ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Showing posts with label picture. Show all posts
Showing posts with label picture. Show all posts

Monday, August 29, 2011

salam lebaran

rebus ketupat di malam selasa,
rendang dikuali jangan dilupa,
berdentum mercun meraikan suasana,
tanda kemenangan semakin tiba.

rendang ketupat sudah tersedia,
dodol warisan pelengkap rasa,
genap sebulan kita berpuasa,
kini masa kita meraikannya.

sanak saudara berkunjung tiba,
menikmati juadah diatas meja,
bermaafan kita sesama saudara,
semoga lebaran lebih bermakna.

saling bermaafan budaya kita,
tangan dihulur segenap usia,
salam aidilfitri buat semua,
zahir batin ampun dipinta.

dikesempatan ini aku MOHD RIDZWAN MOHD RAZIF menyusun 10 jari memhon ampun dan maaf andai ada tersilap bicara dan terkasar perilaku sepanjang kalian semua mengenali diri ini. semoga lebaran kali ini membawa seribu makna. salam aidilfitri. maaf zahir batin.

notaRaya : moga pagi raya esok aku kental menghadapi hidup beraya tanpa keluarga disisi. amin.

Monday, April 18, 2011

| poster FYP aku |

gud morning guys and girls. eh 1.35 am consider as morning kan?

okay cakap banyak tak guna!

wuut wuut. baru siap design poster utk presentation FYP selasa nanti. adush! cuak giler. hope everything okay la..okay tak design aku? ungu + pink?? eeuuwww...so lelaki jambu. damn!

moga dengan mainan warna lembut-lembut ni mampu melembutkan hati juri. ehem.

so, good luck untuk semua kawan-kawan aku yg akan present FYP next week. do the best guys!!

Tuesday, March 08, 2011

| internet dan aksi gampang |

hello. selamat petang. *pendek dan padat*

sebagaimana kita sedia maklum, internet adalah satu gerbang pencarian ilmu yang sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat. nak nak sekarang internet begitu mudah dilayari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa perlu bertandang ke cybercafe semata-mata. dengan pelbagai pakej broadband dan kemudahan wifi ke merata-rata tempat menambah lagi penggunaan internet. malahan, pelajar juga boleh membuat kajian dan carian fakta melaluinya tanpa perlu bertenggek di perpustakaan hingga lewat malam. dating je lebih, studynya sikit jer. somemore, internet membantu kita meluaskan pencarian teman dan kawan dari serata pelusuk dunia.

ramai yang memanfaatkan penggunaan internet sebaik-baiknya dan tak kurang juga yang menyalahgunakannya. internet ni ada pros and contrasnya.

tapi yang gampangnya bila jadi camni.

siapa punya kerja ni? habaq mai kat aku. grrr!!

p/s : kelakar la korang nih. ada pulak cari gays di putrajaya. gila pervert!! nafsu buatan tu pulak ape? ada jual kat kedai ker?

| happy woman's day |

ehem. gud afternoon cutest-and-beautiful gurls sekalian. oh. good afternoon to hensem boys too.

HAPPY WOMAN'S DAY

to

- my lovely mum.

- my dearest sister

-my auntie

-my niece

-my cousin (girls)

- my crush (s)

- my futere girlfriend (s)

- my future fiancee

-my future wife (s)

- my future daughter (s)

- my future granddaughter (s)

- my girl friends

-and all women in this world.

guys, give them a smile today. coz it's their day. appreciate them. ehem!

Tuesday, March 01, 2011

| Penang Bridge |

hello budak-budak lelaki gojes dan budak-budak perempuan bajet cun. ehem.

hari ni aku nak berkongsi pasal assignment aku semalam. assignment individu. senang je, pensyarah bagi gambar then korang lukis balik gambar tu. senang kan?

gambar yg pensyarah bagi ialah jeng jeng jeng. PENANG BRIDGE. ha.kagum tak? sila kagum ya sebab lukis gambar tu bukan pakai paint or kertas lukisan or photoshop latest version or whatever software melukis. tapi menggunakan koding. mampu kau?

hasil lukisan aku. ya aku tahu nampak agak gampang sikit sebab palang besi tu tak bersilang dengan sebelahnya sebab jarak antara tiang tu jauh sangat. tapi still cantik kan. nampak senang. budak tahun 1 pon boleh lukis. hakikatnya?
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
apa tadi ye?
--
--
--
--
--
--
--
oh cara-cara nak buat penang bridge tu kan.
--
--
--
--
--
--
--
skroll la lagi
--
--
--
--
--
--
--
dah nak sampai dah
--
--
--
--
--
--
--
hambik kau!

