tadi aku gedik-gedik saje-saje la buang masa g Bukit Ekspo, UPM sebab ade pesta konvo kan. dan yg paling best giler tu, malam ni ada persembahan kebudayaan, makanya harus lah aku pergi untuk membudayakan seni persembahan tanah air kita kan. padahal kebosanan kat bilik. so, berangkatlah ke sana berlima. kolej aku wat persembahan pembukaan dengan 4 lagu secara akustik dan live band. serius bez giler2. meremang jugak la bulu-bulu yg ada kan. lantak. aku layan je. malam-malam dengan bulu meremang adalah satu perasaan yg sukar digambarkan dengan kata-kata taw. aku syak, dingin malam tu yg buat perasaan tu jadi best sangat. cuba siang-siang hari tengok, mau berpeluh-peluh jugak duk tengah padang tu.
cuma satu je la tak bape nak cantik sangat. MC atau master of ceremony tu. orang putih duk panggil pengacara majlis la lebih kurang. hampes betol mc. serius thumbs down aku bagi kau! hello. event konvokesyen kot. entah mc tadika mana ntah kau upah tu kan. nasib baik mc yg sorang lagi tu okay la walaupun light-light aje. ah lantaklah. aku nak tengok persembahan je. yg penting wakil kolej aku wat persembahan gempak giler kan. phewwitttt.. rasa macam nak naik atas pentas bagi bunga barang sekuntum dua. tapi memandangkan aku golongan genius, takkan la aku nak jatuhkan air muka camtu je kan. aku bagi flying kiss je tadi. dalam hati.
wakil kolej aku yang buat persembahan tadi tu menang tempat ketiga irama akustika semalam. bangga siot! korang memang seyes gempak! tabik springgg~
pesta konvo sampai 13 oktober. sekarang 12 oktober. lagi dua hari la. tapi aku tak sempat pon nak meraikan kawan aku yg berkonvo. aku syak kesibukan duniawi yg buat aku alpa nak selebret kawan-kawan aku konvo kot. haih~
KEPADA SEMUA SENIOR-SENIOR DAN KAWAN-KAWAN YG BERKONVO, SELAMAT BERGRADUAT DAN SEMOGA SUKSES SELALU. KAMULAH JUARA!
ok tak ucapan aku. ikhlas okay.
pagi tadi selesai paper terakhir untuk ujian 2 sem 5 bebudak multimedia batch 08/11. hohoho. senang jek paper tu. tak der la killer mana pon. aku syak aku dah cukup terer dan bersedia untuk ke final nih kot. agak-agak kalo sem ni pointer naik giler-giler, aku nak belanja kawan-kawan lah. amin~ tadi dapat result test pemampatan data. rasa nak melompat-lompat jugak la. naik mendadak kot. happy. baru ah aku mampu tersenyum gitu.haha. nantikan je la final nanti. sape-sape yg cakap aku takleh buat tu? sila tutup mulut anda sekarang. muktamad!
esok ada hari konvo someone. aku harus hadir meraikannya! kang majuk muncung sepuluh ratus lak.
notaSikit : petang tadi tidur mimpikan kampung halaman, celik-celik je masih berada di kolej tercinta. shit!
notaSikitSikit : petang tadi pas bangun tidur, aku g sokong team kolej lawan bola sepak. sila percaya. alasan, sebab kebosanan di bilik.
notaSikitSikitSikit : air ikan dah tukar. barulah ceria sikit dia berenang-renang. ngada!
1 comment:
Gud luck ek..
Post a Comment