ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Friday, December 10, 2010

| cara aku handle masalah |

hello. malam ni aku sorang sorang je duk kat kolej. eh bukan malam je. siang tadi pon duk sorang sorang je. takper. takder hal la. hati mau kental beb. menangis sebab kena tinggal ke, meraung sebab bosan ke tu belakang cerita ah ye dak?

okay. aku nak story mori sikit nih. ada la sikit moral of the story kata omputih. benda-benda mulia ni kita kena la kongsi ye dak?

ya. straight to the point.aku mula dengan cerita sikit. ala, bagi kau semua feel dulu la kan.

dua malam lepas, aku dan Miss M kuar makan kat luar. restoran ape benda ntah namanya. tak sempat nak tengok nama. asal nampak macam restoran je aku pon lepak je ah.

"order bang". tanya tukang ambik order kami 30 saat lepas kami duduk dengan penuh gaya. hidup mesti mau gaya.baru org tengok kagum!

aku pun order apa yg patot. Miss M pon leh tahan gak dia punya melantak.takper. takder hal. lapar kot. brader ambik order tadi terhangguk-hangguk tanda paham. tangan ligat tulis atas kertas kecik. lepas settle, brader lap lap meja sikit terus blah ke dapur. semangat brader nih. bagus!

aku pun layan borak borak ngn Miss M. pasal politik. pasal isu semasa. pasal belanjawan tahun baru nnti. pasal holiday. selang 20 minit, makanan kami smpai. just perfect! semua ada. takder yang tertinggal. air jus tembikai aku sedut dua tiga kali. pekat!

aku dan Miss M makan. layan. sedap. after selesai, aku angkat tangan panggil brader tadi suh kira. jerit-jerit aku tak main. takda kelasss. sambil angkat tangan mulut aku berbisik 'bill please.' brader tu dengar ke tak dengar tu belakang cerita. aku dah buat isyarat tangan. brader tu datang dengan gayanyer sambil tangan seluk poket depan apron sambil keluarkan kalkulator. Miss M sibuk lap mulut ngan tisu sambil kontrol ayu.

'makan ape bang?' gentleman gila suara brader ni.

aku dah pening dah cuba nak ingat apa yg aku makan tadi. berkerut dahi aku nak sebut makanan aku order tadi. bila aku dah ingat, aku terus angkat muka dengan yakin.

BigMac set besar dengan McChicken Deluxe set medium. aku senyum puas.

brader tu aku tengok perlahan-lahan pusing ke belakang lepas cakap 'jap ye bang, sy ambik kertas order tadi.'

aku senyum. Miss M dah merah mukanya.

sekian.

so moral of the story. kita sebagai manusia yang matang ni tak perlu marah-marah. sometimes problem ni kita kena handle dengan penuh profesional. tengok cam aku. rilex je. hati kena cool beb. senyum jangan lupa.

notaMoral : nak cuba boleh, tapi tengok keadaan jugak la yek. kalau kena brader brutal yg amek order, jangan sesekali buat aksi tu. customer not always right. silap-silap kaki meja atas kepala kau. [ cerita ada sedikit unsur rekaan bagi menambah perisa ]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...