ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Tuesday, February 23, 2010

.: kamu jangan bilang kamu teguh andai kamu dan aku saling jatuh menjatuhkan :.

dunia aku begini..
dan selamanya kekal begini..
meskipun mata kita bersatu..
dan kita sama-sama mengintai celahan detik..
kita akan tetap begini..
bagai langit dan bumi..
andai masing-masing terlalu agungkan diri..

seteguh batu..
akhirnya berlekuk dititip air..
akhirnya hancur ditiup hembusan angin..
kita tetap begini..
mencari sesuatu yang tak pasti..
bukankah begitu?

pelik bukan..
kita sama-sama berjuang..
tapi apa yang kita dapat?

aku harus kuat..
aku benci semua ini..
dan aku tak akan biarkan semua ini menang..
dan bersorak beramai-ramai..
jangan kamu mimpi!

p/s : nothing in my mind..kosong..vakum mungkin..:p

.ridzwan razif.

.: kalau sudah diri itu petualang, selamanya akan jadi petualang..persoalannya, tugasan kamu adalah menghancurkan akukah? :.

***********************************
aku tak mahu bicara..
sebelum kau cerita semua..
apa mahumu siapa dirinya..
tak betah bila ada yang lain..

***********************************

*sigh..
berat aku mahu pikul dugaan ini..
baru beberapa hari aku keluarkan senyuman ikhlas..
akhirnya diragut petualang yang entah mna asal usulnya..
ragut dan hilangkan..
rakus..
kini aku paksa diri aku..
senyum dengan sisa-sisa yang masih ada..
terasa amat pahit..kelat..masam..

entah dari lubang kubur mana keluarnya..
petualang yang rakus meragut senyum aku..
menyebarkan virus-virus yang hina..
demi menagih cinta yang tersangat rapuh untuk dia berpaut..
hina..petualang yang tersangat hina..
mungkin di hayat dulu, dia adalah seorang yang gagal..
dalam mencari cinta sendiri..
lantas hayat ini dijadikan satu landasan kemenangan..

*gelak..
*senyum..
*ketawa..

masih ada yang berhati busuk..
tega merosakkan kebahagiaan orang lain..
demi memuaskan diri sendiri..

kamu petualang..
tidak pernah yang bahagia apabila aku sengsara..
aku sumpah..tiada yang bahagia..
air mata aku adalah punca kesengsaraan kamu kelak..
kamu bermain jahat dengan orang yang salah..
silap pada tempatnya..
masanya..
dan orangnya..

*ketawa..

p/s : kamu boleh hina aku sepuas mungkin..tapi penghinaan yang kamu terima nanti akan lebih hebat..kamu boleh berbicara apa sahaja, tapi bukan pada sesiapa sahaja..

.ridzwan razif.

Monday, February 22, 2010

.: kalau ia berita gembira, apakata sertai aku senyum selebar yang mungkin :.

mari semua..
senyum..dan senyum lagi..
lebar-lebar..senyum semua..
lupakan sekejap senyuman palsu plastik itu..
kita senyum sepuas-puasnya..

pelik bukan?
tak mengapa..(masih senyum)..
aku terasa gembira..
walaupun masih ada mood berduka..
tak mengapa..senyum lagi..:)

dia dan aku..dan pihak ketiga..
kini berdamai..mencipta keserasian..
berkongsi kisah suka duka..
pelik bukan? siapa kata madu itu pahit?
manislah! ye..madu sgt manis..
cuma kadang-kadang madu itu jadi racun paling bisa..
ah..biarkan..pandai makan pandailah cari ubatnya.

ingin sekali ukir senyuman..
dan tayangkan pada semua..
biar cemburu semuanya..
biar jatuh tersungkur kamu semua..
padan muka..
dan aku terus menyinar dengan senyuman bahagia..
mungkin..:)


p/s : jangan cuba cari pasal dgn aku..aku ingin terus senyum..izinkan aku.. oh ya! aku sudah kembalikan lagu dlm laman sesawang ini..khas utk semua..harap suka la yer..senyum..

