ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Thursday, December 31, 2009

.: bienvenidas a la clase de español :.

first time masuk kelas bahasa sepanyol..teruja sangat. walaupon tawu akan kene perkenalkan diri. sbb kelas ari isnin aku x dtg..haha..damn!

señora : (taking the last meeting's attendance). ridzwan..(dengan penuh senyuman)
ridzwan : estoy aqui. ( i'm here. td abu dah pronounce.so leh la sebut)

señora : nope.u're absent last meeting. the answer should be....(bla bla bla..)
ridzwan : lo siente señora. estaba ausente. ahora, estoy aqui. (i'm sorry madam, i was absent.now, i'm here..kecut perut aku nk sebut.)

señora : good!! (sambil senyum lagi kat aku..)

señora : to be affair, u should introducing urself like the others. refer to ur friends on how to introducing urself.(senyuman masih mekar nih!)

ridzwan : hola.soy ridzwan de la facultad informatika. soy de terengganu, malasia.gracias.(hai, saya ridzwan dari fakulti sains komputer. saya dari terengganu, malaysia.trima kasih)

: the end :

kelas yang sgt menarik.kelakar..señora yang sgt funny..asyik wat lawak jer..credit to her..kelas yang sgt x boring..ade2 je señora kami nie..haha..senyum.hilang semua masalah..enhorabuena!!

.ridzwan razif.



.: 2010 :.


2009 melabuhkan tirai.
2010 datang menggantikan tempat.
kenangan semalam kekal di ingatan.
tragedi kelmarin moga lenyap.
bersama 2009.

1 januari 2010.
jumaat.
penghulu segala hari.
permulaan tahun baru.
bulan baru.
minggu baru.
moga azam yang dibuat tercapai.
berkat penghulu hari.
penuh hikmah.
penuh rahmat.
insyaAllah.

ramalan gerhana.
malam tahun baru.
malam jumaat.
moga bawa keberkatan.
bawa seribu rahmat.
jauhkan malapetaka.
limpahkanlah rezeki.
ya Tuhan.
kupohon padamu.

moga 2010 bawa bersama.
kekuatan.
kesungguhan.
kejayaan.
kebahagiaan.
keharmonian.
dalam meneruskan cabaran.
di bumi milikMu ya Allah.

.ridzwan razif.

.: gagal :.

aku terjaga.
dalam pekat malam.
ketika lena tidurku.
mimpikan dia.
terkenangkan dia.
menangis aku.
dan terus menangis.
hingga kembali terlena.

kini aku bangkit.
dan berharap.
tragedi semalam adalah mimpi.
namun gagal.
ianya realiti.

aku gagal.
gagal.



.ridzwan razif.

.: tamat sudah :.

saat 31 disember menjengah.
ada lagi 24 jam.
sebelum masuk tahun baru.
oh my gosh!
pejam celik pejam celik.
tahun baru dah menjelma.
azam?
impian?
tercapai ke azam tahun ni?
fikir sejenak.
apa sumbangan pada diri sendiri.
sumbangan pada negara.
sumbangan pada nusa & bangsa.
tahun ini.
muhasabah diri.
gunakan 24 jam yang ada sebaiknya.
2009 takkan kembali.

.ridzwan razif.

Wednesday, December 30, 2009

.: aku minta hormat :.

*********************************
bila angin bertiup perlahan
jangan minta taufan mengganas

tatkala ombak mengalun damai
jangan minta tsunami menjengah

ketika suasana aman sentosa
jangan minta gempa menyergah

*********************************

aku minta kau hormati aku.
hormati.
perkara senang.

kau hormat aku.
aku hormat kau.
okey?

.ridzwanrazif.

okay

everything will be okay in the end.

if it's not okay.
it's not the end.


.ridzwan razif.

