ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Showing posts with label gangguan. Show all posts
Showing posts with label gangguan. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

| jawapan utk 10 sebab perempuan tak respek lelaki |

gud afternoon guys and so-tipical-ladies.

orait.tengahari ni aku nak bagi satu post utk menjawab satu artikel..err..satu notes kt FB. aku terjumpa notes ni so aku nak jawab balik.

10 SEBAB PEREMPUAN TAK RESPEK LELAKI.

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.


p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu



wah! baik punya tuduhan dia bagi.ni aku nak kowtim balik. cool beb.


1) lelaki mintak pegang tangan, normal la beb. kalo u tu pegang kuat pegangan agama, nape u bagi pegang tangan u? kalau u kena tinggal, u jugak yg meratap bagai kan? semua salah. pastu lepas bg pegang, u pulak yg lebih2. nak peluk2 la. bila lelaki tu say bye2 sbb u tak bagi pegang tangan, dah la. yg u terhegeh2 lagi tu nape? kan LELAKI NI MEMANG GATAL. gi la cari lelaki yang tak GATAL. beb, yg pakai kopiah tu belum tentu tak GATAL.


2) wai wait wait. what the hell u cuba nak bagitau ni? u nak bagitau yg u tak harap boyfi u dtg jemput pon? hello. bila LELAKI ni tak dtg jemput u, u merajok tarik muncung sepuluh inci. apa ni? u nak ape sebenarnyer? bila LELAKI tak belanja u or beli hadiah utk u, u kata LELAKI tak romantik la. pelik la u ni. u nak ke naik LRT, or komuter or bas bila kuar dating? LELAKI TAK BOLEH HARAP ni kesian taknak u susah payah taw tak?!


3) jap jap jap. sepanjang i naik monorail ke lrt ke komuter ke, i tak prnah nampak lagi golongan u bagi tempat duduk kat perempuan pregnant or makcik-makcik tua. never!! so? LELAKI YANG TAK BERTIMBANGRASA or U PON 2X5?


4) u ingat i ni tak menyampah tengok golongan u hisap rokok? muka berlagak gila bila hisap rokok. u ingat i suka? u, ajal maut tu di tgn Tuhan. Abah i hisap rokok dari muda, smpai sekarang hisap lagi. mak i tak jd janda awal pon. kalau nak mati, tak yah isap rokok pon leh mati la der. lagi 1, u taw x. i ni hisap rokok sebab tensen bila u tu perangan cam haram. asyik nek menaang jek. LELAKI YG TAK PEKA ni tensen u taw x?


5) hello. berapa kerat sangat golongan u yg jenis tak kisah boyfi die tak ada kereta? kalau i bwk kereta mak bapak i pon, lama-lama nnti kereta tu jd hak milik i jugak. so apa masalahnyer? u nak ke dating dlm keadaan panas dan berhujan? nak? LELAKI YG PERASAN ni jugak jd penyelamat u kan.


6) mencarut? hello. u lagi kuat mencarut. u ingat bila u kumpul ramai-ramai, pastu gosip-gosip pasal lelaki, u nampak cool? kalau golongan u terkenal dengan gosip, golongan i terkenal dengan mencarut. so what the deal? win-win situation okay! eh golongan u pon ada jugak yg mencarut. sama je. so? u guys rasa cool la? LELAKI YG TAK BERADAB katanya. u pon sama. PEREMPUAN TAK ADA ADAB!


7) eleh eleh. yg u tu asyik ponteng sembahyang kononnya sebab uzur tu ape cer? takkan hari-hari uzur kot u. agak-agak la nak membohong pon. sekurang-kurangnya kalau lelaki tu liat g masjid, nampak la dia camner kn. kalau u? dh la memang golongan u tak wajib ke masjid, lagi susah i nak detect u sembahyang ke tak. ha, ape cerita ni? LELAKI YG TAK BOLEH BUAT SUAMI ni nak jugak perempuan yg BOLEH BIMBING LELAKI TU JADI SUAMI YG BAIK. kalu u pon hanyut, habis la kita. takkan semua nak harap lelaki.


