pon utk suka-suka jugak!

*sorry aku copy paste je notes tu. ehehehe.
Wednesday, April 13, 2011
| tips temuduga |
now aku dalam mood yang sangat tertekan sampai dh 3 4 malam tak tidur gara-gara menyiapkan FYP yang terkontang-kanting akibat suka buat kerja last minit. hey! it's cool okay wat kerja last minit. lagipun, dah nama pon lelaki apa kelas buat kerja awal-awal. hey. i'm a man lah. macho kot wat kerja last minit. perempuan apa tawu? tawu ajak kitorang dating jer. ish.
oh ya! FYP tu maksudnya Final Year Project. duh. ramai sangat kot yang tanya apa fyp tu. paling takleh blah bila ada budak U yg tanya. get a life bro.get a life!
okay enough. hari ni aku nak share pasal TIPS TEMUDUGA. saja je nak kongsi-kongsi dengan kawan-kawan blogger ni. boleh? at least aku membantu serba sedikit korang yang nak pergi temuduga. dan dapat jugak membantu aku untuk pergi temuduga. hehe.


Friday, April 01, 2011
| perempuan minat perempuan? |
hello macho boys and cute woman. hello worlds.
okay. my first post for this hopefully-wonderful-April. so today, aku nak tunaikan janji aku on last post on Lelaki Minat Lelaki. see? aku memang jejaka yg setia pada janji kan. setia, hensem, cute dan baik. ehem. okay tak perlu cakap banyak, aku terus ke tajuk utama.
CARA NAK DETECT PEREMPUAN ITU LESBIAN.
frankly speaking, not fair enough kan kalo kenakan lelaki je tapi perempuan tak kena. takleh3! somemore, mereka nampak makin comel bila marah kan. i like it. so gojes kata orang. kihkihkih. jom kita tengok perihal melambangkan perempuan itu lesbian.
- berjalan berduaan berpegang tangan depan khalayak ramai.
- berdua-duaan dengan kawan perempuan.
- peluk memeluk dan mencium pipi dikhalayak ramai.
- suka tengok body perempuan lain.
- perempuan dan fesyen yang up-to-date.
- bercakap lemah lembut dan sounds romantic dengan perempuan lain.

- berjalan berduaan berpegang tangan depan khalayak ramai. - ini perkara biasa untuk perempuan. mereka memang jenis yg suka berpegang tangan walau kemana pergi even dengan bf or kawan perempuan mereka sendiri.
- berdua-duaan dengan kawan perempuan. - kalau mereka berdua-duaan dlm keadaan mencurigakan seklipun, tak ada yg peduli sebab lumrah perempuan kena berteman.
- peluk memeluk dan mencium pipi dikhalayak ramai. -biasa sangat kita tengok mereka cium-cium pipi dan peluk-peluk bila jumpa dengan kawan-kawan mereka even yg bertudung labuh pon. siapa kisah? mereka perempuan dude!
- suka tengok body perempuan lain. -ini memang sifat semulajadi mereka. mereka suka tengok body perempuan lain dan bandingkan dengan body sendiri. sebab tu la slimming centre tumbuh bagai cendawan. semua nak nampak cantik. utk siapa?? utk kita jugak sebagai lelaki baik + romantik. ehem.
- perempuan dan fesyen yang up-to-date. -cuba habaq mai perempuan mana sekarang ni suka selekeh2? semuanya nak up-to-date sampaikan duk kat dalam rumah pun nak berpakaian macam nak ke shopping mall je. dan fesyen boleh buat perempuan gila. seriously. kalau diberi pilihan KLCC dan shopping. sumpah diorang pilih shopping!
- bercakap lemah lembut dan sounds romantic dengan perempuan lain. -hell yeah! perempuan memang kaum yg lemah-lembut. so memang mereka jenis yg bercakap lemah lembut. bunyi macam kentut dalam kain. sometimes tak berbunyi tapi bisanya boleh membunuh sekandang lembu. kahkahkah. somemore, suara perempuan tu kan aurat. katanya! ada jugak jenis melalak tak ingat tempat, depends.
PEREMPUAN SANGAT SUSAH UTK DICAM SEBAGAI PEREMPUAN LESBIAN.
kerana apa? kerana sifat dan fitrah semulajadi mereka sendiri. faham kan? or else, maybe aku lelaki dan aku tak tahu sangat nak detect perempuan itu lesbian. or ada perempuan yg leh tolong aku camner nak detect tis kind or orientation among women? anyone? leh usulkan kat kotak komen yer..:)

