A..
kita sudah janji kan?
untuk jaga dia sama-sama..
beri kasih sayang yang secukupnya..
gembirakan hatinya..
temani sepinya..
dan hilangkan dukanya..
aku sudah janji padamu..
aku kan setia menjaganya..
dan juga hubungan yang kita bina bersama..
kerana sayangku padanya kuat..
terlalu kuat..
sehinggakan aku akan terus hadir..
walaupun berulang kali aku dikhianati..
membenci dirinya adalah sesuatu yang tersangat mustahil utk aku..
takdir tidak dicipta utk aku membenci dirinya..
saat aku mula utk membina semangat baru..
atas janji kita bersama..
menyesuaikan diri dengan perkongsian hati..
dan meyakinkan dirinya aku dan kamu sebulu..
kau pergi..meninggalkan aku sendiri..
memikul tanggungjawab ini..
dan membahagiakan dirinya..
mengapa?
lupakah kau pada janji kita dahulu?
A..
walaupun kau pergi..
janji kita tetap aku pegang..
tetap akan aku tunaikan..
menjaganya dan memberikan kasih sayang yang secukupnya..
meskipun aku tak kan mampu menggapai cintanya..
aku doakan kau bahagia..dengan hidup barumu..
dan juga cinta sejatimu.
usah gusar..
aku janji..setulus hati..
aku akan menjaganya..
dan kasih sayangku hanya untuk dirinya..
sentiasa..
aku janji..
p/s : hampir mengalir air mata mengenangkan dugaan berat ini..saat aku ingin senyum melihat sinar bahagia, dugaan ini datang menjelma..aku sendirian mengasihinya..Ya Allah, Kau tabahkan hatiku, cekalkan semangatku, kuatkan kasih sayangku..semoga aku dan dia kan terus bersama, dalam suka dan duka, tangis dan tawa..insyaAllah..
.ridzwan razif.
No comments:
Post a Comment