ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Thursday, September 30, 2010

| kisah firedrill |

kebakaran.kebakaran.kebakaran.
tolong.tolong.tolong.
api.api.api.

aku selamba badak je berlenggang kangkung pakai baju, ambik henpon, tengok notification kt pesbuk jap, minum air barang seteguk dua, then teraba-raba kunci bilik sbb lampu dah off then kuar sarung selipar. berlenggang kangkung jugak ke padang kawad.

shit. firedrill memang menguji kesabaran!

nasib baik la masa tu awal lagi dlm pkul 2 pagi cmtu. so aku takde la tgh duk lena tidur berdengkur-dengkur bagai. biasanya diorang wat pukul 4 pagi. time org tengah membuta mimpi basah. ada yg turun pakai boxer je. ada yg lengkap berbaju n seluar mcm nak g kuliah. ada yg bertudung litup bagai. yg tak tahannya, ada yg dah letak bedak sejuk kat muka. dan orangnya adalah LELAKI. lalala~

semua sedang berdrama.

mengira penghuni yg terselamat lah. menjerit-jerit api la. haih~ boleh dapat anugerah pelakon terbaik nih. lantak.

yg penting dapat merit 5 ogeyh!

notaHujungKaki : tak ada lak bilik yg terbakar kali ni.

Saturday, September 25, 2010

| layan sorang-sorang |

sekarang aku layan betul bila duk dengar lagu nih. rasa mcm feeling sorang-sorang, gigit bantal sambil mengira bintang kat langit. padahal lagu ni bukan la lagu baru pon. haih~

THANK GOD I FOUND YOU
by Mariah Carey ft 98 degrees.

I would give up everything
Before I'd separate myself from you
After so much suffering
I've finally found a man that's true
I was all by myself for the longest time
So cold inside
And the hurt from the heart it would not subside
I felt like dying
Until you saved my life

Thank God I found you
I was lost without you
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful
I found you

I would give you everything
There's nothing in this world I wouldn't do
To ensure your happiness
I'll cherish every part of you
Because without you beside me I can't survive
I don't wanna try
If you're keeping me warm each and every night
I'll be all right
Cause I need you in my life

Thank God I found you (I'm begging you)
I was lost without you (so lost without you)
My every wish and every dream (every dream, every dream)
Somehow became reality
When you brought the sunlight (brought the sunlight)
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful
I found you

See I was so desolate
Before you came to me
Looking back I guess it shows
that we were destined to shine
After the rain to appreciate
And care for what we have
And I'd go through it all over again
To be able to feel this way

Thank God I found you
I was lost without you (lost without you baby)
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life (whole life)
I'm overwhelmed with gratitude
Sweet baby I'm so thankful
I found you

Thank God I found you
I was lost without you
I'm overwhelmed with gratitude
My baby I'm so thankful
I found you

I'm overwhelmed with gratitude
My baby I'm so thankful I found you


see?? camner aku tak feeling-feeling sesorang? layan beb. bila duk dengar lagu nih, mula terbayang-bayang orang yg aku sayang. haih. seronok gila-gila. syukur sangat bila diketemukan dengan dia. matilah berjiwang pulak. lantaklah.

notaHujungKaki : pekena karok 4 5 lagu pon cam best je petang-petang camni. anyone?

Wednesday, September 22, 2010

| Hentikan gangguan ini |

aku ingat nak wat satu memorandum ah. then nak antar kat Jabatan Agama Islam. suh saman je pompuan-pompuan yg suka sangat pakai baju adik-adik diorang pastu nampak lubang pusat ngan alur-alur bontot sensitif siorang tu. tajuknya lebih kurang camni 'KASIHANI LELAKI. HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL.'

lantak.

"wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan (jilbab) pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yg bai-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani."
(surah Al-Ahzab : ayat 59)

ad-raba.jpg image by mapetm
ni bukan keje aku. aku baik.

skrg ni masalah sosial makin menjadi-jadi. pempuan mengandung anak luar nikah dh ramai. itu yg mengandung. yg tak mengandung? yg guna protection? we might never know kan. haih. apa puncanya? duk sibuk tayang sana tayang sini punya pasal la tu. laki-laki yg mata bola kranjang ni apatah lagi, sibuk memandang tak berkelip. aku? err...tak. aku baik. betul.

agaknya diorang ni pikir dengan dedahkan aurat diorang akan nampak lebih seksi, up to date, menarik, cun, dan paling penting meningkatkan keyakinan diri. keyakinan diri kepala kau. yg aku tahu meningkatkan nafsu kaum Adam ada la kot. pastu sibuk salahkan lelaki ni gatal, gila seks. hello. don't blame a man for being a man! dah yg kau tayang tu untuk sape tengok? untuk bakal laki kau? singkatnya pemikiran. selagi kau tak bergelar isteri kpd laki kau tu, aurat kau adalah haram utk dilihat okay! pas kahwin nnti kau nak tayang semua kat laki kau pun takper dah. lantak.

kata orang, aurat dan urat adalah dua benda yg berbeza. tapi bila lelaki ternampak aurat perempuan, urat lelaki di satu kawasan akan membengkak. entah. aku pun tak tahu betul ke tak.kehkehkeh.

aku bukan apa. kesian kat kaum yg sejantina dengan aku nih. asyik menanggung dosa je. puncanya kaum Hawa ni lah. sibuk menayang aksesori yg tak berapa nak power sgt tu ha. lain la kalau Pamela Anderson tu. berbaloi jugak. shit! dosa.

so, aku ingat lepas siap memorandum tu nanti. aku nak jelajah satu Malaysia la. nak mintak tandatangan semua lelaki yg ada. hebat tak? cam cool je kan idea. lantak.

HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI.

notaHujungKaki : hujan lebat sudah berhenti. masa untuk keluar mencuci mata.

| how we communicate with others |

ali : woi bengong. apasal kau tak datang semalam?
abu : suka hati aku ah nak datang ke tak. ko pehal?
ali : sial la kau.

klasik giler kan guna ali n abu as example. cam cool je. lantak.

ali ngan abu kawan. kira kawan baik la jugak. kawan tempat sepak terajang, manja peluk-peluk gitu. jeng jeng jeng jangan sampai aku sepak kau. mereka bukan gay. oh sebelum aku lari-lari anak dari topik sebenar. aku just nak cakap how we communicate dengan orang-orang yang berlainan hierarki hubungan. pening kan. contoh ali ngan abu tu jelas aku rasa kebanyakkan orang selalu berbual mesra dengan cara camtu. yes, tak salah pun cara tu kalau itu boleh mengeratkan ketat-ketat hubungan mereka. tapi cara tu langsung tak sesuai kan kalau berbual dengan orang yg lebih dewasa. mau makan penampar jepun jugak kot sepam dua.

[ kredit kpd encik google yg ensem! ]

ali : abg abu ni bengong la. apasal tak datang semalam?
abg abu : ??? (dlm hati : sopan betol budak ni.nak lempang belah mana dulu ek)

see?? tak kisah la abg abu tu kawan baik ali ke tak kan. tapi perbezaan umur dan pangkat tu harus dihormati kan. gila kau kalau dpt penampar jepun tu mau makan bubur air je nanti. nak nak nak?

namun demikian, (matilah ayat sangat skima!) org-org kita ni bukan sedar pun pasal menda ni. main hentam je. asal mulut boleh bercakap je, kau bantai sembur macam-macam. apa kau ingat ridsect ke nak sembur-sembur. silap sembur meletup mulut kau. nak? mana sifat hormat dalam diri masyarakat kita? tepuk dada tanya orang sebelah. boleh?

itu kawan. kalau dengan family? okay la kalau ngan adik leh la caci maki kan. diorang leh wat ape je. eh eh tu kalau diorang kecik. kalau dah besar panjang harus makan sepak terajang jugak si abg or kakak tu kan.

ali : mak oi. tak reti-reti masak nasi ker? asyik mengumpat je kejenye.
mak ali : aku sumpah kau jadi rice cooker.

ali tu gila. ada ke cakap camtu kat mak dia. memang ahli neraka betul. ish. korang boleh tafsir kan maksud aku. korang kan bijak pandai. hatta kita membalas dengan perkataan 'ah' sekalipun kat mak kita, bau syurga dah makin jauh tau. ini pulak nak sembur cam ali tu. silakan. seronok menyalak dalam neraka tu nanti.

