ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Showing posts with label wanita dan dot dot dot. dunia lelaki. Show all posts
Showing posts with label wanita dan dot dot dot. dunia lelaki. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

| konvokesyen ke 34 UPM |

selesai sudah Majlis Konvokesyen ke34 UPM pada 13 oktober 2010. dan aku sangat jeles tahap gaban tengok wajah ceria senior-senior yg bergraduat. seyes aku jeles yg amat. pastu tengok diorang peluk peluk mak ayah. terharu seh. happy la kot dapat segulung ijazah. aku pon tak sabar sabar nak grad. mesti mak abah aku bangga giler. aku nak suh semua sedara mara datang time konvo aku nanti.

aku dan kawan-kawan turut datang memeriahkan senior-senior yg bergraduat. TAHNIAH aku ucapkan.

tapi yg kelakarnya. orang lain yg konvo, orang lain yg bergambar lebih-lebih. haih~ gila betol. senget tak senget sangat la kan. jom tengok sikit kami yg senget nih.





see? aku tak cakap bohong kan. pelik betol. orang lain yg konvo, orang lain yg bergambar sakan siap terlentang terkangkang bagai duk posing. isk3. termasuk la aku sekali. by the way, mereka ni sumer termasuk aku ialah final year student yg akan konvo tahun hadapan. InsyaAllah. doakan kami yer. hehe.

senior TESL. congrats!! ingat kami selalu k.

okay cukup. sebenarnya banyak lagi gambar kami yg perasan artis duk posing posing sakan. haha. lantak.

notaKonvo : sempat hadiahkan sejambak bunga dan patung teddy bear kat sorang senior tu. hope dia simpan hadiah aku tu baik baik. hehehe. kalau rindu aku, sila peluk teddy tu ya!

Thursday, October 14, 2010

| air mata lelaki |

ada pempuan yg kata lelaki ni teramat ego. siapa sokong?! aku sama sekali tak sokong. ego lelaki bertempat. bukan cam pempuan. ego tak bertempat pastu ngada ngada je lebih. seganas dan se'taiko' mana pun lelaki tu, when it comes tu cinta lelaki itu akan lost. hilang segala taringnya. hilang kehebatan rempitnya. hilang ganasnya. hilang terus. lenyap. yg badan tough pun kadang-kadang boleh menangis. itulah lelaki. hebat kan. sangat universal. dan sangat melindungi. hohO~ jom kita tengok situasi dimana lelaki akan menjatuhkan egonya hanya kerana CINTA.

1- dia bersungguh-sungguh menlakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela hati ukan dipaksa.

2- dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi seorang yg kuat bercakap.

3- dia banyak menasihati kekasihnya.

4- dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yg membuak-buak.

5- dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6- dia tidak suka ada lelaki yg rapat dengan kekasihnya.

7- dia mudah berasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian terhadapnya.

8- adakalanya dia seperti budak kecil yg perlukan perhatian kerna dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

9- dia menjadi orang yg paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.

10- dia sudah pandai merajuk kerana mahu dipujuk kekasihnya.

11- dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan darinya.

12- dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

13- dia mementingkan kekasihnya lebih dari dirinya sendiri.

14- dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan dengan dirinya.

15- dia cuba meluangkan masa bersama kekasihnya walaupun dia terpaksa menunggu kekasihnya dengan lama.

16- dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

17- apabila ditinggalkan kekasihnya, dia akan hilang kepercayaan kepada mana-mana wanita dan sentiasa berharap kekasihnya akan kembali kepadanya.

18- apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan berbuat apa sahaja untuk merebut kembali kekasihnya.

19- dia mengganggap kekasihnya sebagai orang yg paling dipercayai dan sanggup menyerahkan hartanya walaupun nyawanya sendiri.

20- bukan semua lelaki sanggup menangis kerana perempuan.

lelaki memang ego. tapi kerana cintanya pada perempuan kesayangannya, air matanya akan mudah jatuh. ego lelaki akan hancur musnah kerana cinta. so, perempuan yg dapat lelaki yg macam ni, hargailah mereka. bukan semua lelaki adalah teruk!

notaLelaki : pernah menangis kerana perempuan. aku memang cintakan dia, tapi takdir kami tidak sama.

| 4 golongan lelaki yg akan ditarik wanita ke neraka |

seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik 4 golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. info ini bukan bertujuan memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu mahu kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.

Ayahnya ---> apabila seorang ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan didikan agama secukupnya, membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. tidak cukup dengan memberikan kemewahan dunia sahaja.

Suaminya ---> si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. dibiarkan bebas bergaul di pejabat, menghiaskan diri untuk tontonan lelaki yg bukan mahramnya. walaupun si suami itu adalah lelaki alim yang solatnya sempurna dan puasanya penuh, dia tetap akan ditarik ke neraka oleh isterinya.

Abangnya ---> apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. maka, tanggungjawab abang-abangnya sama seperti tanggungjawab ayahnya. abang-abangnya tidak harus mementingkan keluarganya sahaja.

Anak Lelakinya ---> apabila si anak tidak menasihati ibunya perihal kelakuan haram disisi Islam. si anak tidak menghalang ibunya mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal di akhirat kelak. nantikan sahaja tarikan ibunya ke neraka.

betapa hebatnya tarikan wanita. bukan sahaja tarikan di dunia hingga ramai lelaki jatuh tersungkur bahkan tarikannya di akhirat juga hebat.

maka satu je pesan aku wahai wanita-wanita sekalian, bantulah kaum Adam seperti aku mengurangkan dosa. dosa kami sendiri tak tertanggung, nak pulak tanggung dosa kalian. sesungguhnya tanggungjawab kaum lelaki amat besar!

notaLelaki : lelaki dan wanita memang saling bergantungan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...