pernah dengar Nikah Gantung? well, ada satu proses pernikahan yg dinamakan Nikah Gantung khas untuk membasmi gejala zina dan buang anak sekaligus mengelakkan remaja terus-terusan melakukan maksiat. Ustaz Nasrudin Hassan yang merupakan Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuatan, Pahang menyarankan satu projek besar iaitu 'Taysir az Ziwaj' yang bermaksud 'memudahkan proses perkahwinan'. projek ini khas untuk remaja yang ingin menghalalkan hubungan sesama kekasih hati mereka tapi tidak mampu dari segi material.
dulu aku pernah dengar pasal nikah gantung and i thought nikah gantung ni ialah nikah je dulu, then bersanding kemudian. contohnya bersanding after 2 3 bulan or bila cukup bajet. huhu. rupa-rupanya dalam proses nikah gantung ni, pasangan tidak tinggal bersama selepas akad nikah atas sebab-sebab tertentu seperti
1) masih meuntut dikolej atau univesiti.
2) tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
3) belum bersedia menanggung komitmen berumahtangga.
oleh itu, bagi pasangan yang telah dinikahkan tersebut (atas persetujuan kedua-dua) pihak akan tinggal berasingan atau tinggal bersama keluarga masing-masing hingga semua kekangan yang menghalang mereka untuk tinggal bersama hilang dan mereka bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga.
mengenai nafkah lak, si suami hanya wajib menyediakan nafkah buat isterinya apabila si isteri menyerahkan diri kepada suami atau bersetubuh dengan suami. kesimpulannya, bebanan nafkah itu tidak diwajibkan keatas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. hehe. gitu!
dan yang paling penting, kalau pasangan tersebut keluar berdua-duan pun, itu bukan satu kesalahan yang besar dan tidak langsung mendatangkan dosa kerana mereka ialah pasangan suami isteri. and jangan bimbang sekiranya ditangkap khalwat. just say "hey, we're married!!". kihkihkih. dan kalau berlaku kehamilan, anak itu anak yg sah nasabnya. so pasangan ni takyah la susah-susah pergi cari tempat nak buang anak ya!
walaubagaimanapun, semua ni perlukan persetujuan kedua-dua belah pihak okay! barulah hidup aman harmoni.
notaNikah : oh masih belum sedia berkomitmen dalam rumahtangga. sabar ya sabar!
p/s : eh jap. rukun nikah untuk nikah gantung ni sama je macam nikah biasa okay. jgn pandai2 nak ubah!
p/s/s : agak-agak kalau aku gitau mak aku nak nikah, dia bagi tak? bagi pelempang kot. soalan pertama "kau nak bagi naka orang tu makan ape?".
No comments:
Post a Comment