[kredit kpd encik google yg hensem jugak ]

camner lak bila kita nak berbual dengan jiran tetangga. okay fine kalau jiran tu sebaya kita je. leh la jugak cakap kasar-kasar siap tunjal kepala bagai kan. kalau dibuatnye jiran kita tu pakcik -pakcik yg sibuk duk cakap pasal politik tak pun pasal anak dara mak esah yg cun melecun tu? or makcik-makcik yg sibuk pasal anak teruna mak bedah yg kawin dengan janda kaya anak lapan tu? boleh ke cakap kasar-kasar siap tunjal kepala bagai? nak angkat middle finger jauh sekali la kan. silap-silap mak bapak kita malu sampai mati dek perangai kita yg sangat 'sopan santun' tu. cubalah kalau tak percaya.

komunikasi tu penting untuk keharmonian. percaya atau tidak, terpulang. kalau kena penampar jepun sepam dua atau sepak terajang barang seulas dua, jangan salahkan ibu mengandung. eh? lantak.

eh series weh aku series. bila guna contoh ali ngan abu tu, aku rasa macam cool giler. klasik dan antik. unik. tak caya, try r. series.

notaHujungKaki : kemahiran komunikasi tu one of the kemahiran insaniah kan.

Tuesday, September 21, 2010

| mode pentadbiran dan segala macam assignment |

salam Selasa. okay. hari yang sangat ceria kau taw. kenapa? dua assignment yang sangat hebat utk disiapkan akhirnya. sila kagum aku siapkan dua assignment dalam masa lima jam okay. kagum kagum kagum. hebat kan. tangan lenguh menaip report yang panjang berjela-jela. ya. dua report harus disubmit. lantak. petang ni hantar assignment then have a good sleep today! aku tidur jam 4 pagi tadi. dan secara automatik tanpa rasa bersalah menyelubungi diri sendiri, aku memontengkan kelas Etika dlm Perkomputeran jam 8 pagi. gila ini gila. ingat kelas pkul 10 pon nak ponteng tapi kang orang kata melampau lak kan. eh eh aku punya suka la kan. leh bagi alasan tak puas beraya. matilah~

DCE 3302
Pentadbiran Pengembangan.

huh. gila. agak pening belajar pentadbiran. err..actually lebih kepada how to handle people. bak kata lecturer, kalau anda minat komputer, minat main dengan virus, minat berkebun atau minat memancing ke apa ke sila keluar dari kelas ini. tapi jika anda berminat dengan manusia, anda berada di tempat yg betul. well, aku memang berminat dengan manusia. and i love to know how we can control someone without using minyak pengasih minyak senyonyong bagai. oh gila. kehkehkeh.

muka ini memang sukakan manusia ya!

next assignment yang perlu dihantar ialah Animasi Komputer. shit. sortware belum install lagi. eh eh laptop aku nih bukan la power sangat nak wat animation bagai nih. guna adobe after effect pun sangkut sangkut pastu hang terus. ni apatah lagi nak wat animasi, mau meletop laptop nih. lantak lah. pelan-pelan kayuh. kalau penat berehat la. ye dak? aku syak lecturer saje dengki nak rosakkan laptop student kot. gila hina pemikiran aku kan. haih~ ya tadi kelas Penerbitan Digital, lecturer ada bercakap mengenai assignment kedua. shit. another assignment? what a relief bila dia cakap we can send it in the end of oktober. melompat-lompat gembira kawan aku dalam kelas tadi. oh okay itu tipu. aku hanya lompat-lompat dalam hati jer.

