ouch!
Thursday, January 27, 2011
| benar atau fitnah. wallahualam. |
Wednesday, January 26, 2011
| sesuap nasi |
ya! setelah lama menyepi. akhirnya aku kembali. mana ntah azam nak hapdet blog hari-hari ari tu. jahanam dah. jahanam! apa celaka sampai 8 hari tak hapdet blog?
today is wednesday and i like to talk about mencari sesuap nasi. ya! satu tuntutan sebagai manusia. perut harus diisi. tanggungan harus diberi makan dan pakaian. rumah harus dibayar sewa. pinjaman kereta harus dilunaskan. bil air api astro harus dibayar sebelum dipotong potong. semuanya harus dibayar. so jelaslah disini duit adalah segala-galanya. even nak masuk toilet awam pun dah kena bayar 30 sen sekarang. padahal toilet hancing busuk cam gampang. tapi tak tahan punya pasal, masuk jugak la kan. apa cerita?
yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan terus miskin. mesti ada yg pernah dengar ungkapan ini kan? sometimes menda ni betol. yang kaya akan terus kaya sebab mereka bijak mencari peluang rezeki walaupun harus gunakan cara halus, cara kasar dan macam-macam cara lagi. bab kata lecturer aku, untuk maju kehadapan. kita harus jadi manusia biadap! biadap dalam mencari rezeki hingga sanggup jatuhkan orang lain. biasalah, manusia. dan yang miskin? akan terus miskin sebab sibuk duk mengharap bantuan orang lain tanpa ada usaha sendiri. Allah tak akan mengubah nasib hambanya melainkan hambanya sendiri yang mengubahnya. sometimes, pelik tengok peminta sedekah yang sihat tubuh badannya, sempurna fizikalnya. apalah kiranya kudrat yang ada itu digunakan sebaiknya untuk mencari sesuap nasi untuk perut sendiri. banyak sangat peluang pekerjaan yang ada di Malaysia ni selain dari mengemis. i'm not saying that pengemis itu teruk but biarlah bertempat. biarlah kena dengan keadaan. Malaysia negara aman makmur. sedangkan orang luar berduyun-duyun datang ke Malaysia mencari sesuap nasi, takkan la kita warganegara Malaysia ni boleh jatuh tersungkur mati kelaparan di negara sendiri.
jadilah orang bijak. bijak dalam mencari rezeki. bijak dalam mencari pendapatan. dan bijak memperbaiki diri sendiri. tapi..
Tuesday, January 18, 2011
| love is hurts. |
someone asked me, "how does it feel to love someone who love someone else?". after taking a very deep breath, i said " it is like hugging a cactus. the tighter you hug the more it hurts."
love is a memory which no one can steal. but it leaves you a broken heart that no one can heal.
i'm sorry i was never enough to make you happy.
am i on you mind like the way your in mine? would you be sad if i'm left or happy if i'm gone? would you miss me if i never come back? do you love me the way i love you?
who say water helps in putting off fire? if so then why tears don't heals the burn in one's heart.
someday you'll cry for me like i've cried for you. someday you'll miss me like i've missing you. someday you'll love me but i'm afraid i won't love anymore like i love you now.
Friday, January 14, 2011
| hidup kita |
Monday, January 03, 2011
| Karam Singh Walia dan Melayu |
gud evening ladies and gentleman.
hari ni first day sem baru. which means ala-ala kembali ke sekolah gitu. but aku tak ada kelas hari ni and aku berjaya menjeleskan orang lain dengan bangun seawal jam 12 tengahari. hebat kan. for your information, sem ni aku just ambik 2 subjek je. dan kelas aku pun selasa rabu and khamis je. rabu kelas petang, and khamis kelas pagi. so kalau kelas pagi khamis tu drag ke pagi rabu, means aku kelas hari selasa dan rabu sahaja. best siot. akan dicadangkan ke budak kelas-kelas. maknanya aku akan cuti khamis sampai isnin. gila heaven! indahnya dunia.
okay. isu hangat sekarang. err..hangat kat pesbuk je kot. aku pun hangat jugak la nak tengok. isu KARAM SINGH WALIA DIUGUT. [klik sini]
well, fine aku pun agak marah bila tahu karam singh tu kutuk melayu. and dia buat kutukan tu masa dia time mabuk. aku tak tahu sangat apa yang dia kutuk, but based on video tu macam teruk jugak la kutukan dia kan. or they all just saje je nak hangatkan cerita so that org akan cakap Melayu ni sangat menjaga nama baik. orang panggil so-called nationalist ke hape. lebih kurang la. tapi sedar tak mereka-mereka yang agak extreme tu?
pada pendapat aku, kita ni bangsa Melayu. bangsa penuh dengan adab dan tatasusila. penuh dengan kehormatan. sekali diorang buat camtu, aku dah tak rasa Melayu dipandang dengan adab ketimurannya tapi Melayu bakal dikenali sebagai bangsa yang ganas. Nauzubillah. ye Karam Singh Walia dah mengutuk Melayu, tapi kita sebagai bangsa berTAMADUN jangan la memburukkan lagi keadaan. gertak orang lain camtu kat tempat public, is that what we called ADAB? hello. wake up guys!
