ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Showing posts with label rintihan demi rintihan. Show all posts
Showing posts with label rintihan demi rintihan. Show all posts

Friday, August 12, 2011

cara mudah mengetahui halaman bagi setiap juzuk dalam al-Quran

assalamualaikum..

alhamdulillah dah masuk hari ke 12 kita berpuasa. pejam celik pejam celik dah 12 hari kan kita berpuasa. tak lama lagi dah nak raya. mesti ada orang yg siap beli baju raya kan. mesti dah ada yg siap beli tiket raya kan..yg dah servis kereta nak balik raya pon ada kan. yg shopping kuih-kuih untuk raya pon ada kan. dah macam-macam jenis biskut dh kuar kat pasaran sekarang ni..mercun sama bunga api toksah cite la..sampai kena rampas bagai. punyalah banyak.cari duit betol. aku? ish..ni malas nak cite nih. aku keje dowh pagi raya. menangis!!! sembahyang raya kat ofis je la jawabnya.

okay stop cite pasal balik raya and so-called-raya-stuffs...aku jeles okay. *tak terasa.

hari aku nak kongsi dengan readers, satu fakta yg macam menarik. ni aku jumpa masa jalan-jalan makan angin kat Facebook tadi. jalan-jalan makan angin tidak membatalkan puasa ya. harap maklum..:)

okay. fakta yang aku nak kongsi hari ni ialah cara-cara nak menghafal muka surat setiap juzuk dalam al-Quran. menakjubkan. aku pon tak sangka. hanya menggunakan formula matematik yg cukup ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk al-Quran. jom kita sama-sama berkongsi. insyaAllah.

contoh 1 : jika korang nak tahu juzuk 5 berada pada mukasurat berapa.

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8.

letakkan nombor 2 lepas jawapan tu.

so juzuk 5 berada pada mukasurat ke 82.


contoh 2 : jika korang nak tahu juzuk 10 berada pada mukasurat berapa.

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18.

letakkan nombor 2 lepas jawapan.

so juzuk 10 berada pada mukasurat 182.


Subhanallah. menakjubkan. jom kita kongsi ramai-ramai. semoga yg berkongsi sama-sama mendapat rahmat. amin.

semoga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.


notaSisipan : selamat main mercun dan putus jari yer.:)

Sunday, July 31, 2011

| Ramadhan kali ini |

hello peeps!

woha! dah lama dowh tak hapdet blog. sejak dua menjak jadi lelaki bekerjaya ni. hadoi. penat bai. *gitu katanya lelaki bekerjaya.

oh ya! Alhamdulillah kerjaya aku makin stabil. makin lama aku dah makin selesa dengan kerja sekarang ni. dah dua bulan dapat gaji. cuma tak mampu je lagi nak bagi adik-adik, mak ayah ngan sedara-mara. maklumlah mula-mula nak mulakan hidup ni banyak lagi benda-benda yg nak kena beli, nak kena bayar. eh eh eh raya nanti dah kena sediakan duit raya utk sanak saudara. kihkihkih.

okay today nak cite pasal kerja sikit. so far kerja aku agak lintang pukang sikit. maklumlah baru reti nak bekerja kan. lama-lama nanti ok la tu kot. cerita kena marah dek customer tu perkara biasa la. nak nak bila kena BODOH 5 kali oleh customer. pergh. menyirap jugak. tapi berkat kesabaran, semuanya aku layan macam makan kacang jer. apa ada hal? small the pieces lah! woha!

cerita kena bodoh tu lain kali je aku story mory yer.

oh by the way, for the very first time aku dah mampu kirimkan sedikit duit belanja utk bonda kat kampung. alhamdulillah. semoga makin murah rezeki aku lepas ni. amin.:)

esok dah puasa. serius aku sangat rindukan Ramadhan. dapat berpuasa dan menikmati kenikmatan puasa. insyaAllah. rindunya zaman puasa kat KMJ dan UPM. rindu nak kuar sahur ramai-ramai. rindu nak gi bazar Ramadhan ramai-ramai, kumpul ramai-ramai sementara nak tunggu waktu berbuka. oh rindunya.:(

dan yg paling aku rindu, nak sambut first day sahur ngn berbuka dgn mak. sobsobsob. kesian mak sahur dan berbuka sorang-sorang kat umah.:(

esok puasa bai. jangan buat-buat lupa lak. puasa tu biar penuh. jangan naka ngelat.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!

semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat. amin.

