ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Monday, August 29, 2011

salam lebaran

rebus ketupat di malam selasa,
rendang dikuali jangan dilupa,
berdentum mercun meraikan suasana,
tanda kemenangan semakin tiba.

rendang ketupat sudah tersedia,
dodol warisan pelengkap rasa,
genap sebulan kita berpuasa,
kini masa kita meraikannya.

sanak saudara berkunjung tiba,
menikmati juadah diatas meja,
bermaafan kita sesama saudara,
semoga lebaran lebih bermakna.

saling bermaafan budaya kita,
tangan dihulur segenap usia,
salam aidilfitri buat semua,
zahir batin ampun dipinta.

dikesempatan ini aku MOHD RIDZWAN MOHD RAZIF menyusun 10 jari memhon ampun dan maaf andai ada tersilap bicara dan terkasar perilaku sepanjang kalian semua mengenali diri ini. semoga lebaran kali ini membawa seribu makna. salam aidilfitri. maaf zahir batin.

notaRaya : moga pagi raya esok aku kental menghadapi hidup beraya tanpa keluarga disisi. amin.

Thursday, August 18, 2011

berbuka bersama rakan seOfis

hello pekerja-pekerja sekalian.

ehem. kerja tu kerja jugak. buka puasa jangan lupa. sesekali berbuka dengan rakan-rakan ofis pon layan jugak kan. cakap banyak tak guna. jom layan.

see? ni semua jejaka-jejaka ribena. kehkehkeh.

makan time. dah baca doa ke belom nih.

himpunan warga TMIS 209. sikit jer?

we love u ols. geli geli geli.

nampak periuk berasap tu?? pergh, marvelous!

ramai tak?

so dah puas tengok pic? kehkehkeh. sila jangan jeles. tengok atas meja tu. bertimbun-timbun makanan. kental beb nak habiskan. paling takleh blah ada budak tu ambik aiskrim setengah jam lagi nak berbuka. sesuai sangat. sampai waktu berbuka, cair dah aiskrim tu. hirup je lah yer. owh okay. lupa nak bagitau tempat ni kat mana.

lokasi : restoran steamboat Flaming, Sunway. (sebelah sunway pyramid)
tarikh : selasa 16 ogos 2011.

ni semua rakan-rakan ofis dan juga ex rakan ofis. kehkehkeh. cayalah korang. terbaik!! nanti hangout lagi yok. muah3. boleh??

barang terkawal Aidilfitri

assalamualaikum wbt.

gitu! sejuk je nak membaca kan. eh jangan lupa jawab salam dulu yer. kehkehkeh

dengar sini rakyat-rakyat jelata semua. raya dah nak dekat. dah tiba masa untuk kita shopping raya! yahoooooo..

ops ops ops. wait. shopping tu shopping jugak. dah tengok berita? kita sebagai pengguna ada hak untuk dapat harga yg berpatutan. ini dia 20 BARANG TERKAWAL AIDILFITRI. calon-calonnya ialah.



hambik kau. semua terkawal. so persoalannya sekarang ni kenapa harga barang-barang ni terkawal? sebab peniaga-peniaga meletakkan harga sesuka hati ke hape? isk3..berniaga tu kalau kurang timbangannya walau sebesar zarah sekalipun, akan dihisap disana nanti bai. jangan la fikir nak mengaut untung je beb. isk3. sedih.

so pengguna. mainkan peranan anda. semua barang terkawal ni sepatutnya dipamerkan harga dengan menggunakan tag merah jambu yer.

kalau boleh dekat-dekat nak raya ni jangan la ada peniaga yg ambil kesempatan nak kaut keuntungan lebih. nak beraya sakan la tu. isk3 korang nih.

notaHarga : jangan nanti garam pon jadi barang terkawal sudah. ramai-ramai tapis air laut je lah jadikan garam boleh? kehkehkeh


Wednesday, August 17, 2011

mercun

hello peeps. err..i mean hello boys and girls.

