ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Thursday, April 16, 2009

pergilah

apakah harus aku berterus terang..
menyatakan maksud tersirat disebalik kekeliruan..
meleraikan kekusutan ikatan persahabatan..
agar bisa aku penuhi kemahuanmu..
perlukah aku lakukan semua ini..
dan bersikap hipokrit pada diriku sendiri..

aku butuhkan kasih sayangmu..
buat temani malam ku yg sepi..
yang hanya bertemankan bintang dan bulan..
yang kadangkala lenyap disebalik kegelapan alam sejagat..
aku kesunyian..
dan sepi melenyapkan suara kecilku..
aku sendiri..di sini..menanti bidadari kayangan..

sayang..
andai kau tahu..
hatiku terlalu ikhlas buatmu..
pasti kau terdiam sepi..
mengutip kembali memori kita bersama..
yang tercicir di persimpangan perpisahan..
namun aku pasrah..
mungkin aku tidak layak buatmu..
kerana aku amat kerdil..
untuk menggapai cintamu..
dan mengisi kekosongan hatiku..

sayang..
maafi aku..
pergilah..
aku kan sentiasa kenangkan dirimu..
dan menyemai semua memori kita di lubuk hatiku..
aku rela..
demi kebahagiaanmu..
pergilah.........

benar,
riez..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...