Tuesday, January 18, 2011

| love is hurts. |


it hurts to not say 'i love you.' but it hurts even more to say 'i love you' and knowing that i'm not going to hear it in return.

someone asked me, "how does it feel to love someone who love someone else?". after taking a very deep breath, i said " it is like hugging a cactus. the tighter you hug the more it hurts."

love is a memory which no one can steal. but it leaves you a broken heart that no one can heal.

i'm sorry i was never enough to make you happy.

am i on you mind like the way your in mine? would you be sad if i'm left or happy if i'm gone? would you miss me if i never come back? do you love me the way i love you?

who say water helps in putting off fire? if so then why tears don't heals the burn in one's heart.

someday you'll cry for me like i've cried for you. someday you'll miss me like i've missing you. someday you'll love me but i'm afraid i won't love anymore like i love you now.

Thursday, December 09, 2010

| kita dan EGO |

hai. ye selamat hari khamis malam jumaat. gitu. gatal kan. kehkehkeh. aku agak bosan sebenarnya. yelah. masa terluang banyak dibazirkan begitu jer. oh! sangat syaitan perangai kan. ya! hanya syaitan yang suka membazir. err..aku manusia. eh. ha! yela kan. aku manusia. tapi, ah abaikan!

post kali ni aku nak cerita pasal hubungan antara lelaki dan perempuan. kadang-kadang dah macam Dr Love dah aku ni kan. ya. sikit-sikit cerita pasal cinta. eh jap. Dr Love tu kalo tukar dR Love, chomey je kan.

*ampun dR Rozmey. kehkehkeh.

aku nak bawak korang selami satu perasaan yang wujud dalam hubungan lelaki n perempuan nih. or dalam erti kata lain dalam couple nih. ha. cuba teka. cuba teka. ya! EGO. bila lelaki nak makan kat kedai mamak sebab ada tayangan bola Malaysia lwn ManU tapi gadis nak makan kat kedai Kak Leha sebab ada tayangan cite Korea 'Autumn in My Heart'. dua-dua taknak kalah. last-last gaduh, masam-masam muka. balik rumah je penyudahnya. makan kat rumah. selang beberapa jam, hati dah mula merindu meratap bagai. nak mesej, tapi sebab EGO punya pasal. sanggup merindu.

orang kata lelaki amat tinggi egonya. hoh?! ye ker. aku nafikan sama sekali. sebab apa? okay kalo ko kata lelaki tu ego, kenapa kau still taknak kalah dengan lelaki? kau expect lelaki akan sentiasa cair dengan rayuan rengekan ratapan sanubari kau? come on gurls! lelaki n perempuan ada ego masing-masing. lagi hebat ego perempuan.


bagi aku la kan. ego lelaki tak seharusnya jadi satu persoalan atau jadi satu isu. yelah, kami lelaki. dalam Islam sendiri ada menyatakan lelaki adalah ketua keluarga. anggap je lah ego lelaki tu adalah satu kelebihan lelaki. err..bukan kelebihan tapi lebih kepada satu ciri-ciri atau satu kelainan yang lelaki harus ada untuk terajui satu perhubungan. lelaki macam aku bila dah sayang sangat kat perempuan, sedaya upaya kitorang cuba untuk turunkan ego kitorang. tapi kitorang TAK BOLEH buang ego tu sebab ego tu yg membezakan lelaki dan perempuan.

bayangkan ego langsung tak wujud. lelaki sentiasa bawakkan handbag perempuan. lelaki sentiasa makan kat hotel-hotel or restoran-restoran besar bila keluar dating. lelaki akan mula lupakan bola sepak. lelaki akan mula menurut semua kata-kata pasangannya. dan banyak lagi akibatnya. ya! semuanya sebab lelaki akan buat apa saja demi cinta hatinya. betol. aku setuju sangat.

so, dalam couple we suppose hargai sifat ego tu sendiri sebab ego tu la yang menjadikan hubungan lebih menarik dan mencabar. betul. takkan kita sentiasa nak hubungan yang lancar tanpa ada masalah langsung sedangkan masalah tu yg akan buat hubungan kita jadi lebih menarik dan matang. sape setuju sila angkat tangan! haha.

aku suka jadi lelaki eo sebab aku nak uji sejauh mana cinta pasangan aku tu. kihkihkih.

notaEgo : yamaha Ego bukan faktor kelainan lelaki dan perempuan. harap maklum!