.: misi yang tiada kesudahan :.

infiniti.
tanpa destinasi.
tiada penghujung.
aku berlari.
kekadang merangkak perlahan.
di kesesakan lintasan dunia.
mencari segunung fakta.
juga sebuah pengalaman.
di balik sejuta penghinaan.

penat.
sudah puas.
tenat.
tapi harapan masih teguh.
lantas meneruskan misi.
yang tiada kesudahannya.

lari aku berlari.
menuju destinasi.
biar peluh mencurah-curah.
biar tapak melecet berdarah.
biar lelah mencengkam dada.
aku harus berlari.
agar tamat pencarian.
mungkin.
akan tamat.

.ridzwanrazif.

Tuesday, December 29, 2009

aku dan dia


kembalikanlah dia.
agar bisa aku senyum.
riang girang.
seperti azali.
pulangkanlah dia.
kepangkuanku.
buat temani sepiku.
menyusur kehidupan.
layarkanlah dia.
ke lautan kasihku.
agar aku tak lemas.
dalam perasaanku sendiri.
pimpinlah dia.
pulang kepadaku.
agar dia tidak sesat.
jatuh ke lembah kekecewaan.
tunjukkanlah dia.
jalan kehatiku.
permudahkan laluannya.
dan satukanlah kami.

ya Tuhan..permudahkanlah hubungan kami..
sinarilah diriku dan dirinya.
dengan limpahan kasih sayang.
dan curahan cinta sejati.

rapatkanlah jurang.
jauhkanlah malapetaka.
hilangkanlah kesangsian.
lenyapkanlah halangan.

biarkan kami.
terus menyemai cinta.



Sunday, December 27, 2009

KEMBALI PULANG

selamat kembali
ke
Kolej Canselor
Universiti Putra Malaysia.



semester baru bermula.
seiring dengan tahun baru.
sejajar dengan azam baru.
insyaAllah.
semoga diberikan kekuatan.
mengharungi cabaran semester baru.

hope semester kali ni terbaik dari yg lepas.
insyaAllah.

buat semua.
selamat kembali aku ucapkan.
selamat menempuhi cabaran.
berikan yang terbaik.
untuk semua.

.ridzwan razif.

GUC


Galeri Usahawan Canselor, UPM..

alhamdulillah..stok brg berjumlah hampir rm10k dah abes aku display..thanx to amy, nabil, ikhwan, munie, n org yg tolong..bos aku, si aziany.thanx a lots..penat mmg penat..smpai sekarang sakit pinggang..sbb angkat berat..tp xpe..kepuasan..sgt gembira bila tgk brg2 yg sgt banyak..pelbagai jenis..mcm minimarket.. huhuhu..sekarang sibuk design utk cover page note book edisi khas GUC..insyaAllah akan dipasarkan dlm masa terdekat nie..

betul kata orang..tak kenal maka tak cinta..dulu aku tak suker sgt guc tp skrg AKU SAYANG GUC..buktinya, aku sanggup balik seminggu awal dan uruskan guc tanpa rasa jemu..entahlah..bila tgk barang2 tersusun nie..datang satu kepuasan..bangga bila tgk titik peluh sendiri..


jawatan sebagai pengurus stok membuatkan aku perlu arif dan biasa dengan susunan barang2 dlm GUC..selain menyemai semangat keusahawanan, dapat jugak la aku pengalaman yang bukan semua orang leh dapat..soft skill..penting tuh..hidup GUC!!!

Saturday, December 26, 2009

my Digi broadband


haha..dunia tanpa sempadan kini milikku..mari kita jelajahi bersama..haha.aku berjaya dapatkan broadband untuk diri aku sendiri..walaupun tak semahal dan selaju yg lain, aku tetap berbangga..haha..jenama apa? adoyai..jenama tak glamer pon..Digi jer..hihi.. kos modem dan kos bulanan takyah la tawu yerk..hehe..aku masih mampu membayarnyer..haha..eh seronok la online gune broadband sendiri..takyah dah nak share uspot yg tersangat lembap bila ramai yg guna..hahaha..perkara pertama yg aku wat bila broadband ni dah leh guna ialah bukak youtube..tgk laju x buffer..so far ok gak la..not bad..wellpasni leh la update blog selalu..haha..insyaAllah..