pelik. jumpa je dak-dak UPM nih sume pakat duk sibuk mintak duit raya. sampaikan kat pakgad pun diorang tebalkan muka mintak duit raya. aku tak kerja lagi lah! nak makan pun fikir 18 kali taw x?? nak bagi duit raya kat kau lak. lemak! haih~ tak boleh ke diorang ni think out of the box??? cuba la mintak kasih sayang ke, mintak perhatian ke, mintak ciuman barang sekeping dua ke. woha!! baru la raya kita. kehkehkeh. lantak~

semua masih dalam mood raya. walaupun puasa masing-masing tak cukup. haih~ ingat aku tak taw?

notaHujungKaki : kuih raya ada lagi 8 ketul dalam balang. sesiapa nak rasa, jemput datang ke bilik.

Sunday, September 19, 2010

| kembali lagi - KC tercinta |

okay jom jom lupakan mood raya + melantak tak hingat saiz diri + beraya ke rumah kawan-kawan tanpa segan silu + tadah tangan mintak duit raya + ketupat lemang dodol. now terpaksa berhempas pulas memikirkan soal assignment yg bertimbun-timbun mintak dipandang sahaja diuruskan. terima kasih khas buat pensyarah yg bagi assignment byk2. sayang kamu ketat-ketat. aku syak pensyarah jeles kami cuti lama sangat kot. lantak.

sampai ke kolej jam 8 malam tadi. tapi aku tengok kolej aku nih macam sunyi je. hai tak kan penghuni kolej x balik agi kot. tak leh jadi nih. beraya sakan tak hingat. udah-udah le tu, bawak-bawak la balik ke kolej lak. gigih! eh eh. baru aku teringat. aku syak diorang ni sibuk membuta dalam bilik kot. konon-konon penat kan jalan jauh. ye la ade yg drive dari utara, dari selatan. ada yg berenang kat laut nak sampai UPM. mana tak penat. lantak~

perkara pertama aku tengok bila masuk bilik ialah rumet tercinta aku. shit! tak ada. kuar rupanya. then, anak ikan aku. oh! i miss them a lot. sihat walafiat anak ikan aku. yeay! suka3. jom lompat lompat katak. ewah!

jadi. marilah kita berkuliah esok pagi ya. semangat baru sempena raya nih. boleh?

notaHujungKaki : kuih raya tinggal serdak. matilah~

Tuesday, September 14, 2010

| pic raya aku lak! |

bukak je fb ari first raya, mak haih tu dia punya eksaited. bertimbun-timbun orang duk upload pic raya. gila pantas dan cekap depa nih. tak dan dan dah. raya first terus upload. agaknya depa nih tak reti menziarahi sedara mara kot. raya kedua toksah cite lah. dah mcm parti pic raya dah kat fb. gigih korang masing-masing kan. kat blog pon sama. semua duk pakat upload pic raya.

aku ni bukan hape. cuma sakit hati je tengok orang duk gigih upload pic pic raya diorang. yelah line kat kampung aku tu tak bape best sangat kan. aku syak lembaga kuning tak balik raya kat kampung kot. ape-ape hal sekarang aku nak revenge balik ah kan. mana leh tahan beb. ingat kau je yg bergaya pose macam2 di hari raya?


ini dia. pic raya aku lak.

tema kali ini : ungu! very the gay kan. lantak. janji nampak encem encem encem. keh keh keh..


tu dia family aku. err err yg baju oren tu sepupu aku ye. bukan adik aku. eh aku dah mcm ketua keluarga kan. keh keh keh.

err err. very the sweet couple kan. dush! dush! itu adik aku lah. sumbang mahram oi. gila.

okay confirm encem!

