ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Saturday, July 31, 2010

| campus life |

campus life is the interesting part. sape setuju jom ronggeng beramai-ramai. boleh? biasalah, bebudak U ni time weekend diorang heaven giler-giler lah. nak nak lepas abes kelas petang Jumaat. diorang punya gelak sakan tu macam haram punyalah happy macam dah abes final exam. cilake. abes je lecture, semua dah wat plan masing-masing dah. sumer dah ada plan sendiri. kadang-kadang plan ad-hoc jer. tetibe jadi kan.

yg pakwe makwe bagai ni beselah. sibuk nak kuar dating. da seminggu plan nak tengok midnight movie. si pakwe ni sibuk dah book tiket awal-awal takut tiket abes. pastu janji nak amek si makwe lepas isyak (kononnya dia nak semayang isyak dulu la.). si makwe lak dari maghrib tadi lagi dah siap nak kuar. pakwe siap pesan pakai baju cantik-cantik, sejuk mata memandang katanya. padahal mcm aku tak tawu kau nak menyetan malam tu. hasilnya? bayi dilempar kedalam longkang. cilake.

pastu kalau adik-adik junior yg baru nak kenal apa itu kapel lak, besenye lepak kedai makan jer. paling worst lepak cafe kolej sebelah la. kang kalo lepak cafe kolej sendiri, kantoi lak. kene boo ngn memember. kan? pastu order teh o ais sorang satu maklumlah ptptn tak masuk agi. duduk face 2 face, bincang pasal hala tuju masa depan. very romantic la kononnya. then plan la nak temankan si makwe jalan-jalan buang duit esoknya. macam-macam korang nih!

golongan yg tak bape caya kat cinta lak biasanya plan ramai-ramai nak main futsal malam-malam. seronok katanya. leh releasekan tensen. tak pon, kuar ramai-ramai lepak kat dataran. cool katanya. gampang!

yg ni lain sikit. golongan tak bape nak bergaul ngn orang-orang perangai cilake nih. golongan mamat skema lak. lepas maghrib, gi cafe tapau nasik. makan kat bilik pastu bukak ikim.fm, ngadap assignment yg lecturer bagi. time isyak, stop jap. turun surau. then borak-borak ngn jemaah surau pastu naik bilik sambung wat assignment. ni stok-stok pointer 4 flat ni. kalo dapat 3.50 pon, mau meraung meratap bagai nih.

camner aku tawu? aku pun budak U jugak lah!

tu la campus life. study tak der la lebat sangat. ala-ala kadar je. menyetan je lebih. tapi tu la yg mmbuatkan campus life ni jadi sangat seronok. sampaikan dah kerja 30 tahun pun still lagi teringat campus life. err..life kat umah bersama bini tercinta lagi best kot. lalala~

notaHujungKaki : eh eh. aku tak macam golongan diatas. harap maklum. aku complicated sikit. hohO~

Friday, July 30, 2010

| al-Fatihah buat ayahanda kpd Eda |

bangun tidur pagi tadi, tengok henfon ada 1 mesej.

'abah eda da meninggal. exciden pagi td.'

terdiam dan henfon terlepas. nasib baik just jatuh atas katil jer. seriously aku terkejut tahap maksima. dan tangan aku terketar-ketar. till now, aku masih lagi terkejut. she is really my best friends. the really one! ya Allah. hebatnya dugaan yg Kau berikan tatkala dia di tahun akhir pengajiannya. pagi Jumaat dia pergi menemui Penciptanya. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg soleh. insyaAllah.

Nur Edayani Abdullah Munsi, semoga awak tabah hadapi dugaan maha hebat ini. be strong. semua ini dugaan. kami sebagai kawan akan sentiasa support awak. insyaAllah. takziah buat awak dan keluarga. Al-Fatihah~

*sorry tak dapat datang ziarah. insyaAllah ada masa kita jumpa k.

notaHujungKaki : sudah sampai masanya. kita ni entah bila la. wallahualam..

Thursday, July 29, 2010

| perempuan yg gagal bagi aku |

entah kenapa lately aku asyik nak mengutuk perempuan jer. hahahaha. lantak lah. negara demokrasi menjadikan aku bebas bersuara selagi tak bertentangan dengan undang-undang negara. hohO~ perempuan ni muka suci murni comel tak ada jerawat tapi kadang-kadang sangat mengecewakan aku. entahlah. lantak korang lah. jom tengok contoh-contoh perempuan yg aku rasa kalau tak jadi bini aku pun aku bersyukur sangat.

1) perempuan yang bermusuh dengan semua kawan dan kaum kerabat ex bf dia.
sekali putus cinta, mesti dia akan benci kat semua orang yg ada kaitan dengan ex dia tu. it's like, "hello!!! kau cantik sangat ke nak benci semua orang?" hidup kat muka bumi ni semuanya adalah bersaudara. apa kata kau benci je semua orang. patu kau hidup sorang-sorang. lantak~ aku cukup menyampah orang camtu. long lasting friendship konon. cait!

2) Queen Control.
ni lagi aku menyampah. nak control semua orang. kalau boleh semua kena ikut cakap dia. gila! sila jangan menikah dengan queen control.

3) asyik promote BF.
kalau bukak blog dia, kiri kanan depan belakang bertempek-tempek gambar bf dia. yelah dia sorang je yang bercinta! tak kisah la hensem ke, muka pecah rumah ke. it's really annoying. pastu bila clash, faham-faham je la. mcm-mcm ayat cover kuar. "yes! aku free. single is interesting." well. kau memang pelakon versatil. gampang!

4) the gossip girl.
oh. kerja kau gosip. kalau jumpa kwn sesama perempuan, gosip. gosip gosip gosip. eh. sedap sangat ker? yelah2. kau cukup perfect kan. hell yeah! kalau nak gosip, sila ajak aku bersama. ngerti?

5) tak reti masak.
oh. rugi je kau jadi perempuan. yelah. wanita sekarang adalah wanita bekerjaya kan. aku sokong! tapi kalau sampai tak reti masak, jangan melatah lak kalau laki korang 'makan luar' kenyang-kenyang. belajar la sampai phD pon. masak is still the important subject okay!

6) gedik detik ala-ala sotong.
yg cami lak biasanya golongan yg cantik-cantik dan juga golongan yg perasan diorang cantik. pantang ada lelaki hensem-hensem lalu or nak ngurat dia. hoh! gedik dia lebih dari sotong kena candat. liuk lentok. haih. nyampah okay. tawu lah aku tak hensem.

7) keyakinan yang terlampau tinggi melangit.
golongan mencapap. time meeting, mesti dia je yg bersuara. bermacam-macam pendapat yg dia bagi. punyalah konfiden! tak sedar orang keliling ni nak muntah tengok. termasuk la aku. tak apa, layankan je la. kang merajuk gedik-gedik lak. hello. wrong time wrong place! go to hell okay!

8) showing the stuff but it's really nothing actually!
pakai seksi-seksi. tayang semua lurah yg ada. oh ya. mungkin dia sedar yg dia tak lawa and orang lelaki tak pandang dia. so dia guna je la apa yg dia ada. wow! hebat. lelaki akan pandang. betol. tapi dalam ati mesti kutuk kaw-kaw punyalah! dah muka tak lawa, perangai pun tak lawa. tayang sana tayang sini. aku nak dekat pon takut. hah! ape cer?? yg aku pelik tu, bila lelaki tengok lurah-lurah tu..eh eh maksud aku tertengok, diorang terus cop lelaki gatal. hello, kami cuma berusaha memanjangkan usia kami. harap maklum!