Tuesday, December 22, 2009

ketika cinta bertasbih

KETIKA CINTA BERTASBIH

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

satu lagu yg mana liriknya sgt membawa erti. Mengucap satu nama. ya, Maha Cinta. cinta hebat yang tiada tandingannya. MasyaAllah. terasa sgt kerdil diri ini bila terbaca alunan lirik ini. tiada cinta yang lebih agung berbanding cintaNya. Ya Maha Cinta, berikanlah aku cinta suci agar aku tak gelincir dari landasanmu. berikan aku cinta sejati agar aku mengerti erti setia. berikan aku cinta hakiki agar aku sentiasa berpaut pada cintaMu. berikan aku cinta yang murni agar aku teguh berpegang pada cinta milikku. Sujud Syukur Padamu Atas Segala Cinta.

.cinta.

igauan malam

kekadang.
terfikir aku sejenak.
mengapa aku begini.
lain sekali kejadiannya.
jauh dari landasan yang betul.
hampir tergelincir ke dalam gaung.
begitu hampir.
namun kekuatan roda menyelamat.
kuat berpaut.
kukuh mencengkam.
dan kembali meluncur.

semangat kekadang hilang.
bila tragedi datang menyinggah.
hampir menyerah.
dan kembali ke garisan mula.
berkat semangat yg masih bersisa.
aku gagahkan diri.
menyambung perjuangan.
bangkit utk menyerang.
demi masa depan.

kata org bijak pandai.
u are what u are bcoz of what has goes into ur mind.
u can change what u are by changing what has goes into ur mind.
ada benarnya.

mandi manda

belakang dari kiri : syafiq, wan, ikhwan, muhaimin, wakdol, rafi, haikal
tengah dari kiri : juliana, dayah, sikin, reen, nana, pika, faiz, amy, nazri
depan : munie dan adik reen.


gambar masa mandi manda di Sungai Congkak, Hulu Langat.
hihihi..
position formal tuh.
tak menahan.
cool.
comel dan hensem.
sgt bergaya.
credit again to our photographer.
hope leh sama-sama mandi manda lagi lain kali.
terbaik ah!

PMFSKTM 08/09

hari terakhir kami bersama sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia. pada masa nie, jawatan kami telah diserahkan kepada pucuk pimpinan baru iaitu junior-junior kami lak. hehe..cukup la kami pegang persatuan nie. buat semua rakan seperjuangan, terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti anda.

kami cool

dari kiri : ridzwan, ikhwan, wak dol, amy

gambar diambil masa sesi fotografi majalah PERSADA.
damn baju aku x sama.
sbb x janji nak pakai baju sama.
kebetulan dak 3 ekor lagi tuh pakai baju sama.
haha.
aku dan wakdol sebilik.
ikhwan dan amy sebilik.
sesuai sgt gambar nie.
credit to photographer.
cool..:)

Saturday, December 19, 2009

bersawang!!

fuh..fuh..fuh..
berhabuk blog aku nih.
lama benor tak bukak.
lama benor tak mengeluarkan entri-entri caci maki.
adoi.

wait for my next entri.
God willing.
i'll post at least 1 entry everyday.
hope i got my time.

cuti sem pon dah mcm nak abes.
eh.eh.
mcm?
kata kaw!
dah abes kot.
ready tuk sem 4 lak.
x sgka.
pejam celik pejam celik.
dah sem 4 aku kat upm.
dah dua tahun.
ade lagi setahun.
utk berjuang.

alhamdulillah.
masih diberi kekuatan utk teruskan semangat.
meneruskan perjuangan.
membina masa depan.
cemerlang dan gemilang.

wah!
skema sgt ayat.
maintain gojes.

anyway.
miss my upm.
miss my frenz.
miss my sweet moment at upm.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...