8) yg u publish pic-pic camtu tu nape? ambik gambar depan cermin dengan mulut muncung. motif? seyes i tak nampak pon mana cunnya. geli okay. cuba la try ambik pic yg natural je. i suka natural look je okay. macam i punya Lisa Surihani tu ha. kan comel camtu. tak perlu seksi-seksi pon kan? LELAKI YG TAK CERMIN DIRI ni sekurang-kurangnya tak publish pic annoying camtu. u tu cermin diri ke sebelum publish pic camtu? ehem.


9) perempuan merajuk, lelaki taknak pujuk. apa jadi? last-last lelaki pujuk jugak tau. tak nak u merajuk lama-lama. tapi bila i merajuk, ada u pujuk? ada? pastu u tuduh i yag diam taknak cakap dengan u lak. u pernah fikir naper i taknak cakap dengan u? LELAKI YG EGO ni nak jugak la kena pujuk bila merajuk. asyik i je yg pujuk u, letih la woi.


10) i tak pernah rasa pon i hensem bila i hisap rokok. u suka sangat kan buat tuduhan melulu. u memang anti-lelaki ke? bab meludah merata-rata tu, i kan hisap rokok. sometimes air liur rasa tak best, so kena ludah keluar. tak sempat nak pergi toilet. lagipon, i ludah bukan kat dalam shopping complex pon. LELAKI PENGOTOR ni buat benda-benda tu semua ada sebab. ingat habit i ke ludah-ludah ni? hello. i pon ada rasa malu jugak. pernah i ludah depan orang ramai?? pernah??


p/s : ni pon utk suka-suka jugak!





*sorry aku copy paste je notes tu. ehehehe.

Thursday, March 24, 2011

| wanita dan kehebatan mulutnya |

hello peeps! err..hello guys and so-called-cute girls.

camner hari u guys? ok? sori for lama x hapdet. well, busy sikit dengan projek dan jalan-jalan makan angin. ehem. pejam celik pejam celik dah nak abes pon bulan Mac. dah nak masuk April dah. means that, aku pun dah nak abes belajar after so-called-bertungkuslumus selama 3 tahun. yeah. tak sabar dude!

okay.bukan isu abes belajar aku nak story hari ni. tadaaaaa~ aku nak cerita kehebatan mulut wanita. yeah! bak kata orang-orang lama la kan, mulut lebih berbisa penangannya dari pedang. so true! agreed. why?


semalam aku lepak-lepak ngan kawan-kawan then ada senior kami dtg borak sama. oh shit he is really good in sharing. well, a teacher to be. expected. ceritanya ialah, kehebatan mulut coursematenya dan coursemate juniornya. dan paling hebat, mulut tersebut yang membuatkan hancurnya persahabatan, hancurnya reputasi dan musnahnya nama baik diorang semua. hebat! semuanya gara-gara mulut yang tak berinsurans. cakap main lepas. membabikan orang, menganjingkurapkan orang dan memperkotak-katikkan orang. and surprisingly, that word comes from teachers-to-be. wtf??

bila aku dengar cerita tu, aku rasa macam what the hell is going on ever here? hello. cikgu kot kau tu. agaknya pemilihan kursus dulu asal ada je. maklumlah, kelulusan tak bape nak layak ambik kursus lain agaknya. maaf. bukan memperlekehkan profession perguruan, but orang-orang yang macam ni memang sangat TAK LAYAK jadi guru. hello. profession perguruan adalah profession yang paling aku kagum and aku hormat. sebab merekalah, aku berjaya masuk U, jadi orang yg tahu fikir. kalau mereka-mereka si mulut puaka ni jadi guru, apa nak jadi dengan anak-anak kita nanti? semua nak jadi mulut puaka? say no!

nanti kalau ada anak aku mengadu cikgu diorang maki hamun sesedap mulut, memang siap! lantak ah orang nak kata manjakan anak ke hape ke. kalau anak dah kena maki babi anjing, takkan nak biar lak kan.

