ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Friday, October 08, 2010

| sedikit cerita | header baru lagi | petang yg permai |

salam Jumaat semua.

cis. gila skema. geli. okay. sekarang agak tidak bizi (untuk satu hari). pagi tadi selesai sudah satu test audio. second test. next, isnin paper animasi komputer. akan bizi study kononnya lagi. sila percaya! lantak.

malam ni ada rumah terbuka MPP UPM. makan free lagi. pagi tadi makan free jugak, akak cafe kat fakulti wat jamuan raya katanya. makan mi sup. sedap! lumrah la, yg free memang tak dinafikan kesedapannya. hohO~ dan malam ni, aku nak tibai banyak-banyak. seyes. lapar kot.

oh ya! tadi dah submit tajuk untuk Final Year Project. eh sila percaya aku memang pelajar tahun akhir. insyaAllah bergraduat tahun hadapan. amin~

tajuk : mobile application.

tapi aku lebih prefer online system sebab someone dah bagi aku idea nak wat system ada. and system tu pun agak relevan dlm pasaran sekarang. tak pe, pelan-pelan kayuh. masa panjang agi. gila aku dah la tak tahu sangat nak bangunkan something nih. setakat design-design punya kerja, terer r. practice makes perfect. kot.

petang tadi ada perasmian pesta konvo di Bukit Ekspo, UPM. tapi memandangkan cuaca yang sangat mendesak aku untuk melelapkan mata, maka terpaksa la aku menurut kehendak cuaca. layan gak tidur petang tadi. pergh! mantop~ alah hujan-hujan ni kalau pergi pon bukan dpt tengok. sibuk duk cari tempat berteduh. trust me bebeh! alang-alang nak berteduh baik aku tidur je kat bilik. kan? lantak~

mahu siap-siap ke rumah terbuka. catch up later.
*cis! macam artis.

notaHujungKaki : jangan buat-buat tak nampak header baru tu. ok tak? siapa nak tempah, aku okay je. bayaran boleh kautim lah!

1 comment:

Ekha Miranda said...

nak tempah! bape 1 package? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...