.ridzwan razif.

Friday, February 19, 2010

.: rehat sebentar :.

***************************************
paku paku paku paku,
cabut cabut,
luka, berdarah, berparut
luka kembali,
parut bernanah,
pendam pendam,
jadi barah.

mulut kata benci,
hati menafi,
otak fikir rugi,
hati kata nanti,
hati owh hati,
kau akan terluka lagi,
pasti!

***************************************

p/s : renung-renungkan dan selamat beramal..:)

.ridzwan razif.

Thursday, February 18, 2010

.: kalau rasa tak sanggup kehilangan, jangan sesekali libatkan cinta dalam persahabatan :.

cinta..
memang indah..
kentut yang busuk pun bau tersangat wangi..
muka pecah rumah pun dirasakan bagai model antarabangsa..

kawan..
selamanya indah walaupun byk cacat celanya..
kentut wangi pun terasa tersangat hanjeng baunya..
muka model antarabangsa pun dikutuk muka pecah rumah..

sedar tak?
kawan lebih bermakna dari cinta..
kalau gaduh, kita still kawan kan..
susah payah kita..kawan yang akan hulurkan tangan..
cinta?
kalau gaduh, mesti clash..
pastu canang sana-sini..
dia jahat la..kaki pukul la..
pastu saman sana sini..
time susah..berapa ketul je yg sanggup tolong antara satu sama lain?
takyah kira guna jari kaki..
guna jari tangan pon masih ada jari lebih..

tapi..
bila cinta ditolak..
wajarkah ruang utk berkawan juga ditutup?
fikirkanlah..

p/s : menolak cinta seseorang..tapi akhirnya seluruh ruang utk berkawan dengannya ditutup..wajarkah? keputusan dibuat utk kebaikan bersama..krn tak mahu kehilangan antara satu sama lain 1 hari nanti..tapi..

.ridzwan razif.

Wednesday, February 17, 2010

.: mahukah kita teruskan saja praktikal kita esok hari? :.

ingin senyum..
ketawa..girang riang..
lupakan kisah duka sebentar..
hati dipalit senyuman..
tanggalkan sebentar senyuman palsu..
ganti dengan senyuman realiti..
ah..terasa manisnya..

semalam aku menangis..
perlu berseorangankah untuk praktikal..
aku tak pandai lah!
mendesign website..mencipta database..
menguruskan rangkaian network..
haih~
aku kurang arif..lalu bagaimana harus berpraktikal seorang diri..
bukankah itu namanya menempah maut..
ketawa..hahahaha..

hari ini aku tersenyum..
ikhlas untuk semua..
thanx misz aisah untuk info..
permohonan praktikal diluluskan..
syukur..
tempat yang sama dengan faizal rosli, amy chucky dan munirah yahya..
Kmenterian Kebudayaan, Kesenian & Warisan, Shah Alam..
hahahaha..
ada kawan!
sekurang-kurangnya tiada maut ditempah..
senyum..peluk untuk semua..

p/s : rasa gembira..lupa sebentar duka semalam..kawan2, jom terus praktikal..:)

.ridzwan razif.

.: i'll test u by the way u never know u're being tested :.

menangis..sayu..
tunduk layu..
*sigh..

penderitaan aku..
air mata aku..
keperitan yang aku lalui..
rupanya hanya ujian yang sedang berlangsung..

maafkan aku..kerana bersangka buruk terhadap dirimu..
maafkan aku..kerana sangsi dengan tindak tandukmu..
aku mentah dlm menduga perbuatan..
mentah dlm meneliti sesuatu kekhilafan..

mengapa sampai begini kau uji aku..
mengapa sampai saat aku mencari keseronokan luar..
mengapa sampai saat aku mencari insan lain sbg pengganti..
mengapa sampai saat kering air mata aku..
mengapa baru sekarang kau bongkarkan segalanya..
mengapa sampai saat aku cuba utk lupakanmu..

maafkan aku..aku tak kuat..
tapi aku masih menyanyangi kamu..
dan masih mencintai kamu..
maafkan aku atas tindak tanduk melulu aku..

sayang..
jgn lagi ada penipuan antara kita..
janji?

p/s : sob3..

