ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, November 10, 2010

| 30 perkara perempuan taknak bagitau lelaki |

orang kata ada 30 perkara yg orang pempuan taknak bagitahu kat lelaki. percaya atau tidak? jom kita tengok sikit. cuci mata malam-malam rabu ni. hohO~

1) bila pempuan itu mengatakan dia sedang bersedih, tapi dia tidak menitiskan air mata itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2) bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakitinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3) wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang dia sayang.

4) sekiranya pempuan itu jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5) bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6) pempuan memang sukakan pujian tetapi tidak selalu tahu macam mana nak menerima pujian.

7) jika kamu tidak suka dengan pempuan yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut jangan berkasar sebab ada semangat dalam diri pempuan yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja!

8) sekiranya sorang pempuan mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. sekiranya kamu masih mahu berkawan dengannya, cubalah tegurnya dengan perlahan-lahan.

9) pempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa.

10) jangan sesekali beritahu pempuan yang mereka ni langsung tak berguna!

11) bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12) bila pertama kali lelaki yg dicintainya dalam diam memberikan respons positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tidak acuh seolah-olah tidak berminat tetapi lepas ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13) sekuntum senyuman mamou memberi seribu erti bagi pempuan. so, jangan senyum sebarangan.

14) jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15) jika sorang pempuan memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu.

16) tapi jika dalam masa sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahanya untuk memikatnya.

17) jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. tanya dia sendiri!!

18) selepas sorang pempuan jatuh cita, dia sering tertanya-tanya mengapa dia tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19) kalau kamu masih mencari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, rajin-rajinkanlah tangan menyelak buku-buku cinta.

20) bila setiap kali gambar kelas keluar, perkara pertama yang dicari oleh pempuan itu ialah siapa yang berdiri disebelah buah hatinya kemudian barulah dirinya sendiri.

21) bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya!

22) satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' saja sudah cukup menceriakan hatinya.

23) teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24) pempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25) cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26) semua pempuan mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27) senjata pempuan adalah airmata!

28) pempuan suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya.

29) pempuan mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.

30) sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

sumber : email dari hamba Allah.

okay. satu soalan. kenapa perempuan terlalu rumit untuk difahami? can u just shout out and say, 'yes i love u too'. oh!

notaRumit : lelaki tak serumit perempuan kan.

p/s : saje je puji perempuan dalam entry kali ni. lain kali aku kutuk kaw-kaw lak yer. kehkehkeh.

Tuesday, November 09, 2010

| mereka layak bergelar kawan! |

kami akan kawan. sampai hujung nyawa. kami tetap kawan. okay muktamad!



<----- nama dia Siti Aisah. dia tua. so dia leh dikategorikan sebagai kakak. and dia MPP UPM. hoho~ dia best. sebab dia matang and sometimes kelakar.







yang ni pulak Munirah. budak terengganu. bila dia cakap dialek terengganu, seyes aku macam terpinga-pinga sikit. pakwe dia encem. kehkehkeh. dia sangat baik. suka kawan
ngan dia taw! ------>






<----- yang macam kembar munirah ni pulak Norashikin. dia ni jenis yang selalu happy jer. kena kutuk kaw-kaw pon dia still senyum, memang kental ah minah nih. and dia sangat baik. sekarang dia wat bisnes choc moist cake. sedap!






hohoho..yang ni pulak Azrina. kami panggil dia Acik. huhu..cam comey je kan. dia ni pon taraf kakak gak kot. and dia kapel ngan senior sains komputer. dalam diam merancang nak kawin dah. nampaknya kami makan nasik minyak dia dulu nanti. ----->








<----- ehem ehem. yang ni cinta hati aku lah. eh eh tak. yang ni rumet aku. Rizaimi. budak kecik yang selalu gak kena buli. tapi kalau dia yg membuli, memang haru!






ni dia master multimedia. Ikhwanul. taraf abang ni. tapi perangai macam adik. hoh?! huhu..tak ada lak pic dia mcm pic-pic atas. aku upload pic ni je k. dia ni duk kat umah aku jer. tapi sebelum masuk upm, sumpah aku tak kenal dia nih!


and ada beberapa lagi kawan baik aku sepanjang kat sini. contohnya,

1) faizal ---> kawan masa kat matrik dulu. kitorang panggil abu. tang mana nama dia abu pon aku tak tahu.

