ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Showing posts with label suka-suki. Show all posts
Showing posts with label suka-suki. Show all posts

Monday, January 23, 2012

kesempatan yang tak terduga

hello charming boys and beautiful-with-no-makeup girls.

boys can be charming without touch up sana sini. hell yeah! girls?? make up is their bff. pfffft...

owh okay btw..my last post around august right? gila lama blog ni terbengkalai. dah macam pembinaan terbengkalai pulak dah. mau rugi juta-juta billion jugak nih. damn!

bukan apa..sejak jadi wakil rakyat ni, hidup agak busy. fullstop!

cuma hari ni berkesempatan jenguk sekejap ke teratak warisan ni. muram je suasana..but erm..erm..erm.. tgk kat bawah nih jap..

ambil kesempatan ye korang? BESAR, PANJANG & KERAS tu siapa punya?? err..err..err.. i mean siapa yg post kt situ? yg AWAS,18 SX tu pulak apa cerita? korang nih..respek la sikit..tercemar kesucian den tau..sob3.. sumpah aku x klik laman tu tau..x klik pon...x klik pon..

lupakan yg besar, panjang & keras tu semua..hari ni CNY..so??

Happy Chinese New Year to all Malaysian..we are 1Malaysia. cool. angpaw mari!!!!!


Wednesday, August 17, 2011

mercun

hello peeps. err..i mean hello boys and girls.

puasa semua? alhamdulillah. dah masuk puasa ke 17 kan. means dah makin dekat nak raya. pasaraya pon dah start buat jualan mega dah ni. suri-suri rumah pon dah berkira-kira nak keluar shopping raya. baju-baju raya pon dah siap 4 5 pasang dah ni. lampu kelip-kelip sama pelita pon dah makin megah bernyala-nyala. lagu raya pon dah terjerit-jerit dalam radio. yang paling penting lelaki-lelaki sekarang ni tengah pening kepala sebab bini-bini depa semua sibuk nak duit nak buat shopping raya. petanda awal Ramadhan bakal melabuhkan tirai la tu.

okay enuff. setahun sekali kan. apa ade hal lah!

but but but. yg paling penting ni, puasa puasa jugak. raya pon raya jugak. tapi kalau sampai putus 2 3 jari main mercun tu apa cerita pulak bai? ish korang nih. main mercun apa kebenda sampai putus jari tu? la ni camner nak kumpul duit raya nanti? nasib la kau!

*tak mau lah upload pic orang putus jari. ngeri den.

so sekarang ni camner? salah siapa? salah mak ayah? salah diri sendiri? salah penjual mercun? atau salah jiran tetangga sebab tak larang diorang main mercun?

mungkin salah mercun tu la kot. siapa suruh meletup kat jari ye dak? kehkehkeh.

********************************
KENANGAN

dulu-dulu masa kecik-kecik lagi. aku pon selalu jugak main mercun time puasa. tapi steady jer. kenal mercun naga? mercun telur naga ke hape ntah nama dia aku lupa dah. mercun tu dulu aku main, letak kat lastik then hidupkan sumbunya pastu lastik kat pokok. pergh! bila meletup kat pokok tu siap warna-warni beb. ceria jer. budak-budak sekarang? ada ke baling atas tanah. tak advanture langsung.
-mercun telor naga-

mercun ketupat pulak. apa barang bai baling atas tanah pastu lari laju2. cis. tak berkembang betol minda. aku dulu baling dalam perigi, paling koman pon letak dlm tong yg tertutup. sekali meletup, hambik kau! satu kampung la bergegar. siap orang-orang kampung sebelah lawan lak tu. dum dam dum. berasap je dengar. barulah jantan beb. kehkehkeh.

mercun bola tu takyah cite la beb. modified bagi besar sikit. lepas tu baling dalam perigi ke, tong ke..apa-apa jelah bekas tertutup. fuh! marvelous. awesome kata org puteh!

tak ada pulak jari aku putus ke hape. jangan kata putus, luka sikit pon tak ada. aku pelik ni budak-budak sekarang main mercun sampai putus jari. kau genggam mercun sampai meletup ke hape nih.