aku bukan membela Karam Singh, but aku membela Melayu itu sendiri. banyak lagi medium lain yang boleh kita guna untuk buat Karam Singh minta maaf. Malaysia ada undang-undang sendiri. why not just report kat polis then saman or suh dia minta maaf secara terbuka di media massa. kan lebih baik camtu. takyah kecoh-kecoh. kita Melayu beb. kecoh-kecoh ni bukan cara kita. dia dipaksa minta maaf, ok fine. dia minta maaf smpai melutut-lutut. but, ikhlas ke dia minta maaf dengan cara paksaan tu? ikhlas ke? fikirkan la.
takkan kita nak jadi bangsa yg suka menuduh menuding jari kan. entah-entah yg sibuk kecoh-kecoh tu pun bukan bersemangat Melayu sangat, tapi saje nak tunjuk dia prihatin. ops~
dah-dah la tu duk sebarkan video camtu. tak manis la orang luar tengok. tak malu ke? Melayu menyebarkan video yg mencemarkan Melayu itu sendiri. jangan tengok satu side je, kita tengok jugak side yang lain ye. kata orang, blind spot tu penting jugak diambil kira. okay? chill~
notaMelayu : just pandangan BudakLelaki je. kalau salah, betulkan. kalau betul, ambil buat peringatan. sama-sama la kita perbetulkan diri. insyaAllah.
p/s :
- isu laser dah tak berapa nak hangat dah. baguslah. mereka dh memalukan bangsa mereka sendiri. sibuk sangat orang duk laser pemain dia. last-last? sendiri mau ingat der~
- isu Freemason, Illuminati and so on dah kurang sikit. baguslah. cukup-cukupla tu. sedih aku tengok. amal ibadat tak banyak mana, menyebarkan menda yg tak betul je lebih. ibadat sunat katanya. hoh?!
- oh lupa. Happy Belated Birthday to Mohd Ikhwanul Hafiz. my coursemate, collegemate, uni-mate. hoho. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama ehem-ehem. bila ntah nak kenalkan kat kitorang.
Sunday, January 02, 2011
| bilik oh bilik - part 2 |
selamat petang. malam sebenarnya. lebih tepat lagi pagi.
akhirnya selamat berpindah ke bilik asal lepas sebulan menumpang kasih di bilik saudara Jega. thanx Jega. jasamu dihargai. huhu. selesai kemas bilik. heaven giler. bilik sangat kemas. lepas ni aku hantuk kepala kedinding sape-sape yg gatal tangan sepahkan bilik aku. kan Amy kan. kita tengok kemas kemas ni tahan lama mana. kita tengok.
134 Murni, Kolej Canselor. ha. korang jangan nak buat lawatan ke bilik aku lak malam-malam ni. takder openhouse malam-malam ni ye. oh. rindunya bilik lama ni. sebab leh tengok pemandangan waktu malam direct ke padang kawad, then nampak la bangunan-bangunan bandar KL. nampak sikit je. KLCC tu tak nampak la pulak. ish.
hari ni ada beberapa kerat penghuni kolej dah balik. keadaan tak berapa nak bising lagi but still ada yg jerit-jerit. memekik macam duk 10 batu jauhnya. hoh! esok konpom havoc. konon lama tak jumpa kawan-kawan. konon la. chit!
suka tengok bilik kemas. dan bau wangi. suka. suka.
notaBilik : selamat mengemas bilik kepada penghuni yg balik esok. huhu
p/s :
- takziah buat keluarga Allahyarham Faizal Yusof. aku minat dia nih. watak dia dalam cerita Adamaya memang best! semoga roh arwah diletakkan bersama orang-orang soleh. amin.
- Isnin da start kuliah but aku tak ada kelas hari Isnin. what a great life.
- esok disaat org sibuk-sibuk kemas bilik dan daftar masuk, aku dah boleh mengular makan angin sekitar kL.kihkihkih.
| 2011 dan azam |
hello ladies and guys.
selamat tahun baru 2011. even sekarang dah 2 januari, aku rasa masih tak terlambat utk wish kan. so buat semua hensem boys and cute gurls sekalian, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan semoga semua azam tahun lepas sudah tertunai atau sekurang-kurangnya separuh tertunai. sebut je tahun baru, mesti ingat pasal azam. tahun baru je azam. azam je tahun baru. baru azam je tahun. okay merepek. but bagi aku, hari-hari aku pasang azam. untuk jadi lebih baik dari sebelumnya. serius. okay, poyo. fine!
sebut pasal azam, aku pun dah buat list beberapa azam tahun baru nih. hope tertunai la kan. semangat dan keyakinan tu penting katanya.
- mahu habiskan pengajian semester terakhir ni dengan jayanya.
- mahu berjimat cermat sebab mak dah mula bising asyik tukar-tukar henfon.
- mahu jadi orang baik, err..maksud aku lebih baik dari sebelum ni.
- mahu cari kerja best after grad.
- mahu tunaikan azam yg dah dibuat.
- azam blog pulak, nak update hari-hari. tengok ah ke laut ke tak azam tu.
- malam tahun baru aku tengok bunga api kat Putrajaya. sangat hanjing. bunga api seketul-ketul naik meletup atas langit. tak happening. siap brader sebelah aku cakap bunga api time Deepavali lagi meriah. hoh. penat tau drive sampai sana.
- oh entry penamat tahun 2010 tak sempat nak buat sebab sibuk mengular di malam tahun baru. dan first day of 2011 lak, sibuk membuta sebab penat mengular malamnya. shit.