9) lesbian.
well. no komen.

perempuan. ada bantahan??

notaHujungKaki : 10 perkara tentang aku yg korang benci. silakan. *sambil lipat-lipat lengan baju*

| sebab lelaki pengotor, selekeh dan gatal |

lelaki makhluk pengotor? siapa setuju? angkat tangan tinggi-tinggi dan sila kesini untuk dilempang beberapa kali. kenapa ek perempuan asyik mark lelaki ni pengotor, selekeh dan gatal tak pernah puas dengan satu pasangan. diorang ni asyik tawu komplain je pasal lelaki ni. tapi bila nak jiwang-jiwang cari lelaki gak. harharhar. lawak lah korang nih.

memang tak dinafikan lelaki ni jarang basuh baju. well, kami tak basuh baju pun bukan ada bau la. aku memang jarang basuh baju. kadang-kadang dua bulan sekali je aku basuh. sebab apa? sebab kami lelaki ni belajar untuk menjimatkan air dan duit. hah. aku duk hostel, so nak basuh baju pakai mesin mesti ada rm2. kalo ari-ari rm2 aku guna basuh baju, sebulan dah bape? setahun? silap-silap duit aku kumpul nak kahwin pun terguna sama untuk cover duit basuh baju. belum lagi masuk sabun ngan air. membazir nanti basuh ari-ari. kan? kalo basuh pakai tangan je, nanti kalo kami penat. camner nak kuar dating ngan korang. hah. pastu korang merajuk tarik muncung 20 inci. kan?

lelaki selekeh? hello. ni zaman neo maskulin okay! lelaki dah tawu pasal penjagaan diri. jarang lah lelaki selekeh. sekarang semua dah reti pakai facial cleanser, moisturiser, deodorant, sembur-sembur minyak wangi bagai. hah. kadang-kadang kalah perempuan tau. korang apa tawu? tawu pandang rendah je. kadang-kadang kami lelaki ni sengaja pakai selekeh-selekeh saje nak tengok perception korang as perempuan. dan terbukti perempuan pandang rendah kat lelaki yang pakai selekeh. tapi kalau kami pakai stylo giler siap tali leher bagai, hoh! ada je korang tergedik-gedik kat kami nak berkenalan. siapa yg patut dipandang rendah sebenarnya. well. well. well. *tak perlu masuk isu kereta apa yg kami pakai. sebab semuanya sudah terbukti.*

lelaki pentingkan diri. siapa cakap? kadang-kadang apa yg kami buat adalah untuk korang jugak sebagai wanita. kami usha part-part tertentu kat badan wanita, tu maknanya kami sedang berusaha untuk memanjangkan umur kami supaya kami mampu untuk jaga korang yg kadang-kadang asyik sakit jer kan. lagipun, time kami usha tu, bukan jadi apa-apa pun. manalah tawu kot-kot ada yg tak kena kat part tu, leh la kami bagitawu korang supaya tak jadi perkara yg sama. faham?

lagi satu. kami nak kawin banyak-banyak bukan apa. untuk bantu korang perempuan buat kerja rumah. boleh?

*larikkkkkkkkkkkkkkkk...;p

notaHujungKaki : perempuan oh perempuan.

Wednesday, July 28, 2010

| harga karipap. salah siapa dalam isu ini |

seorang murid ditanya ole guru matematiknya. "Jika sebiji karipap berharga 40 sen, berapakah harga untuk 3 biji karipap?". tanya gurunya. "rm1 cikgu!". jawab murid itu spontan. "salah tu." tegur cikgu penuh kasih sayang. "mungkin amer tak faham soalan, biar cikgu ulang semula. dengar betul-betul ya. sebiji karipap berharga 40 sen. berapa harga untuk tiga biji karipap?" amer tetap memberi jawapan rm1. "salah tu.cuba amer kira betul.betul." respons cikgu tersebut penuh sabar. "tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi beli kuih kat warung depan umah saya, makcik jual tu cakap karipap sebiji 40 sen tiga biji seringgit!". cikgu segera keluar dari kelas dan menuju ke bilik guru besar untuk resign.

hohO~ boleh camtu? so siapa yg salah disini? ibu bapa amer kah? sebab diorang suh amer beli kuih pagi-pagi? ataupun amer sendiri yg salah sebab beli kuih kat warung makcik tu? atau cikgu yg terlalu berlembut dengan pelajar? atau makcik warung tu yg baik hati bagi diskaun? adeyh! persoalan yg sukar utk dijawab.

siapa ada jawapan? kesian cikgu tu tensen sampai resign. dan kesian amer sebab dapat ajaran sesat.

notaHujungKaki : teringat zaman dulu karipap 5 biji seringgit. saiz besar gedabak. tak mcm sekarang!

| u-sipot dinaik taraf? |

wow! amazing. fantastic. cool. bravo! kagum kagum kagum. dulu wifi kat kolej aku sangat hanjeng! line teruk giler nak-nak time ramai orang guna. uspot nama diberi sampaikan layak digelar usipot. sipot pun lagi laju lah weh. hingga aku ambik keputusan pakai broadband si makhluk kuning jer. huhu. masa tu broadband aku memang laju gila gila lah sampai kalah kelajuan ERL. ok itu tipu. tapi memang laju la. but sekarang slow lak. tak tawu kenapa. agaknya bilik sekarang kurang dapat liputan coverage kot. lantak~


but tadi aku saje saje je la nak try uspot sebab ternampak ada modem uspot baru pasang depan bilik aku dan ada rumors yg kata uspot sangat laju. aku apa lagi. terlompat-lompat bintang kaki lapan nak try uspot tu. impress!! very the laju u ols~ mencanak-canak kelajuannya. belom tekan lagi dah masuk page baru. punyalah lah laju. ok itu tipu. serius laju gila. loading pon takyah tunggu lama. aku sangat kagum nih. muah muah muah upm! eh eh kesian broadband aku tak digunakan. tak apa nanti aku guna kau ye. nanti tu bila uspot lembap balik lah. lalalala~

dan loading youtube pon sangat cepat. ah menarik tertarik kau memang dabom!

ah sangat kagum. tak abes lagi puji uspot nih. kang kalo lembap balik memang aku maki tahap dewa punya yer. harharhar. oh sayang uspot ku! *poyo.

notaHujungKaki : broadband vs uspot.


Tuesday, July 27, 2010

| iklan nuffnang punya cerita |

duit. duit. duit. tu je lah yg kau tawu. hoh. jangan jadi hamba duit lah. hamba abdi pon jangan. erk? tak paham? lantak. eh eh aku nak cakap pasal nuffnang. well, aku ade je akaun nuffnang tu tapi aku tak bergiat cergas cerdas dan pedas dalam usaha mengumpul sedikit duit dari nuffnang. that's why nape blog aku suci murni dari sebarang iklan-iklan yg berkelip-kelip bagai tu. sebab aku tak terhegeh-hegeh sangat mengumpul duit melalui nuffnang. aku menulis bukan kerana duit but just kerana minat aku. aku nak share something je pasal aku. hohO~

aku pun pelik sebab ada orang tanya aku nape tak der iklan kat blog. tak buat duit ker. huhu. aku bukan red mummy or hanis zalikha pon. malas lah. banyak lagi cara lain yg boleh bantu aku dptkan duit. kan? itu just pendirian aku. terpulang lah pada pendirian masing-masing. ada orang kata nuffnang leh naikkan trafik kita. well, aku no komen la pasal tu. sebab aku mmg berpuas hati dengan trafik aku sekarang. sekurang-kurangnya ada yg sudi baca apa yg aku mengarut dalam blog nih. wallah!

weh weh sape ade duit lebih. bagi aku leh tak. malas nk kumpul duit una nuffnang. sikit-sikit lama-lama jadi bukit? ah lantak. malas!

notaHujungKaki : duit selalu mencemburui aku. tapi aku peduli ape!

Saturday, July 24, 2010

| pendedahan ekslusif - anak ikan kesayangan aku |

ikan kekek mak iloi-iloi..
ikan gelama mak ilai-ilai..
hohO~ entah betul ke tak lirik tu. bantai sesedap rasa jer. lantak. well ni aku nak habaq tentang binatang peliharaan aku. anak ikan u ols~ eh eh bukan anak ikan yg tut tut tu lah. ayo..tak kuasa nak bela anak ikan tu, belanja tggi tu. haha. ni anak ikan betul la. tapi bukan la ikan kekek or ikan gelama tu. ikan bilis pun bukan okay. ni namanya ikan laga. kat tempat aku panggil ikan skila. huhu.



hah. cantik tak anak ikan aku. eh bukan anak kot. entah la. lupa nak tanya umur dia bape. nanti aku tanya okay. cantik kan kaler dia. biru tu. tenang mata memandang. campur lak dengan rumpai kaler hijau. jadi la kaler tadika kemas. boleh?


sejak ada ikan ni. aku rasa tenang sangat. sebab seronok tengok ikan tu berenang-renang. comel. mendamaikan sangat. bila penat mengadap lappy, aku tengok ikan. best. bagi makan. pastu bila dia kembangkan ekor dia, cantik sangat. tapi kadang-kadang ada semut-semut kacau ikan aku. sakit ati aku. diorang nak makan makanan ikan aku tu. last-last mati lemas dalam air. harharhar. gelakkan dia. aku mesti bagi ikan aku makan at least 3 kali sehari. kuat betul ikan ni makan. macam aku jugak. jangan kau mati kekenyangan dah la. hohO~



roomate aku pon beli ikan yg sama. tapi kaler merah. cantik gak. tapi taknak la amek pic dia. hohO~ jeles lak anak ikan aku ni nanti. kang majok tak nak makan, aku lak yg kena makan makanan dia tu. boleh? insyaAllah aku akan jaga ikan ni sampai bila-bila. sebab cantik sangat. aku suka. lagipun ikan ni banyak bantu aku bersabar sebab bila aku marah, mesti aku tengok ikan tu. perlahan-lahan marah aku sejuk balik. thanx anak ikan ku. hohO~

kadang-kadang aku menakal jugak. saje je letak cermin kat tepi balang ikan tu. pastu bila dia nampak bayang-bayang dia sendiri, dia akan kembangkan ekor dia. siap sedia nak berlaga. harharhar. gelakkan dia jom. tipah tertipu. tu bayang kau lah! haha.

hah. sape nak rasa tenang, aku sarankan bela la ikan. best taw!

notaHujungKaki : baru lepas cuci balang ikan tu. bersih!

