ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, December 15, 2010

| selamat hari lahir mak! |

ingat lagi masa kecik-kecik dulu, hidup aku susah tapi dia kental memelihara kami. masa tu banyak sangat masalah timbul tapi dia tetap tenang hadapi semuanya. katanya 'small the pieces' gitu. dulu kami nak makan pun susah, nak sekolah pun susah tapi dia tetap berusaha sekolahkan kami. jangan nak mimpi la ponteng sekolah walau sehari. dan walau sesusah mana pun kami, dia tetap berusaha agar hidup kami macam orang lain. tak pernah sekali kami pakai baju sekolah yang lusuh bertampal-tampal. dia tak suka kami pakai macam tu. walaupun miskin, jangan sampai timbul simpati orang. hebatnya dia. dulu masa kecik-kecik, dia bersengkang mata buat kuih untuk dijual memandangkan pendapatan keluarga yang tidak seberapa. kagumnya aku akan kepayahannya.

hari ni 15 Disember 2010. genap umurnya 52 tahun. ya Allah. dah tua rupanya mak aku nih. tapi kekal bersusah payah demi memastikan anak-anaknya dapat pendidikan yang secukupnya. dia taknak anak-anak jadi macam dia, pendidikan tak tinggi. dia taknak masyarakat pandang serong kat anak-anak dia.

buat mak yang tersayang.
SELAMAT HARI LAHIR YG KE 52.

-semoga panjang umur.
-semoga murah rezeki.
semoga senyum selalu walaupun gigi dah makin takder..kih3.
-semoga sihat dan ceria selalu.

mak jangan bimbang. anak-anak mak semua dah besar panjang. pengorbanan yang mak buat tu nanti akan terbalas jua. insyaAllah. sikit masa lagi mak dah boleh duk goyang kaki je kat umah. semoga doa mak sentiasa iringi kami adik beradik. luv u so much!!!

lagi satu, jangan selalu sangat loyar buruk. kihkihkih.
kalau ada cerita hot, jangan lupa calling calling ya!
kihkihkih.

awan berarak ceria
tiada titisan hujan.
pepohon melambai
tanda sokongan
kususuri perjalanan
bertemankan senyuman
di hari lahirmu
bondaku
dedaun berguguran
menitikan kedewasaan
walau jarak kita jauh
namun kurasa sungguh dekat
kuhulurkan tanda sesegar ucapan
SELAMAT HARI LAHIR
iringi doa kuhulur
bersyukur kepadaNya
atas nikmat usia
usiamu ibarat mutiara
tiada berganti lagi
hiaskan iman bersulam taqwa
agar sempat mengucup
haruman syurgawi yang kekal abadi.

notaMak : sorry tahun ni tak dapat nak beli kek. tak dapat nak ada kat umah masa hari lahir mak. :(


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...