notaHujungKaki : meletops u ols~

| entry terkumpul yg konon-konon banyak |

okay raya hari kelima. baru dpt hapdet blog kesayangan nih. dush dush. berhabuk. shit sangat line kat kampung sangat teruk. hampes. iklan broadband bukan main lagi siap ada yg leh online dalam hutan ceruk mana ntah. semuanya hampes. hampessssss. hangin pun tak guna, dah memang masyarakat kita kan suka gebang je lebih tapi habuk pun tarak. now dah ada kat teratak bonda tercinta, line cun punya! leh hapdet blog sampai muntah kuih raya. lantak~

eh hello. kampung aku tu Pekan Bandar Diraja okay. gila betol line 3G pon tak ada. mundur sangat ke. haih~ pelik. pelik. pelik. camner la org kampung aku tu nak maju? eh eh aku dah maju okay. maju.

disebabkan lama tak hapdet blog kesayangan, maka terpaksa la buat entry terkumpul lagi. gilosss..

satu. selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir tenaga dan batin buat semua ex-PASTI (pusat asuhan taman islam) kemaman, ex-SKSG (smart ville school), ex-SMKG (smart ville high school), ex-sekolah memandu budi kawan, ex-KMJ (kolej matrikulasi johor), semua kenalan di UPM (universiti Putra Malaysia) dan semua penduduk kampung, kenalan-kenalan dunia maya, kenalan-kenalan dunia khayalan, kawan-kawan blogger, awek-awek, ex-ex awek, skandal-skandal dan semua yg mengenali diri ini.kehkehkeh. aku menyusun sepuluh jari kaki memohon ampun dan maaf andai ada tersilap bicara terkasar tingkah laku kat korang yer. duit raya tu jangan lupa pass kat aku sikit. okay cun!

dua. keganasan berlaku di kampung. rumah atuk aku diserang secara ganas oleh saudara mara ntah dari lubuk mana datangnya. entah-entah yg bukan sedara pon datang ngaku sedara. erk?! lantak~ gila halaman umah atuk aku dipenuhi kereta dah macam kedai jual kete terpakai. gila hebat. tiap-tiap tahun pun memang camtu. kami memang takleh tinggalkan umah bila time raya. tak dapat la nak jalan-jalan raya cam org lain tu ha. haih~

tiga. err err err..aku dapat duit raya. menunduk je aku terima duit raya. haih~ itu membuktikan aku memang nmpak muda dan masih layak terima duit raya. okay muktamad! banyak okay. dalam rm13. kihkihkih. 3 org tu yg bagi duit raya.

empat. oh lupa nak gitau. raya tahun ni tak buat sate. but then 2 hari terakhir puasa kami buat sate. utk makan kita-kita jer. hahaha. dua hari berturut-turut okeh! gila sate betol. empat ekor ayam lesap di cucuk lidi sate. lantak~

lima. ketupat 95 biji habis diserbu. giloss~

enam. eh eh dah abes dah. ingatkan byk sgt entry terkumpul kali nih. poyo betol.

notaHujungKaki : boleh tak nak framekan duit raya yg aku dapat tu? duit raya terakhir kot. tahun depan giliran aku lak yg bagi duit raya. insyaAllah.

Tuesday, September 07, 2010

| raya sudah dekat - suri rumah separuh masa |

dalam kerendahan hati,
ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta,
ada kekayaan jiwa,
dalam kelembutan lidah,
ada juga keterlanjuran kata,
dalam gurau senda,
ada khilaf dan dosa.

tiada kata seindah zikir,
tiada bulan seindah Ramadhan,
untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertaut,
memohon maaf untuk ucap yg terlanjur,
janji yang terabai,
hati yg berprasangka,
semua sikap yg menyakitkan,
dan semua kesilapan yg tidak disedari.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
maaf zahir dan batin.