Friday, December 03, 2010

| hati dan perasaan |

mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pembeian tersebut. apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk diam di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

[kredit to abg google]

memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. jangan harapkan cinta sebagai balasan. nantikan sahaja ia mekar di hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya boleh jadi palsu. jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, perhilag kemana-mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana nada hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan diri anda kuat, kesediahn yang cukup untuk memastikan anda adalah seorng insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah yang ia mungkin akan menyakitkan orang lain juga.

[kredit to abg google]

kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memliliki segala yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam kehidupan mereka. kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang tealah mencari dan mereka yang telah mencuba. hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

semasa anda dilahirkan, anda menangis di saat orang sekeliling anda tersenyum. teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

notaHati : mohon sampaikan pada semua orang yang anda sayang, sebagai peringatan buat semua.

p/s : semoga kamu bahagia selalu.

Friday, October 22, 2010

| bahagiakah kita |

sapa sini tahu apa itu BAHAGIA? i bet no one tahu erti bahagia yg sebenar kan. sebab bahagia tu susah sangat nak dapat. susah sangat nak capai. macam mencari permata dalam timbunan jutaan jarum yg ada racun berbisa dihujungnya. silap langlah, kita menderita. andai kita berjaya pon, belum tentu permata itu permata asli. seriously shit.

ada soalan di formSpring aku.

yg brtanya : kalau ko terer sangat lah kn, nape aku tak pernah bahagia?
aku : aku pon tak bahagia, cmner aku nak jawab.

senget kan. aku bukan pakar kebahagiaan pon. aku cuma pencari kebahagiaan yg belum pernah aku jumpa. belum pernah walau sekali. kadang-kadang sampai aku kusut. tiba-tiba otak aku kosong. hati aku sunyi sangat-sangat. nak sangat orang yg aku sayang tu ada kat sebelah. temankan aku tenangkan fikiran. tapi.. entah. bahagia belum lagi milik aku. agaknya dia tak tahu, aku tak boleh hidup tanpa dia. tak apa. whatever it is, life must go on rite.

it is not just a wait, it is a hope. sometimes aku rasa macam nak give up. and hidup macam dulu. without someone by my side. aku aku tak boleh. dah terbiasa dengan keterbiasaan sekarang. susah untuk ubah balik.

aku : u, i rasa kusut giler.
dia : nape u?
aku : entahlah u. kenapa i yg kena lalui semua nih.
dia : dugaan tu. u kena sabar.
aku : asyik i je yg kena sabar.
dia : Tuhan tak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya itu.
aku : ye i tahu. tp i dah hampir lost.
dia : i percaya u masih kuat.
aku : hope so.
dia : u still ada i untuk u luahkan semuanya. i ada untuk u.
aku : thanx u. sorry sebab paksa u dgr luahan i.

rentetan SMS bersama sahabat lama di kampung.

two choices.
a) give up.
b) waiting for happiness.

i choose 'b'..whatever it is, it will always 'b'. full stop!

*************************************************

oh. best siot wat entry camni. rasa cam matang giler. pergh!

sumpah sekarang tgh kusut giler. what the hell is happen actually!!!!
assignment + presentation + feeling + bored + alone = KUSUT!!!
damn i miss my life yg dulunya full of joy!

notaKusut : i bet u dun know anything 'bout me.