*peeps. ini sekadar pandangan. terpulang pada budi bicara sendiri yer..peace no war!!
Thursday, March 24, 2011
| wanita dan kehebatan mulutnya |

Tuesday, March 08, 2011
| bersyukur jika anda tak cantik |
hello. boys and gurls.
now, aku nak share satu artikel. err..bukan artikel, just just.. erm.apa nak kategorikan benda alah ni ek. ah. anggap je la artikel ek. khas sempena hari wanita sedunia hari ni. oh.aku dah mula memuja wanita nampaknya. ehem. like i said before, give them a smile at least for today..boleh?
BERSYUKUR SEBAB TAK CANTIK.
kerana saya tak cantik, saya tidak menjadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yg rosak akhlaknya.
kerana saya tak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
kerana saya tak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
kerana saya tak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
kerana saya tak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, kerana saya tak cantik akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.
peling penting kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.
so khas buat wanita luar sana, jangn gelabah giler bila korang rasa korang tak cantik sebab korang selamat dari semua masalah. insyaAllah. kecantikan hati dan budi pekerti lebih bermakna dari cantik luaran. takyah gelabah nak pakai pencuci muka itu ini, losyen itu ini, bedah sana sini, susuk sana susuk sini, cucuk vitamin bagai. tak perlu. tak perlu. just be urself. and somedays, korang akan jumpa insan yang ikhlas menyayangi korang, bukan kerana cantiknya rupa paras korang tapi kerana cantiknya budi pekerti dan amalan korang. so chill..:)
ehem. aku baik kan. siap wat entry khas utk wanita.
teringat lagu nasyid. 'wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.'
sumber : notes kt facebook. tak jumpa lak linknya. adeyh!
Saturday, February 12, 2011
| open relationship |
hari ni 12 Februari. guess what? lagi 2 hari kita nak sambut Valentine's Day which is hari yg orang-orang akan sebarkan Valentine's Day tu haram dan berlambak-lambak lah artikel pasal Valentine akan keluar dalam blog ataupun facebook. like always. surat khabar pun akan mula keluarkan artikel pasal Valentine siap dengan dalil-dalil dan fatwa ulama terkenal. Alhamdulillah, membendung maksiat.

kat blog pon aku dah ternampak satu poster or kempen anti Valentines. gigih kan. harap-harap orang yg sibuk duk sebarkan kempen tu adalah orang-orang yang tak pernah beriya-iya nak sambut Valentine lah ye. kalau tak, again u're bullshit.
okay enough. aku bukan pakar nak cakap pasal-pasal hukum nih semua. kang terkeluar lak hukum-hukum palsu,tak pasal-pasal kena banned lak nanti. cuma aku nak cakap kalau Valentines tu adalah hari maksiat, u're wrong my dear. maksiat berlaku hari-hari. think! jangan cepat melatah pastu gelabah tak tentu pasal.
pernah dengar pasal OPEN RELATIONSHIP? well, menurut pemahaman aku la kan, open relationship ni adalah hubungan dimana satu couple tu bersetuju bahawa mereka boleh berjumpa, flirting or having sex dengan orang lain dan pasangannya itu tak boleh menghalang perbuatan tersebut. mostly, open relationship ni berlaku dalam hubungan homoseksual tak kira la gay or lesbian. sebab mereka having sex dengan orang lain selain pasangan mereka sendiri. tapi tak semua. ada jugak yang setia dengan pasangannya sendiri. well, terpulang pada pendirian lah kan.
what can i say about this? bullshit. yes. a-well-done bullshit. hidup berlandaskan nafsu semata-mata. siapa yang suka dengan open relationship? hidup berkongsi orang tersayang dengan orang lain. ada yang suka sebab tak membebankan dan tak nak orang tengok kita tak laku sebab tak ada pakwe/makwe. well, again bullshit. ala-ala asal ada couple je. but still flirting dengan orang lain. come on. get a life lah bro. appreciate ur love.

siapa nak having open relationship? or ada pandangan pasal isu ni, boleh je komen ye. pandangan korang sangat dialu-alukan.
buat semua pasangan yang hangat bercinta, HAPPY VALENTINE'S DAY. appreciate ur love one. be good and happy always.
p/s : tapi open relationship ni cam best je kan. tak terikat. kihkih..
Friday, February 11, 2011
| budaya QC dalam couple |


