hello boys and gurls.
buat semua readers blog aku, aku nak ucapkan selamat berjaya dan selamat berkawan sampai bila-bila kat korang. bagi aku, korang semua adalah kawan aku. tak kisah la kita berkawan kat alam maya je, korang tetap dianggap kawan. okay aku tawu agak skema. tak terasa. tak terasa. by the way, aku buat skema-skema ni bukan apa, sebab aku nak bercerita pasal kawan dan sahabat hari ni.
korang mesti pernah dengar pasal kawan dan sahabat kan. familiar sangat kan. but but but, korang tahu ke bezakan kawan dengan sahabat? aku bet tak ramai yang tahu kan. guess what, kawan and sahabat is a different thing.
KAWAN
kawan tu semua orang ada. even yang jenis terperap dalam bilik pun ada kawan. and and and..kawan ni ada macam-macam jenis. kawan setia, kawan tika duka, kawan tika suka, kawan penikam belakang, kawan set pelengkap, kawan peneman and macam-macam lagi. terpulang la korang nak jadi kawan yang macam mana pun. u choose! in fact, aku pun ada ramai sangat kawan. ramai sampai kadang-kadang aku tak boleh nak ingat siapa kawan-kawan aku. punyalah ramai. maklumlah popular la katakan. ehem.
SAHABAT
but sahabat hanya ada satu kategori. sahabat! sebab sahabat ialah someone yg boleh susah senang bersama dengan kita, org yg boleh bantu kita bila kita susah, orang yang boleh berkongsi masalah dia dengan kita, orang yang sangat caring pasal kita, orang yang menangis bila kita menangis dan orang yang gembira bila kita gembira. itu sahabat. sahabat tak kan tikam belakang sahabat dia. sebab bagi dia, sahabat itu tinggi nilainya.
enough. well, korang dah dapat bezakan antara sahabat dgn kawan? but but but tu semua hanya pada pandangan aku la. lagipun, ramai je yang berpandangan sama dengan aku. so how about u guys?
now aku dah sampai ke sem terakhir di UPM and tgh final exam dah pon. ada lagi 2 minggu je lagi aku kat UPM ni. pastu masing-masing dah bawak haluan sendiri. sedih3. tapi hati mau kental beb, masa depan kena jugak kejar. hikhikhik. and and and, excited ni nak gitau...aku dapat ramai sangat sahabat selama aku berada kat UPM ni. ha. SAHABAT okay. bukan sekadar kawan biasa. diorang sangat special. kalau korang baca apa yg aku post ni, aku just nak korang tahu yg aku sangat sayangkan korang. sebab korang SAHABAT aku.
sebahagian dari SAHABAT aku.
okay okay aku dah rasa macam lain je ni. sebab entri macam sangat skema dan ada macam entri gaids-gadis pulak. adeyh!! tak macho ah gini bai.
oh lupa pulak. korang-korang yg ada pandangan pasal kawan vs sahabat sila-sila la komen yer. aku nak jugak tahu pandangan korang. sharing is caring right?
2 comments:
aku kawan kau..
kau??
Setuju dgn Budak Lelaki. Kene la pandai berkawan dulu, baru leh bersahabat..susah nak jumpa...
Post a Comment