.ridzwan razif.

Tuesday, February 16, 2010

.: aku kurang arif saat berbicara..jauh sekali untuk berdebat menyatakan pendapat..tapi demi pencarian ini..aku harus bangkit bersuara :.

gah..bunyi tajuknya..
semangat..sila datang..aku perlukanmu..
tunduk..sayu..
bagaimana harus aku bicarakan..
*sigh..

penat aku menyusun kata..
agar dia tidak kecewa..
aku sudah punya pengganti jiwa..
yang mencintai aku selamanya..

tapi aku harus berbicara..
melihatkan kebahagiaan mereka..aku harus akur..
undur diri adalah jalan terbaik..
dan buka pintu hati aku untuk insan lain..
yang sedia menerima aku seadanya..
aku harus..kerana aku juga ada hati dan perasaan..

maafkan aku sayang..
aku harus undur diri..dari menjadi batu penghalang..
antara kau dan dia..
kisah kita sudah berakhir..
kau sudah capai kebahagiaan yang kau cari..
izinkan aku mendapatkan kebahagiaan aku sendiri..
maafkan aku..
aku pohon izinmu sayang..
lepaskan aku..

semoga hubungan kita tidak akan putus..
walau antara kita sudah tiada cinta..
persahabatan kita akan kekal selamanya..
aku janji..dan harap kau juga begitu..

tunduk..sayu..
aku harus tampal senyuman di wajah..
dan mendongak senyum..
tapi hambar..

p/s : doakan aku..semoga kau dan dia bahagia..terima kasih Hafizan Hasan.

.ridzwan razif.

Sunday, February 14, 2010

.: bukan niat meragui persahabatan..cuma terdetik andainya.. :.

hidup ini susah kita nak DUGA..
kadang kala kita terasa DEKAT dengan SESEORANG tu..
tapi sebenarnya JAUH..
walaupun kita dapat GENGGAM TANGAN dia..
belum tentu kita dapat SELAMI hati dia..
mungkin kita boleh buat dia KETAWA..
tapi kita tak tahu apa makna SENYUMANNYA..
bila dia MENANGIS..
kita datang MEMUJUKNYA..
walhal..KEHADIRAN kita langsung TAK DISENANGI..
rencah dunia..kita takkan tahu siapa KAWAN siapa LAWAN..
hingga saat kita JATUH TERSUNGKUR..
adakah ada tangan yang MENGHULUR..
atau kita sendiri DITINGGALKAN terkapai-kapai..

p/s : kita senang sekali bersahabat..tapi berbaloikah setiap sahabat yang kita miliki..semoga hubungan persahabatan ini kekal utuh selamanya..:)

.ridzwan razif.

.: menambat dua hati..di hari kekasih :.

ketawa..gembira..
ingin aku terus senyum..
sepanjang hari..
ops! bukan kerana aku..

tahniah..
buat dua kawan baik aku..
berjaya menjadi pasangan kekasih..
di hari kekasih..
ouh..kalian sangat romantik..

semoga berbahagia..
dan berkekalan ke jinjang pelamin..
aku??
tak mengapa..aku doakan kalian..
hahaha..
senyum.

p/s : akhirnya..mereka bersatu..:)

.ridzwan razif.

.: sunyi di hari menyimpul kasih..hanya bertemankan angin bertiup sayu :.

SALAM VALENTINES!

sunyi..tanpa ucapan..
seksa..tapi inilah aku..
kamu semua jangan pelik..
valentines aku mmg begini..belum mampu meraikan..
sejambak bunga..sekeping kad..
sekotak coklat..ah! itu bukan aku..

ketawa.
senyum.
indahnya hidup..tanpa ada kekangan.
aku cukup pasti.
mlm ini hotel penuh.
restoran-restoran mewah habis dibooking.
restoran mamak??
apa barang weh!

haih~
semoga 9 bulan lagi..
tiada anak hasil meraikan kekasih..
di dlm longkang mahupun di tepi tong smpah..

ketawa.
kamu semua pelik.
ye.manusia mmg pelik.
*sigh~


p/s : selamat lah semua..valentines utk aku? mungkin bukan sekarang..:)

.ridzwan razif.