********************************
budak-budak main mercun depan tingkat rumah aku sekarang ni. agak-agak perlu tak aku turunkan ilmi untuk diorang ni semua? ish.

notaMercun : aksi-aksi merbahaya yg aku cerita tu sila jangan tiru yer. penulis tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kecelakaan yg berlaku akibat tidakan yg tidak profesional tersebut. harap maklum~

Sunday, May 15, 2011

| kehidupan baru |

assalamualaikum boys and gurls.

semalam update blog, hari ni update lagi. ini menunjukkan aku masih sayangkan blog aku. lebih dari aku sayangkan aweks. hey, kita boleh cerita anything in blog but not in aweks. in fact, aweks make me bored sometimes sbb diorang suka membebel bila aku story something yg dia tak setuju. yet, diorang still cun. eh my blog pon cun okay. sorry gurls. nanti i manja-manja dengan u pulak yer.

lupakan pasal aweks and euww euww tu sumer. well, aku habis pengajian kat UPM tepat pada 7 Mei 2011 pukul 4 pm which is tu masa penamat utk last paper aku. habis je exam, i'm totally free from semua nota-nota ilmiah tu semua. tunggu masa nak bakar je semua tu. ada lagi tersimpan rapi dlm kotak. tunggu ye my beloved notes. and and and the most important thing is, aku hanya menganggur seminggu je lebih kurang. hahaha. nice lah! bukan ape, org yg hardworking and tak suka membuang masa mcm aku ni bukan leh duk goyang kaki je kat rumah. euww..not gentleman okay.

so aku gigih mencari lubang-lubang kerja yang ada. and! wow..ada kerja yg sgt interesting. so aku apply. and esoknya wakil syarikat tu call aku utk interview. wow! not bad. 12 Mei 2011 aku pon pergi interview. but dia dah pesan awal2 suh study sikit pasal IT. masa interview, banyak gila okay test yg aku kena jawab. IT test, typingspeed test, BM test, Bi test, and and and Math test pon ada. huh. dah mcm apply jawatan pensyarah la pulak! after bla bla bla punya interview, ayat ni la aku ingat sampai aku tersenyum sorang-sorang.

"congratulation, u are shortlisted for this position."

pergh! the best part is aku org yg pertama shortlisted and org pertama yg keluar dari building tu. it's like pergh! well..u know pergh!!

petang tu, wakil diorang call aku and gitau aku dah terpilih untuk jawatan tu. aku gila excited mengenangkan takyah kebosanan kat rumah dah lepas nih. paling tak leh blah aku diminta report esoknya jugak iaitu 13 mei 2011. cepat gila. nasib baik aku dah cukup ready. ceh! perasan jap. masa report day tu aku belum start kerja lagi okay. just induction day and contract signing. mcm dh maju sgt je siap contract signing bagai.

and secara rasminya aku dah bergelar Customer Service Executive untuk syarikat erm erm erm.rahsia yer. i'm sorry.

aku tak kisah pon kerja apa and org nak kata kelayakan aku ni tak sesuai kerja camni. but ni yg aku minat. lagipun, tak salah kalau bermula dari bawah kan. and aku dah nampak hala tuju mana aku nak pergi after 3 years later. well, experience is the best teacher kan..:)

first, aku nak mantapkan communication skill aku sebab kerja ni memerlukan aku speaking omputeh beb. tergeliat la lidah aku lepas nih. and second aku nak master dlm skill customer service. penting tu beb.

okay now aku dah ada kehidupan baru which is life as a working guy. phew! wish me luck guys. tak sabar nak belanja family dgn gaji pertama nanti. kihkihkih.

so for all my friends yg grad sama ngan aku. selamat mencari kerja yer. jangan memilih kerja sangat la. zaman sekarang ni bukan org pandang sangat degree nih. dah jadi taraf diploma jek.

p/s : menganggur seminggu jer? phewww...