nampak? kalau tak nampak, klik je gambar tu utk besarkan oke. siapa yg cakap budak tahun 1 pun boleh buat? siapa tahu ni bahasa pengatucaraan apa? java? cobol? c++? c? bla bla bla? ya! salah. ni namanya Virtual Reality Modelling Language (VRML). untuk buat lukisan 3D or lebih tepat utk bangunkan sistem Kenyataan Maya. ha. pening kan.ni la yg aku duk buat semalam dalam masa 2 jam. haih~ kena guna Right Hand Rule la, Left Hand Rule la..nasib kaki takyah guna. kalau tak? naik kaki kat muka. kihkihkih. but but but aku rasa VRML lebih senang dari openGL or what-so-ever untuk lukis. gila berlagak kan. layan~

dah lama tak belajar Java. dah lupa dah camner. isk3. sedih!

Tuesday, February 22, 2011

| MMMR 2011 - yang terakhir kot. |

hello boys and gurls. miss u damn much. boleh?

okay. petang nih tak nak cakap banyak. nak kongsi gambar-gambar MMMR aku hari tu. kalo nak tengok, tengok je okay. taknak tengok, apa boleh buat. tengok jugak! kihkihkih.

tu dia poster.
Majlis Makan Malam Rasmi (MMMR)
Kolej Canselor, UPM
tempat : Hotel Pan Pacific, KLIA
tarikh : 20 Februari 2011
tema : Medieva Elegance
"hadirmu satu inspirasi, pergimu mencurah bakti."

majlis ni sebenarnya untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yg bakal bergraduat tahun ni. insyaAllah aku diantara satu pelajar tersebut. sedih siot nak tinggalkan kolej ni dan UPM. kawan-kawan sini best. understanding dan sangat open. kutuk caci maki pon tak ada hal punya. kawan-kawan, janji ya kita kawan sampai bila-bila..:)

jom tengok pic kami lak.

see? elegance ke tak? ha! tak? okay.

ehem, kalau nak tengok pic-pic lain. sila la ke facebook aku ya. hehe.

malas nak cakap banyak, let pic tell you everything. woha!

Tuesday, November 09, 2010

| mereka layak bergelar kawan! |

kami akan kawan. sampai hujung nyawa. kami tetap kawan. okay muktamad!



<----- nama dia Siti Aisah. dia tua. so dia leh dikategorikan sebagai kakak. and dia MPP UPM. hoho~ dia best. sebab dia matang and sometimes kelakar.







yang ni pulak Munirah. budak terengganu. bila dia cakap dialek terengganu, seyes aku macam terpinga-pinga sikit. pakwe dia encem. kehkehkeh. dia sangat baik. suka kawan
ngan dia taw! ------>






<----- yang macam kembar munirah ni pulak Norashikin. dia ni jenis yang selalu happy jer. kena kutuk kaw-kaw pon dia still senyum, memang kental ah minah nih. and dia sangat baik. sekarang dia wat bisnes choc moist cake. sedap!






hohoho..yang ni pulak Azrina. kami panggil dia Acik. huhu..cam comey je kan. dia ni pon taraf kakak gak kot. and dia kapel ngan senior sains komputer. dalam diam merancang nak kawin dah. nampaknya kami makan nasik minyak dia dulu nanti. ----->








<----- ehem ehem. yang ni cinta hati aku lah. eh eh tak. yang ni rumet aku. Rizaimi. budak kecik yang selalu gak kena buli. tapi kalau dia yg membuli, memang haru!






ni dia master multimedia. Ikhwanul. taraf abang ni. tapi perangai macam adik. hoh?! huhu..tak ada lak pic dia mcm pic-pic atas. aku upload pic ni je k. dia ni duk kat umah aku jer. tapi sebelum masuk upm, sumpah aku tak kenal dia nih!


and ada beberapa lagi kawan baik aku sepanjang kat sini. contohnya,

1) faizal ---> kawan masa kat matrik dulu. kitorang panggil abu. tang mana nama dia abu pon aku tak tahu.

2) mardiana ---> budak kampung aku jugak ni. huhu. kami panggil nana. dia kapel ngan Mr R. kehkehkeh. nanti nak kawin jangan lupa jemput ya!

