ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Thursday, November 25, 2010

| lelaki dan sifat A to Z |

impressed! hari ni dah 25 hb tp entry aku baru ade beberapa kerat jer. hoh?! such a loser. cian follower aku sekalian. oh. kecian. *ceh poyo je konon-konon follower ribu riban kan. overconfident itu penting katanya!! seyes weh bulan ni macam takder semangat sangat nak hapdet blog. nak kat bizi, tak der la sangat. 24 jam kot layan facebook. ok tipu. makan tidor mandi ade je masa. siap lepak-lepak lak tu. bizi stadi madi tak hengat? tak jugak. study ala kadar je. jiwa kacau? tak jugak. it just malas. u tell me why!! tetiba drama sinetron.

okay cukup. hari ni aku just nak kongsi info yg cambest jek. huhu. jom kita tengok sifat lelaki dari A to Z.

A = ala-ala
agak mengelirukan sedikit bila ada yang dikategorikan dalam kelompok ala-ala ini. perakuannya mencurigakan. lazimnya, mereka dikenali sebagai lelaki lembut atau adik-adik. gitu! tapi, tak semestinya mereka tak berperasaan kat perempuan. cuma perwatakan mereka camtu.

B = bohjan
kategori yg paling ditakuti. lelaki ini mengharapkan cinta semata mata demi memenuhi nafsunya sendiri dan bukannya kerana cinta itu sendiri. Awas!

C = cemburu
okay fine. cemburu tandanya sayang. tapi kalau keterlaluan? sayang hapenye uols. sikap cemburu membuatkan lelaki cenderung untuk bersifat mengongkong pasangannya. kebanyakan wanita takkan tahan dengan sifat cemburu ini. rimas katanya.

D = dugong
jenis yang lepas makan terus membuta. bila ajak keluar, banyak lak alasan dia. demam la, byk kerja la. hakikatnya pemalas. malang sape yang kapel ngan jenis camni. asyik memerap kat umah je la. membuta depan tivi. kih3.

E = emas
kelapa lagi tua lagi banyak santannya. sama ngan lelaki veteran. mak haih dia punya gatal. kalah keladi lah. lebih-lebih lagi kononnya orang kata makin tua makin banyak pengalaman. kihkihkih. siap sedia la dengan kata-kata emas payung diorang tu. konpom cair.

F = fidofilia
harapkan pagar, pagar makan padi. beras mana? dah habis? lelaki ini sering menyimpan perasaan sayang yang keterlaluan trhadap pasangannya yang jauh lebih muda dari usianya. kerana ada lelaki camni la terjadinya kes-kes rogol kanak-kanak. nauzubillah~

G = gigolo
pergh. ganas. sering menjadi tumpuan warga emas nak nak yang kaya raya. lelaki jenis ini hanya ingin memenuhi tuntutan realistik semata-mata hingga sanggup gadaikan maruah dan harga diri. kalau tetiba orang kampung yg miskin tetiba balik kampung bawak Fairlady padahal baru 3 bulan duk kL, hati-hati la yer. we might never know.

H = hipokrit
depan lain, belakang lain. spesies mmg perlu sangat dijauhi. mereka lazimnya bijak bermain kata-kata. padahal, indah khabar dari rupa. better siasat sebelum terima cakap dia bulat-bulat.

I= intellegent
berpendidikan dan serba tahu. kalah professor.ceritalah pasal apa sahaja, dia dengan mudah berbual. tapi hati-hati, adakalanya perasaan ego dan berlagak sangat hebat dalam dirinya.biasalah manusia kan. pantang lebih sikit, mulalah berlagak. lumrah beb~

J = jambu
mamat yang ayu. lelaki jenis ini sering sangat taksub dengan penampilan diri dan kreatif. tapi tak bermakna mereka gay! ada diantara mereka adalah lelaki sejati. mungkin dari kacukan luar negara kot.

K = kaki kencing
pelbagai janji ditaburkan, sampai masa nanti habuk pon tarak. kesimpulannya, jangan mudah memberi kepercayaan kpd seseorang, nanti merana.