Friday, July 23, 2010

| jom kenali lelaki kasanova pisau cukur gillete |

perhatian semua kaum hawa sekalian. hoh?! hawa ya bukan adam. separa adam dan separa hawa pon bukan ya. mari dekat-dekat. yang jauh sila datang dekat, yang dekat sila rapat, yg rapat sila ketepi sikit sebab yg jauh dah datang. eh eh. hohO~ okay. jom kita kenali kasanova. pernah dengar lelaki kasanova? sape yg agak-agak inesen tak kenal tu sila datang rapat sikit kasi aku lempang dua tiga das. tak kan la tak tawu lelaki kasanova tu ape.penipu sangat. hohO~ kali ni aku nak bawak kalian kenali ciri-ciri lelaki kasanova. kalau yg dah tawu, tahniah la sebab tawu awal. yg belum tawu tu, check this out sebab aku sebagai kaum adam rasa bertanggungjawab membantu selamatkan kaum hawa ni. kau kan insan lemah. woha!

1) masa mula-mula kenal dulu, dialah insan paling mulia mengalahkan malaikat. suci je perilaku. korang nak apa, cakap jer sume dia kasi. tapi tak lama lepas tu, perlahan-lahan taring dia tumbuh. kalah pontianak. jaga-jaga ya!

2) sentiasa berpakaian kemas, kacak dan nampak sangat cool ala-ala eksekutif gitu tapi sebenarnya poket kosong. jangan kata habuk, kuman pun belum tentu ada dalam tu.

3) tak patuh sangat pada janji. kalau kuar dating, for sure korang yg akan sampai dulu. kalau dia yg datang jemput korang, mesti cair mekap korang tunggu dia datang.

4) kalau buat silap, berguni-guni alasan dia bagi. sampaikan korang tak sempat tanya, dia dah bagi alasan dulu. punyalah nak selamatkan diri.

5) kekemasan diri sangat penting bagi dia. pakaian sumer yg mahal-mahal. al maklumlah, nak cari mangsa ramai-ramai kan.

6) kadang-kadang kenal belum lagi seminggu, dia dah berani pegang-pegang korang. kenapa dia wat camtu? sebab nak korang pergi lebih jauh. kalau korang nak sangat pergi lebih jauh, layankan la pegangan dia tu. gatal!

7) kalau dating, dia akan tunjuk yg dia sangat macho dan gentleman. kadang-kadang dia tegur selamba badak je perempuan lain. konon-konon peramah dan gentleman la kan. padahal, belakang korang lebih teruk lagi dia buat agaknya.

8) lepas sebulan kenal, dia akan mula mintak duit kau. hoh. alasan yg dia bagi baikkkk punya sampai korang simpati meleleh leleh air mata. pastu korang pon rela hati duit korang. yelah, kalau dah kapel, duit aku duit kau juga kan. cam gampang!

9) selalunya diorang ni sangat hensem ok. luckily, aku tak hensem. eh maksud aku kurang hensem. hohO~

10 ) jarang bercerita pasal family diorang. nak bawak pi jumpa family diorang lagi lah susah. silap-silap mengaku anak yatim piatu. tak ada mak ayah. derhaka betul!!


okay. siapa setuju? kalau rasa tak setuju, lantak kau lah. aku just cakap je. bagi peringatan sebelum terlambat. kang kalau dah kena, jangan meratap meraung bagai lak. aku lempang-lempang je nanti. renung-renungkan dan selamat beramal.

notaHujungKaki : aku pembela wanita?? apakah??

| akhirnya berambus juga azab ini |

let party bebeh!! woha! matilah statement party dihari Jumaat yg mulia ini. lantak~ eh eh aku rasa sangat happy lompat-lompat katak kegembiraan terlampau. kenapa? REPORT LATIHAN INDUSTRI dah siap di print n tinggal nak antar je sat gi. lalalala~


yes! ini buktinya report aku sudah siap. cover page. wowowowowo. happy betul. bayangkan selama 2 minggu kuliah ni aku rasa tak tenteram yg amat selagi tak siapkan report ni. gila weh 4 jam kredit tu kalau tak struggle gila-gila tak gempak lak result akhir sem nanti kan. woha! lepas antar je report ni, aku nak balik bilik membutakan diri. nak tidur senyenyak-nyenyaknya! tidur asyik terganggu je before this. sebab wat kerja last minutes. lalalalala~

oh ya. semalam tetengah membizikan diri wat report nih tetiba tanpa ribut mahupun angin-angin tak reti bahasa, plug mletup. agaknya terlebih bekalan letrik padahal masa tu aku pasang laptop je. agaknya sebab before tu, plug roomate aku yg blow sebab terlebih muatan. yelah, plug pc dah 2 cmpur speaker lagi pastu ada sorang member tumpang cas laptop. mau tak meletup mende alah tu. huhuhuhu. last-last tempat aku effect sama. hambik aku dua-dua henpon aku tak ade bateri sebab tak leh cas. dan kerja-kerja siapkan report pun tergendala. padan muka sape suh wat kerja last minit. hihi. lantak~ dan pagi tadi technician datang baiki. alhamdulillah. dah elok dah. report aku siapkan semalam kat bilik kawan aku. huh. menumpang kasih sayang okay~

so, sila jeles sebab aku mahu melelapkan diri sebentar. eh eh. lama kot. hohO~

notaHujungKaki : harap-harap jangan mimpi pasal report tu lagi.

Wednesday, July 21, 2010

| kisah si pengembala kambing |

eh eh pernah dengar cite zaman kanak-kanak dulu. kisah si pengembala biri-biri yg suka menipu. hohO~ jom jom kita layan cerita ni. konon-konon bedtime story la kan. lantak~

arigato hencik google.

"pada zaman dahulu kala, ada seorang pengembala biri-biri. satu hari, si pengembala ini kebosanan lalu terlintas di fikirannya untuk mengenakan orang kampung. lalu dia menjerit-jerit mengatakan biri-birinya diserang serigala. lalu berkejaranlah penduduk kampungnya untuk membantu biri-birinya. tetiba, si pengembala ketawakan penduduk kampungnya dan mengatakan mereka ditipu. penduduk kampung pulang dengan perasaan marah. keesokan harinya, si pengembala melakukan lagi perkara tersebut. penduduk kampung pergi intuk membantunya tetapi diketawakan kerana tertipu. kejadian tersebut berlaku kali ketiga dan seterusnya. satu hari, serigala benar-benar menyerang biri-birinya lalu menjeritlah si pengembala meminta bantuan. namun, penduduk kampung sudah lali dengan tipu daya tersebut bertindak untuk tidak membantunya kerana bimbang ditipu lagi. akhirnya, semua biri-birinya mati diserang serigala tersebut."