3) dan yang lain-lain. tak tersebut. kang kalo tertinggal nama, ada lak yang sentap. so aku tegaskan kat sini, orang semua adalah kawan aku. serapat mana pun kita, sejauh mana pun kita..kita akan tetap kawan. kawan sampai mati. amin~



mana boleh gambar diorang jer. gambar aku pun kena ada jugak. lagipun, ni kan blog aku. lantak~

notaUntukKawan : selalu sangat kawan tikam kawan. tapi tak apa, tikaman tu tak masuk dalam sangat kan. still boleh sembuh. cuma ambik masa je.

p/s : semua semua semua ni kawan aku kat UPM. satu course ngan aku. Sains Komputer pengkhususan Multimedia. semua dah semester 5. insyaAllah next sem final sem la. and grad!!! hope kami kawan sampai bila-bila.

p/s/s : oh lupa nak ucap. selamat menduduki peperiksaan akhir terutama buat kawan-kawan sekolej, sekursus, seuniversiti dan sedunia. hohoho.. do ur best okay!

Friday, October 22, 2010

| bahagiakah kita |

sapa sini tahu apa itu BAHAGIA? i bet no one tahu erti bahagia yg sebenar kan. sebab bahagia tu susah sangat nak dapat. susah sangat nak capai. macam mencari permata dalam timbunan jutaan jarum yg ada racun berbisa dihujungnya. silap langlah, kita menderita. andai kita berjaya pon, belum tentu permata itu permata asli. seriously shit.

ada soalan di formSpring aku.

yg brtanya : kalau ko terer sangat lah kn, nape aku tak pernah bahagia?
aku : aku pon tak bahagia, cmner aku nak jawab.

senget kan. aku bukan pakar kebahagiaan pon. aku cuma pencari kebahagiaan yg belum pernah aku jumpa. belum pernah walau sekali. kadang-kadang sampai aku kusut. tiba-tiba otak aku kosong. hati aku sunyi sangat-sangat. nak sangat orang yg aku sayang tu ada kat sebelah. temankan aku tenangkan fikiran. tapi.. entah. bahagia belum lagi milik aku. agaknya dia tak tahu, aku tak boleh hidup tanpa dia. tak apa. whatever it is, life must go on rite.

it is not just a wait, it is a hope. sometimes aku rasa macam nak give up. and hidup macam dulu. without someone by my side. aku aku tak boleh. dah terbiasa dengan keterbiasaan sekarang. susah untuk ubah balik.

aku : u, i rasa kusut giler.
dia : nape u?
aku : entahlah u. kenapa i yg kena lalui semua nih.
dia : dugaan tu. u kena sabar.
aku : asyik i je yg kena sabar.
dia : Tuhan tak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya itu.
aku : ye i tahu. tp i dah hampir lost.
dia : i percaya u masih kuat.
aku : hope so.
dia : u still ada i untuk u luahkan semuanya. i ada untuk u.
aku : thanx u. sorry sebab paksa u dgr luahan i.

rentetan SMS bersama sahabat lama di kampung.

two choices.
a) give up.
b) waiting for happiness.

i choose 'b'..whatever it is, it will always 'b'. full stop!

*************************************************

oh. best siot wat entry camni. rasa cam matang giler. pergh!

sumpah sekarang tgh kusut giler. what the hell is happen actually!!!!
assignment + presentation + feeling + bored + alone = KUSUT!!!
damn i miss my life yg dulunya full of joy!

notaKusut : i bet u dun know anything 'bout me.

Sunday, October 17, 2010

| konvokesyen ke 34 UPM |

selesai sudah Majlis Konvokesyen ke34 UPM pada 13 oktober 2010. dan aku sangat jeles tahap gaban tengok wajah ceria senior-senior yg bergraduat. seyes aku jeles yg amat. pastu tengok diorang peluk peluk mak ayah. terharu seh. happy la kot dapat segulung ijazah. aku pon tak sabar sabar nak grad. mesti mak abah aku bangga giler. aku nak suh semua sedara mara datang time konvo aku nanti.

aku dan kawan-kawan turut datang memeriahkan senior-senior yg bergraduat. TAHNIAH aku ucapkan.

tapi yg kelakarnya. orang lain yg konvo, orang lain yg bergambar lebih-lebih. haih~ gila betol. senget tak senget sangat la kan. jom tengok sikit kami yg senget nih.