*******************************************

hukhuk. agak bengang sebenarnya. line broadband agak hanjeng sedikit di kawasan kampung aku nih. agaknya lembaga kuning ni tak balik beraya di kampung. bayangkan aku dpt line GPRS je. haih~ before this menikmati line HSDPA yg laju gila-gila vroooom vrooom tuh. haih~ sadis dan sedih tapi masih mampu tersenyum. walaupun agak lembap, tapi berkat kesabaran aku mencari port terbaik akhirnya berjaya membuahkan hasil masih lagi lembap tapi okay la. buktinya, terhasil lah entri tak seberapa ini. kih kih kih.

okay aku sorang-sorang kat kampung sekarang nih. atuk aku dah tua, tak mampu nak wat kerja. so aku je la yg duk sapu sampah, sapu dinding ngan siling sampai muka penuh habuk. matilah jerawat bermaharajalela pasni. pastu panjat pokok duku sorang-sorang. nyamuk!! aku benci kau. siapa sudi tolong sila angkat tangan!!

terasa penatnya kerja sebagai suri rumah tangga separuh masa sebab lagi separuh masa tu aku bantai tidur. kihkihkih.

puasa tinggal lgi 3 hari kalau tak silap. pastu raya. oh shit. aku baru terperasan tahun ni tak anyam ketupat! alasannya sebab tak ada daun kelapa nak anyam. haih~ ketupat segera la jawabnya tahun nih!

kaum kerabatku sekalian sila pulang ke kampung sekarang. kita mahu beraya okay!

azam raya tahun ni, mahu kutip duit raya banyak-banyak. kihkihkih.

disebabkan line broadband kurang memberangsangkan hati dan macam tak mengizinkan aku menghapdet blog maka aku akan jarang hapdet blog ya. sila jangan terlalu merindui aku. ya aku tahu. kamu sayangkan aku. tapi aku tak mampu untuk panggil lembaga kuning balik beraya dikampung. kalau rindu, nyanyikan saja lagu bila rindu okay!

notaHujungKaki : mana ntah mak aku nih, kata on the way. tapi..harem!


Saturday, September 04, 2010

| aku memang melampau |

stop. stop. okay aku tahu aku dah melampau kan. aku tahu aku sengaja nak tunjuk pandai. aku tahu aku buatkan hati korang koyak rabak. aku tahu korang kecewa + menyampah dengan aku. okay fine. aku terima. tapi apa yg aku leh buat? aku terpaksa. aku ada banyak sangat masa terluang. aku syak masa sekarang ni dah tak mencemburui aku. baguslah tu.

aku tak ada alasan atas apa yg dah berlaku. aku lost. kadang-kadang tak sedar tangan aku duk watper. bukan salah aku. aku pun manusia kan. janganla asyik menuding jari kat aku.

lagipun aku memang sengaja nak tunjuk yg aku terer guna photoshop

persembahkan.
header baru dari riez.studio creation!


aku bukan hape. saje je nak tunjuk skill photoshop sikit. aku suka header ni sebab simple. dan aku dah pun tukar nama blog. Budak Lelaki Sengal. sebab aku memang sengal kan. mengutuk mencarot tak hingat dunia. lantak~

notaHujungKaki : hebat. setengah jam je aku ambik masa nak siapkan header ni. kagum!

| misteri bulan puasa |

orang kata hantu syaitan sumer kena tambat rantai time bulan pose ni. betol la kot. bukan sebarang orang yg cakap camtu. ustaz ngan ustazah aku pun duk habaq menda yg sama. takkan la depan ank tipu aku. ye dak? haih~ tapi ada something yg abgi aku agak misteri yg sedang berlaku nih. ala-ala macam misteri nusantara. aku pun pelik gaban nih. puas aku cuba uraikan persoalan demi persoalan mengapa misteri yg jarang berlaku nih boleh berlaku. pelik.

orang kata kita jangan sesenangnya menuduh seseorang. nak nak kalau kita tak ada bukti tentang satu perkara tu. tak baik kan. tapi aku pelik. aku bukan nak tuduh orang pun. jauh sekali melemparkan fitnah. tapi aku kan manusia, mesti la rasa pelik nak nak bila menda pelik ni jadi. haih~ pelik pelik pelik.

