gud evening great looking guys and lite-lite looking gurls.
now aku dalam mood yang sangat tertekan sampai dh 3 4 malam tak tidur gara-gara menyiapkan FYP yang terkontang-kanting akibat suka buat kerja last minit. hey! it's cool okay wat kerja last minit. lagipun, dah nama pon lelaki apa kelas buat kerja awal-awal. hey. i'm a man lah. macho kot wat kerja last minit. perempuan apa tawu? tawu ajak kitorang dating jer. ish.
oh ya! FYP tu maksudnya Final Year Project. duh. ramai sangat kot yang tanya apa fyp tu. paling takleh blah bila ada budak U yg tanya. get a life bro.get a life!
okay enough. hari ni aku nak share pasal TIPS TEMUDUGA. saja je nak kongsi-kongsi dengan kawan-kawan blogger ni. boleh? at least aku membantu serba sedikit korang yang nak pergi temuduga. dan dapat jugak membantu aku untuk pergi temuduga. hehe.
kredit to abg Google
sebelum interview
1) mengenali laar belakang bakal majikan.
2) mengetahui kekuatan diri.
3) mampu menjadikan kelemahan yang ada sebagai kekuatan diri.
4) mendalami dan mengetahui apa yang terkandung dalam resume anda.
5) memikirkan mengapa anda perlu diterima untuk bekerja ditempat tersebut.
6) menyediakan dokumen yang diperlukan.
7) memastikan pakaian dan kenderaan yang akan digunakan berada dalama keadaan sedia.
8) menjaga kesihatan diri.
9) memaklumkan bakal majikan bahawa anda akan hadir ke temuduga tersebut.
semasa temuduga
1) datang awal.
2) memperkenalkan diri kepada panel temuduga.
3) bertenang dan jangan cemas.
4) kawal suara dan intonasi suara.
5) berfikiran positif dan optimistik.
6) senyum.
7) gunakan komunikasi verbal dan non verbal.
8) sentiasa bersedia menjawab soalan yang diberikan.
9) jangan takut untuk bertanya soalan jika tidak faham.
10) jaga 'eye contact'.
11) jangan cerita masalah anda.
12) jangan bertengkar dengan panel temuduga.
13) jangan menkritik bekas majikan.
14) jangan mengunyah gula-gula getah.
15) jangan bercakap terlalu perlahan atau terlalu kuat.
16) memanggil atau menyebut nama penemuduga dengan gelaran yang sesuai.
17) jangan menggunakan 'slanga' dalam temuduga.
18) jangan menggoyangkan kaki ketika temuduga.
19) jangan memotong percakapan penemuduga.
20) banykkan bersabar dan bertenang apabila dicabar oleh penemuduga.
selepas temuduga
1) biarkan oanel yang mengakhiri temuduga.
2) ucapkan terima kasih kepada penemuduga.
3) tinggalkan bilik penemuduga dengan segera dan sopan.
4) pastikan barang anda tidak tertinggal dalam bilik temuduga.
5) menghantar surat ucapan terima kasih kpd agensi/syarikat dimana anda ditemuduga dan menyatakan anda sentiasa 'looking forward' untuk berkhidmat untuk mereka.
kredit to abg Google.
harap-harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua berjaya dalam temuduga. amin..:)
*sumber : tribunPutra UPM.
1 comment:
saya ada satu tip lagi nak tambah;
-apply kerja yg disukai, bukan kerja yg dibenci.unless tiada pilihan lain...hahaha
aCap, ke blogku
Post a Comment