puasa semua? alhamdulillah. dah masuk puasa ke 17 kan. means dah makin dekat nak raya. pasaraya pon dah start buat jualan mega dah ni. suri-suri rumah pon dah berkira-kira nak keluar shopping raya. baju-baju raya pon dah siap 4 5 pasang dah ni. lampu kelip-kelip sama pelita pon dah makin megah bernyala-nyala. lagu raya pon dah terjerit-jerit dalam radio. yang paling penting lelaki-lelaki sekarang ni tengah pening kepala sebab bini-bini depa semua sibuk nak duit nak buat shopping raya. petanda awal Ramadhan bakal melabuhkan tirai la tu.

okay enuff. setahun sekali kan. apa ade hal lah!

but but but. yg paling penting ni, puasa puasa jugak. raya pon raya jugak. tapi kalau sampai putus 2 3 jari main mercun tu apa cerita pulak bai? ish korang nih. main mercun apa kebenda sampai putus jari tu? la ni camner nak kumpul duit raya nanti? nasib la kau!

*tak mau lah upload pic orang putus jari. ngeri den.

so sekarang ni camner? salah siapa? salah mak ayah? salah diri sendiri? salah penjual mercun? atau salah jiran tetangga sebab tak larang diorang main mercun?

mungkin salah mercun tu la kot. siapa suruh meletup kat jari ye dak? kehkehkeh.

********************************
KENANGAN

dulu-dulu masa kecik-kecik lagi. aku pon selalu jugak main mercun time puasa. tapi steady jer. kenal mercun naga? mercun telur naga ke hape ntah nama dia aku lupa dah. mercun tu dulu aku main, letak kat lastik then hidupkan sumbunya pastu lastik kat pokok. pergh! bila meletup kat pokok tu siap warna-warni beb. ceria jer. budak-budak sekarang? ada ke baling atas tanah. tak advanture langsung.
-mercun telor naga-

mercun ketupat pulak. apa barang bai baling atas tanah pastu lari laju2. cis. tak berkembang betol minda. aku dulu baling dalam perigi, paling koman pon letak dlm tong yg tertutup. sekali meletup, hambik kau! satu kampung la bergegar. siap orang-orang kampung sebelah lawan lak tu. dum dam dum. berasap je dengar. barulah jantan beb. kehkehkeh.

mercun bola tu takyah cite la beb. modified bagi besar sikit. lepas tu baling dalam perigi ke, tong ke..apa-apa jelah bekas tertutup. fuh! marvelous. awesome kata org puteh!

tak ada pulak jari aku putus ke hape. jangan kata putus, luka sikit pon tak ada. aku pelik ni budak-budak sekarang main mercun sampai putus jari. kau genggam mercun sampai meletup ke hape nih.

********************************
budak-budak main mercun depan tingkat rumah aku sekarang ni. agak-agak perlu tak aku turunkan ilmi untuk diorang ni semua? ish.

notaMercun : aksi-aksi merbahaya yg aku cerita tu sila jangan tiru yer. penulis tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kecelakaan yg berlaku akibat tidakan yg tidak profesional tersebut. harap maklum~

Tuesday, August 16, 2011

pendengar

hello para pencerita dan para pendengar yg tak berape nak dengar sangat.

watdehell.

yup. pelik kan tiba-tiba aku dah bagi sedas watdehell. nanti dulu. watdehell tu khas untuk korang-korang yang rasa diri tu pendengar yg baik tapi sebenarnya hampeh tahap kuih lapis 3 seringgit. jelas? tak? ok fine. *hempas-hempas keyboard.

okay2. serius. *kerutkan dahi.

actually, aku nak cerita pasal apa yg kita rasa bila kita beria-ria nak cerita kat someone, tp respons orang tu is like..watdehell. u know.like watdehell. fuuuuu...

pernah tak korang ada satu cerita yg hot gila babeng la. hot sampai mulut korang terkepoh-kepoh nak cerita. lepas tu badan korang rasa macam tergedik-gedik nak cerita kat lover korang ke, kawan korang ke, adik beradik korang ke..then bila korang cerita dengan siap dengan mimik muka sekali, org yg jadi pendengar tu macam takder respons nak dengar langsung. paling gampar dia siap leh cakap 'oh ye ker' dengan muka yg takder perasaan langsung. pernah tak? shit gila bila dia boleh tukar topik lain sedangkan cerita korang tak habis lagi.. fucccc gila kan.