Saturday, February 13, 2010

.: semalam kau gembira..tapi kini haruskah kau berduka.. :.

semalam kau sgt gembira..
mengungkapkan kata cinta..
pada insan yang bertahta dihatimu..
selamanya..
aku juga tumpang gembira..
pabila kau gembira..
betul..jujur aku gembira..
walau kisah kita sudah sampai akhirnya..

kini kau berduka..
semua yang pernah aku lalui kini beralih pada kau..
kekecewaan..luka..penantian..
perit kan..aku pernah lalui..
aku mengerti semuanya..
aku turut bersedih..
kerana kau bersedih..
jujur aku gusar..
sedih dan kecewa..

kau jangan buat keputusan terburu-buru..
jangan ikutkan perasaan..
fikir serasional-rasionalnya..
aku doakan kebahagiaan kau..
walau aku sendiri masih mencari kebahagiaan..

p/s : karma sudah dtg..harap kau tabah..aku sentiasa utk tenangkanmu..mungkin harus aku akui, tiada yang boleh bahagia atas air mata aku..

.ridzwan razif.

.: selamat tahun baru cina..yes! saya berada di teratak bonda :.

SELAMAT TAHUN BARU CINA..
khas buat semua rakan taulan berbangsa cina..
ang pau mari....haha

seronok x tergambar..
berada di teratak bonda..
disisi bonda tercinta..
terasa hidup sgt indah..

lupakan dulu hal-hal upm..
lupakan dulu soal assignment..
lupakan dulu semangat canselorian..
kerana saya ingin berehat di sini..

oh kampung halamanku..
kedamaian dan keharmonian..
*harmoni ker????

p/s : perasaan gembira krn broadband sgt laju disini..maklumlah..line makhluk kuning! selamat bercuti semua!!!!!

.ridzwan razif.

Wednesday, February 10, 2010

.: kenapa bukan dulu? :.

sedih..gusar..
hati sgt kecewa..merana..
kenapa baru sekarang aku kenal mereka?
kenapa bukan dulu?
kenapa bila mereka harus pergi meninggalkan aku?

singkatnya pertemuan ini..
pendeknya kemesraan ini..
mengapa baru sekarang?
pertemuan dan kemesraan ini terjalin..

mereka akan pergi..
menjalankan amanah dan tanggungjawab..
demi masa depan sendiri..
dan meninggalkan kami disini..
untuk teruskan perjuangan..

sahabat..
pergilah..jalankan tanggungjawabmu..
semoga berjaya dunia dan akhirat..
dan semoga persahabatan yang terjalin ini akan kekal..
selama-lamanya..
insyaAllah..

kenangan kita bersama di Sunway Lagoon..:)

p/s : buat semua kawan-kawan senior yg akan kuar berpraktikal, selamat maju jaya..semoga kemesraan yang terjalin antara kita akan berkekalan..i'll miss u guys!

.ridzwan razif.

Monday, February 08, 2010

.: apa yang aku beri..apa yang kau balas :.

**************************************************
aku beri kau hati..
kau biarkan aku ternanti-nanti..

aku beri kau cinta..
kau berikan aku lara..

tapi kini..kau berika aku luka..
tunggu..kau akan terima lebih dari sekadar tuba..

***************************************************

p/s : sekian dahulu.

.ridzwan razif.

.: lepas ini fokuskan pada mukabuku sepanjang masa :.

hoooorayyyyyyyyy...
test 1 dah berakhir..
last paper kalkulus..mcm haram!

tragis..sedih..gusar..
gembira..senyum..girang..
bercampur baur..
keliru..tapi sebagai manusia..
kegembiraan mengatasi segalanya..
haih!

p/s : berpoya-poya di The Mines lepas last paper..ko ingat final test nk selebret2 nih?? esok kelas jam 8 pg..sila hadiahkan senyuman ikhlas buat semua..peace!

