lepas ni siapa cakap lelaki tu selekeh memang aku sekeh cukup cukup. tak ramai yg ada kemahiran sekeh macam aku nih. so kalau nak rasa silakan. tau takut!
lelaki dan kecantikan bukan lagi perkara yg mengjengkelkan. nowadays, lelaki dah pandai jaga diri aku cakap kau. contoh yg paling bagus aku! ya, aku. tak perlu nak muntah muntah bagai. ini hakikat. aku ada satu set produk penjagaan wajah lengkap dari pagi ke malam. well, tak kisah la muka aku cam muka pecah rumah ke tak. yg penting kebersihan tu. aku muka pecah rumah pun, aku pecah rumah banglo. high class. tak macam sesetengah lelaki tu pecah rumah setinggan. tak ada class okay!
aku lebih percayakan GARNIER. tak kisah la for men ke tak. janji ianya adalah Garnier. berikan tepukan gemuruh laju laju kepada Garnier kerana berjaya mendapat tempat dihatiku. keh3.. boleh nampak kan aku ada facial cleanser, facial scrub, moisterizer cream, overnight cream, and light cream. oh. aku bukan cuba untuk mencerahkan kulit ya. aku cuma mahukan kulit yg bersih dari anasir anasir yg menjengkelkan. haha. itu set penjagaan muka. jom tengok set penjagaan diri lak.
set penjagaan diri aku terdiri dari pelbagai brand. yg ni aku takde la just stuck ngan satu brand jer kan. contohnya perfume, mana mana yg bu best giler, aku mesti beli punyalah. walaupun aku dah ada perfume. setakat nih aku ada dalam 4 jenis perfume gak la. and yg paling aku suka perfume jenis Playboy Miami. bau dia jantan giler. err..maksud aku bau dia tu terjelas habis maskulinity aku. pergh! ayat takleh blah~ aku ada tiga jenis krim utk rambut. ada gel, wax dan cream biasa. ada body spray jenama Playboy Miami jugak. ada body cologne jugak. huhu..lengkap lah kan. aku memang takleh hidup tanpa ni sumer. rasa cam tak lengkap je penampilan aku hari tu. gila? tak kot. biasa kan?
so? aku tanya lagi sekali. lelaki selekeh ke tak? alah. ada je pempuan yg reti jaga diri. yg diorang ada pun just facial cleanser then compact powder dengan perfume. tu pun jenis One Drop. simple giler. tak kisah lah. asalkan bahagia. aku aku kau kau!
ada orang kata tak macho la kalau lelaki guna produk pencuci muka ngan pelembap bagai nih. tak kurang jugak yg anggap lelaki jambu je yg minat mende mende temeh camni. hello! come on la. bukak mata sikit. berlambak-lambak produk untuk lelaki kat pasaran sekarang. say 'fuck off' to those yg masih berfikiran sempit dan very the 'katak bawah tempurung' tu. ketepikan je soal malu tu sume. lagipon, kita bukan menagih duit orang lain pun nak beli mende mende tu sumer. duit kita jugak! abis teruk pon duit mak bapak kita. so persetankan mereka mereka yg dengki tu. kihkihkih.
jom sama sama kita ketepikan perasaan malu tak bertempat ni dan jadilah jejaka macho sepanjang zaman. kih kih kih. macam nak promot hero remaja je. lantak~
notaCuciMuka : jangan terkejut kalau aku cakap ada lelaki yg pakai compact powder!
notaCuciKaki : basuh muka sebelum tidur. eh eh baca doa sebelum tidur pun boleh.
No comments:
Post a Comment