Tuesday, March 08, 2011

| internet dan aksi gampang |

hello. selamat petang. *pendek dan padat*

sebagaimana kita sedia maklum, internet adalah satu gerbang pencarian ilmu yang sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat. nak nak sekarang internet begitu mudah dilayari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa perlu bertandang ke cybercafe semata-mata. dengan pelbagai pakej broadband dan kemudahan wifi ke merata-rata tempat menambah lagi penggunaan internet. malahan, pelajar juga boleh membuat kajian dan carian fakta melaluinya tanpa perlu bertenggek di perpustakaan hingga lewat malam. dating je lebih, studynya sikit jer. somemore, internet membantu kita meluaskan pencarian teman dan kawan dari serata pelusuk dunia.

ramai yang memanfaatkan penggunaan internet sebaik-baiknya dan tak kurang juga yang menyalahgunakannya. internet ni ada pros and contrasnya.

tapi yang gampangnya bila jadi camni.

siapa punya kerja ni? habaq mai kat aku. grrr!!

p/s : kelakar la korang nih. ada pulak cari gays di putrajaya. gila pervert!! nafsu buatan tu pulak ape? ada jual kat kedai ker?

| happy woman's day |

ehem. gud afternoon cutest-and-beautiful gurls sekalian. oh. good afternoon to hensem boys too.

HAPPY WOMAN'S DAY

to

- my lovely mum.

- my dearest sister

-my auntie

-my niece

-my cousin (girls)

- my crush (s)

- my futere girlfriend (s)

- my future fiancee

-my future wife (s)

- my future daughter (s)

- my future granddaughter (s)

- my girl friends

-and all women in this world.

guys, give them a smile today. coz it's their day. appreciate them. ehem!

Thursday, March 03, 2011

| di sebalik tabir blog |

hello dan selamat hari Khamis semua lelaki-lelaki idaman malaya dan perempuan-perempuan pengidam lelaki idaman malaya.ehem.

today aku tak ada kelas since kelas hari ni dah drag ke hari Isnin hari tu. so hari ni masa untuk lepak-lepak sambil online sampai juling. ehem. well, dah lama aku tak join apa-apa segmen or contest but suddenly aku terbaca satu segmen dari blog Ben Ashaari ni. cam menarik. ada kelebihan yang aku rasa aku nak join. so cam bese, ni la yang aku kena buat.

[sila klik gambar kalau nak join]
segmen DISEBALIK TABIR BLOG

tada! ni lah tuan punya Blog Budak Lelaki ni. ehem. secara ringkas mengenai tuan punya blog, nama ridzwan razif but mostly kawan-kawan panggil wan jer. ringkas dan padat gitu. masih menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Sains Komputer majoring Multimedia. degree okey! seorang yg simple, dan muka yg agak garang. (aku tak garang pon! sobsobsob) haha. yg paling penting aku masih single. ehem! okay tu je. nak kenal lebih-lebih sila lah add facebook yer. lalalala~

jumlah follower sekarang : ehem. 129 jer. sikitnyer..

soalan cepumas:
1) jika anda tidak punya blog, apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini?
-----> kalau aku tak ada blog, aku akan layan facebook je la. bosan kot layan facebook hari-hari.

2) ceritakan kepentingan blog kepada anda.
-----> for me, blog adalah medium untuk aku luahkan apa yg aku rasa. sebab sometimes kita tak boleh nak share secara lisan ngan orang lain, so kita share la secara bertulis. somemore, melalui blog jugak kita leh bukak pandangan kita untuk melihat dunia luar dan berkenalan dengan orang lain yang lain bidang dan lain pemikiran dengan kita.

3) blog feveret yang wajib singgah hari hari..kenapa dan mengapa.
-----> ada certain blog like the other khairul, sembang kencang, the brader who dance with ghost, terfaktab dan ben Ashaari sendiri. sebabnya banyak informasi dalam blog ni dan i love the way they writing and the way they expressing what they want to share. kelakar tapi berinformasi.

that's all serba sikit pasal aku. tuan punya Blog Budak Lelaki. nice to see nice to hold...once broken considered sold. eh. tetiba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...