L = loyar buruk
agaknya dulu cita-cita nak jadi peguam tapi sebab belajar pun lebih kurang jek, jadi la loyar buruk. golongan ini susah nak dibawa berbincang hal-hal yang serius, layak jadi panglipurlara jek.silap hari bulan, sikap loyar buruk tu leh jadi punca gaduh.

M = macho
jejaka idaman setiap wanita. perwatakan yg cool dan steady jer. lazimnya, lelaki yg berkelebihan macho ini ada 2 3 4 teman wanita. maklumlah, macho sangat. ambik kesempatan betul. but, lelaki macho tak semestinya tampan.

N = nangis
mamat sememeh. sikit sikit nangis. hati selembut sutera. mungkin kategori mamat jiwang la kot. but, mungkin dia nak buktikan bukan wanita sahaja boleh gunakan airmata sebagai senjata. awas!

O = opss
lelaki yang sukar memikul tanggungjawab dan gemar melepaskan diri. bijak memberi alasan demi untuk melepaskan diri hingga sanggup menyusahkan orang yang disayanginya itu.

P = perasaan
akulah yg hensem. perasan! sehingga bila berada dikhalayak ramai, dia beranggapan semua orang sedang memerhatikannya. bila ada yang cuba berbual dengannya, mesti dia ingat orang tu jatuh cinta dengannya. oh tolonglah!

Q = quality control
semua harus perfect. individu jenis ni selalu high taste. so kalau korang jenis yang ala-ala selekeh, better lupakan je niat tu.huhu.

R = rilex
cool dan tenang je walau dalam apa jua keadaan. lelaki ini bijak mengawal perasaananya dan mampu menenangkan indiidu lain dengan mudah. dia akan berfikir sebelum bertindak. bagus siapa yg kenal dengan lelaki seperti ini.

S = syok sendiri
syok sendiri akhirnya timbul perasaan perasan!

T = tulen
lelaki tulen sudah tentu memiliki karakter yg berkarisma. biarpun tidak memiliki rupa yang kacak, namun mereka mampu memikat gadis-gadis.

U = universal
sikap terbuka dan sedia menerima menjadikan dirinya seorang lelaki yang disenangi dan mudah didekati. lelaki kategori ini mudah mendapat teman kerana bijak menyesuaikan diri dalam keadaan apa sekalipun.

V = vouge
lelaki yg agak cerewet dan gemar mengkritik orang lain. lelaki vouge ini memiliki penampilan yg menarik dan sentiasa kelihatan kemas. lazimnya, jenama barangan yang dipakainya pasti mahal-mahal demi menjaga status.

W = was-was
sering menyimpan perasaan keliru dan curiga terhadap sesuatu perkara. lelaki kategori ini elok kalau banyakkan solat istikharah. bahaya nih.

X = x-files
lelaki yang sukar ditafsir perlakuannya. sikapnya sentiasa berubah-ubah. sangat misteri dan menjadi tanda tanya. mungkin pasangan akan mudah bosan dengan sikap lelaki seperti ini kerana tingkah laku yang sukar dijangka.

Y = yo-yo
gemar tarik tali. banyak alasan sebab taknak terikat dengan komitmen. kadangkala sebab sikapnya yang kurang matang menjadikan mereka sebagai individu yang takut utk memikul tanggungjawab.

Z = zebra
lelaki zebra atau hidung belang akan melakukan perkara atas sebab-sebab tertentu untuk kepentingan diri sendiri. lelaki ini adalah lelaki kasanova!



ehem. cuba teka lelaki ini dalam kategori mana?
kehkehkeh.

notaLelaki : sekali lagi mahu tanya, komplekskah lelaki?

p/s : exam dah habis. fyp dah bermula. kini bercinta dgn fyp lak.

p/s/s : esok mahu pulang ke kL. lepaking kat kolej lagi best.

p/s/s/s : proposal fyp belom siap dh berangan nak wat projek.hoho~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...