oh one more thing. kalau kau pun pondan lembut lemah gemalai, takyah sesibuk nak tubuhkan kelab banteras pondan-pondan. cermin diri dulu sebelum mengata orang lain salah. okay sayang?? eh eh eh. aku bukan pondan, cuma aku tak setuju apa yg dia sibuk duk canangkan. geli dengan pondan yang berlagak suci. kawan dengan semua orang, then u'll be fine! ok peeps??!

notaMulut : aku memang mulut puaka, mulut longkang tapi aku tak pernah lagi membabianjingkan orang face-to-face. hormat der hormat! tu pun aku nak kena ajar ke der? stupidos~

p/s : please note that i'm not blaming all woman. siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya. sape suh makan cili? bingai~

Tuesday, March 08, 2011

| internet dan aksi gampang |

hello. selamat petang. *pendek dan padat*

sebagaimana kita sedia maklum, internet adalah satu gerbang pencarian ilmu yang sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat. nak nak sekarang internet begitu mudah dilayari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa perlu bertandang ke cybercafe semata-mata. dengan pelbagai pakej broadband dan kemudahan wifi ke merata-rata tempat menambah lagi penggunaan internet. malahan, pelajar juga boleh membuat kajian dan carian fakta melaluinya tanpa perlu bertenggek di perpustakaan hingga lewat malam. dating je lebih, studynya sikit jer. somemore, internet membantu kita meluaskan pencarian teman dan kawan dari serata pelusuk dunia.

ramai yang memanfaatkan penggunaan internet sebaik-baiknya dan tak kurang juga yang menyalahgunakannya. internet ni ada pros and contrasnya.

tapi yang gampangnya bila jadi camni.

siapa punya kerja ni? habaq mai kat aku. grrr!!

p/s : kelakar la korang nih. ada pulak cari gays di putrajaya. gila pervert!! nafsu buatan tu pulak ape? ada jual kat kedai ker?

Monday, January 03, 2011

| Karam Singh Walia dan Melayu |

gud evening ladies and gentleman.

hari ni first day sem baru. which means ala-ala kembali ke sekolah gitu. but aku tak ada kelas hari ni and aku berjaya menjeleskan orang lain dengan bangun seawal jam 12 tengahari. hebat kan. for your information, sem ni aku just ambik 2 subjek je. dan kelas aku pun selasa rabu and khamis je. rabu kelas petang, and khamis kelas pagi. so kalau kelas pagi khamis tu drag ke pagi rabu, means aku kelas hari selasa dan rabu sahaja. best siot. akan dicadangkan ke budak kelas-kelas. maknanya aku akan cuti khamis sampai isnin. gila heaven! indahnya dunia.

okay. isu hangat sekarang. err..hangat kat pesbuk je kot. aku pun hangat jugak la nak tengok. isu KARAM SINGH WALIA DIUGUT. [klik sini]

well, fine aku pun agak marah bila tahu karam singh tu kutuk melayu. and dia buat kutukan tu masa dia time mabuk. aku tak tahu sangat apa yang dia kutuk, but based on video tu macam teruk jugak la kutukan dia kan. or they all just saje je nak hangatkan cerita so that org akan cakap Melayu ni sangat menjaga nama baik. orang panggil so-called nationalist ke hape. lebih kurang la. tapi sedar tak mereka-mereka yang agak extreme tu?

pada pendapat aku, kita ni bangsa Melayu. bangsa penuh dengan adab dan tatasusila. penuh dengan kehormatan. sekali diorang buat camtu, aku dah tak rasa Melayu dipandang dengan adab ketimurannya tapi Melayu bakal dikenali sebagai bangsa yang ganas. Nauzubillah. ye Karam Singh Walia dah mengutuk Melayu, tapi kita sebagai bangsa berTAMADUN jangan la memburukkan lagi keadaan. gertak orang lain camtu kat tempat public, is that what we called ADAB? hello. wake up guys!

aku bukan membela Karam Singh, but aku membela Melayu itu sendiri. banyak lagi medium lain yang boleh kita guna untuk buat Karam Singh minta maaf. Malaysia ada undang-undang sendiri. why not just report kat polis then saman or suh dia minta maaf secara terbuka di media massa. kan lebih baik camtu. takyah kecoh-kecoh. kita Melayu beb. kecoh-kecoh ni bukan cara kita. dia dipaksa minta maaf, ok fine. dia minta maaf smpai melutut-lutut. but, ikhlas ke dia minta maaf dengan cara paksaan tu? ikhlas ke? fikirkan la.