.ridzwan razif.

.: kisah semalam biarkan basi..aku sudah buka buku baru :.

aku ingin ketawa lagi..
girang..riang..
seperti mahu melompat bak anak-anak dpt patung barbie..
senyum manis utk semua..

oh maaf..aku fanatik..
kerana aku ingin happy..aku mahu lupakan luka semalam..
parutnya masih ada..biarlah..
sebagai kenangan..sejarah silam..
biarkan tinggal parutan kenangan..memori terluka..pedih!

kini dia gusar..keindahan yang dicapai goyah..
Ya Allah..bantulah dia..
jangan goyahkan imannya..jangan wujudkan dendam antara mereka..
aku pohon..jangan pisahkan mereka..
kerana kebahagian mereka adalah kebahagian aku..

p/s : kesian dia..semoga tabah harungi dugaan..walaupun aku dikhianati, tp aku takkan mengkhianati..walau aku dilukai, tp aku takkan sesekali melukai..badai yg datang melanda mengajar kita erti hidup yang sebenar..

.ridzwan razif.

Saturday, February 06, 2010

.: pesanan penaja buat semua :.

PERHATIAN!!
kepada yang ingin terus MEMPERBODOHKAN aku..
sila berbuat demikian sementara anda mampu..

p/s : lahirnya aku ke dunia ini adalah utk diperbodohkankah?

.ridzwan razif.

.: riang seorang mahasiswa :.

senyum..ketawa girang..
ayuh kawan-kawan..gelak ketawa bersama..
hati girang..riang..
alangkah nikmatnya hidup ini..
*dalam mimpi je tuh!

penat..minggu test bertimbun..
computer graphic..sepanyol..aplikasi multimedia..
dan KALKULUS!
ahad lak tuh..hari minggu..
mmg mncabar keimanan seorang mahasiswa..
ahad adalah hari berpoya-poya!
bukan hari memecahkan kepala..
ayoooo..

kalkulus = kalau lulus..
sesuaikah??
agak sesuai kan?

p/s : wish me luck!!!!!

.ridzwan razif.

Thursday, February 04, 2010

.: pemain hati yang hebat..hebatkah kau? :.

****************************************
separuh jiwaku pergi
memang indah semuanya
tapi berakhir luka
kau mainkan hati dalam sedarmu
kau tinggalkan aku

benar aku mencintaimu
tapi tak begini
kau khianati hati ini
kau curangi aku

kau bilang tak pernah bahagia
selama dengan aku
itu ucap bibirmu
kau dustakan semua yang kita bina
kau hancurkan semua
*****************************************

jangan dilafazkan 'aku cinta'..
jika tahu diri tak setia..
kerna bila kata kejujuran dilafazkan..
dan bila ia diakhiri dengan kecurangan..
rasanya terlalu pedih..
mungkin bukan pada diri..
tapi pada insan lain..

usah khianati cinta yang kita semai..
kerna hari ini kita lukakan sekeping hati yg tulus..
satu hari nanti..hati kita akan terobek hancur..
walau kita yakin dengan ketulusan sendiri..

p/s : wahai pemain cinta..ingatlah..cinta itu indah..tapi awas! cinta itu pendendam..


.ridzwan razif.

Wednesday, February 03, 2010

.: diam aku bukan sebab masalah, aku cuma cemburu :.

aku rapat ngan kau..
tapi bila kau jumpa orang lain..
kau mcm asingkan aku..
kadang-kadang kau buat tak tau jer..
yelah..aku tak macam dia kan..
tapi aku kan ada perasaan..

apa perasaan kau kalau kita jalan2 berdua..
aku jumpa kwn aku..then aku mcm abaikan kau..
mesti kau sedih kan..sama la ngan aku..
kadang-kadang aku rasa macam nak lari je jauh2..
aku tak nak tengok kau ngn dia..
jauh! pergi sejauh-jauhnya..
tapi aku takut kau ckp aku sombong..
so aku tahan je la mata aku..dan perasaan aku..