Friday, December 10, 2010
| cara aku handle masalah |
hello. malam ni aku sorang sorang je duk kat kolej. eh bukan malam je. siang tadi pon duk sorang sorang je. takper. takder hal la. hati mau kental beb. menangis sebab kena tinggal ke, meraung sebab bosan ke tu belakang cerita ah ye dak?
okay. aku nak story mori sikit nih. ada la sikit moral of the story kata omputih. benda-benda mulia ni kita kena la kongsi ye dak?
ya. straight to the point.aku mula dengan cerita sikit. ala, bagi kau semua feel dulu la kan.
dua malam lepas, aku dan Miss M kuar makan kat luar. restoran ape benda ntah namanya. tak sempat nak tengok nama. asal nampak macam restoran je aku pon lepak je ah.
"order bang". tanya tukang ambik order kami 30 saat lepas kami duduk dengan penuh gaya. hidup mesti mau gaya.baru org tengok kagum!
aku pun order apa yg patot. Miss M pon leh tahan gak dia punya melantak.takper. takder hal. lapar kot. brader ambik order tadi terhangguk-hangguk tanda paham. tangan ligat tulis atas kertas kecik. lepas settle, brader lap lap meja sikit terus blah ke dapur. semangat brader nih. bagus!
aku pun layan borak borak ngn Miss M. pasal politik. pasal isu semasa. pasal belanjawan tahun baru nnti. pasal holiday. selang 20 minit, makanan kami smpai. just perfect! semua ada. takder yang tertinggal. air jus tembikai aku sedut dua tiga kali. pekat!
aku dan Miss M makan. layan. sedap. after selesai, aku angkat tangan panggil brader tadi suh kira. jerit-jerit aku tak main. takda kelasss. sambil angkat tangan mulut aku berbisik 'bill please.' brader tu dengar ke tak dengar tu belakang cerita. aku dah buat isyarat tangan. brader tu datang dengan gayanyer sambil tangan seluk poket depan apron sambil keluarkan kalkulator. Miss M sibuk lap mulut ngan tisu sambil kontrol ayu.
'makan ape bang?' gentleman gila suara brader ni.
aku dah pening dah cuba nak ingat apa yg aku makan tadi. berkerut dahi aku nak sebut makanan aku order tadi. bila aku dah ingat, aku terus angkat muka dengan yakin.
BigMac set besar dengan McChicken Deluxe set medium. aku senyum puas.
brader tu aku tengok perlahan-lahan pusing ke belakang lepas cakap 'jap ye bang, sy ambik kertas order tadi.'
aku senyum. Miss M dah merah mukanya.
sekian.
so moral of the story. kita sebagai manusia yang matang ni tak perlu marah-marah. sometimes problem ni kita kena handle dengan penuh profesional. tengok cam aku. rilex je. hati kena cool beb. senyum jangan lupa.
notaMoral : nak cuba boleh, tapi tengok keadaan jugak la yek. kalau kena brader brutal yg amek order, jangan sesekali buat aksi tu. customer not always right. silap-silap kaki meja atas kepala kau. [ cerita ada sedikit unsur rekaan bagi menambah perisa ]
| personaliti menurut bulan Islam |
hai. salam malam Jumaat. kehkehkeh. post kali ni aku nak bawak satu kelainan sikit. cuba teka apa dia. teka la. teka la. gedik sangat. okay. post kali aku nak bawak kita kenali identiti seseorang melalui bulan kelahirannya. ops. bukan bulan biasa biasa tu ye. ni kelahiran dalam bulan Islam. ha. kan satu kelainan tu. apa barang tengok melalui bulan Januari Februari bla bla bla tu kan.sempena nak hujung hujung tahun ni, meh la kita sama-sama lihat siapa sebenarnya kita. xoxo. yezza. jom cekidaout!
MUHARRAM - anda seorang yang pendiam dan sihat akalnya. mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna. jika dididik dengan baik, anda boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada pada anda. anda mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaan selamat.
SAFAR - tabiat anda buruk.anda tidak suka mengakui kesalahan.ibu bapa anda perlu mendidik anda bagi menghilangkan tabiat buruk itu. jika tidak kehidupan anda akan menjadi lebih susah dikemudian hari. namun, jika anda melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL - perwatakan anda baik.mungkin anda akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.dalam pekerjaan ramai yang sukakan anda.sifat negatif anda termasuklah kurang sabar, keras hati dan mudah marah.
RABIULAKHIR - perwatakan anda jahat. hati anda tidak tetap. fikiran dan kemahuan anda pula lemah, buruk nafsu, berwatak kasar dan seseorang yan suka memukul.kehidupan anda menjadi sukar kerana tabiat buruk anda itu. ibu bapa menempuh kesukaran dalam mendidik anda.
JAMADILAWAL - anda mempunyai keyakinan diri yang tinggi. anda berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh dan merbahaya. keberanian anda akan membuahkan hasil dan juga kadangkala menemui kegagalan.
JAMADILAKHIR - berwatak berani dan hormat kepada orang lain.orang yang kaya dengan ilmu dan kepakaran. apabila sedar akan kesilapan dan kekeliruan, anda mudah mengakuinya. bila anda tahu anda benar, pendirian anda keras dan tidak mahu mengalah.sewaktu kecil, ibubapa anda perlu mendidik anda dengan baik agar sifat-sifat yang baik menyerlah. jika baik asuhannya, maka anda adalah anak yang akan menyenangkan ibu bapa dan keluarga.
REJAB - sewaktu kecil anda seorang anak yang degil dan nakal. ibu bapa anda patut mendidik anda dengan baik agar anda dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. ketika sudah dewasa, anda suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.ini agak berlainan dari sikap anda ketika kecil.walaubagaimanapun, hidup anda selamat dan sentosa.
SYAABAN - perwatakan anda baik.hidup anda selamat dan rezeki anda tidak putus-putus. sewaktu kecil, anda mudah mengalah dengan kawan-kawan. kelakuan anda baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang kepada anda. ketika dewasa, anda akan berjaya dalam segala kerjaya dan mudah mendapat rezeki.
RAMADHAN - anda baik, pendiam dan suka merendah diri. anda tidak angkuh kepada teman yang dikenali. anda tidak suka menonjolkan diri. kehidupan anda selalu selamat.
SYAWAL - perwatakan anda keras. hati anda keras. anda tidak suka dikalahkan oleh orang lain. hal ini membahayakan hidup anda. didikan yang betul diperlukan supaya kehidupan anda kelak tidah susah kerana perangai keras hati anda. dan anda selalu bergaduh terutama dalam isu mencari rezeki.
ZULKAEDAH - pendiam. banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi perkara buruk. anda banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti anda kan mendapat hasil yang sangat baik. tapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, perbuatannya kadangkala menjadi sangat keliru. anda seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir.
ZULHIJJAH - jika anda jahat, anda terlalu jahat tapi jika anda baik, anda terlalu baik.anda sering mendapat padah atas perbuatan anda sendiri. anda sukar mengawal perasaan, kadangkala terlalu berlebih-lebihan dan sebaliknya.sukar mempertimbangkan akan baik buruk perbuatannya. seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
notaBulanIslam : aku lupa aku lahir bulan apa. aih.
Thursday, December 09, 2010
| kita dan EGO |