2) mardiana ---> budak kampung aku jugak ni. huhu. kami panggil nana. dia kapel ngan Mr R. kehkehkeh. nanti nak kawin jangan lupa jemput ya!

3) dan yang lain-lain. tak tersebut. kang kalo tertinggal nama, ada lak yang sentap. so aku tegaskan kat sini, orang semua adalah kawan aku. serapat mana pun kita, sejauh mana pun kita..kita akan tetap kawan. kawan sampai mati. amin~



mana boleh gambar diorang jer. gambar aku pun kena ada jugak. lagipun, ni kan blog aku. lantak~

notaUntukKawan : selalu sangat kawan tikam kawan. tapi tak apa, tikaman tu tak masuk dalam sangat kan. still boleh sembuh. cuma ambik masa je.

p/s : semua semua semua ni kawan aku kat UPM. satu course ngan aku. Sains Komputer pengkhususan Multimedia. semua dah semester 5. insyaAllah next sem final sem la. and grad!!! hope kami kawan sampai bila-bila.

p/s/s : oh lupa nak ucap. selamat menduduki peperiksaan akhir terutama buat kawan-kawan sekolej, sekursus, seuniversiti dan sedunia. hohoho.. do ur best okay!

| final exam semester 5 |


peperiksaan akhir semester 5.
bachelor sains komputer (multimedia)
universiti putra malaysia.

salam 1 Malaysia. hoho. gila skema! oit oit oit. haaaa..gitu. baru la santai lenggang kak timah sikit petang-petang ni. first of all, sorry to my blog because lama i tak rajinkan diri hapdet. eh bukan i malas ya. cuma i kadang-kadang terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi. biasalah manusia, sering mengejar kehidupan duniawi. menangis! to all my followers, i mtk maaf okay. sebenarnya i saje je buat uols tertunggu-tunggu hapdet dari i. hoho~ macam diva lak kanz.

*okay cukup. sebelum dicop gila psiko.

well. sekarang aku di minggu final exam. yahuuuu... gembira seh. aku syak aku dah cukup persediaan kot. tu la pasal happy semacam jer. bukan hape, tak nak la jadi cam orang lain tu kan. masuk je minggu exam, gelabah. masuk je minggu exam, stress. hey come on. chill la bro. aku rasa la kan korang ni kena menuntut ilmu cool and steady dari aku nih. rilek ah. exam je kot. bukan gi perang kat Palestin pon.

9/11 - animasi komputer
11/11 - pemampatan data
12/11 - pentadbiran pengembangan
13/11 - pendigitan audio tampak
20/11 - etika dalam perkomputeran
21/11 - penerbitan digital

tadi aku dah settlekan paper animasi. senyum je aku jawab paper. muka yakin giler lah. memang saje je nak psiko orang-orang sebelah. semalam study pon tak de la sampai tak tidur. siap layan facebook and chatting kat ym agi. orang kampung cakap 'dah cukup terer la tu'. gitu la lebih kurang. aku ingat nak jawab paper tadi sambil bersiul-siul sikit. bagi ceria. tapi bila memikirkan kesian orang-orang yang stress nak jawab soalan exam tu, aku diam je la. terpaksa aku bersiul dalam hati je. lantak~ next paper khamis. paper yg boleh membunuh pointer aku tuh. but, still chill like always. hohoho~ aku bukan hape. tak nak tambah bilangan orang-orang stress. nanti aku nampak tua. boleh? kehkehkeh.

but even aku di minggu final exam pon, dun u worry my sweet heart. aku akan sentiasa hapdet blog ya. sayang blog aku! er...er..er..sayang followers jugak..kehkehkeh.

notaFinalExam : lepas exam bantai tidur sampai mata bengkak. konon ganti stay up malam tadi. padahal malam tadi elok je membuta. ish. memang student yang cemerlang kan.

p/s : betul ke orang sukar menerima pendapat dari orang yang lebih muda? kononnya tak matang. oh pehlis lah.

p/s/s : aku mula rasa gelabah dan tak tenteram bila si dia berbicara tentang cinta. shit!

p/s/s/s : bila terkenangkan semua yang berlaku, aku bersyukur aku dikurniakan tahap kesabaran yang sangat tinggi.

p/s/s/s/s : bila tengok dia dan dia bermesra, serius aku tersangat sentap. tapi aku tak mampu buat apa-apa. tengok je la. semoga kau bahagia kawan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...