ouch!

maafkanlah mereka. bukan memberi maksud anda mengalah dan mereka menang. tapi cukuplah sekadar memberi petunjuk betapa rendahnya ego anda jika dibandingkan dengan nilai persahabatan itu sendiri.

Thursday, March 04, 2010

.: sweetOcho Enterprise bawakan kepada anda kudapan istimewa ; sweet corn dan wedges gojes! :.


ayuh..
datang beramai-ramai..
bwk sedara mara, kaum keluarga, sahabat handai..
ke gerai kami..
dan rasakan sendiri keenakan wedges kami yg gojes..
dan sweet corn kami yang rasanya lemak berkrim..
lain dari yg lain..

anda gojes setelah menikmati wedges kami yg gojes ini..
anda sweet sesudah anda habiskan sweet corn yang kami sediakan utk anda..

ayuh datang beramai-ramai..

lokasi : hadapan GUC, kc
waktu perniagaan : setiap hari kecuali rabu (6 pm hingga 11.30 pm)

.ridzwan razif.

Tuesday, March 02, 2010

.: tahukah anda sebenarnya sifat manusia adalah kompleks :.

tahukah anda orang yang sgt tegar hatinya adalah orang yang sgt lemah dan perlukan pengertian serta pertolongan..

tahukah anda orang yang sering menghabiskan waktu melindungi dan menjaga orang lain adalah orang yang sangat perlukan perlindungan utk melindunginya..

tahukan anda tiga perkataan yang sukar utk diucapkan..
aku cinta kamu, maafkan aku dan tolong..

tahukah anda adalah lebih mudah menyatakan perasaan anda dalam tulisan berbanding secara langsung..tapi ia akan lebih bernilai jika disampaikan secara langsung..

.ridzwan razif.

.: dedikasi setulus hati buat A :: sesudah kita memeterai janji, mengapa kau pergi meninggalkan aku sendiri :.

A..
kita sudah janji kan?
untuk jaga dia sama-sama..
beri kasih sayang yang secukupnya..
gembirakan hatinya..
temani sepinya..
dan hilangkan dukanya..

aku sudah janji padamu..
aku kan setia menjaganya..
dan juga hubungan yang kita bina bersama..
kerana sayangku padanya kuat..
terlalu kuat..
sehinggakan aku akan terus hadir..
walaupun berulang kali aku dikhianati..
membenci dirinya adalah sesuatu yang tersangat mustahil utk aku..
takdir tidak dicipta utk aku membenci dirinya..

saat aku mula utk membina semangat baru..
atas janji kita bersama..
menyesuaikan diri dengan perkongsian hati..
dan meyakinkan dirinya aku dan kamu sebulu..
kau pergi..meninggalkan aku sendiri..
memikul tanggungjawab ini..
dan membahagiakan dirinya..
mengapa?
lupakah kau pada janji kita dahulu?

A..
walaupun kau pergi..
janji kita tetap aku pegang..
tetap akan aku tunaikan..
menjaganya dan memberikan kasih sayang yang secukupnya..
meskipun aku tak kan mampu menggapai cintanya..
aku doakan kau bahagia..dengan hidup barumu..
dan juga cinta sejatimu.
usah gusar..
aku janji..setulus hati..
aku akan menjaganya..
dan kasih sayangku hanya untuk dirinya..
sentiasa..
aku janji..

p/s : hampir mengalir air mata mengenangkan dugaan berat ini..saat aku ingin senyum melihat sinar bahagia, dugaan ini datang menjelma..aku sendirian mengasihinya..Ya Allah, Kau tabahkan hatiku, cekalkan semangatku, kuatkan kasih sayangku..semoga aku dan dia kan terus bersama, dalam suka dan duka, tangis dan tawa..insyaAllah..

.ridzwan razif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...