hai. salam malam Jumaat. kehkehkeh. post kali ni aku nak bawak satu kelainan sikit. cuba teka apa dia. teka la. teka la. gedik sangat. okay. post kali aku nak bawak kita kenali identiti seseorang melalui bulan kelahirannya. ops. bukan bulan biasa biasa tu ye. ni kelahiran dalam bulan Islam. ha. kan satu kelainan tu. apa barang tengok melalui bulan Januari Februari bla bla bla tu kan.sempena nak hujung hujung tahun ni, meh la kita sama-sama lihat siapa sebenarnya kita. xoxo. yezza. jom cekidaout!
MUHARRAM - anda seorang yang pendiam dan sihat akalnya. mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna. jika dididik dengan baik, anda boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada pada anda. anda mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaan selamat.
SAFAR - tabiat anda buruk.anda tidak suka mengakui kesalahan.ibu bapa anda perlu mendidik anda bagi menghilangkan tabiat buruk itu. jika tidak kehidupan anda akan menjadi lebih susah dikemudian hari. namun, jika anda melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL - perwatakan anda baik.mungkin anda akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.dalam pekerjaan ramai yang sukakan anda.sifat negatif anda termasuklah kurang sabar, keras hati dan mudah marah.
RABIULAKHIR - perwatakan anda jahat. hati anda tidak tetap. fikiran dan kemahuan anda pula lemah, buruk nafsu, berwatak kasar dan seseorang yan suka memukul.kehidupan anda menjadi sukar kerana tabiat buruk anda itu. ibu bapa menempuh kesukaran dalam mendidik anda.
JAMADILAWAL - anda mempunyai keyakinan diri yang tinggi. anda berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh dan merbahaya. keberanian anda akan membuahkan hasil dan juga kadangkala menemui kegagalan.
JAMADILAKHIR - berwatak berani dan hormat kepada orang lain.orang yang kaya dengan ilmu dan kepakaran. apabila sedar akan kesilapan dan kekeliruan, anda mudah mengakuinya. bila anda tahu anda benar, pendirian anda keras dan tidak mahu mengalah.sewaktu kecil, ibubapa anda perlu mendidik anda dengan baik agar sifat-sifat yang baik menyerlah. jika baik asuhannya, maka anda adalah anak yang akan menyenangkan ibu bapa dan keluarga.
REJAB - sewaktu kecil anda seorang anak yang degil dan nakal. ibu bapa anda patut mendidik anda dengan baik agar anda dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. ketika sudah dewasa, anda suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.ini agak berlainan dari sikap anda ketika kecil.walaubagaimanapun, hidup anda selamat dan sentosa.
SYAABAN - perwatakan anda baik.hidup anda selamat dan rezeki anda tidak putus-putus. sewaktu kecil, anda mudah mengalah dengan kawan-kawan. kelakuan anda baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang kepada anda. ketika dewasa, anda akan berjaya dalam segala kerjaya dan mudah mendapat rezeki.
RAMADHAN - anda baik, pendiam dan suka merendah diri. anda tidak angkuh kepada teman yang dikenali. anda tidak suka menonjolkan diri. kehidupan anda selalu selamat.
SYAWAL - perwatakan anda keras. hati anda keras. anda tidak suka dikalahkan oleh orang lain. hal ini membahayakan hidup anda. didikan yang betul diperlukan supaya kehidupan anda kelak tidah susah kerana perangai keras hati anda. dan anda selalu bergaduh terutama dalam isu mencari rezeki.
ZULKAEDAH - pendiam. banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi perkara buruk. anda banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti anda kan mendapat hasil yang sangat baik. tapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, perbuatannya kadangkala menjadi sangat keliru. anda seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir.
ZULHIJJAH - jika anda jahat, anda terlalu jahat tapi jika anda baik, anda terlalu baik.anda sering mendapat padah atas perbuatan anda sendiri. anda sukar mengawal perasaan, kadangkala terlalu berlebih-lebihan dan sebaliknya.sukar mempertimbangkan akan baik buruk perbuatannya. seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
notaBulanIslam : aku lupa aku lahir bulan apa. aih.
No comments:
Post a Comment