ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Tuesday, September 07, 2010

| raya sudah dekat - suri rumah separuh masa |

dalam kerendahan hati,
ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta,
ada kekayaan jiwa,
dalam kelembutan lidah,
ada juga keterlanjuran kata,
dalam gurau senda,
ada khilaf dan dosa.

tiada kata seindah zikir,
tiada bulan seindah Ramadhan,
untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertaut,
memohon maaf untuk ucap yg terlanjur,
janji yang terabai,
hati yg berprasangka,
semua sikap yg menyakitkan,
dan semua kesilapan yg tidak disedari.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
maaf zahir dan batin.

*******************************************

hukhuk. agak bengang sebenarnya. line broadband agak hanjeng sedikit di kawasan kampung aku nih. agaknya lembaga kuning ni tak balik beraya di kampung. bayangkan aku dpt line GPRS je. haih~ before this menikmati line HSDPA yg laju gila-gila vroooom vrooom tuh. haih~ sadis dan sedih tapi masih mampu tersenyum. walaupun agak lembap, tapi berkat kesabaran aku mencari port terbaik akhirnya berjaya membuahkan hasil masih lagi lembap tapi okay la. buktinya, terhasil lah entri tak seberapa ini. kih kih kih.

okay aku sorang-sorang kat kampung sekarang nih. atuk aku dah tua, tak mampu nak wat kerja. so aku je la yg duk sapu sampah, sapu dinding ngan siling sampai muka penuh habuk. matilah jerawat bermaharajalela pasni. pastu panjat pokok duku sorang-sorang. nyamuk!! aku benci kau. siapa sudi tolong sila angkat tangan!!

terasa penatnya kerja sebagai suri rumah tangga separuh masa sebab lagi separuh masa tu aku bantai tidur. kihkihkih.

puasa tinggal lgi 3 hari kalau tak silap. pastu raya. oh shit. aku baru terperasan tahun ni tak anyam ketupat! alasannya sebab tak ada daun kelapa nak anyam. haih~ ketupat segera la jawabnya tahun nih!

kaum kerabatku sekalian sila pulang ke kampung sekarang. kita mahu beraya okay!

azam raya tahun ni, mahu kutip duit raya banyak-banyak. kihkihkih.

disebabkan line broadband kurang memberangsangkan hati dan macam tak mengizinkan aku menghapdet blog maka aku akan jarang hapdet blog ya. sila jangan terlalu merindui aku. ya aku tahu. kamu sayangkan aku. tapi aku tak mampu untuk panggil lembaga kuning balik beraya dikampung. kalau rindu, nyanyikan saja lagu bila rindu okay!

notaHujungKaki : mana ntah mak aku nih, kata on the way. tapi..harem!


Saturday, September 04, 2010

| aku memang melampau |

stop. stop. okay aku tahu aku dah melampau kan. aku tahu aku sengaja nak tunjuk pandai. aku tahu aku buatkan hati korang koyak rabak. aku tahu korang kecewa + menyampah dengan aku. okay fine. aku terima. tapi apa yg aku leh buat? aku terpaksa. aku ada banyak sangat masa terluang. aku syak masa sekarang ni dah tak mencemburui aku. baguslah tu.

aku tak ada alasan atas apa yg dah berlaku. aku lost. kadang-kadang tak sedar tangan aku duk watper. bukan salah aku. aku pun manusia kan. janganla asyik menuding jari kat aku.

lagipun aku memang sengaja nak tunjuk yg aku terer guna photoshop

persembahkan.
header baru dari riez.studio creation!


aku bukan hape. saje je nak tunjuk skill photoshop sikit. aku suka header ni sebab simple. dan aku dah pun tukar nama blog. Budak Lelaki Sengal. sebab aku memang sengal kan. mengutuk mencarot tak hingat dunia. lantak~

notaHujungKaki : hebat. setengah jam je aku ambik masa nak siapkan header ni. kagum!

| misteri bulan puasa |

orang kata hantu syaitan sumer kena tambat rantai time bulan pose ni. betol la kot. bukan sebarang orang yg cakap camtu. ustaz ngan ustazah aku pun duk habaq menda yg sama. takkan la depan ank tipu aku. ye dak? haih~ tapi ada something yg abgi aku agak misteri yg sedang berlaku nih. ala-ala macam misteri nusantara. aku pun pelik gaban nih. puas aku cuba uraikan persoalan demi persoalan mengapa misteri yg jarang berlaku nih boleh berlaku. pelik.

orang kata kita jangan sesenangnya menuduh seseorang. nak nak kalau kita tak ada bukti tentang satu perkara tu. tak baik kan. tapi aku pelik. aku bukan nak tuduh orang pun. jauh sekali melemparkan fitnah. tapi aku kan manusia, mesti la rasa pelik nak nak bila menda pelik ni jadi. haih~ pelik pelik pelik.

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
..
.

aku pelik betul, kenapa sampai sekarang dah puasa hari ke 25 but tak ada sekeping pun lagi kad raya sampai kt umah aku.

korang mogok raya ke hape nih.
pelik pelik pelik.

notaHujungKaki : esok mahu pulang ke umah atok! yeay~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...