takkan kita nak jadi bangsa yg suka menuduh menuding jari kan. entah-entah yg sibuk kecoh-kecoh tu pun bukan bersemangat Melayu sangat, tapi saje nak tunjuk dia prihatin. ops~

dah-dah la tu duk sebarkan video camtu. tak manis la orang luar tengok. tak malu ke? Melayu menyebarkan video yg mencemarkan Melayu itu sendiri. jangan tengok satu side je, kita tengok jugak side yang lain ye. kata orang, blind spot tu penting jugak diambil kira. okay? chill~

notaMelayu : just pandangan BudakLelaki je. kalau salah, betulkan. kalau betul, ambil buat peringatan. sama-sama la kita perbetulkan diri. insyaAllah.

p/s :

  • isu laser dah tak berapa nak hangat dah. baguslah. mereka dh memalukan bangsa mereka sendiri. sibuk sangat orang duk laser pemain dia. last-last? sendiri mau ingat der~
  • isu Freemason, Illuminati and so on dah kurang sikit. baguslah. cukup-cukupla tu. sedih aku tengok. amal ibadat tak banyak mana, menyebarkan menda yg tak betul je lebih. ibadat sunat katanya. hoh?!
  • oh lupa. Happy Belated Birthday to Mohd Ikhwanul Hafiz. my coursemate, collegemate, uni-mate. hoho. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama ehem-ehem. bila ntah nak kenalkan kat kitorang.

Friday, December 10, 2010

| cara aku handle masalah |

hello. malam ni aku sorang sorang je duk kat kolej. eh bukan malam je. siang tadi pon duk sorang sorang je. takper. takder hal la. hati mau kental beb. menangis sebab kena tinggal ke, meraung sebab bosan ke tu belakang cerita ah ye dak?

okay. aku nak story mori sikit nih. ada la sikit moral of the story kata omputih. benda-benda mulia ni kita kena la kongsi ye dak?

ya. straight to the point.aku mula dengan cerita sikit. ala, bagi kau semua feel dulu la kan.

dua malam lepas, aku dan Miss M kuar makan kat luar. restoran ape benda ntah namanya. tak sempat nak tengok nama. asal nampak macam restoran je aku pon lepak je ah.

"order bang". tanya tukang ambik order kami 30 saat lepas kami duduk dengan penuh gaya. hidup mesti mau gaya.baru org tengok kagum!

aku pun order apa yg patot. Miss M pon leh tahan gak dia punya melantak.takper. takder hal. lapar kot. brader ambik order tadi terhangguk-hangguk tanda paham. tangan ligat tulis atas kertas kecik. lepas settle, brader lap lap meja sikit terus blah ke dapur. semangat brader nih. bagus!

aku pun layan borak borak ngn Miss M. pasal politik. pasal isu semasa. pasal belanjawan tahun baru nnti. pasal holiday. selang 20 minit, makanan kami smpai. just perfect! semua ada. takder yang tertinggal. air jus tembikai aku sedut dua tiga kali. pekat!

aku dan Miss M makan. layan. sedap. after selesai, aku angkat tangan panggil brader tadi suh kira. jerit-jerit aku tak main. takda kelasss. sambil angkat tangan mulut aku berbisik 'bill please.' brader tu dengar ke tak dengar tu belakang cerita. aku dah buat isyarat tangan. brader tu datang dengan gayanyer sambil tangan seluk poket depan apron sambil keluarkan kalkulator. Miss M sibuk lap mulut ngan tisu sambil kontrol ayu.

'makan ape bang?' gentleman gila suara brader ni.

aku dah pening dah cuba nak ingat apa yg aku makan tadi. berkerut dahi aku nak sebut makanan aku order tadi. bila aku dah ingat, aku terus angkat muka dengan yakin.

