ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Friday, September 03, 2010

| terkejut tahap gaban |

celik je mata aku terjerit-jerit. aaaaaa....kat mana aku nih???


oh. home sweet home rupanya. hohO~ aku dah sampai umah pastu terus bantai tidur sebab penat sangat sangat sangat. hah betapa penatnya aku kan. bangun bangun je baru la fikiran aku waras mengatakan aku berada di rumah. hooooraayy!!

eh eh eh jom aku story mory sikit meh. ni ada cerita tak bape sensasi sangat la kan. gini, kan konon-konon aku plan nak balik kampung lepas subuh kan. rujuk entry sebelum ni. tup tp pukul 10 pagi baru gerak dari kolej. hampess betul. janji melayu kan. lalala~ aku ni gigih tak tidur pas sahur takut tidur mati tak reti bangun. ceh! kalau tahu nak gerak lambat, aku tidur je sampai pukul 9 kan kan kan. haih~ nasib baik aku tak memandu dan leh tidur selena-lenanya dalam kereta tadi. gilalah. tak hingat dunia aku tidur. agak agak berdengkur ke tak aku pun tak tahu lah. lantak~

btw, thanx to borhan aka balat for the ride. syg kau lebih bro. semoga selamat sampai ke kampung halaman okay!

apa apa pun aku dah selamat sampai ke rumah tercinta bersama family ku. haih~ i miss my mom a lot!!! bau kari la. oh my mom tengah masak. yeayyyy!!

*aku pelik la. bila aku balik rumah je, mouse aku mesti rosak. satu kerja lak nak kena guna touchpad nih. tak suke!! ada racun tikus ke dalam rumah ni. pelik!

notaHujungKaki : sapa sudi layan mesej aku weekend ni, sila angkat henfon ya!

| puasa dan kita |

hujan renyai-renyai kat luar. sejuk lah malam ni. plan nak sahur kat mamak. hujan lak. tak tahulah jadi ke tak nih. haih~ pagi kang bertolak pulang ke kampung. so aku sambung tidur dalam kereta je la. hohO~

tetiba aku teringat zaman puasa masa aku sem 1 dulu. seronok sangat. time tu la aku mula kenal ngan geng-geng aku sekarang nih. ikwan, amy, munie, syikin, acik, rafi, solok dan semua-semualah! thanx korang. ingat tak dulu kita selalu bukak pose ramai-ramai kan. paling best kita bukak pose kat KLCC. pergh! memang best giler time tu. aku ingat agi masa tu aku makan spaggetti pizza hut. huhu.pastu kebetulan besday acik, kita selebret sekali. suap suap. oh best sangat time tu. malam lak kita terawih main boling. aku tak ingat sangat tapi kalo tak silap memang selalu kita keluar main boling kan. bukan reti nak gi terawih kan. dalam seminggu entah bape kali kuar main boling lepas berbuka. kan? korang ingat tak? haih~ masa tu semua happening giler kan. yelah otak masih gila. semua single lagi time tu. seronok la berjalan. kan kan kan. then time nak balik raya, seronok. aku ingat lagi time tu muni ngan ikwan ke shikin. lupa. kita ramai-ramai tunggu diorang nak lambai-lambai. sedih kan masa tu. nak balik raya je padahal. hohO~ pastu semua pakat tukar-tukar kad raya. aku simpan smpai sekarang kad saya yg korang bagi tu tau. best sangat time tu. aku rindu giler time tu.

pastu masa kita tahun kedua lak. tak banyak beza pun. kita still bukak pose sama-sama kan. kadang-kadang kita bukak pose ramai-ramai kat luar. seronok. tapi dah kurangkan main boling. dah insaf katanya. boleh? hohO~ semua dah gigih ke terawih masa nih. kan. aku je yg duk tidur dalam bilik. hakhakhak. masa ni dah kurang sikit kad raya kan. semua design sendiri then upload kat facebook pastu tag semua orang. oh gila canggih sekarang kan. semua pakai online je. hebat dunia sekarang. shopping raya time ni best. semua gila shopping. lama giler pilih baju. kan?

tahun ketiga. sekarang lah. aku dah tak rasa best sangat kot. bukak puasa still ramai-ramai lagi. tapi tak selalu pun. kadang-kadang ada je yg tak der. dating la. bukak pose kat luar la. ngan kawan-kawan lain la. tapi still happening kan. kadang-kadang kita bukak pose kat luar. kadang-kadang kita hang out. tapi dah tak ada lepak-lepak lepas berbuka kan. semua pergi terawih. alhamdulillah. tapi lepas terawih kita tak lepak sangat kan. semua sibuk. wat assignment la, dating la, keluar la, malas la. haih~ bila terfikir balik sedih lak aku rasa. tapi nak wat camner kan. kita ada tanggungjawab masing-masing. tadi last kita bukak pose ramai-ramai. pasni kita mungkin dah berjauhan kan. dah tahun akhir dah pun. tak der dah bukak pose ramai-ramai. aku mesti rindukan saat ni nanti. seriously! dan plan sahur bersama kawan-kawan hari ni macam terpaksa dibatalkan je. sedihnyer.

dan tadi aku tak sempat nak lambai-lambai syikin dan amy yg pulang ke kampung. sedih! selamat hari raya aidilfitri kawan!

hujan makin lebat.

okay. cukup. sebelum meleleh leleh air mata kerinduan nanti. hakhakhak.

barang-barang sudah siap dipacking. baju raya selamat berada dalam beg. lepas subuh kang insyaAllah bertolak ke kampung. ah tak sabarnya.

puasa terakhir di UPM. dan semoga semua kenangan yg tercipta akan kekal selamanya.
kawan-kawan, jangan lupakan kenangan kita okay!

notaHujungKaki : masih adakah puasa untuk kita semua di tahun akan datang?

Thursday, September 02, 2010

| entry terkumpul |

.first.
aku nak wish SELAMAT HARI KEMERDEKAAN ke 53. well well well aku tak rasa aku dah lambat nak ucap kan. hope keamanan negara akan kekal selamanya. bagi yg sibuk-sibuk nak kondem sana sini tu, sudah-sudah la. biarkan Malaysia aman sentosa. sekian! eh eh. aku sayang Malaysia okay!

.second.
puasa dah tinggal beberapa hari je lagi. shopping complex dah mula sesak. jalan TAR dan mula penuh dengan manusia tak kira masa. masjid Jamek dah mula sesak. jalan KL dah jem sepanjang masa. rakyat jelata dah mula pulang ke kampung halaman termasuk rumet kesayangan aku. aku esok insyaAllah balik kampung. hohO~ so siapa-siapa yg belom shopping raya, silakan shopping sebelum terpaksa pakai baju tahun lepas. kang melopong baju dah sold out.

.third.
aku jeles rumet aku balik awal.

.fourth.
semalam gi shopping ngan kawan-kawan dan adik perempuan aku. last-last tinggal aku ngan adik aku je. kawan-kawan nak balik awal. haih~ lantak korang lah. aku nak sambung je shopping. hikhik. gila. raya tahun ni paling banyak duit aku habis. baju melayu sepasang lengkap sampin, baju t-shirt 5 helai, jeans 2 helai. haih~ cilake. dugaan betul. haih~ tu la aku benci kalau gi shopping raya. banyak duit habis.

.fifth.
rasa macam best je wat entry poin point camni kan. cam gempak je. kan. cam hebat je. haih~


notaHujungKaki : beg baju pun beli gak. cadang nak bawak balik kampung. gila gigih kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...