
ouch!
Friday, June 24, 2011
terbang tinggi-tinggi jangan sampai terhempas.

Sunday, May 22, 2011
kehebatan pemandu masakini
nampak keyword DRIVER tu? so aku nak story mori pasal certains driver yang cam gampang jugak perangainya. diulangi GAMPANG. korang mesti pernah kan facing driver yg jenis tak reti bahasa camni. rasa nak sedut-sedut je otak diorang pastu kite bakor je kete diorang.
1) masuk simpang tak reti nak bagi signal. --> ni jenis bengap ke hape ke aku tak tawu la. kita baik punya tunggu nak kuar simpang 3, alik-alik dia boleh masuk simpang tak bagi signal. dan dan je belok. kita ingat dia nak straight. tak ke gampang tu namanya. paling kejam bila kalau dia bg signal awal-awal, kita dah boleh kuar dari simpang dgn muka penuh bergaya. tapi sebab dia jenis tak tahu button signal kat mana, kita terpaksa duk kat simpang tu dalam setengah jam lagi sebab kete berduyun-duyun. terus jadi tak macho. shit.
2) kau sorang je ada henfon --> ha..ni pulak yang bawak kereta lane paling kanan tapi slow mcm mak inang. ala-ala zapin tujuh purnama gitu. sekali kita potong, tu dia baik punya duk SMS. muka tak bersalah langsung.biasanya gurls la yg buat perangai camni. sampai meletop jugak la lampu kereta kita duk bagi high beam. depa wat donno jer. hello.aku pon ada henfon jugak lah!
3) makan petak parking --> pernah tak korang pusing-pusing cari parking, sekali ternampak ada kereta kancil parking tapi makan dua petak. bajet dia bawak BMW &-series ke hape. rasa nak langgar je bontot kereta tu. jenis langsung tak agak-agak. parking tu orang buat memang utk kau sorang jer. *tangan kedada, mata keatas.
4) gigih nak parking undur --> yang ni pulak jenis berlagak tak bertempat. jenis nak tunjuk terer yang dia reti parking undur. tapi undur-undur tak masuk jugak. 7 8 kali kedepan, undur balik, depan balik, undur balik tapi tak masuk-masuk jugak. apa cerita bai? kita yang tunggu kat belakang ni dah macam tunggu bulan jatuh keriba. lagi best bila orang belakang kita duk hon hon. pergh. rasa nak kuar angkat keta dia humban dalam longkang. parking biasa dah la bai.
5) depan kereta terjujur keluar --> yang ni pulak jenis yang nak kuar simpang tapi depan kereta dah keluar lebih dari garis sepatutnya dia stop. satu hal lak kita nak elak kereta dia tu. banyak cantik depan kereta kau?
6) prihatin tak kena masa --> pernah tak korang tengah sedap memecut kat highway, tetiba kena brek mengejut sebab jem teruk kat depan. pastu tetiba je dah tak jem dah. ha. pernah? agak-agak korang mencarut tak time tu? rupa-rupanya jem tadi tu sebab orang perlahankan kereta nak tengok eksiden kat lane sebelah. serius nak mencarut giler. agak-agak la bai.

ha..tu la contoh-contoh pemandu yang jenis tak agak-agak or dalam bahasa senang, tak reti bahasa. ingat kat atas jalan tu dia sorang je tengah guna kot. kalau diikutkan ada banyak lagi kan. takper, korang-korang boleh bagi contohnya kat ruangan komen ye. pandu cermat jiwa selamat beb. tapi kalau cermat sangat, mmg sakit jugak la jiwa orang lain. ye dak?
p/s : sejak dah reti meredah jem time balik kerja, makin selalu lak menyumpah-nyumpah. isk..respek sikit bai. respek!
Sunday, May 15, 2011
| kehidupan baru |
semalam update blog, hari ni update lagi. ini menunjukkan aku masih sayangkan blog aku. lebih dari aku sayangkan aweks. hey, kita boleh cerita anything in blog but not in aweks. in fact, aweks make me bored sometimes sbb diorang suka membebel bila aku story something yg dia tak setuju. yet, diorang still cun. eh my blog pon cun okay. sorry gurls. nanti i manja-manja dengan u pulak yer.
lupakan pasal aweks and euww euww tu sumer. well, aku habis pengajian kat UPM tepat pada 7 Mei 2011 pukul 4 pm which is tu masa penamat utk last paper aku. habis je exam, i'm totally free from semua nota-nota ilmiah tu semua. tunggu masa nak bakar je semua tu. ada lagi tersimpan rapi dlm kotak. tunggu ye my beloved notes. and and and the most important thing is, aku hanya menganggur seminggu je lebih kurang. hahaha. nice lah! bukan ape, org yg hardworking and tak suka membuang masa mcm aku ni bukan leh duk goyang kaki je kat rumah. euww..not gentleman okay.
so aku gigih mencari lubang-lubang kerja yang ada. and! wow..ada kerja yg sgt interesting. so aku apply. and esoknya wakil syarikat tu call aku utk interview. wow! not bad. 12 Mei 2011 aku pon pergi interview. but dia dah pesan awal2 suh study sikit pasal IT. masa interview, banyak gila okay test yg aku kena jawab. IT test, typingspeed test, BM test, Bi test, and and and Math test pon ada. huh. dah mcm apply jawatan pensyarah la pulak! after bla bla bla punya interview, ayat ni la aku ingat sampai aku tersenyum sorang-sorang.
"congratulation, u are shortlisted for this position."
pergh! the best part is aku org yg pertama shortlisted and org pertama yg keluar dari building tu. it's like pergh! well..u know pergh!!
petang tu, wakil diorang call aku and gitau aku dah terpilih untuk jawatan tu. aku gila excited mengenangkan takyah kebosanan kat rumah dah lepas nih. paling tak leh blah aku diminta report esoknya jugak iaitu 13 mei 2011. cepat gila. nasib baik aku dah cukup ready. ceh! perasan jap. masa report day tu aku belum start kerja lagi okay. just induction day and contract signing. mcm dh maju sgt je siap contract signing bagai.
and secara rasminya aku dah bergelar Customer Service Executive untuk syarikat erm erm erm.rahsia yer. i'm sorry.