Monday, October 18, 2010

| saya dan awak |

[kredit abg google]

saya nak berada disisi awak.
tenangkan emosi awak.
sebab awak nampak sangat celaru.

saya nak berada disisi awak.
suapkan makanan kegemaran awak.
sebab awak selalu tak makan.

saya nak berada disisi awak.
dodoi awak sampai awak terlena.
sebab awak susah sangat nak lelapkan mata.

saya nak berada disisi awak.
nak pikul semua masalah awak.
supaya hidup awak aman sentiasa.

kalau boleh saya nak sentiasa berada disisi awak.
walau awak selalu tiada disisi saya.

walau apa pun yang jadi.
awak jangan sedih.
saya sentiasa ada untuk awak.
sentiasa.
walau awak seringkali lupa.
saya sentiasa ada.

******************************************

sesekali wat post jiwang karat camni pon best gak ye dak. barulah mamat jiwa. asyik ganas ganas jer. tak ade life lah.

cam cool je guna 'saya awak'. cam adik adik sangat. F**K lah! lantak~

notaAwak : saya rindu awak yg dulu.

Monday, October 04, 2010

| kusut |

minggu ini terasa kusut.
kusut dan aku memang agak sebati.

notaKusut : kusut dan kasut. mana satu idaman kalbu.

Sunday, April 25, 2010

| segmen serius - kisah pemungkir janji |

perhatian.
pesanan dari penaja.
entri ini adalah bernada serius.
sebarang gelak ketawa dihentikan buat sementara waktu.
terima kasih.

janji.
mudah kan org buat janji.
aku sayang padamu selamanya.
oh.
semudah abc, alif ba ta, 123.
cukup mudah!
aku janji kau tetap aku sayang walaupun aku ada dia.
aku janji aku tak akan pernah abaikan kau walaupun aku dan dia kembali berkawan.
oh.
what the fuck!
marilah kita sama-sama bina hidup.
jom kita merancang masa depan kita bersama.

tetiba rasa jijik sebab bersetuju untuk berjanji bersama.
kan?
itulah manusia.
mudah sangat tabur janji.
tabur harapan palsu.
permainkan perasaan orang lain.
manusia oh manusia.

aku pelik.
kenapa berjanji kalau tak sanggup tepati.
kau ingat janji itu satu permainan?
main masak-masak barangkali?
main pondok-pondok ke?
damn!

macam mana kalau dia tuntut apa yg kau dah janji?
macam mana kalau janji itu menghantui kau?
macam mana kalau sebab janji itu hidup kau tak bahagia?
kau sanggup?

tunggu dan lihat.

*janji yang dihighlightkan adalah contoh sahaja*

riez : tersentap dengan perjanjian bodoh yang pernah dijalinkan bersama.terlanjur berjanji, beranilah tanggung.semua janji kau akan aku tuntut.walau nyawa aku jd korban.kau pernah menangis dan kau akan terus menangis.ini janji aku.

Monday, March 15, 2010

.: berakhir sudah sebuah kisah :.

Alhamdulillah..syukur..
berakhir sudah minggu yg memenatkan..
minggu yg begitu menuntut tahap kesabaran yg tinggi..
minggu yang menuntut perngorbanan masa..
dan juga minggu yg menjalinkan ukhuwah sillaturahim..

penat ya mmg penat..
tapi puas!
banyak yang ingin diceritakan..
ingin dilaporkan..
ingin dikongsikan..
simpan dulu..

senyum..
bila mengimbau kenangan minggu ini..
hati masih berbunga-bunga..
sayu..
bila harus berakhir..

p/s : nntikan entri pengalaman minggu ini..:) masa mencemburui aku...haih~

ridzwan razif.

Tuesday, March 02, 2010

.: dedikasi setulus hati buat A :: sesudah kita memeterai janji, mengapa kau pergi meninggalkan aku sendiri :.

A..
kita sudah janji kan?
untuk jaga dia sama-sama..
beri kasih sayang yang secukupnya..
gembirakan hatinya..
temani sepinya..
dan hilangkan dukanya..

aku sudah janji padamu..
aku kan setia menjaganya..
dan juga hubungan yang kita bina bersama..
kerana sayangku padanya kuat..
terlalu kuat..
sehinggakan aku akan terus hadir..
walaupun berulang kali aku dikhianati..
membenci dirinya adalah sesuatu yang tersangat mustahil utk aku..
takdir tidak dicipta utk aku membenci dirinya..

saat aku mula utk membina semangat baru..
atas janji kita bersama..
menyesuaikan diri dengan perkongsian hati..
dan meyakinkan dirinya aku dan kamu sebulu..
kau pergi..meninggalkan aku sendiri..
memikul tanggungjawab ini..
dan membahagiakan dirinya..
mengapa?
lupakah kau pada janji kita dahulu?