okay. so siapa leh bagitahu aku moral of the story? ya, mesti ada orang yg akan jawab "jangan asyik menipu nanti orang takkan percayakan kita lagi." hohO~ very the straight to the point. ingat ni tadika kemas? eh eh. okay. moral of the story cite tersebut ialah, kalau kita hendak mengubah pemikiran someone tentang certain things, kita kena keep mention perkara tersebut padanya. so lama-lama orang tu akan lali dengan perkara tersebut. maka, tak akan ada la kejutan budaya ke, kejutan letrik ke, kejutan hari jadi ke. secara ringkasnya, kita boleh mengubah persepsi seseorang as long as kita ada usaha yang berterusan. renung-renungkan dan selamat beramal. lantak~

apa jadahnya si pengembala tu buang tebiat menipu penduduk kampung? kalau bosan sangat, kira la bulu biri-biri dia tu. tak pun cari kutu kat biri-biri tu. nak lagi best, main police and thief ngan biri-biri tu. apa punya bebal la pengembala tu kan. akal tak ada ka??

notaHujungKaki : nak kira biri-biri sebelum tidur.


| mulut jangan terlalu menyerupai longkang |

kau bila kutuk orang lain laju je mulut kau. bila kritik orang lain wah punyalah ekspres je perkataan kau. mencurah-curah ke ladang gandum. punyalah hebat. tapi kan, aku nak cakap satu je la. terlajak kereta boleh undu as long as ada gear undur, tp terlajak kata memang kau kena terima je padahnya. takder cop cop dah. kadang-kadang certain things yg kau anggap gurauan tu boleh buat ada orang terluka meleleh berdarah bagai. tapi luka dihati tiada siapa yg tahu. hohO~

sometimes kita rasa perkataan yg kita sebut tu okay-okay je. sekadar gurauan di petang hari. tapi tetiba ada yg terluka lak. menangis! hoh?! siapa yg salah disini? si mangsa yg terlalu sensitif atau si pelaku yg tak reti bezakan gurauan dan hinaan? tepuk dada tanya perasaan sendiri la weh. so aku rasa dalam hal yg berkaitan dengan mulut-mulut ni kita kena la jaga sikit. kalau boleh berus la sikit mulut tu, pastu kumur-kumur dengan listerine. kasi wangi sikit. hah. okay tak?

but, sometimes si mulut longkang ni pandai kutuk orang je. tapi bila kena kutuk balik, terus diam sentap. apa nak jadi dey tambi!! kutuk orang kau hebat, tapi bila kena balas balik. pandai lak kau emo tetiba. a friend of mine said, kalau mulut kau agak-agak mulut longkang so telinga kau kena tebal. kalau setakat kutuk, pastu bila dibalas balik kau diam sentap. baik kau main pondok-pondok dengan anak dara jiran kau tu. okay?

so, aku nak pesan satu je kat kawan-kawan seangkatan dengan aku. sekarang kita di tahun akhir kat UPM ni. so kita meniti hari-hari terakhir ni bersama. jadikan la hari-hari terakhir ni sebagai hari yg bermakna. jangan nak menyakitkan hati orang je. boleh? so far aku amat happy dengan kawan-kawan aku walaupun kadang-kadang ada aksi yg agak annoying kan. tapi itu lumrah la. aku terima je seadanya as long as kau tak menyusahkan aku. hohO~

notaHujungKaki : please choose ur words carefully.

Tuesday, July 20, 2010

| Jelajah Kampung Halaman 2 |

Jelajah Kampung Halaman 2.
hohO~ macam bersiri lak siap ada sambungan bagai. lantak~ eh eh. cakap banyak tak guna. check this out je lah!

ni dia roomate kesayangan pujaan hati beta. woha! bawak dia jalan-jalan kat kampung aku. ni kat pantai kijal kalau tak silap. dulu ada jeti star cruise kat sini. tapi sekarang dah tak ada. pindah mana ntah. lantaklah~

ah kenapa terasa seperti model nih. very the photogedik..eh eh i mean photogenic! lalala~

gila hensem mamat nih. okay silakan muntah berguling-guling. ada aku kisah. hohO~

tiga jejaka pingitan. eh eh tiga jejaka maskulin sejati. hohO~ like this pic very much!!

notaHujungKaki : okay puas hati? mau berbulu mata kau tengok kan. yeah! pic banyak lagi. akan diupload kemudian. siap-siap nak gi kelas lak nih!

| Jelajah Kampung Halaman |

Siri Jelajah Kampung Halaman. woha! tajuk gempak jer kan. lalalalala~ lantak! as promise, aku wat entry pasal aku bawak roomate aku balik kampung aku kat kemaman, terengganu. huhu. kami bertolak dari UPM dalam pkul 2 lebih camtu la kot. nasib baik cuaca tak bape panas sangat so leh memandu dengan tenang aman damai. hohO~

aku mampu memandu sampai ke R&R Temerloh jer sebab mata dah ngantuk gila tengok budak-budak ni seronok melayan mata tidor tak hingat dunia. kuang asam betul. ditinggalnya aku bawak keta sorang-sorang. hoh?! pastu tukar driver, aku pulak melayan mata. lantak~ tup-tup aku bukak mata, nampak meter temperature tinggi semacam jer. suh driver berenti kat R&R terdekat then rehatkan keta pastu sumbat air banyak-banyak bagi cool.huhu. lepas setengah jam, kami teruskan perjalanan dan selamat sampai lebih kurang pkul 7.30 mlm. mak!! wan dah sampai. wah mak aku sambut dengan senyuman gitu. lala~

seronok bila sampai umah. check in bilik adik perempuan aku. haha. barulah sesuai bawak tetamu sebab bilik tu wangi + kemas. haha. gilalah!

nampak tu kereta rosak. eh eh bukan. enjin over heated. air habis la kot. ntah. masa berenti, kereta memang berasap. tapi aku tetap cool. wah! dalam hati dupdapdupdap. hohO~ alah, air tak ader je tu, lepas isi balik okay r. hehe. nampak muka aku muka baru bangun tidur tu? membuta tak ingat. lantak~

notaHujungKaki : damn. internet connection slow lak. tak leh nak upload pic banyak-banyak.

Sunday, July 18, 2010

| seronoknya bercuti |

snif..snif..snif..hoh! blog ni dah bau busuk sebab takder entry terbaru. hohO~ gilalah. okay sekarang aku sudah selamat berada di UPM terchenta. baru sampai lebih kurang pkul 8 mlm td. gila penat memandu dari Jerantut tadi. then singgah Ampang ada birthday party sepupu aku. datang makan dan tapau bawak balik. boleh? gila hina perangai kan. hohO~

sepanjang cuti 3 hari aku terlalu busy dan tak dapat hapdet blog. maklumlah, bawak kawan balik kampung so aku bawak la dia jalan-jalan sekitar Kemaman. gi pantai okay! seronok sampai tak sempat rehat. tapi sangat best. balik umah bukan reti duk umah.

nanti aku wat entry jalan-jalan jelajah kampung halaman. banyak citer best! tungguuuuuu....:)

notaHujungKaki : selongkar gambar-gambar. nak edit then upload. yeah!

Thursday, July 15, 2010

| kisah semalam dan hari ini aku mahu pulang ke kampung! |

selamat hari khamis buat semua pembaca. hohO~ skema! okay hari ni last class utk first week pnyer schedule. woha! mantap. Jumaat aku tak ader kelas. seronot menarik. fuyyoh!

*********************************************

semalam agak bizi so tak sempat nak hapdet blog ni. isk3..bukan bizi wat assignment or bizi dengan kelas. rupa-rupanya bizi jalan-jalan. matilah hidup asyik nak berseronok camni. cam gampang. eh semalam aku pergi Shah Alam, ambik kereta abang rumet aku sebab esok hari ni nak balik kampung. ya, hari ni aku nak balik kampung. insyaAllah lepas zohor. okay berbalik cerita semalam, seronok jalan-jalan kat pasar malam seksyen 7 sebab ada sorang penjual tu comel. ah taste giler lah!! hohO~ cilake. then, terus gerak gi The Mines ambik kawan kami si Siti Aisah MPP UPM.hohO~ pastu gi South City Plaza main bowling 3 games. oh ya, aku menang 3 games ya! sila tepuk tangan kuat-kuat tanda kau kagum! sila3! lepas tu it's shopping time!!!!! err..shopping kat Giant je ok. beli barang-barang keperluan. balik bilik, makan then membuta sampai pagi. hebat!

********************************************

dan hari ni. ya!!! balik kampung. oh damn i really miss my hometown. mak pun tak sabar nak jumpa aku since aku dah lama tak balik kampung. ada la dlm 4 bulan lebih kot. last aku bali time raya cina rasanya. gila lupa daratan kan. hohO~ rindunya kat kampung saya dan juga mak saya!! huhu. insyaAllah lepas zohor berangkat pulang. saya drive okay! sila kagum lagi. hohO~ doakan aku selamat sampai kampung dan selamat balik ke UPM semula. sayang kau!



oh. moga-moga line broadband kat kampung masih lagi kuat. so that aku tak der la terkial-kial nak online. hohO~

notaHujungKaki : mak, tunggu wan!!!!