see? aku tak cakap bohong kan. pelik betol. orang lain yg konvo, orang lain yg bergambar sakan siap terlentang terkangkang bagai duk posing. isk3. termasuk la aku sekali. by the way, mereka ni sumer termasuk aku ialah final year student yg akan konvo tahun hadapan. InsyaAllah. doakan kami yer. hehe.

senior TESL. congrats!! ingat kami selalu k.

okay cukup. sebenarnya banyak lagi gambar kami yg perasan artis duk posing posing sakan. haha. lantak.

notaKonvo : sempat hadiahkan sejambak bunga dan patung teddy bear kat sorang senior tu. hope dia simpan hadiah aku tu baik baik. hehehe. kalau rindu aku, sila peluk teddy tu ya!

Wednesday, September 22, 2010

| Hentikan gangguan ini |

aku ingat nak wat satu memorandum ah. then nak antar kat Jabatan Agama Islam. suh saman je pompuan-pompuan yg suka sangat pakai baju adik-adik diorang pastu nampak lubang pusat ngan alur-alur bontot sensitif siorang tu. tajuknya lebih kurang camni 'KASIHANI LELAKI. HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL.'

lantak.

"wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan (jilbab) pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yg bai-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani."
(surah Al-Ahzab : ayat 59)

ad-raba.jpg image by mapetm
ni bukan keje aku. aku baik.

skrg ni masalah sosial makin menjadi-jadi. pempuan mengandung anak luar nikah dh ramai. itu yg mengandung. yg tak mengandung? yg guna protection? we might never know kan. haih. apa puncanya? duk sibuk tayang sana tayang sini punya pasal la tu. laki-laki yg mata bola kranjang ni apatah lagi, sibuk memandang tak berkelip. aku? err...tak. aku baik. betul.

agaknya diorang ni pikir dengan dedahkan aurat diorang akan nampak lebih seksi, up to date, menarik, cun, dan paling penting meningkatkan keyakinan diri. keyakinan diri kepala kau. yg aku tahu meningkatkan nafsu kaum Adam ada la kot. pastu sibuk salahkan lelaki ni gatal, gila seks. hello. don't blame a man for being a man! dah yg kau tayang tu untuk sape tengok? untuk bakal laki kau? singkatnya pemikiran. selagi kau tak bergelar isteri kpd laki kau tu, aurat kau adalah haram utk dilihat okay! pas kahwin nnti kau nak tayang semua kat laki kau pun takper dah. lantak.

kata orang, aurat dan urat adalah dua benda yg berbeza. tapi bila lelaki ternampak aurat perempuan, urat lelaki di satu kawasan akan membengkak. entah. aku pun tak tahu betul ke tak.kehkehkeh.

aku bukan apa. kesian kat kaum yg sejantina dengan aku nih. asyik menanggung dosa je. puncanya kaum Hawa ni lah. sibuk menayang aksesori yg tak berapa nak power sgt tu ha. lain la kalau Pamela Anderson tu. berbaloi jugak. shit! dosa.

so, aku ingat lepas siap memorandum tu nanti. aku nak jelajah satu Malaysia la. nak mintak tandatangan semua lelaki yg ada. hebat tak? cam cool je kan idea. lantak.

HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI.

notaHujungKaki : hujan lebat sudah berhenti. masa untuk keluar mencuci mata.

Tuesday, September 14, 2010

| pic raya aku lak! |

bukak je fb ari first raya, mak haih tu dia punya eksaited. bertimbun-timbun orang duk upload pic raya. gila pantas dan cekap depa nih. tak dan dan dah. raya first terus upload. agaknya depa nih tak reti menziarahi sedara mara kot. raya kedua toksah cite lah. dah mcm parti pic raya dah kat fb. gigih korang masing-masing kan. kat blog pon sama. semua duk pakat upload pic raya.

aku ni bukan hape. cuma sakit hati je tengok orang duk gigih upload pic pic raya diorang. yelah line kat kampung aku tu tak bape best sangat kan. aku syak lembaga kuning tak balik raya kat kampung kot. ape-ape hal sekarang aku nak revenge balik ah kan. mana leh tahan beb. ingat kau je yg bergaya pose macam2 di hari raya?


ini dia. pic raya aku lak.

tema kali ini : ungu! very the gay kan. lantak. janji nampak encem encem encem. keh keh keh..


tu dia family aku. err err yg baju oren tu sepupu aku ye. bukan adik aku. eh aku dah mcm ketua keluarga kan. keh keh keh.

