ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Tuesday, March 08, 2011

| internet dan aksi gampang |

hello. selamat petang. *pendek dan padat*

sebagaimana kita sedia maklum, internet adalah satu gerbang pencarian ilmu yang sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat. nak nak sekarang internet begitu mudah dilayari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa perlu bertandang ke cybercafe semata-mata. dengan pelbagai pakej broadband dan kemudahan wifi ke merata-rata tempat menambah lagi penggunaan internet. malahan, pelajar juga boleh membuat kajian dan carian fakta melaluinya tanpa perlu bertenggek di perpustakaan hingga lewat malam. dating je lebih, studynya sikit jer. somemore, internet membantu kita meluaskan pencarian teman dan kawan dari serata pelusuk dunia.

ramai yang memanfaatkan penggunaan internet sebaik-baiknya dan tak kurang juga yang menyalahgunakannya. internet ni ada pros and contrasnya.

tapi yang gampangnya bila jadi camni.

siapa punya kerja ni? habaq mai kat aku. grrr!!

p/s : kelakar la korang nih. ada pulak cari gays di putrajaya. gila pervert!! nafsu buatan tu pulak ape? ada jual kat kedai ker?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...