Wednesday, July 14, 2010

| kemana hilang azam baru |

eh aku pelik dan musykil. kenapa time aku pratikal dulu gigih betul aku bangun pagi pagi siap kejutkan budak-budak umah aku. gila hebat aku time tu. bersemangat waja sangat nak ke pejabat walaupun tiada bayaran gaji yg aku dpt. hohO~ tapi sekarang time kelas, aku malas sangat nak g. bangun pagi pun liat. gila. tak leh jadi nih. silap-silap jatuh merudum lagi pointer aku sem nih. tak nak. tak nak. siapa boleh tolong aku? kejutkan aku tiap-tiap pagi. hohO~ buat pahala pagi-pagi, siapa nak?? angkat kaki cepat!

oh damn aku rindukan budak-budak praktikal. miss them so much!! taknak upload pic kat sini. nnti aku rindukan diorang sangat-sangat lak. hohO~

esok kelas jam 8 pagi. hope mampu bangun untuk ke kelas. azam, sila berdiri teguh di pintu mahligai. ececeh.

notaHujungKaki : seru semangat.hohO~

Tuesday, July 13, 2010

| semalam sibuk - foya-foya hari ini |

salam selasa.hohO~. okay semalam tiada entry dibuat sebab bizi yg amat sampai nak mandi pun tak sempat. eh aku tipu. sempat mandi okay! semangat berkobar-kobar nak g kelas hari pertama semalam hancur punah camtu je sebab malam sebelumnya ada final world cup. ya, sila percaya aku menonton final world cup okay! so adakah aku harus delete je entry sebelum ni? ah..lantak. eh bukan isu world cup yg aku nak cakap disini ya. itu isu lapuk. oh ya. aku ternampak ada orang tiup vuvuzela semalam. kagumnya!

semalam agak bizi sebab duty kat koperasi kolej 4 jam tanpa henti dan pelanggan tersangat ramai. adik-adik junior semua cun-cun dan hensem-hensem. penat kontrol macho semalam. hohO~ malam tido awal sebab terlalu penat so tak sempat menaip entry buat kalian. kesian!

***********************************************

hari ini berfoya-foya bersama teman. keluar menonton cite kartun Despicable Me. oh ia sangat kelakar dan menghiburkan. serius kelakar. seronok. kartun yg sangat comel. kalah lah upin ipin tu. ops!


so siapa yang tak tengok agi, sila tengok sekarang. sebab cite ni sangat best! betul ni tak tipu. betul.

hari ini kepala agak pening-pening lalat sikit. ada lalat kot dalam kepala. asyik rasa mcm nak pitam je. tapi masih sempat menghabiskan boling 3 games. oh aku memang gila boling. walaupun sakit nak mati, boling punyer pasal aku on je. hohO~ dan permainan hari ini agak mengecewakan sedikit. macam tak der feel sangat main. harus kena repeat game nih. oyeah!

notaHujungKaki : hidung sakit. adakah resdung akan datang kembali. sigh!

Sunday, July 11, 2010

| esok dah start kelas ke? okay mahu tidur awal sebab mahu bangun tengok bola |

selamat datang semester baharu. semester kelima tahun ketiga which is my final year. okay. pejam celik makan tido berak kencing aku da masuk tahun akhir. betapa cepat masa berlalu.

'andai dapat kuundurkan putaran dunia, ingin ku ubah semula, kata-kata dan janji manismu.'
eh okay aku salah lagu.

now keseorangan dalam bilik. rumet tercinta keluar main futsal then tengok bola perlawanan akhir malam ni. aku? hoh. main bola dalam bilik jer. eh eh maksud aku merehatkan diri dalam bilik je. sila jangan fikir negatif. seronok duk sorang-sorang nih, aman damai sentosa. wah dah macam statement duk kat kampung lak. tenang aman damai sentosa dan macam-macam lagi lah. oh ya. bilik sudah emas dan sangat cantik. susun atur perabut kami ubah utk dapatkn ruang yg lebih sebab kami plan nak wat kolam renang dalam bilik. cam gampang!

eh td aku masuk ESMP untuk semak jadual kelas aku esok. line tersangat lembap so aku tak dapat bukak. maknanya?? aku boleh berpura-pura esok tak ada kelas. boleh? cilake. azam baru hampir musnah berderai hanyut dibawa arus kemalasan. ya! merepek lagi. esok suppose kelas pkul 8 pagi but then aku tak tahu kelas apa dan dimana. haih~ macam tak pergi je esok nih. kawan-kawan yg prihatin, sila maklumkan kpd aku mengenai kelas esok ya. trimas. hohO~

okay mahu tidur. poyo je nak tido awal knon2 nak bangun tengok bola. err..maksud aku nak bangun awal gi kelas pagi esok. bola? huh.perlu ke aku nak tengok. lalalalalala~

notaHujungKaki : bola. bola. bola. zzzzzzzzz...

| bilik oh bilik |

134, second floor blok murni.kolej canselor. okay. aku kena naik second floor sedangkan semua kawan-kawan aku yg best-best duk kat first floor. sedihnya. tak apa. tempat baru angin baru pemandangan baru suasana baru. hohO~ statement sedapkan hati. cilake.

huh. penat memunggah barang dari bilik stor first floor. nasib baik setingkat je jaraknya. tak der la mengah sangat. nasib baik maintain tough. hohO~ cilake lagi. barang-barang gila banyak macam nak duk sini tak nak balik dah. macam tgh pindah rumah. peti ais, tv plasma, mesin basuh, meja makan, set sofa. adeyh. gila banyak. okay aku tipu disitu. dush!

penat. dan berpeluh. oh ya, sakit pinggang tidak ketinggalan. ah merepek. aku kan tough. hohO~ mood buat entry masih belum ada. penat barangkali. habuk bersepah.

notaHujungKaki : semput. oh aku tidak ada asma!

| in UPM. Again!! |

okay aku sudah berada di UPM. selamat tinggal semua kenangan di Shah Alam. selamat tinggal Din tuan rumah tempat aku menginap bermanja. selamat tinggal kawan serumah, Ajik dan Wan even jumpa korang kejap je tapi ianya bermakna! selamat tinggal rakan satu praktikal terumata Norin, Miza, Tikah, Adik, Alang, Erin, Izzati dan yg lain-lain. kalian adalah satu pengalaman yg sgt berharga. lepas ni aku mesti tersangat merindui kalian! buat semua staf-staf JKKN Selangor, terima kasih atas tunjuk ajar yg korang berikan. korang memang best giler! kepada Achik, staf JKK Selangor thanx for the KFC. terharu giler sampai nak nagis time tu jugak tapi nasib baik mampu control lagi. hari terakhir tu adalah hari yg paling aku sedih. eh dengar cite, Adik menangis sebab kami dah blah. olololo siannyer dia.:)

mode : dengar lagi kebahagiaan dalam perpisahan.

InsyaAllah ada masa dan usia, kita ketemu lagi. nanti kita swimming-swimming lagi ya! rindu. jadikan kenangn kita sebagai kenangan paling berharga.

*gambar hari terakhir lupa nak copy from my friends. ayark!!

notaHujungKaki : sobsobsob. sedih! selamat datang semester baru.