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
..
.

aku pelik betul, kenapa sampai sekarang dah puasa hari ke 25 but tak ada sekeping pun lagi kad raya sampai kt umah aku.

korang mogok raya ke hape nih.
pelik pelik pelik.

notaHujungKaki : esok mahu pulang ke umah atok! yeay~

Friday, September 03, 2010

| terkejut tahap gaban |

celik je mata aku terjerit-jerit. aaaaaa....kat mana aku nih???


oh. home sweet home rupanya. hohO~ aku dah sampai umah pastu terus bantai tidur sebab penat sangat sangat sangat. hah betapa penatnya aku kan. bangun bangun je baru la fikiran aku waras mengatakan aku berada di rumah. hooooraayy!!

eh eh eh jom aku story mory sikit meh. ni ada cerita tak bape sensasi sangat la kan. gini, kan konon-konon aku plan nak balik kampung lepas subuh kan. rujuk entry sebelum ni. tup tp pukul 10 pagi baru gerak dari kolej. hampess betul. janji melayu kan. lalala~ aku ni gigih tak tidur pas sahur takut tidur mati tak reti bangun. ceh! kalau tahu nak gerak lambat, aku tidur je sampai pukul 9 kan kan kan. haih~ nasib baik aku tak memandu dan leh tidur selena-lenanya dalam kereta tadi. gilalah. tak hingat dunia aku tidur. agak agak berdengkur ke tak aku pun tak tahu lah. lantak~

btw, thanx to borhan aka balat for the ride. syg kau lebih bro. semoga selamat sampai ke kampung halaman okay!

apa apa pun aku dah selamat sampai ke rumah tercinta bersama family ku. haih~ i miss my mom a lot!!! bau kari la. oh my mom tengah masak. yeayyyy!!

*aku pelik la. bila aku balik rumah je, mouse aku mesti rosak. satu kerja lak nak kena guna touchpad nih. tak suke!! ada racun tikus ke dalam rumah ni. pelik!

notaHujungKaki : sapa sudi layan mesej aku weekend ni, sila angkat henfon ya!

| puasa dan kita |

hujan renyai-renyai kat luar. sejuk lah malam ni. plan nak sahur kat mamak. hujan lak. tak tahulah jadi ke tak nih. haih~ pagi kang bertolak pulang ke kampung. so aku sambung tidur dalam kereta je la. hohO~

tetiba aku teringat zaman puasa masa aku sem 1 dulu. seronok sangat. time tu la aku mula kenal ngan geng-geng aku sekarang nih. ikwan, amy, munie, syikin, acik, rafi, solok dan semua-semualah! thanx korang. ingat tak dulu kita selalu bukak pose ramai-ramai kan. paling best kita bukak pose kat KLCC. pergh! memang best giler time tu. aku ingat agi masa tu aku makan spaggetti pizza hut. huhu.pastu kebetulan besday acik, kita selebret sekali. suap suap. oh best sangat time tu. malam lak kita terawih main boling. aku tak ingat sangat tapi kalo tak silap memang selalu kita keluar main boling kan. bukan reti nak gi terawih kan. dalam seminggu entah bape kali kuar main boling lepas berbuka. kan? korang ingat tak? haih~ masa tu semua happening giler kan. yelah otak masih gila. semua single lagi time tu. seronok la berjalan. kan kan kan. then time nak balik raya, seronok. aku ingat lagi time tu muni ngan ikwan ke shikin. lupa. kita ramai-ramai tunggu diorang nak lambai-lambai. sedih kan masa tu. nak balik raya je padahal. hohO~ pastu semua pakat tukar-tukar kad raya. aku simpan smpai sekarang kad saya yg korang bagi tu tau. best sangat time tu. aku rindu giler time tu.