BigMac set besar dengan McChicken Deluxe set medium. aku senyum puas.

brader tu aku tengok perlahan-lahan pusing ke belakang lepas cakap 'jap ye bang, sy ambik kertas order tadi.'

aku senyum. Miss M dah merah mukanya.

sekian.

so moral of the story. kita sebagai manusia yang matang ni tak perlu marah-marah. sometimes problem ni kita kena handle dengan penuh profesional. tengok cam aku. rilex je. hati kena cool beb. senyum jangan lupa.

notaMoral : nak cuba boleh, tapi tengok keadaan jugak la yek. kalau kena brader brutal yg amek order, jangan sesekali buat aksi tu. customer not always right. silap-silap kaki meja atas kepala kau. [ cerita ada sedikit unsur rekaan bagi menambah perisa ]

Tuesday, October 26, 2010

| simptom orang sibuk study |

final exam dah dekat. minggu ni is the minggu last kuliah. which means is minggu ni adalah minggu lecturer menurunkan tips-tips yg sangat berguna sebelum exam. tips tak tips sangat la. lebih pada spot punya soalan. sape yg tak datang minggu ni memang rugi ah. eh eh tapi aku dah ponteng seharian hari ni. wat cuti sendiri. lantak~ tips tu sumer leh tanya kawan-kawan. hohO~

dah dekat nak exam ni. mesti orang sibuk study kan. macam-macam gaya. so aku nak bawak korang tengok contoh-contoh org yg sibuk study. tak tahu la cuak ke, nebes ke, takut ke, buang tebiat ke. hanya empunya diri je yg tawu. keh3.. lets cikedout!

1) membaca tnpa menghiraukan sekeliling. yg kepoh tetibe jd sgt pendiam. yg pendiam apatah lagi. cam mayat hidup jek.

2) kelajuan membaca sangat tinggi. risau tak sempat nak cover semua. faham ke x, tu belakang kira.

3) turun kafe pon kena fikir 4 5 kali. takut buang masa. kalau turun pun, bungkus je. silap silap kirim kat kawan jek. makan sambil pegang nota.

4) baru sibuk nak semayang full. tak pernah tinggal. doa macam-macam.

5) masa tidur pun mulut terkumat kamit macam tengah baca nota. silap silap letak nota kat sebelah bantal kononnya leh serap terus ilmu.

6) tak ada dah borak-borak pasal bola ke, gosip artis ke, kisah kancil ngn buaya ke. asyik borak pasal pelajaran jek. sampaikan nak berak pon, leh berbual ngn orang sebelah pasal pelajaran.

7) kalau yg kapel lak, main mesej sikit-sikit jek. pendek-pendek. xde masa nak fikir panjang-panjang. topup rm5 leh tahan sampai sebulan.

8) terperap je dlm bilik, study. dah tak ada budaya melepak bilik orang, merayau kat bawah, kuar tengok wayang, men bola petang-petang.

9) nak kuar buang sampah pon terbawak pen.

10) stok megi berbungkus-bungkus dalam bilik. jimat masa katanya nak ke kafe. makan megi jek. kalau budak nerd yg tak makan megi lak, ada la makan biskut hup seng cicah milo. roti lak jangan cite ah, dah prepare awal-awal.

11) serba salah nak bukak facebook. membazir masa. kalau bukak, konpom buku offline terus. so nak taknak kena lupakan facebook sampai habis exam. masa ni memang menguji diri sendiri betol. yelah, nak cek facebook lagi, formspring lagi, blog lagi.

12) time ni la baru nampak dia bukak buku tebal. yang takleh blah, siap ada kamus tu atas meja. selama ni kalau tak faham pun, tak adanya nak bukak kamus bagai nih.

13) gelisah semacam je. asyik asyik tengok jam je. tak cukup jam dinding, jam tangan jam laptop sampaikan jam bilik sebelah pon dia nak tengok.

14) stok nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua ada lah. nak stay up katanya!

15) meja bersepah giler dengan notanya, dengan higlighternya, pen biru merah hitam kelabu taik anjing. 1 rim kertas A4 pon tak cukup. buku semua memang terbukak. macam bilik saintis dah gayanya.