Friday, July 09, 2010

| isu yang tak akan selesai |

kenapa ek bila orang perempuan jalan-jalan pegang tangan, orang tak akan cakap apa pun. tapi cuba kalo lelaki yg buat perangai camtu, for sure kena cop gay! homoseksual. lelaki akhir zaman. nabi tak mengaku umat. diskriminasi sangat. oh okay sila jangan buat andaian aku akan buat pengakuan bahawa aku adalah gay disini ya. tidak sesekali. gampang!

cuma terfikir. ya otak aku selalu berfikir prkara yang berada diluar kotak. pelik kan. bila lelaki bermesra dengan lelaki, orang akan pandang serong giler-giler silap-silap leh putus kawan terus. kononnya malu nak kawan dengan lelaki camtu. wadafak! salah ke lelaki bermesra dengan lelaki? salah ke dia mesra dengan kawan baik dia sendiri. aku tak nampak pun di mana salahnya. as long as diorang tak buat perkara yang bukan-bukan, then tak ada masalah rasanya. tak gitu Senah?

okay aku bagi satu contoh. dalam Facebook misalnya. bila pmpuan buat relationship "married to -nama pmpuan-". ada tak orang kisah? orang nak tanya pun malas. buat-buat tak nampak. tapi cuba kalau lelaki wat kerja camtu. "married to -nama lelaki- ". memang cari nahas nak mampus. silap-silap terus kena remove dari friendlist. mlu siot nak kawan ngan orang camtu. eh bukan aku la. aku ok je. kawan je dengan sumer orang. hohO~ hah. silap-silap lelaki tu kena pulau.padahal niat dia nak bergurau jer. ayo.tolonglah. hentikan diskriminasi ni atau lebih tepat aku panggil pemikiran singkat nih. oh aku bukanlah nak mengagungkan kehidupan gay. bukanlah bermaksud aku menghalalkan apa yang haram. cuma kadang-kadang terlintas kenapa perlu kita hukum mereka sedangkan mereka tak pernah buat salah kat kita.

okay ini cuma sekadar persoalan. sesiapa rasa ada pandangan atau cadangan, boleh komen ya. aku amat mengalu-alukan. hentikan berfikiran negatif. hentikan sifat suka menghukum orang lain tanpa sebab. okay?

notaHujungKaki : okay. tenang.

| Friday nite is a party nite..jadah! |

Finally dia datang. perlahan. menjengah. sayu. oh adakah entry kali ni berbaur kesedihan dan kekecewaan melampau? mungkin tidak. just wanna tell u guys, it's Friday!! which means? hari ni hari terakhir di JKKN Selangor. oh damn i've finish my internship program. hebat dan kagum x? hoho. hari ni macam-macam perasaan bercampur baur. sedih ada gembira pun ada. staf kat sini sumer best-best. happening. cuma kami je yg malu-malu anak kucing siam berbulu lebat. hohO~ apa pun perasaan yg datang, kerja kena gak settle. website dah hampir siap. pastu we're free.

tepuk dingdong! oh teringat zaman junior dulu-dulu. selalu kena wat tepuk dindong tu. okay sila jangan suruh aku buat tepuk itu bagi mengelakkan perlakuan terlampau.

***********************************************************

Thursday, July 08, 2010

| khamis malam jumaat? kisah world cup! |

Khamis. yabedabeduuuu.. 2 hari terahir di JKKN Selangor. yeay. tadi ada terdengar khabar-khabar bawaan angin sumatera barat yg mengatakan penyelia nak minta lecturer kami tambah lagi seminggu praktikal kat sini sebab kerja kami tak siap lagi. ayo..hopefully it just a dream. the bad one. hohO~ okay diam.

oh ya! malam ni malam Jumaat. tetiba terasa miang semacam. ridzwan!!! jangan gatal ulat bulu terminum racun tikus ok. gampang!

*******************************************************

oh ya. World Cup tinggal lagi 4 hari kan. kemuncaknya makin terasa. eh kau perasan tak? tak pernah-pernah aku ambik kisah pasal world cup sumer ni. i got no time for this ok. but today, entah..tetibe je teringat world cup padahal dah nak abis. orang yg jual vuvuzela ke ape bende namanya tu, alah yg tiop-tiop tu ha dah nak tutup kedai dah pun. aku baru sedar yg sekarang musim world cup. hohO~ gilalah. eh sape masuk final ek? Belanda lawan Spain kan? entah aku bukan tahu sangat pun. budak-budak asyik cakap pasal bola je, camne aku nak nyampok?? silap-silap orang jeling je aku pastu buat-buat minum milo ais. yelah nak gelakkan aku diorang takut. kang aku emo kang terangkat lak meja kedai mamak tu. haha. celaka.

aku teringat lagi zaman aku sekolah dulu. time pendidikan jasmani. tiap kali time subjek tu, mesti budak2 laki gi main bola. ayo..tensennyer. tak fleksibel betol. petang-petang pun bola. eh kau tak reti bosan ke hah? main bola macam nak rak, tapi satu gol pun takder. buat penat aku je main. hohO~ tapi bila time cikgu ajak main tenis ke, bola baling ke, badminton ker aku punyalah semangat! kalau boleh aku lah orang paling awal turun. pastu budak-budak laki lain tarik muka muncung kedepan punyalah panjang macam vuvuzela tu ha sebab tak dapat main bola. haram jadah! time ni la aku tersengih sampai belakang telinga. poyo tak?


sekarang bila kat kolej budak-budak selalu main futsal. tiap-tiap petang kot. kiranya kalau tak main sehari, malam tu diorang leh mati. punyalah dahsyat. selalu gak diorang ajak aku main. diorang nak sangat aku join main futsal. aku pun selalu cakap "korang turun dulu. japgi aku turun". last-last aku belajar kuak lentang sama kuak kupu-kupu atas katil. seronok! aku bukan tak nak main. cuma aku tak fit. cepat penat la. kalau aktiviti katil tu ok la. err..maksud aku tidur. okay kau dah fikir lain kan. gatal. aku memang malas nak kejar-kejar, berlari-lari berebut bola. malas sangat. kan aku sakit kaki la, sakit peha la, sakit urat la. sape nak jawab?

jom join aku main tenis jom. anyone? hah! jangan nak tarik muka pastu wat muncung vuvuzela cam dalam gambar tu. buruk ok!

notaHujungKaki : kat malaysia ada jual tak menda alah tu? nak beli then bagi budak-budak india depan umah tu tiop tiap-tiap malam. suka sangat memekak!

Wednesday, July 07, 2010

| don't blame a man for being a man |

don't blame a man for being a man. hohO~ kau faham tak? okay aku jelaskan. jangan salahkan lelaki bilamana lelaki itu cuba untuk membuktikn yg dia adalah lelaki. wahahaha. hebat tak statement aku? tepuk amai-amai belalang kupu-kupu. dush!

okay kembali serius. entry ni khas untuk gadis-gadis yg suka pakai baju adik dia. baju ketat-ketat dengan seluar sendat-sendat lengkap dengan aksesori sarat-sarat. hasilnya bawak dosa berat-berat. hohO~ tak.maksud aku gadis-gadis genit yang suka sangat pakai seksi. kononnya kau sorang je yang tersangat canti kat muka bumi ni. tak pun nak bagitawu kat dunia yang kau tak ada duit nak beli kain buat baju. lebih kurang camtu la. cuma yang aku pelik, bila kau pakai camtu then orang lelaki pandang part-part tertentu pandai lak kau marah-marah then cakap lelaki gatal. what the hell are you talking about? dah kau yg pakai camtu untuk apa kalau bukan untuk dpt perhatian lelaki?? wadefak! nak sangat tunjuk tapi bila orang pandang kau marah lak. pelik!

so kau jangan la salahkan lelaki bila mereka cuba untuk jadi lelaki. kang kalau lelaki tu buat bodoh je, kau kata diorang gayboy lak. bila pandang, kena marah lak. dah tu kau nak apa?? nak suh sumer lelaki duk umah je time korang keluar?? camtu? ayo. pelislah! lelaki tak akan menolak bila dapat free show camtu. tak dapat pegang, dpt tengok pun jadilah. alah tok imam pun boleh tercabut kopiah bila tengok 'pemandangan' camtu. apatah lagi lelaki yg belum tentu imannya.

bila kau pakai seksi-seksi camtu, kau kena bersedia untuk apa jua kemungkinan. mungkin dicop perempuan murahan, pelacur (ops!), gedik, bohsia atau mungkin korang bakal dikendurikan beramai-ramai. seronok tak?! fofular siot~

oh damn! ini benar-benar seksi. kagum aku!!

notaHujungKaki : perempuan tak boleh hidup tanpa lelaki. kalau perempuan tu normal lah kan. hohO~

| demi persahabatan, ucapkanlah maaf |

sorry seems to be the hardest word.
best giler babeng la lagu ni. aku suka sangat. tapi point yang aku cuba utk smpaikan kat sini adalah nilai ucapan "maaf itu sendiri". kawan baik aku pernah cakap maaf itu boleh membuatkan hati orang yg tengah panas membara marah kat kita jadi sejuk cair meleleh-leleh. the power of asking an apologize. gitu la katanya. dalam diam aku setuju dengan apa yang dia kata.

