ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Tuesday, September 01, 2009

:: salam merdeka ke 52..MALAYSIAKU KEBANGGAANKU..::

tanggal 31..bulan 8 lima puluh tujuh..
hari yang mulia..
hari yang bahagia...
sambut dengan jiwa yang merdeka..

Alhamdulillah kini sudah 52 tahun kita merdeka..beerti sudah 52 tahun kita bebas dari cengkaman penjajah..syukur sgt kerana Malaysia kita aman damai..rakyat hidup makmur sejahtera..harmoni..bantu membantu sesama kaum..saling bertoleransi sesama sendiri..aku bangga hidup di bumi bertuah ini..andai ditawar sejuta ringgit sekalipun utk meninggalkan negara ini, aku menolak..kerana disini tempat tumpah darahku..tempat lahirnya nusa bangsaku..dan disini jua tempat kebanggaaku..biarlah di luar sana turun hujan emas sekalipun..Malaysia tetap di hatiku..kerana bumi bertuah kurniaan Allah ini sgt hebat jasanya..sgt besar nilainya..hingga tiada yg mampu mentafsirkan berapa nilai sebuah keharmonian ini..Terima Kasih Malaysia..terima kasih pucuk pimpinan yang berjaya mengekalkan kebahagian ini..terima kasih..

52 tahun sudah kita kecapi kemerdekaan..kemerdekaan yang satu ketika dulu adalah sesuatu yang amat mustahil..syukur sekarang kita berada dlm sebuah negara berdaulat..negara yang harmoni..sejahtera..aman damai..tatkala menonton kekejaman penjajah satu masa dahulu..tersirat rasa luluh dan marah dengan perbuatan mereka..teringat pengorbanan perajurit2 negara yang bertungkus-lumus menggadai nyawa demi sebuah negara tercinta..Ya Allah..Kau Rahmatilah mereka..sesungguhnya mereka adalah insan yang berjiwa murni..berjiwa mulia..merekalah pejuang tercinta..

teman..ayuhlah kita pelihara kemerdekaan ini..merdekakanlah diri kita dari sebarang anasir2 yang boleh melalaikan diri kita..dan merdekakan diri dari cengkaman penjajah yang menjajah pemikiran dan hati kita secara diam..kita harus bangkit..berjuang demi kebebasan negara..InsyaAllah..

p/s : salam merdeka..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...