pastu masa kita tahun kedua lak. tak banyak beza pun. kita still bukak pose sama-sama kan. kadang-kadang kita bukak pose ramai-ramai kat luar. seronok. tapi dah kurangkan main boling. dah insaf katanya. boleh? hohO~ semua dah gigih ke terawih masa nih. kan. aku je yg duk tidur dalam bilik. hakhakhak. masa ni dah kurang sikit kad raya kan. semua design sendiri then upload kat facebook pastu tag semua orang. oh gila canggih sekarang kan. semua pakai online je. hebat dunia sekarang. shopping raya time ni best. semua gila shopping. lama giler pilih baju. kan?

tahun ketiga. sekarang lah. aku dah tak rasa best sangat kot. bukak puasa still ramai-ramai lagi. tapi tak selalu pun. kadang-kadang ada je yg tak der. dating la. bukak pose kat luar la. ngan kawan-kawan lain la. tapi still happening kan. kadang-kadang kita bukak pose kat luar. kadang-kadang kita hang out. tapi dah tak ada lepak-lepak lepas berbuka kan. semua pergi terawih. alhamdulillah. tapi lepas terawih kita tak lepak sangat kan. semua sibuk. wat assignment la, dating la, keluar la, malas la. haih~ bila terfikir balik sedih lak aku rasa. tapi nak wat camner kan. kita ada tanggungjawab masing-masing. tadi last kita bukak pose ramai-ramai. pasni kita mungkin dah berjauhan kan. dah tahun akhir dah pun. tak der dah bukak pose ramai-ramai. aku mesti rindukan saat ni nanti. seriously! dan plan sahur bersama kawan-kawan hari ni macam terpaksa dibatalkan je. sedihnyer.

dan tadi aku tak sempat nak lambai-lambai syikin dan amy yg pulang ke kampung. sedih! selamat hari raya aidilfitri kawan!

hujan makin lebat.

okay. cukup. sebelum meleleh leleh air mata kerinduan nanti. hakhakhak.

barang-barang sudah siap dipacking. baju raya selamat berada dalam beg. lepas subuh kang insyaAllah bertolak ke kampung. ah tak sabarnya.

puasa terakhir di UPM. dan semoga semua kenangan yg tercipta akan kekal selamanya.
kawan-kawan, jangan lupakan kenangan kita okay!

notaHujungKaki : masih adakah puasa untuk kita semua di tahun akan datang?

Thursday, September 02, 2010

| entry terkumpul |

.first.
aku nak wish SELAMAT HARI KEMERDEKAAN ke 53. well well well aku tak rasa aku dah lambat nak ucap kan. hope keamanan negara akan kekal selamanya. bagi yg sibuk-sibuk nak kondem sana sini tu, sudah-sudah la. biarkan Malaysia aman sentosa. sekian! eh eh. aku sayang Malaysia okay!

.second.
puasa dah tinggal beberapa hari je lagi. shopping complex dah mula sesak. jalan TAR dan mula penuh dengan manusia tak kira masa. masjid Jamek dah mula sesak. jalan KL dah jem sepanjang masa. rakyat jelata dah mula pulang ke kampung halaman termasuk rumet kesayangan aku. aku esok insyaAllah balik kampung. hohO~ so siapa-siapa yg belom shopping raya, silakan shopping sebelum terpaksa pakai baju tahun lepas. kang melopong baju dah sold out.

.third.
aku jeles rumet aku balik awal.

.fourth.
semalam gi shopping ngan kawan-kawan dan adik perempuan aku. last-last tinggal aku ngan adik aku je. kawan-kawan nak balik awal. haih~ lantak korang lah. aku nak sambung je shopping. hikhik. gila. raya tahun ni paling banyak duit aku habis. baju melayu sepasang lengkap sampin, baju t-shirt 5 helai, jeans 2 helai. haih~ cilake. dugaan betul. haih~ tu la aku benci kalau gi shopping raya. banyak duit habis.

.fifth.
rasa macam best je wat entry poin point camni kan. cam gempak je. kan. cam hebat je. haih~


notaHujungKaki : beg baju pun beli gak. cadang nak bawak balik kampung. gila gigih kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...