ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Sunday, January 02, 2011

| 2011 dan azam |

hello ladies and guys.

selamat tahun baru 2011. even sekarang dah 2 januari, aku rasa masih tak terlambat utk wish kan. so buat semua hensem boys and cute gurls sekalian, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan semoga semua azam tahun lepas sudah tertunai atau sekurang-kurangnya separuh tertunai. sebut je tahun baru, mesti ingat pasal azam. tahun baru je azam. azam je tahun baru. baru azam je tahun. okay merepek. but bagi aku, hari-hari aku pasang azam. untuk jadi lebih baik dari sebelumnya. serius. okay, poyo. fine!

sebut pasal azam, aku pun dah buat list beberapa azam tahun baru nih. hope tertunai la kan. semangat dan keyakinan tu penting katanya.

  • mahu habiskan pengajian semester terakhir ni dengan jayanya.
  • mahu berjimat cermat sebab mak dah mula bising asyik tukar-tukar henfon.
  • mahu jadi orang baik, err..maksud aku lebih baik dari sebelum ni.
  • mahu cari kerja best after grad.
  • mahu tunaikan azam yg dah dibuat.
ha. tu la serba sedikit azam yg agak-agak poyo. jangan azam tinggal azam. bulan Januari okay lagi. masuk Februari, semua hancur berkecai. serius aku cakap!

ah azam tu semua bullshit. bullshit okay. setakat pasang azam tapi malas nak mampus, memang sangat bullshit. serius!

sebenarnya azam aku satu je. mahu lupakan pasal azam-azam yg tak bawa makna nih. bangun pagi, cuba jadi yg terbaik. tu pun dah cukup. ad-hoc planning katanya.

nota2011 : semoga tahun baru 2011 bawa berjuta kebahagiaan dan kejayaan. amin.

p/s :
  • azam blog pulak, nak update hari-hari. tengok ah ke laut ke tak azam tu.
  • malam tahun baru aku tengok bunga api kat Putrajaya. sangat hanjing. bunga api seketul-ketul naik meletup atas langit. tak happening. siap brader sebelah aku cakap bunga api time Deepavali lagi meriah. hoh. penat tau drive sampai sana.
  • oh entry penamat tahun 2010 tak sempat nak buat sebab sibuk mengular di malam tahun baru. dan first day of 2011 lak, sibuk membuta sebab penat mengular malamnya. shit.

1 comment:

Nur Mudrikah said...

haha..bleh pulak macam tu.
smoga azam tercapai okeh! all da best! salam kenal;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...