err err. very the sweet couple kan. dush! dush! itu adik aku lah. sumbang mahram oi. gila.

okay confirm encem!

notaHujungKaki : meletops u ols~

Saturday, September 04, 2010

| aku memang melampau |

stop. stop. okay aku tahu aku dah melampau kan. aku tahu aku sengaja nak tunjuk pandai. aku tahu aku buatkan hati korang koyak rabak. aku tahu korang kecewa + menyampah dengan aku. okay fine. aku terima. tapi apa yg aku leh buat? aku terpaksa. aku ada banyak sangat masa terluang. aku syak masa sekarang ni dah tak mencemburui aku. baguslah tu.

aku tak ada alasan atas apa yg dah berlaku. aku lost. kadang-kadang tak sedar tangan aku duk watper. bukan salah aku. aku pun manusia kan. janganla asyik menuding jari kat aku.

lagipun aku memang sengaja nak tunjuk yg aku terer guna photoshop

persembahkan.
header baru dari riez.studio creation!


aku bukan hape. saje je nak tunjuk skill photoshop sikit. aku suka header ni sebab simple. dan aku dah pun tukar nama blog. Budak Lelaki Sengal. sebab aku memang sengal kan. mengutuk mencarot tak hingat dunia. lantak~

notaHujungKaki : hebat. setengah jam je aku ambik masa nak siapkan header ni. kagum!

Friday, August 20, 2010

| kisah anniversary aku | lagi gambar comel kami |

salam Jumaat semua. camner malam tadi? ambil berkat malam sunat tak? hohO~ matilah. eh eh malam tadi a friend of mine tepon. wah lama weh tak dengar suare dia nih. kawan masa kecik-kecik dulu. main pondok-pondok. main kahwin-kahwin. gila. eh eh kau pon camtu jugak kan. tak kan la masa kecik-kecik korang dah reti main PSP ke DoTA ke FIFA ke kan. gila penipu la camtu. kawan aku ni perempuan.dah kahwin. oh pejam celik pejam celik dah setahun dia kahwin. aman damai dah agaknya. entah-entah dah bercucu. okay itu tipu.

kawan : eh wan. ko watper skrg.
aku : aku camni la. tak pernah jemu menuntut ilmu. *matilah statement riak!
kawan : cis! bila ko ni nak kerja.
aku : selagi aku belum puas menuntut ilmu.
kawan : eh eh ko taw tak.
aku : tak tawu. dragon ball ada berapa?
kawan : sengal. aku dah setahun kahwin. hubby aku bagi aku hadiah anniversary best. pelancongan ke Phuket lepas raya nanti.
aku : owh. aku tumpang gembira.
kawan : ko tak wish pon anniversary aku.
aku : perlu ker. okay. selamat ulangtahun perkahwinan. eh aku rindu kau!
kawan : aku rindu kau jugak. tapi hubby aku is everything!

senyap. dia sedang bahagia. alhamdulillah. dulu main kahwin-kahwin ngan aku. sekarang? kahwin betul-betul dah. hohO~ aku terdiam kejap. tahun ni aku sambut dua anniversary besar bagi aku. hari lahir dan ulang tahun perkenalan aku dengan dia. oh. nothing special pon. macam hari biasa jer. silap aku expect yg terbaik. dan aku hampa sendirian. silap siapa. akukah yg sentiasa mengharap atau dia yg tak pernah kisah. ish ish. syoh syoh pergi main jauh-jauh la air mata. jangan menempel kat sini.

tampal senyuman. shit! palsu. ketat.

aku ingat bila ada org yg sayang kita. semuanya akan indah. tapi.....

okay lupakan. cerita pahit yg harus aku buang jauh-jauh. pergi!

*************************************

usai sudah test 1 audio. hanya tinggal test pentadbiran selasa depan. dan beberapa cebis assignment. oh. aku tak pernah aman sejak dua menjak ni.

minggu ni hati dipalit kegelisahan. kurang perhatian dari dia. barangkali sibuk. okay. aku paham. tapi. ah jangan merungut wahai hati. dia sentiasa ada untukmu. percayalah.

************************************

hati. senyumlah. ayuh ceria!

tu dia. rumet kesayangan. kami pasangan yg comel kan.
oh kami bukan gay. kami cuma teman yg sgt mesra!

notaHujungKaki : rumet pulang ke kampung. aku nak tidur peluk siapa malam ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...