lagi satu.pernah tak bila korang ada cerita sedih yg korang nak sangat cerita kat orang lain especially sayang buah hati cinta korang dengan harapan kurang la sikit kesedihan jiwa lara korang tu. then then then, orang yg jadi pendengar tu like..watdehell again. u know. dengar tapi macam tak dengar. last last korang bukan makin ceria, makin sedih ada la. siap plan nak bunuh diri. apa cerita? pernah? tipulah kalau tak pernah.

well. kepada pendengar. plish-lah!

bila korang tak mampujadi pendengar yg baik, at least jadilah pendengar yg betul-betul mendengar. bila korang tak mampu nak jadi penyelesai masalah, at least jadi la orang yg tahu menghormati perasaan orang lain. what goes around comes around rite? kita selalu dengar mengenai kursus pengucapan awam, tapi kursus pendengar yg baik ada tak? elemen ni sering diabaikan. ada tak orang ajar jadi pendengar yg baik? nope. kita sendiri yang kena belajar. so? why not kita belajar jadi pendengar yg baik.

sebab? dengan adi pendengar yg baik dan bermutu tinggi, kita mampu sekurang-kurangnya jadi kawan yg sangat memahami atau jadi orang yg boleh bergantung harap atau menyelesaikan masalah orang atau menceriakan kawan kita itu sendiri. kata besfren. kan kan kan?

oh ya. tips untuk jadi pendengar yg baik. senang jer. letakkan diri korang dalam diri org yg bercerita tu. feel what they felt. easy. renung renungkan dan selamat beramal. woha!


***************

hidup ni cukup senang kalau kita betul-betul menghargai orang-orang yg ada disekeliling kita. hidup ini amat ceria sebenarnya kalau kita sentiasa ceriakan diri kita. hidup ini mudah sebenarnya kalau kita sering meletakkan diri kita dalam diri orang lain dan rasa apa yg mereka rasakan. senang. kalau kita tahu apa nak buat. deal?

Friday, August 12, 2011

cara mudah mengetahui halaman bagi setiap juzuk dalam al-Quran

assalamualaikum..

alhamdulillah dah masuk hari ke 12 kita berpuasa. pejam celik pejam celik dah 12 hari kan kita berpuasa. tak lama lagi dah nak raya. mesti ada orang yg siap beli baju raya kan. mesti dah ada yg siap beli tiket raya kan..yg dah servis kereta nak balik raya pon ada kan. yg shopping kuih-kuih untuk raya pon ada kan. dah macam-macam jenis biskut dh kuar kat pasaran sekarang ni..mercun sama bunga api toksah cite la..sampai kena rampas bagai. punyalah banyak.cari duit betol. aku? ish..ni malas nak cite nih. aku keje dowh pagi raya. menangis!!! sembahyang raya kat ofis je la jawabnya.

okay stop cite pasal balik raya and so-called-raya-stuffs...aku jeles okay. *tak terasa.

hari aku nak kongsi dengan readers, satu fakta yg macam menarik. ni aku jumpa masa jalan-jalan makan angin kat Facebook tadi. jalan-jalan makan angin tidak membatalkan puasa ya. harap maklum..:)

okay. fakta yang aku nak kongsi hari ni ialah cara-cara nak menghafal muka surat setiap juzuk dalam al-Quran. menakjubkan. aku pon tak sangka. hanya menggunakan formula matematik yg cukup ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk al-Quran. jom kita sama-sama berkongsi. insyaAllah.

contoh 1 : jika korang nak tahu juzuk 5 berada pada mukasurat berapa.

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8.

letakkan nombor 2 lepas jawapan tu.

so juzuk 5 berada pada mukasurat ke 82.


contoh 2 : jika korang nak tahu juzuk 10 berada pada mukasurat berapa.

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18.

letakkan nombor 2 lepas jawapan.

so juzuk 10 berada pada mukasurat 182.


Subhanallah. menakjubkan. jom kita kongsi ramai-ramai. semoga yg berkongsi sama-sama mendapat rahmat. amin.

semoga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.


notaSisipan : selamat main mercun dan putus jari yer.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...