ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Friday, December 03, 2010

| hati dan perasaan |

mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pembeian tersebut. apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk diam di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

[kredit to abg google]

memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. jangan harapkan cinta sebagai balasan. nantikan sahaja ia mekar di hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya boleh jadi palsu. jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, perhilag kemana-mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana nada hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan diri anda kuat, kesediahn yang cukup untuk memastikan anda adalah seorng insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah yang ia mungkin akan menyakitkan orang lain juga.

[kredit to abg google]

kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memliliki segala yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam kehidupan mereka. kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang tealah mencari dan mereka yang telah mencuba. hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

semasa anda dilahirkan, anda menangis di saat orang sekeliling anda tersenyum. teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

notaHati : mohon sampaikan pada semua orang yang anda sayang, sebagai peringatan buat semua.

p/s : semoga kamu bahagia selalu.

2 comments:

Cikgu Aini said...

good post!.. menarik!.. melupakan semalam demi kejayaan mendatang!.. :)

Hanisah Safian said...

nice one! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...