memang bagi aku, maaf adalah satu ucapan yang terlalu sukar untuk aku ungkapkan. terutama bila pergaduhan yg berlaku adalah bukan dari silap aku sendiri. sampai janggut panjang ke kaki pun aku tak akan mintak maaf. mak kata aku ni sangat keras kepala. memang kepala aku keras pun. haha. susah sangat aku nak say sorry. mungkin sebab ego aku tinggi sangat kot. lantak lah. sehinggalah akhirnya ego aku tu menyebabkan aku gaduh dengan kawan baik aku dulu. last-last aku kehilangan dia. dia ambik keputusan putus kawan dengan aku padahal bukan salah aku pun. mangkuk hayun betul!!!! eh. hohO~ bila ada kawan aku yg sedarkan aku pasal kuasa meminta maaf ni, aku dah sedar sikit. apa-apa pun, minta je maaf. settle. kadang-kadang kita kena jaga hati orang demi persahabatan terus berkekalan. amin. wah gitu skema ayat aku.

kredit to encik google.

begitu mahal perkataan "maaf". lebih mahal dari perkataan "cinta". betul. tak tipu. cuba kau gaduh dengan kawan-kawan, then kau minta maaf dengan rela hati. sure semuanya settle. insyaAllah.

notaHujungKaki : entry agak skema. apa kes. boleh jadi kaunselor barangkali..hohO~

| wednesday is today - perhatian junior-junior sekalian! |

lupa lak i'm counting the days! today is Rabu which we called it wednesday. sebut betul-betul ye adik-adik.. wednesday! which means 2 more days to go.. yeay!!! can't wait to finish this internship..woha!!!

******************************************

last saturday and sunday. oh malas nak speaking. sabtu ngan ahad lepas pendaftaran junior kat universiti aku. UPM terchenta! kiranya sekarang diorang sedang diorientasikan la. betul ke ayat aku tuh. lantak. ayat tepatnya diorg sumer sedang melalui Minggu Perkasa Putra. woha! aku dah pernah lalu dulu. best giler-giler. seronot!

so sini aku cuba berkongsi beberapa fakta yang aku rasa sesuai untuk junior-junior aku. eh tak kisah lah kau junior sape-sape pun atau duk kat kolej mana pun asalkan nama kau junior, ko baca la entry nih. bagus nih untuk bantu kau bawak diri kat tempat baru. kang silap-silap kena kurung dek senior lak, meraung kau! hohO~ jom layan.

1) stay low and avoid publisiti murahan.
yg ni cukup penting. jangan mencapap (mencari publisiti) sangat. elakkan gosip-gosip murahan nih. jangan menonjol sangat. kalau nak tunjuk kau tahu certain things tu, jangan over acting. just stay cool. tapi jgn la jadi invisible lak. kang orang tak sedar kehadiran kau. cuma jangan terover acting. meluat taw tak??!! tak kisah la kau cantik ke macho ker. ngerti?

2) senyum tapi jangan melampau!
senyum tu jangan lupa. muka tu jangan la asyik masam mencuka jer. macam orang meroyan mati anak. tak sesuai uols~ tapi jangan la asyik tersenyum jer. berpada-pada la. kang orang cop kau gila lak. asyik senyum je. kalau ada senior senyum kang korang, jangan gatal-gatal ibu jari kaki nak wat muka kerek tak nak senyum. alamatnya sampai akhir tahun la korang merana kalau senior tu sakit hati. betul ni. aku kan senior sekarang nih. aku tawu lah. hohO~ ada orang yang bila kau tak senyum, diorang kata kau sombong. well, persetankan semua tu. agak-agak keadaan tu korang tak sesuai untuk senyum, baik jangan senyum. kang termakan penyepak senior lak. okay?

3) kalau korang perempuan, jangan bercakap dengan semua lelaki.
perempuan kan terkenal dengan keayuannya. so jangan la tergedik-gedik nak berbual dengan semua lelaki. trick nih. kalau kau nak kapel dengan senior lelaki la kan, cuba buat-buat jual mahal. makin korang jual mahal, makin lelaki tu berminat nak kenal korang. hohO! dan bila perempuan ajak orang borak, layan je la. jangan sombong lak. sesama perempuan kan, borak je la. hoh!

4) jangan nak buat semua benda.
kau junior. so ko patut stay as junior. tak kisah la kau pandai itu pandai ini. dah nama kau junior so ko jangan la nak tunjuk pandai. nak-nak bila ada senior yg memang dah biasa buat menda tu. ko jangan nak pandai-pandai bagi cadangan kalau senior tak mintak. jangan ingat senior akan kagum dengan kau silap-silap diorang ingat kau sedang berbangga dengan diri kau sendiri. annoying ok!

5) jangan bermekap tebal ye cik senah oi.
pergi kelas tu buat cara pergi kelas ya. jangan nak melaram mekap macam artis nak wat photoshoot ala-ala haunted theme lak. kalau muka dah lawa, tak yah mekap pun dah cukup lawa. tak yah ank mekap tebal 5 6 inci pastu nampak mcm hantu. ayo..nak tengok pon takut. cukup pakai foundation je. nampak lebih natural. pastu dressing tu jangan la melampau tahap gaban ala-ala artis hollywood lak. silap-silap tak laku kau nanti. hohO~

6) jangan mencalonkan diri sendiri.
tak kisah la jawatan apa pun, persatuan apa pun, kelab apa pun. jangan kau berani angkat tangan dan 'saya cadangkan diri saya sendiri'. tindakan tu agak keterlaluan untuk junior. kalau senior tak apa. walaupun kau ada kredibiliti yang tersangat hebat ataupun kau pernah pergi kursus kepimpinan peringkat antarabangsa ke, kau tetap junior. kau tak ada pengetahuan pasal jawatan tu, so jangan berangan melainkan senior itu sendiri melantik kau. itu sebab dia percayakan kredibiliti kau. faham?

7) berkawan dengan orang paling dekat.
kenal roomate korang dulu. mesra-mesra. then barulah berkenalan dengan orang lain. gedik-gedik ngan orang lain. nak tahu apa tujuannya. so nanti bila ada org tanya roomate kau yg kau ni sombong ke for sure roomate kau back up kau. 'eh mana ada sombon la.ok jer.' hah! kan untung tuh.kan?

8) i'm hot and seksi.
kau hot? kau seksi? cuba la pakai baju ketat-ketat seluar sendat. mula-mula memang mata lelaki ni pandang ta berkelip-kelip lah. lepas dua tiga kali pandang, kena maki la kau. betul. tak caya kau cuba ah. confirm jadi bahan kutukan. 'perempuan tu pakai baju macam p*****r.' hohO~ camner tu. bangga tak?!

9) don't do blog.
kalau tak puas hati ngan senior-senior, jangan gedik nak wat post kat blog yer. jangan sesekali menabur fitnah atau kutukan kat blog. kau ingat blog kau tu senior tak akan jumpa. dunia ni kecik jer. silap-silap diorg print screen blog kau tu, then publish kat facebook. pastu ramai-ramai boikot kau. seronok tak?

10) ok. kau je yang ada awek/pakwe.
sila jangan terhegeh-hegeh nak tunjuk yg kau tu dah berpunya. jangan asyik dating je kat cafe berjam-jam. kalau nak spend together-gether ngan pasangan korang lama-lama, gi la shopping kompleks mana-mana or tasik ker. pastu kalau nak gayut dalam bilik, agak-agak la. kalau ada roomate dalam bilik tu, tolonglah bergayut kat luar. annoying la dengar suara kau kontrol-kontrol tu. kalau lelaki, confirm dia keluar bilik time nak gayut. gila kau nak bagi roomate dia dengar suara manja dia? mati kena kutuk sampai akhir tahun la jawabnya!

okay. tu la fakta-fakta yg aku dapat. pokoknya, kau kna la jaga hubungan sesama kekawan baik lelaki ataupun perempuan. jangan over gedik tau. tak elok. berhati-hati la menempuh kehidupan yang aku rasa agak bebas nih. silap-silap kau terbabas. kalau terbabas ke padang rumput tak apa lagi, kalau terbabas ke longkang penuh dengan air dari toilet kau tu?? camner. siapa mau jawab adik manis??

kredit to TheOtherKhairul

notaHujungKaki : balik upm nak usha junior cantekk!! yabedabeduuuuuu...;p




| kalaulah aku ada doraemon |

kan best kalo aku ada bela seorang seekor doraemon. mesti semua orang jeles tahap gaban lah. yela. aku ada roomate yg sangat comel yang boleh aku peluk ketat-ketat masa tido. pastu bantai ajak gusti guling-guling. seronot! pastu bila aku ada masalah, aku pura-pura la meratap meraung depan dia pastu dia mesti kuarkan barang-barang pelik dari poket dia. woha!