A..
walaupun kau pergi..
janji kita tetap aku pegang..
tetap akan aku tunaikan..
menjaganya dan memberikan kasih sayang yang secukupnya..
meskipun aku tak kan mampu menggapai cintanya..
aku doakan kau bahagia..dengan hidup barumu..
dan juga cinta sejatimu.
usah gusar..
aku janji..setulus hati..
aku akan menjaganya..
dan kasih sayangku hanya untuk dirinya..
sentiasa..
aku janji..

p/s : hampir mengalir air mata mengenangkan dugaan berat ini..saat aku ingin senyum melihat sinar bahagia, dugaan ini datang menjelma..aku sendirian mengasihinya..Ya Allah, Kau tabahkan hatiku, cekalkan semangatku, kuatkan kasih sayangku..semoga aku dan dia kan terus bersama, dalam suka dan duka, tangis dan tawa..insyaAllah..

.ridzwan razif.

Tuesday, February 23, 2010

.: kamu jangan bilang kamu teguh andai kamu dan aku saling jatuh menjatuhkan :.

dunia aku begini..
dan selamanya kekal begini..
meskipun mata kita bersatu..
dan kita sama-sama mengintai celahan detik..
kita akan tetap begini..
bagai langit dan bumi..
andai masing-masing terlalu agungkan diri..

seteguh batu..
akhirnya berlekuk dititip air..
akhirnya hancur ditiup hembusan angin..
kita tetap begini..
mencari sesuatu yang tak pasti..
bukankah begitu?

pelik bukan..
kita sama-sama berjuang..
tapi apa yang kita dapat?

aku harus kuat..
aku benci semua ini..
dan aku tak akan biarkan semua ini menang..
dan bersorak beramai-ramai..
jangan kamu mimpi!

p/s : nothing in my mind..kosong..vakum mungkin..:p

.ridzwan razif.

.: kalau sudah diri itu petualang, selamanya akan jadi petualang..persoalannya, tugasan kamu adalah menghancurkan akukah? :.

***********************************
aku tak mahu bicara..
sebelum kau cerita semua..
apa mahumu siapa dirinya..
tak betah bila ada yang lain..

***********************************

*sigh..
berat aku mahu pikul dugaan ini..
baru beberapa hari aku keluarkan senyuman ikhlas..
akhirnya diragut petualang yang entah mna asal usulnya..
ragut dan hilangkan..
rakus..
kini aku paksa diri aku..
senyum dengan sisa-sisa yang masih ada..
terasa amat pahit..kelat..masam..

entah dari lubang kubur mana keluarnya..
petualang yang rakus meragut senyum aku..
menyebarkan virus-virus yang hina..
demi menagih cinta yang tersangat rapuh untuk dia berpaut..
hina..petualang yang tersangat hina..
mungkin di hayat dulu, dia adalah seorang yang gagal..
dalam mencari cinta sendiri..
lantas hayat ini dijadikan satu landasan kemenangan..

*gelak..
*senyum..
*ketawa..

masih ada yang berhati busuk..
tega merosakkan kebahagiaan orang lain..
demi memuaskan diri sendiri..

kamu petualang..
tidak pernah yang bahagia apabila aku sengsara..
aku sumpah..tiada yang bahagia..
air mata aku adalah punca kesengsaraan kamu kelak..
kamu bermain jahat dengan orang yang salah..
silap pada tempatnya..
masanya..
dan orangnya..

*ketawa..

p/s : kamu boleh hina aku sepuas mungkin..tapi penghinaan yang kamu terima nanti akan lebih hebat..kamu boleh berbicara apa sahaja, tapi bukan pada sesiapa sahaja..

.ridzwan razif.