| tolong jangan jadi DIVA yer? |
oh ya. aku nak habaq mai. kita sebagai manusia ni, kena la sedar kita ni siapa. bumi mana kita pijak hentak. langit mana kita junjung. okay.

agak klise bunyinye.
kita ni sebagai manusia, sedar la sikit taraf kita. belajar kita tu tahap mana je? gaji kita ribu riban tu tahan sampai bila je? kete kite yg besar gedabak laju berdesup tu kalo eksiden kemik jugak. rumah besar 100 km dan nampak bumbung tu kalo terbakar, abes jugak.
so tak perlu la kita nak berlagak jeling-jeling orang sebelah hanya kerana dia agak berlainan dan nampak tarafnya rendah dari kita. tak perlu semua tu. tak perlu. dia manusia, kita manusia. sama je. apa kata kalau kita simpan ketat-ketat, genggam kemas-kemas perasaan EGO kita tu. jangan tonjolkan. malu la.
boleh? sama-sama la kita ye.
notaEgo : simpan je lah perasaan DIVA melets kau tuh! boleh?
*post yang agak sopan santun. aku hampir muntah 18 belas kali masa nak taip. pernah ke aku jadi sesopan ni?
Friday, December 03, 2010
| hati dan perasaan |
kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk diam di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. jangan harapkan cinta sebagai balasan. nantikan sahaja ia mekar di hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya boleh jadi palsu. jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, perhilag kemana-mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana nada hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan diri anda kuat, kesediahn yang cukup untuk memastikan anda adalah seorng insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah yang ia mungkin akan menyakitkan orang lain juga.

kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memliliki segala yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam kehidupan mereka. kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang tealah mencari dan mereka yang telah mencuba. hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Thursday, November 18, 2010
| nikah gantung |

Wednesday, November 17, 2010
| jangan kecewakan orang yg mencintai kamu |
Wednesday, November 10, 2010
| 30 perkara perempuan taknak bagitau lelaki |