tahu tak kenapa aku nak sangat doraemon?
fantasi gila tak hingat dunia

nanti boleh la aku kerahkan tenaga doraemon tu wat homework aku. wat sumer hal-hal programming tu sumer. woha! tugas aku update blog ngan balas komen kat pesbuk jer. boleh? dia mesti leh wat sumer kerja-kerja aku silap-silap spender aku pon aku suh dia basuh. hohO~ jimat kos upah orang gaji. lalalala~

aku nak pinjam take copter dia. alah, yg pusing-pusing atas kepala tu. yg mcm kipas tu ha. takyah aku susah-susah jalan kaki nak gi kelas. jimat masa ngan tenaga. muka pun makin putih nanti sebab tak yah berpanas. seronot! takder la asyik lambat je ke kelas. barulah jadi pelajar cemerlang. cam gampang!

ni ha aku paling suka. 'pintu suka hati!!!'. leh aku bantai pintu je kalo nak balik kampung. bayangkan umah mak aku, tup-tup bukak pintu terus smpai. mak, wan balik!!! woha! pastu bila nak berdua-dua ngan gula-gula kapas saya, bayangkan je bilik dia then buka pintu terus sampai. dia atas katil rupanya. woha! celaka betul fantasi.

time exam lak aku nak pinjam pensil ajaib. confirm aku grad first class degree la bro! bangga. jadi pelajar contoh. yelah, exam tiptop homework settle assignment terbaik. sape tak kagum!! yang penting aku tak yah bertungkus lumus tersengguk-sengguk mengadap buku nota tebal yg tulisan kecik-kecik tu.

pernah dengar lampu picit ajaib??! yang ni pun satu kemestian sebab lampu tu leh kecikkan dan besarkan barang. woha! terbayang BMW 5 series kat kepala hotak aku. mula-mula aku kecikkan kereta tu pastu curik ah! bawak balik kampung tayang kat orang kampung. ingat aku low class??! seronot! pastu leh la aku wat kerja-kerja jahat bila nampak barang-barang cantik. lalalala~

pastu kan, aku nak request kain halimunan. aku sarung kain tu, aku pun jadi halimunan. woha! leh skodeng britney spears mandi. matilah kena petir pasni. eh eh tak boleh. haram!

oh doraemon. bila la aku dapat bela sekor. banyak lagi ni aku nak request kat dia. senang kerja aku nanti. pastu leh la aku nganjing kat memember aku ada doraemon. ko hado???? ops!

notaHujungKaki : nak request mesin masa, leh tengok aku kahwin ngan saper. syok!!!




Tuesday, July 06, 2010

| enjoying all inside the silent |

"naper kau ni diam sangat?"
"aku pelik betol la mamat tu diam je, kontrol macho ke apa?"
"wan ni diam je, ada masalah ker?"
"eh come babe, don't stay in silence!"
"woi bisu ke hape nih. diam je aku tengok."

adeyh. salah ker jadi orang yang diam? i'm enjoying the silence lah. ngerti kamooooo?? dah memang aku ni jenis pendiam nak2 kalau jumpa dengan orang yg aku tak kenal. memang tak ah aku nak mulakan perbualan. diam lebih baik. haha. gila sombong aku kan. lantak. cuba kenal aku dulu sebelum judge aku macam-macam. cuba kau tanya kawan-kawan aku pendiamkah aku nih. hohO~ mesti diorang jawab, "ah wan tu pendiam ape ke bendenyer. melalak terpekik terlolong." hoh?! gampang.


sebenarnya, ada sebab aku diam. first sebab aku pemalu. matilah statement tak tahu malu kat sini. okay itu aku tipu. sebenarnya aku susah nak get along ngan orang yang baru aku kenal. nampak sombong sikit tapi aku nak wat camner senah oi. dah memang kejadiannya camtu. tapi tak apa, aku berusaha jadi yang terbaik. woha! okat second reason lak, sebab aku lebih suka melihat dari mengkritik. cakap banyak tak guna la kan baik aku diam jer. aku tegur bila perlu. wah! ala-ala cool gitu. matilah aku perasan macho! hohO~ tak nak la cakap banyak tapi habuk pun tarak. hah. nak jadi apa? jadi feather duster? gila. third reason lak, sebab mengurangkan dosa kalau cakap banyak then terngumpat orang lain. hah. dah bertambah dosa kering aku nih. silap-silap penuh tangki dosa aku. hohO~ selalu sangat bila kita berbual-bual tak kisah la kosong ke penuh mulut ke mesti kita ada termasukkan kisah orang lain dlm topik kita tu kan. hah! kau tak baik menipu, Tuhan marah tau. nak kena lempang? okay sebab keempat lak, sebab aku malas nak cakap lah! baik aku diam jer. wat hal aku sendiri. senang! kalau kau tak puas hati, kau leh gi main jauh-jauh. kang termaki lak, menangis kau!

so, don't ever disturb me when i'm enjoying the silence.

| action speaks louder than words |

action speaks louder than words..

okay. ini kisah gila. entri sebelum ni menceritakan yang aku bizi giler kan. dan inilah gambar aku yang tgh bizi giler. hoh. cam gampang. sesuai sangat dengan statement "action speaks louder than words.." pangg!!!

***********************************
sebenarnya aku nak bercerita kisah pandai cakap tapi tak pandai buat. eh. betul ke ek maksud tu? lantak ada aku kesah.hohO~ bertindak lebih baik dari cakap banyak.ha. lebih kurang camtu lah minah oi. tapi kan ada yg suka praktis "freedom of speech" pastu komplen orang lain lebih-lebih then bagi cadangan banyak-banyak tapi hampeh. ayo..ada ke golongan camni. itu bukan "freedom of speech" la, tu namanya buang tebiat nak mampus. ada la lagi 3 Jumaat kot.

memang la sebelum bertindak kita kena duduk minum-minum kopi ke makan biskut kering cicah milo ke dan berbincang tindakan selanjutnya. tapi kalau berbincang hebat macam-macam pandangan kuar sampai 1 rim kertas A4 habis tapi tak ada apa-apa tindakan baik tak payah cite. rasa nak lempang-lempang je tak pon jentik telinga kau. sama jugak kalau nak marah anak kan. jangan duk marah terpekik terlolong kat anak tu, ambik rotan agak-agak sedepa panjangnya terus kau libas kat budak tu. settle. tak yah banyak citer.

okay. citer banyak tak guna. apa-apa kita bertindak je. ikut keperluan. jangan cakap pandai tapi buatnya tak. celaka. kalau rasa-rasa nak lagi popular, bertindak. sebab stay silent don't make us turn into famous person. oh hebat tak aku speaking. bravo!!

notaHujungKaki : action speaks louder than words VS freedom of speech. oh ada kaitan ke. lantak.

| bizi sangat |

semalam Isnin so hari ni Selasa. yeyah! selasa terakhir di JKKN Selangor. i'm counting the days u ols~ tak sabar nak abes praktikal. semalam sedih hari ni tak sabar lak. haha. gila ke hapa? but this week agak bizi sebenarnya. nak kena siapkan website jabatan then submit. hoh.terasa bizinya. padahal kerja tertangguh. tu la sape suh tanguh-tangguh keje. padan muka aku. celaka.

sekarang ni tak ada masa langsung untuk diri sendiri. nak mandi pun kadang-kadang tak sempat apatah lagi nak mop lantai, basuh baju jiran sebelah mahupun bersantai menonton wayang bersama gula-gula kapas saya. hoh punyalah bizi. sampaikan nak tidor sambil mimpi basah pun tak sempat. gampang! tapi demi blog terchenta aku gagahkan diri jugak wat satu dua entri sehari walaupun tengah lelah pening stress wat keje berlambak-lambak nih. ni pun tengah bizi nih, facebooking dalam ofis. boleh? confirm kena maki lepas nih.

haha. seronok menipu. gara-gara bosan. ingat nak sakat semut hitam. tapi tak jumpa lak. kat jabatan ni tak ada semut ke. tak seronok lah!

tengok muka sapa yang sangat comel? abaikan yg depan dan yang gigit jari tu ya. hohO~

notaHujungKaki : haha.seyes nak gelak kuat-kuat. kelakar lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...