Thursday, February 18, 2010

.: kalau rasa tak sanggup kehilangan, jangan sesekali libatkan cinta dalam persahabatan :.

cinta..
memang indah..
kentut yang busuk pun bau tersangat wangi..
muka pecah rumah pun dirasakan bagai model antarabangsa..

kawan..
selamanya indah walaupun byk cacat celanya..
kentut wangi pun terasa tersangat hanjeng baunya..
muka model antarabangsa pun dikutuk muka pecah rumah..

sedar tak?
kawan lebih bermakna dari cinta..
kalau gaduh, kita still kawan kan..
susah payah kita..kawan yang akan hulurkan tangan..
cinta?
kalau gaduh, mesti clash..
pastu canang sana-sini..
dia jahat la..kaki pukul la..
pastu saman sana sini..
time susah..berapa ketul je yg sanggup tolong antara satu sama lain?
takyah kira guna jari kaki..
guna jari tangan pon masih ada jari lebih..

tapi..
bila cinta ditolak..
wajarkah ruang utk berkawan juga ditutup?
fikirkanlah..

p/s : menolak cinta seseorang..tapi akhirnya seluruh ruang utk berkawan dengannya ditutup..wajarkah? keputusan dibuat utk kebaikan bersama..krn tak mahu kehilangan antara satu sama lain 1 hari nanti..tapi..

.ridzwan razif.

Wednesday, February 17, 2010

.: i'll test u by the way u never know u're being tested :.

menangis..sayu..
tunduk layu..
*sigh..

penderitaan aku..
air mata aku..
keperitan yang aku lalui..
rupanya hanya ujian yang sedang berlangsung..

maafkan aku..kerana bersangka buruk terhadap dirimu..
maafkan aku..kerana sangsi dengan tindak tandukmu..
aku mentah dlm menduga perbuatan..
mentah dlm meneliti sesuatu kekhilafan..

mengapa sampai begini kau uji aku..
mengapa sampai saat aku mencari keseronokan luar..
mengapa sampai saat aku mencari insan lain sbg pengganti..
mengapa sampai saat kering air mata aku..
mengapa baru sekarang kau bongkarkan segalanya..
mengapa sampai saat aku cuba utk lupakanmu..

maafkan aku..aku tak kuat..
tapi aku masih menyanyangi kamu..
dan masih mencintai kamu..
maafkan aku atas tindak tanduk melulu aku..

sayang..
jgn lagi ada penipuan antara kita..
janji?

p/s : sob3..

.ridzwan razif.

Tuesday, February 16, 2010

.: aku kurang arif saat berbicara..jauh sekali untuk berdebat menyatakan pendapat..tapi demi pencarian ini..aku harus bangkit bersuara :.

gah..bunyi tajuknya..
semangat..sila datang..aku perlukanmu..
tunduk..sayu..
bagaimana harus aku bicarakan..
*sigh..

penat aku menyusun kata..
agar dia tidak kecewa..
aku sudah punya pengganti jiwa..
yang mencintai aku selamanya..

tapi aku harus berbicara..
melihatkan kebahagiaan mereka..aku harus akur..
undur diri adalah jalan terbaik..
dan buka pintu hati aku untuk insan lain..
yang sedia menerima aku seadanya..
aku harus..kerana aku juga ada hati dan perasaan..

maafkan aku sayang..
aku harus undur diri..dari menjadi batu penghalang..
antara kau dan dia..
kisah kita sudah berakhir..
kau sudah capai kebahagiaan yang kau cari..
izinkan aku mendapatkan kebahagiaan aku sendiri..
maafkan aku..
aku pohon izinmu sayang..
lepaskan aku..

semoga hubungan kita tidak akan putus..
walau antara kita sudah tiada cinta..
persahabatan kita akan kekal selamanya..
aku janji..dan harap kau juga begitu..

tunduk..sayu..
aku harus tampal senyuman di wajah..
dan mendongak senyum..
tapi hambar..

p/s : doakan aku..semoga kau dan dia bahagia..terima kasih Hafizan Hasan.

.ridzwan razif.

