ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Thursday, October 14, 2010

| 4 golongan lelaki yg akan ditarik wanita ke neraka |

seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik 4 golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. info ini bukan bertujuan memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu mahu kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.

Ayahnya ---> apabila seorang ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan didikan agama secukupnya, membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. tidak cukup dengan memberikan kemewahan dunia sahaja.

Suaminya ---> si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. dibiarkan bebas bergaul di pejabat, menghiaskan diri untuk tontonan lelaki yg bukan mahramnya. walaupun si suami itu adalah lelaki alim yang solatnya sempurna dan puasanya penuh, dia tetap akan ditarik ke neraka oleh isterinya.

Abangnya ---> apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. maka, tanggungjawab abang-abangnya sama seperti tanggungjawab ayahnya. abang-abangnya tidak harus mementingkan keluarganya sahaja.

Anak Lelakinya ---> apabila si anak tidak menasihati ibunya perihal kelakuan haram disisi Islam. si anak tidak menghalang ibunya mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal di akhirat kelak. nantikan sahaja tarikan ibunya ke neraka.

betapa hebatnya tarikan wanita. bukan sahaja tarikan di dunia hingga ramai lelaki jatuh tersungkur bahkan tarikannya di akhirat juga hebat.

maka satu je pesan aku wahai wanita-wanita sekalian, bantulah kaum Adam seperti aku mengurangkan dosa. dosa kami sendiri tak tertanggung, nak pulak tanggung dosa kalian. sesungguhnya tanggungjawab kaum lelaki amat besar!

notaLelaki : lelaki dan wanita memang saling bergantungan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...