kau jangan cakap aku gila..
aku tak gila..aku waras..
cuma aku angau..sebab aku suka kau..
*mungkin betol aku gila.
betol..aku suka kau..bodohnya aku kan..
tapi kau jangan bimbang..aku tak kan apa2kan kau..
aku harap kau bahagia..
aku bahagia kalau kau bahagia..
kalau kau susah..kau carilah aku kalau kawan kau tu takder..
aku ada..untuk kau..

maaf..aku mmg gila kot..
kau maafkan aku ok..
aku akan cuba buang perasaan ini jauh-jauh..
sebab aku sayangkan persahabatan kita..


p/s : kau baik kan?? kau maafkan aku ok..

.ridzwan razif.

.: kalau mahu study, sila lah berMukaBuku :.

status updated..commenting..
loading..uploading new pic..tagging someone..
i new message..reading..replying..
pet society..happy aquarium..farmville..

esok mahu menjawab ujian..sedang menelaah pelajaran..
*bak ayat2 karangan sekolah..
nota bertimbun-timbun..tipu!
nota dlm lappy..tak bertimbun..
nota banyak..
*baru betol..
owh..sangat malas..memfokuskan fikiran..
gagal..terpesong lagi..
encik fikiran..kembali kau!!
mari sini..fokus kat nota ini!!!
mukabuku lagi penting..baca status2 pemukabuku..
kelakar..harap kuar soalan mukabuku esok..
haraplah kau!!

mahu ketawa..
muahahahaha..kejam bunyinya..
kahkahkah..serakah bunyinya..
tergelak sendirian..
esok..sediakan senyuman menawan..
supaya gementar semuanya..
aku bersedia..menjawab semua soalan..
pasti..aku yakin itu..
*fakta mukabuku berkeliaran dlm minda..


p/s : test 1 computer graphic..hope success!!

.ridzwan razif.

Tuesday, February 02, 2010

.: saya bukan kejam, cuma saya kadang menyampah..tiada lagi senyum manis, supaya awak sedar.. :.

tergelak sengsorang..
bila mahu menyiarkan entry berani mati nie..
gelak dulu..kahkahkah!
puas..baik!
teruskan agenda..

saya bukan menghukum..kerana saya sedar..
saya tidaklah terlalu sempurna..perfecto!
saya banyak kekurangannya..tapi satu yg saya sedar..
saya mampu berfikir secara matang..
rasional..terbuka..jauh ke hadapan..
walaupun umur saya tak lah sematang mana..
saya sedar tanggungjawab saya..sebagai khalifah di bumi Allah..
kekadang saya sendiri tewas..dilanggar badai..
hancur..runtuh menyembah bumi..
tapi saya mampu bangkit..untuk kembali tegak..

begitulah saya harap kat awak..kawan saya..
insyaAllah sahabat sejati..kerana saya sayang awak..
saya mahu kita sama-sama berjaya..
fikiran kita sudah cukup matang barangkali..
cukup untuk fikirkan baik buruk..
saya yakin..sebenar-benar yakin..

awak tak sedar lagi ke?
awak nak saya bantu awak sedar?
saya bukan menidakkan kehebatan awak..
kewujudan awak..kematangan awak..perilaku awak..
entahlah..saya manusia..kadang-kadang jemu..
kadang-kadang memberontak..sebab saya punya hidup sendiri..
awak boleh tak berkelakuan matang?
saya harap sangat..tak salah bergurau..
tapi biarlah berpada-pada..
tak semua suka ikut telunjuk awak..manusia lain-lain kan?
awak jadi matang sikit ek..
saya harap sangat..:)


p/s : saya sedih bila saya je yang terpaksa mengalah..saya je yg terpaksa jaga hati org.. kadang-kadang hati dan perasaan saya memberontak mahukan kemenangan..tapi apakan daya..saya lemah..tak mengapa, biar saya yang terluka..asalkan kawan-kawan saya bahagia..saya ikhlas..:)

.ridzwan razif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...