ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Wednesday, October 28, 2009

:: perjuanganku ::


aku adalah insan.
yg sentiasa dambakan kasih sayang darimu.
buat aku temani kesepian hatiku.
agar senyumku sentiasa mekar.

aku adalah insan.
yg takutkan kekecewaan.
kerana aku tak kuat.
utk mengharunginya.

aku adalah insan.
yg pentingkan kesetiaan.
buat kukuhi perhubungan.
agar terjalin kemesraan selamanya.

aku punya hati.
utk dicintai.
utk dimiliki.
juga utk dilukai.
namun aku gusar.
apakah aku akan sering dilukai.
oleh insan yg bernama kekasih hati.
kerana aku tahu.
langit tak selamanya cerah.

namun aku tahu.
aku adalah lelaki.
yg akan berjuang utk cintaku.
walau apa jua rintangannya.
walau apa jua halangannya.
aku akan berjuang.
demi secebis hati.
yg aku cintai.

perjuanganku takkan berakhir.
selagi takdir termaktub.
dia adalah milikku.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...