Sunday, February 14, 2010

.: bukan niat meragui persahabatan..cuma terdetik andainya.. :.

hidup ini susah kita nak DUGA..
kadang kala kita terasa DEKAT dengan SESEORANG tu..
tapi sebenarnya JAUH..
walaupun kita dapat GENGGAM TANGAN dia..
belum tentu kita dapat SELAMI hati dia..
mungkin kita boleh buat dia KETAWA..
tapi kita tak tahu apa makna SENYUMANNYA..
bila dia MENANGIS..
kita datang MEMUJUKNYA..
walhal..KEHADIRAN kita langsung TAK DISENANGI..
rencah dunia..kita takkan tahu siapa KAWAN siapa LAWAN..
hingga saat kita JATUH TERSUNGKUR..
adakah ada tangan yang MENGHULUR..
atau kita sendiri DITINGGALKAN terkapai-kapai..

p/s : kita senang sekali bersahabat..tapi berbaloikah setiap sahabat yang kita miliki..semoga hubungan persahabatan ini kekal utuh selamanya..:)

.ridzwan razif.

.: sunyi di hari menyimpul kasih..hanya bertemankan angin bertiup sayu :.

SALAM VALENTINES!

sunyi..tanpa ucapan..
seksa..tapi inilah aku..
kamu semua jangan pelik..
valentines aku mmg begini..belum mampu meraikan..
sejambak bunga..sekeping kad..
sekotak coklat..ah! itu bukan aku..

ketawa.
senyum.
indahnya hidup..tanpa ada kekangan.
aku cukup pasti.
mlm ini hotel penuh.
restoran-restoran mewah habis dibooking.
restoran mamak??
apa barang weh!

haih~
semoga 9 bulan lagi..
tiada anak hasil meraikan kekasih..
di dlm longkang mahupun di tepi tong smpah..

ketawa.
kamu semua pelik.
ye.manusia mmg pelik.
*sigh~


p/s : selamat lah semua..valentines utk aku? mungkin bukan sekarang..:)

.ridzwan razif.

Saturday, February 13, 2010

.: semalam kau gembira..tapi kini haruskah kau berduka.. :.

semalam kau sgt gembira..
mengungkapkan kata cinta..
pada insan yang bertahta dihatimu..
selamanya..
aku juga tumpang gembira..
pabila kau gembira..
betul..jujur aku gembira..
walau kisah kita sudah sampai akhirnya..

kini kau berduka..
semua yang pernah aku lalui kini beralih pada kau..
kekecewaan..luka..penantian..
perit kan..aku pernah lalui..
aku mengerti semuanya..
aku turut bersedih..
kerana kau bersedih..
jujur aku gusar..
sedih dan kecewa..

kau jangan buat keputusan terburu-buru..
jangan ikutkan perasaan..
fikir serasional-rasionalnya..
aku doakan kebahagiaan kau..
walau aku sendiri masih mencari kebahagiaan..

p/s : karma sudah dtg..harap kau tabah..aku sentiasa utk tenangkanmu..mungkin harus aku akui, tiada yang boleh bahagia atas air mata aku..

.ridzwan razif.

Wednesday, February 10, 2010

.: kenapa bukan dulu? :.

sedih..gusar..
hati sgt kecewa..merana..
kenapa baru sekarang aku kenal mereka?
kenapa bukan dulu?
kenapa bila mereka harus pergi meninggalkan aku?

singkatnya pertemuan ini..
pendeknya kemesraan ini..
mengapa baru sekarang?
pertemuan dan kemesraan ini terjalin..

mereka akan pergi..
menjalankan amanah dan tanggungjawab..
demi masa depan sendiri..
dan meninggalkan kami disini..
untuk teruskan perjuangan..

sahabat..
pergilah..jalankan tanggungjawabmu..
semoga berjaya dunia dan akhirat..
dan semoga persahabatan yang terjalin ini akan kekal..
selama-lamanya..
insyaAllah..

kenangan kita bersama di Sunway Lagoon..:)

p/s : buat semua kawan-kawan senior yg akan kuar berpraktikal, selamat maju jaya..semoga kemesraan yang terjalin antara kita akan berkekalan..i'll miss u guys!

.ridzwan razif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...