ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Thursday, February 05, 2009

jika kamu

kamu..
andainya kamu tercipta untukku..
doakanlah kita akan bersama..
andainya kamu ditakdirkan untukku..
doakanlah hati kita akan bertaut..
andainya kamu hanya untukku..
doakanlah aku jua untukmu..
andainya masih ada ruang untukku di hatimu..
doakanlah tiada insan lain bertahta di hatimu..
andainya aku pelengkap hidupmu..
doakanlah aku dan dirimu akan saling melengkapi..
andainya kamu perlukan diriku..
doakanlah kita akan sentiasa bersama..
kerana aku jua akan lakukan perkara yang sama..
kamu..
kiranya masih sempat aku berubah..
tunjukkanlah aku jalan..
kiranya dirimu masih mengharapkanku..
tunjukkanlah isyaratnya..
kiranya aku adalah cintamu..
tunjukkanlah kebenarannya..
kiranya aku adalah orangnya..
tunjukkanlah kepadaku sebabnya..
kerana aku tidak mampu meneka..
kerana aku tidak mampu meramal..
kerana aku tidak mampu membaca isi hatimu..
kamu..
jujurnya aku masih perlukanmu..
jujurnya aku masih mengharapkanmu..
jujurnya aku masih cintakanmu..
jujurnya dirimu masih bertahta di hatiku..
kamu..
bukakanlah pintu hatimu buatku..
tautlah aku kembali ke lubuk cintamu..
tarik aku kembali ke dalam pelukanmu..
kerana aku terlalu mencintaimu..
kamu..
aku..
bersatu selamanya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...