16) status kat facebook masa nih memang poyo giler. 'maaf, sibuk study'. 'doakan saya.' macam-macam lagi la. kalau bukak ym pun, asyik status busy je memanjang. silap silap invisible je. senang tak ada orang kacau.

17) muka blur je sebab otak dah full. kadang-kadang cakap sorang-sorang. rambut serabai, janggut ngn misai dah macam duk gua setahun. makan pun sorang-sorang je. kang kalo mkn ramai-ramai buang masa lak. sibuk berborak je nanti.

18) sampai satu tahap nak rebus semua nota-nota. pastu minum air rebusan tu. entah ajaran mana ntah dia dapat.

okay. cukup kot nak bantu korang kenali orang-orang yg tgh stress kan. tapi aku tak camtu, aku steady jer. carry mark pon tinggi jer. so nak takut ape. ceh gila poyo. tapi seyes, aku tak ada sampai giler camtu. kadang-kadang esok exam, malam ni aku bantai gi main boling. nak study tak ada mood katanya. lantak.

then yg paling pasti. masing-masing sibuk menyesal kenapalah aku tak study awal2. kenapalah aku tak fokus masa kuliah. kenapalah. kenapalah. bla bla bla. then, sibuk tanam azam baru. sem depan tak nak stusy last minit. nak fokus dlm kuliah. padahal setiap sem duk tanam azam camtu. bila ntah nak berubah. dah sampai final sem pon still cmtu gak. aku? er..tak. aku tak cmtu. aku steady jer.

[kredit abg Google]

notaStudyLastMinit : tak sabar nak habiskan sem ni. dan masuk final sem. oh!

Wednesday, September 22, 2010

| Hentikan gangguan ini |

aku ingat nak wat satu memorandum ah. then nak antar kat Jabatan Agama Islam. suh saman je pompuan-pompuan yg suka sangat pakai baju adik-adik diorang pastu nampak lubang pusat ngan alur-alur bontot sensitif siorang tu. tajuknya lebih kurang camni 'KASIHANI LELAKI. HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL.'

lantak.

"wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan (jilbab) pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yg bai-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani."
(surah Al-Ahzab : ayat 59)

ad-raba.jpg image by mapetm
ni bukan keje aku. aku baik.

skrg ni masalah sosial makin menjadi-jadi. pempuan mengandung anak luar nikah dh ramai. itu yg mengandung. yg tak mengandung? yg guna protection? we might never know kan. haih. apa puncanya? duk sibuk tayang sana tayang sini punya pasal la tu. laki-laki yg mata bola kranjang ni apatah lagi, sibuk memandang tak berkelip. aku? err...tak. aku baik. betul.

agaknya diorang ni pikir dengan dedahkan aurat diorang akan nampak lebih seksi, up to date, menarik, cun, dan paling penting meningkatkan keyakinan diri. keyakinan diri kepala kau. yg aku tahu meningkatkan nafsu kaum Adam ada la kot. pastu sibuk salahkan lelaki ni gatal, gila seks. hello. don't blame a man for being a man! dah yg kau tayang tu untuk sape tengok? untuk bakal laki kau? singkatnya pemikiran. selagi kau tak bergelar isteri kpd laki kau tu, aurat kau adalah haram utk dilihat okay! pas kahwin nnti kau nak tayang semua kat laki kau pun takper dah. lantak.

kata orang, aurat dan urat adalah dua benda yg berbeza. tapi bila lelaki ternampak aurat perempuan, urat lelaki di satu kawasan akan membengkak. entah. aku pun tak tahu betul ke tak.kehkehkeh.

aku bukan apa. kesian kat kaum yg sejantina dengan aku nih. asyik menanggung dosa je. puncanya kaum Hawa ni lah. sibuk menayang aksesori yg tak berapa nak power sgt tu ha. lain la kalau Pamela Anderson tu. berbaloi jugak. shit! dosa.

so, aku ingat lepas siap memorandum tu nanti. aku nak jelajah satu Malaysia la. nak mintak tandatangan semua lelaki yg ada. hebat tak? cam cool je kan idea. lantak.

HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI.

notaHujungKaki : hujan lebat sudah berhenti. masa untuk keluar mencuci mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...